SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  57
SEMESTER 2 SESI 2010/2011

                    KOD & NAMA KURSUS
       CSG 2021/UKS 1091 : KOKURIKULUM PING PONG
                      TAJUK: PING PONG
                     KUMPULAN KULIAH: A

 NAMA TENAGA PENGAJAR: EN. MOHD FITRI BIN AB GHANI
       NAMA INSTRUKTOR: EN. ROSZAIRI BIN HARON
          NAMA KUMPULAN DAN AHLI KUMPULAN: ANDRO

                    NAMA                           NO. ID

           EDWARD BATIN ANAK WIL                D20091035845

          HARITH WANWIKLAI A/L FEEN             D20091035870

              NGEW CHOON YIAN                   D20091036697

               SEOW LING YING                   D20091036690

                  LIM XIN YI                    D20091036698

                LIM TUCK HOCK                   D20091036707

               CHUAH SIEW KIM                   D20101038769

            BAVANI A/P KRISHENAN                D20101038129

               TAN HONG PENG                    D20091036701

              POOK ZHONG LING                   D20091036699

                 TANG XIN JIE                   D20101038113



TARIKH HANTAR: 01 APRIL 2011
1.0 PENGENALAN PINGPONG


       Permainan ping pong atau lebih dikenali sebagai ‘table tennis’ adalah satu sukan
yang dimainkan oleh dua atau empat orang pemain, dan menggunakan raket (juga
dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan
lawan. Biasanya, permainan Ping Pong dimainkan secara “Single” dan double sahaja.
Gambar rajah di bawah menunjukkan perlawanan Ping pong secara single dan secara
double yang tengah berlangsung:




                             Perlawanan secara “Single”




                             Perlawanan secara “double”
Walau bagaimanapun, Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong
dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.
Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya
sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan
pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.



2.0 SEJARAH PERMAINAN PING PONG



        Pada mulanya, permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang
disukai oleh penuntut-penuntut university di Britain. Pada tahun 1891, Charles Barter
dari Gloucestershire telah mendaftarkan corak dan bentuk permainan ping pong. Pada
masa yang sama, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain yang bernama
James Gibb      telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika. Kemudian
diperkenal sebagai alternative kepada bola getah ataupun getas yang digunakan pada
masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mual
memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima,Whiff Waff,Flim Flam dan
Table Tennis.

          Apabila raket yang kosong disaluti velum dipernalkan, istilah ping pong telah
dicipta.Nama ping pong diambil daripada bunyi “ping” apabila bet bertembung dengan
dengan bola.Bunyi “pong” terhasil akibat daripada bunyi bola melantun di meja
permainan. James Gibb mencadangkan keoada pengilang John Jaque Ltd bahawa
nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran .

          Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di
sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires
telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.
Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah
mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The
Pingpong Association) telah dibuka.
Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada
Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary
boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan
mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi
beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat
perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain Eropah boleh dikatakan telah
menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat
tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan
ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan
kemunculan sandwich atau span terbalik iaitu satu bahan baru untuk membuat muka
pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis
telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran hanya memainkan peranan kecil
dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini
yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan
pengawal dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru
ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil
kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan
dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para
juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju.

    Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak
permainan dan cara cekak yang mementingkan corakmenyerang dan gerak kaki yang
pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959.
Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong
yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan
dekat dengan meja. Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan
kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-
pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an,
pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia,
terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam
perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain
dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner,
Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan,
Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia
pingpong. Dalam bahagian wanita pula,pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea
Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari
Sweden, Hungary dan Rusia.

             Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin
kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada
perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai
salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada
tahun       1988.   Menurut    laporan,   liputan   televisyen   ke   atas   pertandingan
akhirperseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada
1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun itu
hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145
persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkatbenua,
iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebut
terdiri    African Table Tennis Federation, Asian Table Tennis Union,Europian Table
Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.

           Pada tahun 1952, sebuah persatuan ping pong ditubuhkan.Persatuan ping pong
dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.Pada
tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaya(TTAM) ditubuhkan dan selepas itu
perkembangan pingpong di Negara ini dipesatkan.Hal ini membuktikan aktiviti-aktiviti
persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri
mahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah mengenali tentang
permainan ping pong dan ramai penduduk menjadikannya sebagai rekreasi ringan.

          Pada tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertanding anantara
negeri-negeri Malaysia adalah dari keturunan cina. Pada tahun 1974 sehingga 1982,
pertandingan untuk kaum lain yang bukan kaum cina telah dimulakan. Ini adalah satu
langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan
perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar
menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah
mewakili dibenarkan bertanding. Selain itu,diharap juga dengan lebih ramai pemain
bukan cina bermain ping pong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan
diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki
telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan
kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. pada
tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam
bahagian lelaki manakala bagi wanita ialah ke-19 daripada 40 buah Negara dalam
Kejohanan Ping pong Dunia ke-32 di Yugoslavia. Seterusnya pada tahun 1972,
Persatuan Ping pong Malaysia menjadi pengasas Asian Table Tennis Union.Sejak masa
itu, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ping pong di Asia
negara. Dalam kalangan Negara Asean , Malaysia pernah menjadi pengerusi dan
jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean.

       Pada tahun 1979, Dato’ Michael Chen talah dilantik menjadi ahli ITTF. Ini adalah
kali pertama seorang wakil dari Malaysia dalam sebuah badan sukan pingpong tertinggi
dunia. Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih
telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh yang demikian, Persatuan Pingpong Malaysia
berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang
diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981),
ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai
kebolehan teknikal yang tinggi. Sejak tahun 1990, Malaya telah menghantar beberapa
pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan
intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari
pelbagai latar belakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai
15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera.
Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35
orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadilkebangsaan yang menjalankan
tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.




                         Logo Persatuan Ping Pong Malaysia
3.0 PERALATAN PERMAINAN PING PONG



       Sebelum memulakan permainan ping pong, setiap peralatan haruslah disediakan
dengan teliti dan teratur. Ping pong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar
dewan kerana ia hanya memerlukan sedikit ruang sahaja dan tidak memerlukan
penyelenggaraan yang tinggi. Permainan ping pong memerlukan sebuah meja, sebiji
bola ping pong, dua buah bet ( bagi permainan secara individu).




3.1 Meja

       Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang
dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat
dari pelbagai bahan tetapi mestilah member lantunan ( bounce ) bole lebih kurang 23 cm
tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna
gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2cm di setiap
empat sisi meja itu.

       Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jarring
yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu,
kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh garisan
tengah yang tebalnya 3 mm selari dengan garisan tepi meja.
Contoh Meja Ping Pong
3.2 Bola Ping Pong



       Bola ping pong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola ping pong
boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastic yang sama dan berwarna putih
atau kuning yang pudar. Bola ping pong digred kepada satu bintang sehingga tiga
bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola ping pong mudah
diperolehi dan harganya tidaklah mahal.




                                Contoh bola ping pong
3.3 Jaring



       Jaring untuk permainan ping pong terdiri dari jarring dan peralatan untuk
memasangnya ke meja ping pong, dan sering disebut gabungan jarring ( net assembly ).
Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap
garisan tepi. Tinggi jarring adalah 15.25 cm di atas permukaan.




                               Contoh Jaring ping pong

3.4 Bet

       Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo
ITTF. Getah yang digemari ramai ialah getah terbalik ( reverse ) yang boleh mengubah
sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dank
eras lapisan span, semakin cepat bola memantul ( rebound ) daripada bet. Di bawah
undang-undang ping pong, tebal keseluruhan getah span tidak boleh melebihi 4 mm.
Walau bagaimanapun, warna getah bet ping pong juga telah ditetapkan melalui
peraturan Ping Pong apabila perlawanan berlangsung. Antara warna getah yang
diiktirafkan untuk pertandingan Ping Pong adalah warna Merah dan Hitam sahaja. Jenis-
jenis Bet Ping Pong adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
3.5 Kawasan ( Arena ) Permainan

       Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdafter,
seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan
ping pong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan
dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh
kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu
gelanggang. Begitu juga, kawasan tempat yang digunakan untuk perlawanan Ping Pong
adalah merupakan dewan yang tertutup. Hal ini demikian bagi mengelakkan perlawanan
terganggu daripada tiupan angin.
Dewan tertutup untuk meletakkan meja Ping Pong




Contoh Kawasan Permainan Ping Pong
4.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong
Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSS yang sedang berkuatkuasa
sekarang.


2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1 Perseorangan


2.2 Bergu

2.3 Perseorangan bagi pemain bukan kaum Cina
3. BAHAGIAN UMUR


3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah

3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah


3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah

3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah


4. PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangan
dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18
tahun).


4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang
pemain perseorangan. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).


5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.
5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.
5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap-
tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan
sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir
akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.
5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah, tiap-
tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.
5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga
kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.
5.6 Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan..
5.7 Seseorang permain/regu dibenarkan mengambil satu kali “time out” selama 1 minit
dalam satu perlawanan.
6. KELEWATAN
6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan.


6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat,
selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0,
11-0.

7. PAKAIAN
7.1 Semua pemain mestilah berpakaian sukan yang sesuai, kemas dan sopan.
7.2 Semua pemain ditegah memakai pakaian berwarna oren( sama dengan warna bola)
7.3 Bagi acara beregu, kedua-dua pemain hendaklah memakai baju yang seragam.




8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN


8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan
dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh
Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.
8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak
dibenarkan bertanding.
8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.
8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan had
umur.
8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu
salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru
Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.
9. GELANGGANG PERMAINAN


9.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12m x 6m x 4m
        9.1.1   Setiap   gelanggang   hendaklah    dilingkungi   dengan   penghadang
        bola( surrounds) berwarna gelap yang seragam setinggi 75cm


9.2 Bahagian permukaan atas meja pula yang dikenali sebagai “permukaan
permaianan”hendaklah berbentuk segi empat tepet iaitu 2.74m panjang dan 1.52m lebar
dan mestilah terletak pada satumendatar 76cm dari aras lantai.


9.3 Jaring mestilah digantung oleh seutas benang yang diikat pada setiap hujungnya
kepada satu tiang 15.25cm tinggi. Had bahagian luar tiang itu juga mestilah 15.25cm
dari garisan sisi.


10. ALATAN


10.1 Bola jenama TIBHAR3 star berwarna oren akan digunakan.
10.2 Getah rakat yang disenaraikan dalam “AUTHORISED RACKET COVERINGS
ITTF” yang berkuat semasa sahaja boleh digunakan dalam kejohanan ini.
10.3 Getah “long pimple” dan anti spin tidak dibenarkan untuk kumpulan umur 12 tahun
dan ke bawah.


11 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Menarik diri( walk-over ) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaan
akan dihukum sebagai menarik diri daripada kesel uruhan pertandingan.


12 BANTAHAN
12.1 Segala bantahan atau rayuan hendaklah sibuat selewat-lewatnya dalam masa
setengah jam selepas tamatnya pelawanan yang berkenaan melalui Pengurus
Pasukan / Ketua Pasukan atau berkenaan secara bertulis dengan bayaran RM 200.00
sebagai wang pentaruhan.
12.2 Jika bantahan atau rayuan gagal diterima, wang pertaruhan tersebut tidak akan
dikembalikan.
13. LEMBAGA JURI RAYUAN
14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawantankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.




MEJA DAN KAWASAN GELANGGANG
Nota:
        1. Permukaan permainan boleh diperbuat daripada Seberang bahan, berwarna
           tua seragam dan tidak berkilau dan hendaklah menghasilkan lantunan
           setinggi 22cm hingga 25cm, apabila sebiji bola dilepaskan ke atasnya dari
           setinggi 30.5cm.
        2. Punca lampu hendaklah tidak kurangdari 4m di atas lantai.
5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG

5.1 Pengenalan

      Dalam permainan Ping Pong, teknik dan kemahiran memainkan peranan yang
amat penting dalam sesuatu perlawanan. Setiap teknik yang digunakan berPermainan
pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan atau beregu dan
sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran (lelaki dan
wanita)

          Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat
servis supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan
kemudian pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya.
Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandingan
antarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalam
pertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atau
beregu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat
20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagai
pemenang.

5.2 Memulakan Permainan



Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk
membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu
daripada berikut :

1. Membuat servis terlebih dahulu

2. Menerima servis terlebih dahulu

3.Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)

4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu

          Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak
menerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah
mana meja untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima).

          Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan
memilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi
penerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda
sekali lagi berpeluang untuk memulakan servis.
Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga
lima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun,
sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secara
bergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan
pingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira
siapa yang membuat servis.

       Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak
dikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata
percuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut :




1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun,
terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas

2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja
dan di belakang garisan belakang meja

3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan memukul
bola di belakang garisan belakang meja

4.Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan
tanpa menjanakan sebarang putaran

5.Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :

• Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis (pemukul)
dan kemudian di kawasan penerima

• Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan kemudian
di kawasan kanan penerima

- Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihat
sepenuhnya oleh pengadil

- Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
kaki apabila diukur dari jaring

- Jika bola menyentuh ‘net’ maka servis terpaksa dilakukan semula.




              Gerakan membuat dan menerima Servis dalam perseorangan




5.3 Pertukaran Tempat

Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain- pemain
akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan hingga ke
permainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila salah
seorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10.




5.4 Rali (Rally)

Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan. Terdapat
beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara yang paling
lazim ialah seperti berikut :

1.Terlepas bola sama sekali
2.Kegagalan memukulnya mencecah jarring

3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat

5.5 Kiraan dan Pungutan Mata

Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas usahanya
ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya ditentukan, setiap
pemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut dengan diselang-seli
antara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang memulakan servis,
disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis, sebutan mata
bertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat ialah 21. Jika
kedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang ditentukan oleh mana-
mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya.




5.6 Bergu




                           Gerakan Pemain dalam Bergu

       Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan
dengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan
yang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut :
1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasan
permainan anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan meja
lawan

2. Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan
(sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika anda
gagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secara
automatik

3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat dengan
pasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum dia
sendiri memulakan lima servis

4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidak
menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainan
pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukar
tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya.




5.7 Kemahiran Asas

5.7.1 Pengenalan Kemahiran Asas
Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari kemahiran-
kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita gunakan. Jika kita
berjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar kita dapat
menghasilkan satu permainan yang baik.

Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka jenis.
Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah dengan
pukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

-Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis.
Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang baru
belajar atau pemula.

-Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran membuat servis dan
menyerang. Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk mempergunakan
dan mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya.

Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat, iaitu
cara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenis- jenis
pukulan dan pergerakan kaki.




5.8 Cara Memegang Bet

Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula
akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk
memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu.




5.8.1 Cekak Pen
Cara Cekak Pen Jepun ( Gambarajah sebelah) dan Cara Cekak Pen China

( Gambarajah Bawah)

Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagai
cekak Asia. Ia dikenali sebagai ‘cekak pen’ kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jari
telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada
direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet,
yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang
digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan
secara berkesan oleh juara dunia.




5.8.2 Cekak Sudu
Cara Cekak Sudu

Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.ia
kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejari
telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jari
diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian
pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di
antara ibu jari dan jari telunjuk.

Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian serta- merta ke
atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya dilakukan
kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk.




5.9 Kesediaan untuk Bermain

Dalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan yang tinggi
terhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan kepantasan
bola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan yang
bersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan tepat
dan betul.




5.9.1 Berdiri Tindak (Stance)

Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untuk
beroperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat
badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengan
cepat untuk membalas pukulan.

Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut belok
sedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang dan
membiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang memegang
bet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah. Tangan yang
memegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan keseluruhan dan
mestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus dipastikan berat
berada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki.




5.9.2 Kedudukan Badan

Cara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat menjadi
faktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan. Secara
idealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada kepada haluan
bola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga haruslah dihadapkan
ke arah yang sama dengan bahu dan dada.




                              Kedudukan badan pemain
Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang saling
bertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya dan
tahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan.




5.9.3 Perhitungan ( Timing )

Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan dilakukan ketika
lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap yang lebih tinggi
dari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan penggunaan titik lantunan
bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar kemungkinan kita akan
menggunakannya buat selamanya.

Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan pemain
memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru mereka
tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola pingpong
yang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan kaedah ini
ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat antarabangsa
kerana kaedah ini.




5.9.4 Antisipasi

Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya antisipasi.
Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum ia membuat
pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China merupakan contoh
yang terbaik tentang perlaksanaan antisipasi

Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda
bertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi
kelebihan masa untuk bertindak awal.
5.9.10 Servis dan Menerima Servis

Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuan
servis ialah seperti berikut :

1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan
semasa menerima servis atau gagal menerima servis

2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawan
setelah ia memulangkan servis dengn lemah .

Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan harus
dikuasai oleh setiap pemain pingpong.




5.9.11 Cara Membuat Servis yang Betul

        Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya
tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis,
jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak
antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Kedua-
dua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas
permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang-
kurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan
hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat.

        Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklah
berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi
bercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis
dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat
berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam
pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand)
dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.
5.10 Jenis-jenis Servis

Secara amnya, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servis
tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti berikut :

1.Servis putaran atas (topspin service)

2. Servis putaran belakang (backspin service)

3. Servis putaran ke kiri (forehand side)

4. Servis putaran ke kanan




                                    Jenis-jenis Servis




5.11 Servis yang Popular Masa Kini

Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat

tiga jenis servis berikut yang sering digunakan :

1. Servis dua lantunan

2. Servis lontaran jauh

3. Servis jarak jauh

5.11.1 Servis Dua Lantunan
Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two bounce
service). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikat
bahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali pada
permukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini telah
menjadi begitu berfaedah secara teknikal :

- Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek

- Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis (flick)
bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Ini
memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk
menjangka arah bola yang ingin dikembalikan.

- Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukan
adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atau
adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak.

Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya untuk
mengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar dikawal.
Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan hadapan atau
kilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang terus terang
tetapi asa secara relatif.




                                 Servis Dua Lantunan




Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan belakang
dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga akan
berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikan
lantunanhypotheti cal kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan.

Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul pada satu
titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada paras 15
cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan lebihan lantunan
(bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat pukulan smash.




5.11.2 Servis Lontaran Tinggi




Bagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu yang luar
biasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara psikologinya ia
memberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran bermain ia mungkin
meletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang bebas melindungi
putaran yang dihasilkan.

Untuk mahirkan diri dalam bentuk sukar ini, seorang pemain hendaklah memperbaiki
sentuhannya terhadap bola dengan servis yang sederhana dengan satu lontaran yang
konsisten tidak lebih dari 1 atau 2 meter maksimum. Kita juga seharusnya membentuk
tabiat membiarkan membiarkan pergelangan tangan dan sendi siku bebas.

Bagi pukulan kilas, kepala kita ditunduk lebih tinggi daripada titik sentuhan untuk
membantu kita mencapai kawalan yang diperlukan. Bagi pukulan hadapan, pastikan
lontaran kita tidak menyebabkan bola jatuh terlalu jauh dari badan sehingga kita
terpaksa menjangkau.




5.11.3 Servis Jarak Jauh
Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjuru
mata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan mendadak
pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemah
yang mana boleh memanfaatkan kita.




6.0    TARTIKAL UNTUK MENGHADAPI LAWAN



      Cara tartikai ping pong untuk menghadapi lawan adalah menggunakan cara keras
putaran atas yang dilakukan dengan meragut bola keatas dan ke depan. Dengan
serangan putaran ini dan menggelung ia akan membantu pemain mematikan servis
seterusnya mendapat mata. Sebagai seorang pemain dia harus mengetahui tentang
mengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan.

        Putaran atas suatu gelungan meliputi tiga perkara. Langkah yang pertama ialah
membuat bola melompat sebaik ia mencecah meja. Langkah keduanya ialah membuat
lawan yang tidak tahu melakukan penyesuaian ke atas putaran atas mengembalikan
bola tinggi atau jauh melepasi hujung meja. Lankah ketiga ialah menarik bola ke bawah
semasa ia bergerak bagi membolehkan anda memukul bola lebih pantas tetapi masih
boleh jatuh ke meja sebelah lawan.

       Selain itu, langkah menggelung ini mempunyai tiga jenis tahap kelajuan. Tahap
pertamanya ialah perlahan,tahap kedua ialah sederhana dan ketiganya ialah laju.
Kepentingan gelungan adalah dengan menggunakan kaedah gelungan.Putaran yang
dihasilkan amat laju dan boleh menghasilkan kesan yang maksimum. Dengan sedikit
putaran atas, apa jua bola boleh dipukul dengan keras. Bagaimanapun ketepatan
diperlukan ke atas pukulan kencang dan pemain mudah melakukan kesilapan.
Walaupun pukulan itu menjadi lawan yang bertindak balas dengan cukup pantas
berkemungkinan dapat mengembalikan bola. Gelungan dapat memberikan lebih banyak
ruang untuk melakukan kesilapan. Putaran atas yang ekstrem akan menarik bola ke
bawah. Jadi walaupun pukulan anda tersasar, bola masih boleh jatuh ke bawah meja.
Lawan anda terpaksa menangani bukan sahaja kelajuan bola tetapi putaran bola
tersebut.

            Dari segi melakukan Gelungan Pukulan Depan mempunyai pelbagai kaedah.
Biasanya,berdiri manghadap meja, kaki kanan sedikit ke belakang. Pusing pinggang ,
pinggul dan bahu ke belakang sambil mambawa raket dan lengan ke belakang. Lurus
lengan sehingga sehingga ia menunjuk         ke belakang dan ke bawah ambil
membengkokan pergelangan tangan. Bagi melawan putaran belakang, lengan perlu
perlu menunjuk lebih ke bawah dan lutu perlu lebih dibengkokan. Jatuhkan bahu untuk
menghadapi putaran atas Arahkan lengan lebih ke belakang dan sedikit ke bawah.
Anjak berat badan anda ke kaki kanan. Mulakan pukulan depan dengan memusingkan
pinggul dan pinggang ke depan. Pusingkan bahu dengan menaraknya dengan bahu kiri.
Sentap lengan atas ke dalam bola dengan lembut tetapi bertenaga.        Sentuh bola
semasa ia jatuh untuk mendapat putaran dan kawalan maksimun, sebaik-baiknya pada
lantunan tertnggi untuk melakukan gelungan yang lebih laju dan agresif.   Sentuhan
dilakukan di depan dan ke kanan badan. Libas raket di sekeliling luar bola dan
menutupnya untuk menghasilkan putaran. Lengan harus di hayun terus ke atas dan ke
depan dan berakhir raket diparas dahi atau lebih tinggi untuk menghasilkan pukulan
yang baik.Melakukan Gelungan Pukulan Kilas

        Di samping itu, tartikal ping pong menghadapi lawan ialah melakukan gelungan
pukulan kilas.Kaedahnya ialah menghadap meja dngan kedua-dua kaki dijarakan lebih
jauh dari meja dari biasa. Hayun ke belakang hampir lurus ke bawah diuantara kedua-
dua kaki. Dengan hujung atas raket ke bawah. Kedua-dua lutut dibengkokan hayun ke
belakang ke pinggul kiri. Jatuh sedikit bahu kanan. Pusingkan pinggul ke kiri untuk
mengalihkan sebahagian berat badan ke kaki kiri. Condongkan bahagian atas badan
sedikit ke depan. Bengkokkan pergelangan tangan ke belakang. Tarik raket ke depan,
mula-mula dengan menggunakan bahu dan kemudian siku. Sentap pergelangan tangan
ke dalam bila semasa sentuhan.Pusingkan raket sekta bola, dan ketika melakukan tutup
raket untuk menghasilkan putaran. Lakukan sentuhan di bahagian separuh atas raket.
Anjakkan berat badan ke kaki kanan.       Bagi melawam purtaran belakang, sentuh
belakang bola. Bagi melawan putaran atas, sentuh belakang atas bola.

     Gelungan Pukulan Balas juga adalah teknik menghadapi lawan.Gelungan pukulan
balas adalah pukulan gelung melawan pukulan gelung. Ia amt sukar dipeljari dan
banyak digunakan diperingat tertinggi permainan. Di lakukan dengan pukulan depan
atau kilas tetapi pukula kilas adalah lebih sukar. Jika anda menyentuh bola lebih jauh
dari meja daripada kebiasaan, putaran atas dan tarikan graviti mempunyai lebih masa
untuk menarik bola ke bawah. Ini meningkatakan ketekalan anda tetapi memberikan
laan lebih banyak masa untuk bertindak balas. Untuk permulaan, pukul bola semasa ia
sedang jatuh. Hasil putaran selaju yang bolah. Apabila permainan anda semakin
meningkat, cuba sentuh bla lebih dekat dengan meja kerana lebih sukarlah lawan untuk
mengembalikanya. Sesetengah pemain malahan telah menguasai sepenunya cara
melakukan gelungan sejurus selepas lantunan.




7.0 CONTOH JADUAL LATIHAN HARIAN SERTA BULANAN ( yang
diamalkan oleh jurulatih )
13 JANUARY 2010 (RABU)


8.00 pg - 9.00 pg     Sarapan Pagi



                      Latihan Kecergasan
9.00 pg - 1.00 ptg
                      Latihan Intensif



1.00 ptg - 2.30 ptg   Makan Tengahari Dan Rehat


                                                  Bilik Sukan & Rekreasi
                      Latihan Intensif
2.30 ptg – 6.30 ptg
                      Latihan Gimnasium



7.00 mlm - 8.45
                      Makan Malam Dan Rehat
mlm




8.45 mlm - 10.45 Perlawanan Persahabatan
mlm                   Team Strategy
RAJAH 1: JADUAL LATIHAN HARIAN




20 JANUARY 2010 (RABU)


8.00 pg - 9.00 pg      Sarapan Pagi




                       Latihan Kecergasan
9.00 pg - 1.00 ptg
                       Latihan Intensif




1.00 ptg - 2.30 ptg    Makan Tengahari Dan Rehat


                                                          Bilik Sukan & Rekreasi

                       Latihan Intensif
2.30 ptg – 6.30 ptg
                       Latihan Gimnasium




7.00 mlm - 8.45 mlm    Makan Malam Dan Rehat




                       Perlawanan Persahabatan
8.45 mlm - 10.45 mlm
                       Team Strategy
RAJAH 2: JADUAL LATIHAN HARIAN




                         RAJAH 3: JADUAL LATIHAN BULANAN
MASA               4 /2/2010       11/2/2010     18/2/2010                  25/2/2010

                   KHAMIS             KHAMIS             KHAMIS             KHAMIS


9.00pg-12ptg       Latihan            Latihan            Latihan            Latihan
                   Kecergasan     & Kecergasan       & Kecergasan       & Kecergasan           &
                   latihan Intensif   latihan Intensif   latihan Intensif   latihan Intensif




12ptg-2.00ptg      Rehat              Rehat              Rehat              Rehat


2.00ptg-6.00ptg    Latihan            Latihan            Latihan            Latihan     Intensif&
                   Intensif&          Intensif&          Intensif&          Latihan Gimnasium
                   Latihan            Latihan            Latihan
                   Gimnasium          Gimnasium          Gimnasium




6.00ptg-8.00mlm    Rehat              Rehat              Rehat              Rehat


8.00mlm-10.00mlm   Perlawanan         Perlawanan         Perlawanan         Perlawanan
                   Persahabatan       Persahabatan       Persahabatan       Persahabatan       &
                   &           Team &             Team &             Team Team Strategy
                   Strategy           Strategy           Strategy
8.0 KAEDAH MENINGKATKAN KEADAAN FIZIKAL PEMAIN

8.1 Prinsip Tambah Beban



          Tambah beban adalah penting untuk meningkatkan kecergasan. Tubuh badan
kita akan menyesuaikan diri dengan beban yang dikenakan itu. Terdapat empat faktor
yang mempengaruhi prinsip tambah beban agar dapat disesuaikan dengan tubuh badan
iaitu :

8.1.1 Kekerapan




Kekerapan merupakan bilangan kali seseorang itu bersenam di dalam seminggu.
Blanksby (1987) menegaskan bahawa kesan positif bersenam akan diperolehi jika
kekerapan bersenam dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.

8.1.2 Intensiti




Intensiti boleh diertikan sebagai darjah kesukaran senaman dan dinyatakan sebagai
peratus(%) misalnya 60% atau 90%. Menurut Blanksby (1987) pemilihan intensiti
bergantung kepada tiga perkara, iaitu:




8.1.3 Tahap kecergasan permulaan




          Individu yang mempunyai tahap kecergasan permulaan yang rendah tidak boleh
bersenam dengan intensiti yang tinggi kerana ini boleh menyebabkan kesulitan
pernafasan dan mungkin juga menyebabkan kematian.Sebaliknya,individu yang
mempunyai tahapa kecergasan yang tinggi pula perlu bersenam dengan intensiti yang
tinggi supaya kesan senaman boleh dicapai.
8.1.4 Tahap Kecergasan Yang Diingini




       Bagi mencapai tahap kecergasan yang tinggi, sseorang perlu bersenam dengan
intensiti yang lebih tinggi.      Namun begitu, peningkatan intensiti perlulah secara
beransur-ansur




8.2 Sifat Aktiviti Yang Dipilih




       Aktiviti yang dipilih boleh membantu mencapai intensiti yang diingini.




8.2.1 Tempoh




       Pada amnya, tempoh yang sesuai ialah antara 15 hingga 60 minit.            Ini
melibatkan aktiviti aerobik yang berterusan. Tempoh sebenarnya bergantung kepada
intensiti; senaman intensiti rendah memerlukan tempoh senaman yang lebih panjang
dan senaman intensiti tinggi memerlukan masa yang lebih pendek.




8.2.2 Ulangan




       Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu senaman atau aktiviti diulang.      Ia
harusnya ditingkatkan secara beransur-ansur untuk mencapai tahap kecergasan yang
diperlukan.
8.2.3 Prinsip Ansur- maju




Latihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai dengan
proses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan latihan. Anda perlu mencatatkan
beban latihan supaya kemajuan tertentu dapat dikesan.




Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan :

   a) Sakit dibahagian dada

   b) Pening kepala

   c) Rasa hendak muntah

   d) Kesukaran bernafas

   e) Keletihan yang keterlaluan

   f) Kesakitan pada sendi-sendi

   g) Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan




8.2.4 Latihan Jeda




Latihan ini membangunkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Ia membangun sistem
tenaga aerobik dan anaerobik.      Ia menggunakan prinsip asas kerja dan rehat atau
nisbah kerja-rehat iaitu tempoh latihan rancak diselangselikan dengan tempoh rehat
pendek. Latihan jeda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Jeda panjang – tegaskan stamina iaitu daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot

Jeda pendek – tegaskan kelajuan
Jeda Pendek                  Jeda Panjang



Kelajuan                85% - 90%                    80% - 85%



Rehat                   10 saat – 2 minit            3 – 15 minit



Ulangan                 8 – 30 kali                  4 – 15 kali




                Jadual 1 : Latihan Jeda : Jeda pendek dan panjang




Jeda Pendek                                 Jeda Panjang



Memanaskan badan                            Memanaskan badan

Lari 100% untuk 10 saat                     Lari 90% kelajuan untuk 60 saat

Rehat   aktif    10   saat   –   berjalan Rehat aktif 4 minit – berjalan
perlahan                                    senang

Ulang 2 dan 3 sebanyak 10 ulangan           Ulang 2 dan 3 untuk 5 larian




                      Jadual 2: Contoh Aktiviti Latihan Jeda
Jeda Pendek                     Jeda Panjang



Kerja                     5 – 30 saat                     30 saat hingga 3
                                                                minit

                                                          30 saat hingga 3
Rehat                     15 – 90 saat
                                                                minit

                                                             1:1@1:2
Nisbah                    1:3


                                                             80% - 85%
Intensiti                 85% - 90%




Ulangan                   15 – 25
                                                                5 – 20



        Jadual 3 : Contoh Latihan Jeda: Kerja, intensiti, rehat, ulangan

                                (Blanksby, 1987)
8.2.5 Latihan Litar




Latihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan kardiovaskular kerana ia
mengakibatkan permintaan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalam
jangkamasa yang lama. Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu litar beban tetap
dan litar beban individu.




8.2.6 Litar beban tetap




Lebih daripada satu litar digunakan

Pelaku menghabiskan senaman di litar A dalam masa yang ditetapkan, bergerak ke litar
B dan seterusnya.




8.2.7 Litar beban Individu




Bagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) diadakan. Contoh,
bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam masa 30 saat atau 60 saat.

Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan maka beban di
bahagikan 3.Beban yang disetengahkan atau disatupertigakan dipanggil dos latihan.
Komponen                      Beban                Kesan



        Kekuatan                      < 10 UM              Positif



        Dayatahan otot                > 10 UM              Positif



        Kekuatan dan dayatahan < 30 UM                     Positif
        otot



                     Jadual 4 : Keputusan kajian kesan Latihan Litar




8.2.8 Latihan Anaerobik

Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti
anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen.
Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan
semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan ini adalah
bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut:




   a) kelajuan

   b) kekuatan

   c) daya tahan otot

   d) kuasa

   e) ketangkasan

8.2.9 Jenis-jenis latihan anaerobik
a) Larian bukit

   b) Larian mendaki tangga

   c) Latihan litar

   d) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat

   e) Latihan pecutan berulang

   f) Latihan bebanan

   g) Latihan pliometrik




9.0 UJIAN EGOMETRIK DAN TEKNIKAL



Dalam tenis meja hari ini, adalah kemungkinan kecil untuk menilai tanda-tanda secara
tepat pada perkembangan pemain berdasarkan pengukuran yang objektif. Namun
beberapa faktor yang harus harus dipertimbangkan dalam proses ini untuk kemungkinan
memperoleh seorang berkarakter juara di masa depan adalah:

   a) Kualitas tinggi dalam pelatihan tahap2 awal.

   b) Kemajuan cepat.

   c) Rasio yg bagus antara hasil-baik dan waktu-pelatihan.




Secara umum dapat diyakini, seorang pemain yang telah mencapai hasil-baik dalam
waktu-singkat akan terus berlanjut maju seperti berikut:

   a) Konsistensi dalam pelatihan.

   b) Disiplin.

   c) Konsentrasi selama pelatihan dan pertandingan.
d) Pencapaian permainan kualitas tertinggi dalam pertandingan resmi (tidak demam
         panggung).

    e) Bertampang (profil) psiko-kinetik.

    f) Memilik motivasi dan keinginan untuk menang (semangat juang).

    g) Memiliki kemampuan untuk mengatasi kesulitan dalam kompetisi.

    h) Berpengetahuan teknis.

    i)   Kemampuan fisik yang cukup.




9.1 Kepentingan Hidroterapi



Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan
yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan

ii. Keupayaan berkomunikasi

iii. Simulasi sistem otak

iv. Bina keyakinan diri

v. Kreativiti

vi. Kawalan diri

vii. Latihan ‘Social skill’

viii. Merangsang pertuturan

ix. Melatih sikap bekerjasama

x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan

xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain

xiii. Latihan daya kepimpinan

xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari

xv. Daya konsentrasi

xvi. Pembentukan ‘body image’

xvii. Peningkatan ‘self-esteem’




       Kepintaran Kinetik Tubuh merujuk kepada keupayaan untuk mengkoordinasikan
pergerakan tubuh kita. Kebanyakan penari dan atlet mempunyai kepintaran kinetik tubuh
yang tinggi.Ibu bapa boleh membantu meningkatkan kepintaran kinetik tubuh anak
mereka dengan menggalakkan mereka bermain di tempat yang lapang supaya mereka
boleh berlari dan memanjat. Satu jam setiap hari di padang permainan sudah memadai
bagi anak-anak anda kerana mereka boleh memproses maklumat bagaimana tubuh
mereka bergerak dan meregang.Ramai kanak-kanak yang minat menari. Ia adalah satu
aktiviti semula jadi yang menggambarkan keseronokan dan tahap tenaga mereka. Ia
juga satu cara efektif untuk meningkatkan kepintaran kinetik tubuh.Bila umur mereka
meningkat 4 hingga 5 tahun, ibu bapa sudah boleh mendedahkan mereka kepada sukan
asas dan yang mudah seperti bola sepak dan bola keranjang. Lama kelamaan anda
boleh perkenalkannya kepada sukan yang lebih kompleks dan lebih halus koordinasinya
seperti badminton dan ping pong. Tapi ingat, ibu bapa jangan terlalu memikirkan tentang
kemenangan dan memaksa memandangkan usia mereka yang masih muda.
10.0 PERSEDIAAN DARI SEGI PSIKOLOGI PEMAIN

10.1 Senaman Sebelum Memulakan Permainan

Perkembangan dan prestasi seseorang pemain bergantung kepada jenis dan tingkat
latihan yang dijalankan. Latihan berbeza dari satu tahap ke satu tahap yang lain, tetapi
semuanya berdasarkan kepada empat bidang yang sama, iaitu fizikal, kemahiran atau
teknik, taktik, atau strategi dan mental. Latihan-latihan selalunya dijalankan dalam
bentuk permainan kecil yang bervariasi supaya pemain-pemain tidak merasa bosan
semasa menjalankan latihan.




10.2 Senaman Secara Perseorangan



Senaman-senaman yang dapat dilakukan secara berseorangan sebelum

memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.




1. Dengan perlahan-lahan, tangkaskan pergelangan tangan dan tumit dalam pergerakan
bulatan (circular Motion)

2. Pusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang.

3. Pusingkan lutut dalam bulatan supaya menangkaskan tumit, lutut dan pinggang

4. Lenturkan dan hulurkan lutut

5. Pegang tangan kiri dan kanan dan hulurkan ke atas kepala supaya menghulurkan
otot-otot di tepi badan

6. Pegang kedua-dua tangan dan ukirkan nombor 8 diudara untuk membina
keseimbangan dan ketangkasan. Lengan dan lutut mesti dihulurkan.

7. Pergerakan untuk ketangkasan tekak, iaitu dengan menggerakkan kepala dalam
bulatan supaya dagu menyentuh dada, telinga menyentuh bahu dan kepala menyentuh
belakang bahu.
8. Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan lutut.

9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunkan tangan dalam bulatan ke hadapan
dan belakang.

10. Lenturkan badan ke tepi

11.Lenturkan badan ke hadapan dan cecahkan kaki kanan dengan tangan kiri dan
sebaliknya

12. Pulas badan dan lengan kiri dan ke kanan

13. Gerakkan seluruh badan dalam bulatan

14. Cecahkan lantai dengan tapak tangan dan kaki bertegak

15. Lentur ke belakang, dengan kaki terkangkang, sehingga kepala mencecah lantai

16.Untuk mencapai keselesaan (relaxation), berdiri tegak dengan tangan menghulur ke
atas. Perlahan-lahan lingkarkan badan sehingga anda betul-betul bergulung. Tarik
nafas.




10.3 Senaman Secara Berpasangan



Senaman-senaman juga dapat dilakukan secara berpasangan sebelum

memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.

1. Dukungkan pasangan anda pada bahagian belakang sambil melenturkan dan
menghulurkan lutut

2. Duduk membelakang dan berbaring atab bahu kawan

3.Duduk dengan kaki terkangkang dan kawan menolak dari belakang supaya anda
mencecah kaki bergilir-gilir

4. Duduk dengan kaki terkangkang berhadapan kawan. Memegang tangan kawan dan
melentur ke belakang. Buat bergilir-gilir.
5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu dengan menarik
secara kuat-kuat

6. Baring dengan muka ke bawah, kawan anda duduk di belakang anda dan membantu
melenturkan ke belakang

7. Senaman untuk memperkukuhkan otot-otot perut dengan cara menolak kaki kanan,
dan biarkan kaki hulur semula

8. Memegang pemberat dan lentur

9. Menghayunkan pemberat




11.0 PEMAKANAN

Sebagai seorang atlet ping pong, pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih
makanan      yang      hendak      dimakan      dengan      tujuan     memperbaiki     atau
mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat
diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.




11.1 Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam
sistem   tubuh     manusia.   Karbohidrat    menyumbangkan       kira-kira   50%   daripada
pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada
gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak
terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
11.2 Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula
mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.




11.3 Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada
manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan
untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada
pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.




11.4 Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan
dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak
terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.




11.5 Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia
membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat
dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon,
bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan
lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk
kesihatan tubuh badan.
11.6 Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan
sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum
banyak air.
12.0 BIBLIOGRAFI

Gordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The
      Crowood Press.

Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur,
      Penerbitan Fargoes Sdb. Bhd

Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 15 September 2010,
      daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pong

Tiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Diperoleh pada 22
      September 2010, daripada http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html
      &ei=TlvHStbWDIBkQW7yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6Kj
      UhElxEM1t5ul-LET4oCf5gg

Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 25 September 2010,
      daripada http://suterawave.com/sports/?p=27

Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Diperoleh pada 27
       September 2010, daripada http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik%
       2Fping%2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+perm
       ainan+ping+pong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7A

Tiada Nama Pengarang, Table Tennis, Diperoleh pada 27 Oktober 2010, daripada
      http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

Contenu connexe

Tendances

Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakKaren Kayny
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...FaFai S.
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Peraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongPeraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongdonnyaktuah
 
Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka VANI
 

Tendances (20)

BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti
 
Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
 
3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan3 persediaan untuk pertandingan
3 persediaan untuk pertandingan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Arahan kawad
Arahan kawadArahan kawad
Arahan kawad
 
Kawad kaki
Kawad kakiKawad kaki
Kawad kaki
 
Peraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongPeraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpong
 
Buku Log BSMM
Buku Log BSMMBuku Log BSMM
Buku Log BSMM
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Asas kawad kaki
Asas kawad kakiAsas kawad kaki
Asas kawad kaki
 
Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka
 

Similaire à ping pong (20)

Tenis meja
Tenis meja Tenis meja
Tenis meja
 
Makalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkisMakalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkis
 
Makalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkisMakalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkis
 
Makalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkisMakalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkis
 
Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2
 
Makalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkisMakalah bulu tangkis
Makalah bulu tangkis
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
 
Artikel olahraga bulu tangkis
Artikel olahraga bulu tangkisArtikel olahraga bulu tangkis
Artikel olahraga bulu tangkis
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2
 
Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2Makalah bulu tangkis 2
Makalah bulu tangkis 2
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Projekhoki
ProjekhokiProjekhoki
Projekhoki
 
Kertas Kerja Tenis
Kertas Kerja TenisKertas Kerja Tenis
Kertas Kerja Tenis
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
BADMINTON
BADMINTONBADMINTON
BADMINTON
 

ping pong

  • 1. SEMESTER 2 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS CSG 2021/UKS 1091 : KOKURIKULUM PING PONG TAJUK: PING PONG KUMPULAN KULIAH: A NAMA TENAGA PENGAJAR: EN. MOHD FITRI BIN AB GHANI NAMA INSTRUKTOR: EN. ROSZAIRI BIN HARON NAMA KUMPULAN DAN AHLI KUMPULAN: ANDRO NAMA NO. ID EDWARD BATIN ANAK WIL D20091035845 HARITH WANWIKLAI A/L FEEN D20091035870 NGEW CHOON YIAN D20091036697 SEOW LING YING D20091036690 LIM XIN YI D20091036698 LIM TUCK HOCK D20091036707 CHUAH SIEW KIM D20101038769 BAVANI A/P KRISHENAN D20101038129 TAN HONG PENG D20091036701 POOK ZHONG LING D20091036699 TANG XIN JIE D20101038113 TARIKH HANTAR: 01 APRIL 2011
  • 2. 1.0 PENGENALAN PINGPONG Permainan ping pong atau lebih dikenali sebagai ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang pemain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Biasanya, permainan Ping Pong dimainkan secara “Single” dan double sahaja. Gambar rajah di bawah menunjukkan perlawanan Ping pong secara single dan secara double yang tengah berlangsung: Perlawanan secara “Single” Perlawanan secara “double”
  • 3. Walau bagaimanapun, Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm. Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 2.0 SEJARAH PERMAINAN PING PONG Pada mulanya, permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang disukai oleh penuntut-penuntut university di Britain. Pada tahun 1891, Charles Barter dari Gloucestershire telah mendaftarkan corak dan bentuk permainan ping pong. Pada masa yang sama, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain yang bernama James Gibb telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika. Kemudian diperkenal sebagai alternative kepada bola getah ataupun getas yang digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mual memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima,Whiff Waff,Flim Flam dan Table Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum dipernalkan, istilah ping pong telah dicipta.Nama ping pong diambil daripada bunyi “ping” apabila bet bertembung dengan dengan bola.Bunyi “pong” terhasil akibat daripada bunyi bola melantun di meja permainan. James Gibb mencadangkan keoada pengilang John Jaque Ltd bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran . Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka.
  • 4. Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain Eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan pengawal dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju. Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak yang mementingkan corakmenyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja. Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain- pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia
  • 5. pingpong. Dalam bahagian wanita pula,pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia. Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988. Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhirperseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkatbenua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebut terdiri African Table Tennis Federation, Asian Table Tennis Union,Europian Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation. Pada tahun 1952, sebuah persatuan ping pong ditubuhkan.Persatuan ping pong dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.Pada tahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaya(TTAM) ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di Negara ini dipesatkan.Hal ini membuktikan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah mengenali tentang permainan ping pong dan ramai penduduk menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Pada tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertanding anantara negeri-negeri Malaysia adalah dari keturunan cina. Pada tahun 1974 sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain yang bukan kaum cina telah dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Selain itu,diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain ping pong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
  • 6. Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala bagi wanita ialah ke-19 daripada 40 buah Negara dalam Kejohanan Ping pong Dunia ke-32 di Yugoslavia. Seterusnya pada tahun 1972, Persatuan Ping pong Malaysia menjadi pengasas Asian Table Tennis Union.Sejak masa itu, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ping pong di Asia negara. Dalam kalangan Negara Asean , Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, Dato’ Michael Chen talah dilantik menjadi ahli ITTF. Ini adalah kali pertama seorang wakil dari Malaysia dalam sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia. Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh yang demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehan teknikal yang tinggi. Sejak tahun 1990, Malaya telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadilkebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan. Logo Persatuan Ping Pong Malaysia
  • 7. 3.0 PERALATAN PERMAINAN PING PONG Sebelum memulakan permainan ping pong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Ping pong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikit ruang sahaja dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Permainan ping pong memerlukan sebuah meja, sebiji bola ping pong, dua buah bet ( bagi permainan secara individu). 3.1 Meja Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah member lantunan ( bounce ) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jarring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm selari dengan garisan tepi meja.
  • 9. 3.2 Bola Ping Pong Bola ping pong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola ping pong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastic yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola ping pong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola ping pong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal. Contoh bola ping pong
  • 10. 3.3 Jaring Jaring untuk permainan ping pong terdiri dari jarring dan peralatan untuk memasangnya ke meja ping pong, dan sering disebut gabungan jarring ( net assembly ). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jarring adalah 15.25 cm di atas permukaan. Contoh Jaring ping pong 3.4 Bet Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF. Getah yang digemari ramai ialah getah terbalik ( reverse ) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dank eras lapisan span, semakin cepat bola memantul ( rebound ) daripada bet. Di bawah undang-undang ping pong, tebal keseluruhan getah span tidak boleh melebihi 4 mm. Walau bagaimanapun, warna getah bet ping pong juga telah ditetapkan melalui peraturan Ping Pong apabila perlawanan berlangsung. Antara warna getah yang diiktirafkan untuk pertandingan Ping Pong adalah warna Merah dan Hitam sahaja. Jenis- jenis Bet Ping Pong adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
  • 11.
  • 12. 3.5 Kawasan ( Arena ) Permainan Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdafter, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan ping pong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Begitu juga, kawasan tempat yang digunakan untuk perlawanan Ping Pong adalah merupakan dewan yang tertutup. Hal ini demikian bagi mengelakkan perlawanan terganggu daripada tiupan angin.
  • 13. Dewan tertutup untuk meletakkan meja Ping Pong Contoh Kawasan Permainan Ping Pong
  • 14.
  • 15. 4.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSS yang sedang berkuatkuasa sekarang. 2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 2.1 Perseorangan 2.2 Bergu 2.3 Perseorangan bagi pemain bukan kaum Cina
  • 16. 3. BAHAGIAN UMUR 3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah 3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah 3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah 3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah 4. PENYERTAAN 4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangan dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun). 4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang pemain perseorangan. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun). 5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati. 5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan. 5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap- tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan. 5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah, tiap- tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan. 5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur. 5.6 Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan.. 5.7 Seseorang permain/regu dibenarkan mengambil satu kali “time out” selama 1 minit dalam satu perlawanan.
  • 17. 6. KELEWATAN 6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat, selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0, 11-0. 7. PAKAIAN 7.1 Semua pemain mestilah berpakaian sukan yang sesuai, kemas dan sopan. 7.2 Semua pemain ditegah memakai pakaian berwarna oren( sama dengan warna bola) 7.3 Bagi acara beregu, kedua-dua pemain hendaklah memakai baju yang seragam. 8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN 8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan. 8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak dibenarkan bertanding. 8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding. 8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan had umur. 8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.
  • 18. 9. GELANGGANG PERMAINAN 9.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12m x 6m x 4m 9.1.1 Setiap gelanggang hendaklah dilingkungi dengan penghadang bola( surrounds) berwarna gelap yang seragam setinggi 75cm 9.2 Bahagian permukaan atas meja pula yang dikenali sebagai “permukaan permaianan”hendaklah berbentuk segi empat tepet iaitu 2.74m panjang dan 1.52m lebar dan mestilah terletak pada satumendatar 76cm dari aras lantai. 9.3 Jaring mestilah digantung oleh seutas benang yang diikat pada setiap hujungnya kepada satu tiang 15.25cm tinggi. Had bahagian luar tiang itu juga mestilah 15.25cm dari garisan sisi. 10. ALATAN 10.1 Bola jenama TIBHAR3 star berwarna oren akan digunakan. 10.2 Getah rakat yang disenaraikan dalam “AUTHORISED RACKET COVERINGS ITTF” yang berkuat semasa sahaja boleh digunakan dalam kejohanan ini. 10.3 Getah “long pimple” dan anti spin tidak dibenarkan untuk kumpulan umur 12 tahun dan ke bawah. 11 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Menarik diri( walk-over ) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaan akan dihukum sebagai menarik diri daripada kesel uruhan pertandingan. 12 BANTAHAN 12.1 Segala bantahan atau rayuan hendaklah sibuat selewat-lewatnya dalam masa setengah jam selepas tamatnya pelawanan yang berkenaan melalui Pengurus Pasukan / Ketua Pasukan atau berkenaan secara bertulis dengan bayaran RM 200.00 sebagai wang pentaruhan. 12.2 Jika bantahan atau rayuan gagal diterima, wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan.
  • 19. 13. LEMBAGA JURI RAYUAN 14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. MEJA DAN KAWASAN GELANGGANG
  • 20. Nota: 1. Permukaan permainan boleh diperbuat daripada Seberang bahan, berwarna tua seragam dan tidak berkilau dan hendaklah menghasilkan lantunan setinggi 22cm hingga 25cm, apabila sebiji bola dilepaskan ke atasnya dari setinggi 30.5cm. 2. Punca lampu hendaklah tidak kurangdari 4m di atas lantai.
  • 21. 5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG 5.1 Pengenalan Dalam permainan Ping Pong, teknik dan kemahiran memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu perlawanan. Setiap teknik yang digunakan berPermainan
  • 22. pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan atau beregu dan sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran (lelaki dan wanita) Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat servis supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan kemudian pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya. Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandingan antarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalam pertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atau beregu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat 20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagai pemenang. 5.2 Memulakan Permainan Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu daripada berikut : 1. Membuat servis terlebih dahulu 2. Menerima servis terlebih dahulu 3.Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan) 4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak menerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah mana meja untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima). Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan memilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi penerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda sekali lagi berpeluang untuk memulakan servis.
  • 23. Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga lima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun, sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secara bergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan pingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira siapa yang membuat servis. Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak dikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata percuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut : 1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas 2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja dan di belakang garisan belakang meja 3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan memukul bola di belakang garisan belakang meja 4.Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran 5.Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali : • Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis (pemukul) dan kemudian di kawasan penerima • Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan kemudian di kawasan kanan penerima - Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil - Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
  • 24. kaki apabila diukur dari jaring - Jika bola menyentuh ‘net’ maka servis terpaksa dilakukan semula. Gerakan membuat dan menerima Servis dalam perseorangan 5.3 Pertukaran Tempat Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain- pemain akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan hingga ke permainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila salah seorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10. 5.4 Rali (Rally) Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan. Terdapat beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara yang paling lazim ialah seperti berikut : 1.Terlepas bola sama sekali
  • 25. 2.Kegagalan memukulnya mencecah jarring 3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat 5.5 Kiraan dan Pungutan Mata Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas usahanya ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya ditentukan, setiap pemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut dengan diselang-seli antara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang memulakan servis, disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis, sebutan mata bertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat ialah 21. Jika kedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang ditentukan oleh mana- mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya. 5.6 Bergu Gerakan Pemain dalam Bergu Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan yang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut :
  • 26. 1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasan permainan anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan meja lawan 2. Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan (sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika anda gagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secara automatik 3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat dengan pasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum dia sendiri memulakan lima servis 4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidak menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainan pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukar tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya. 5.7 Kemahiran Asas 5.7.1 Pengenalan Kemahiran Asas
  • 27. Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari kemahiran- kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita gunakan. Jika kita berjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar kita dapat menghasilkan satu permainan yang baik. Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka jenis. Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah dengan pukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : -Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis. Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang baru belajar atau pemula. -Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran membuat servis dan menyerang. Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk mempergunakan dan mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya. Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat, iaitu cara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenis- jenis pukulan dan pergerakan kaki. 5.8 Cara Memegang Bet Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu. 5.8.1 Cekak Pen
  • 28. Cara Cekak Pen Jepun ( Gambarajah sebelah) dan Cara Cekak Pen China ( Gambarajah Bawah) Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagai cekak Asia. Ia dikenali sebagai ‘cekak pen’ kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jari telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet, yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan secara berkesan oleh juara dunia. 5.8.2 Cekak Sudu
  • 29. Cara Cekak Sudu Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.ia kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejari telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jari diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk. Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian serta- merta ke atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya dilakukan kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk. 5.9 Kesediaan untuk Bermain Dalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan yang tinggi terhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan kepantasan bola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan yang bersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan tepat dan betul. 5.9.1 Berdiri Tindak (Stance) Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untuk beroperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat
  • 30. badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengan cepat untuk membalas pukulan. Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut belok sedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang dan membiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang memegang bet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah. Tangan yang memegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan keseluruhan dan mestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus dipastikan berat berada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki. 5.9.2 Kedudukan Badan Cara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat menjadi faktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan. Secara idealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada kepada haluan bola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga haruslah dihadapkan ke arah yang sama dengan bahu dan dada. Kedudukan badan pemain
  • 31. Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang saling bertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya dan tahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan. 5.9.3 Perhitungan ( Timing ) Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan dilakukan ketika lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap yang lebih tinggi dari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan penggunaan titik lantunan bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar kemungkinan kita akan menggunakannya buat selamanya. Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan pemain memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru mereka tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola pingpong yang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan kaedah ini ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat antarabangsa kerana kaedah ini. 5.9.4 Antisipasi Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya antisipasi. Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum ia membuat pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China merupakan contoh yang terbaik tentang perlaksanaan antisipasi Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda bertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi kelebihan masa untuk bertindak awal.
  • 32. 5.9.10 Servis dan Menerima Servis Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuan servis ialah seperti berikut : 1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan semasa menerima servis atau gagal menerima servis 2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawan setelah ia memulangkan servis dengn lemah . Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan harus dikuasai oleh setiap pemain pingpong. 5.9.11 Cara Membuat Servis yang Betul Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis, jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Kedua- dua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang- kurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat. Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklah berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi bercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand) dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.
  • 33. 5.10 Jenis-jenis Servis Secara amnya, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti berikut : 1.Servis putaran atas (topspin service) 2. Servis putaran belakang (backspin service) 3. Servis putaran ke kiri (forehand side) 4. Servis putaran ke kanan Jenis-jenis Servis 5.11 Servis yang Popular Masa Kini Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat tiga jenis servis berikut yang sering digunakan : 1. Servis dua lantunan 2. Servis lontaran jauh 3. Servis jarak jauh 5.11.1 Servis Dua Lantunan
  • 34. Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two bounce service). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikat bahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali pada permukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini telah menjadi begitu berfaedah secara teknikal : - Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek - Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis (flick) bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Ini memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk menjangka arah bola yang ingin dikembalikan. - Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukan adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atau adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak. Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya untuk mengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar dikawal. Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan hadapan atau kilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang terus terang tetapi asa secara relatif. Servis Dua Lantunan Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan belakang dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga akan
  • 35. berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikan lantunanhypotheti cal kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan. Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul pada satu titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada paras 15 cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan lebihan lantunan (bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat pukulan smash. 5.11.2 Servis Lontaran Tinggi Bagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu yang luar biasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara psikologinya ia memberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran bermain ia mungkin meletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang bebas melindungi putaran yang dihasilkan. Untuk mahirkan diri dalam bentuk sukar ini, seorang pemain hendaklah memperbaiki sentuhannya terhadap bola dengan servis yang sederhana dengan satu lontaran yang konsisten tidak lebih dari 1 atau 2 meter maksimum. Kita juga seharusnya membentuk tabiat membiarkan membiarkan pergelangan tangan dan sendi siku bebas. Bagi pukulan kilas, kepala kita ditunduk lebih tinggi daripada titik sentuhan untuk membantu kita mencapai kawalan yang diperlukan. Bagi pukulan hadapan, pastikan lontaran kita tidak menyebabkan bola jatuh terlalu jauh dari badan sehingga kita terpaksa menjangkau. 5.11.3 Servis Jarak Jauh
  • 36. Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjuru mata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan mendadak pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemah yang mana boleh memanfaatkan kita. 6.0 TARTIKAL UNTUK MENGHADAPI LAWAN Cara tartikai ping pong untuk menghadapi lawan adalah menggunakan cara keras putaran atas yang dilakukan dengan meragut bola keatas dan ke depan. Dengan serangan putaran ini dan menggelung ia akan membantu pemain mematikan servis seterusnya mendapat mata. Sebagai seorang pemain dia harus mengetahui tentang mengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan. Putaran atas suatu gelungan meliputi tiga perkara. Langkah yang pertama ialah membuat bola melompat sebaik ia mencecah meja. Langkah keduanya ialah membuat lawan yang tidak tahu melakukan penyesuaian ke atas putaran atas mengembalikan bola tinggi atau jauh melepasi hujung meja. Lankah ketiga ialah menarik bola ke bawah semasa ia bergerak bagi membolehkan anda memukul bola lebih pantas tetapi masih boleh jatuh ke meja sebelah lawan. Selain itu, langkah menggelung ini mempunyai tiga jenis tahap kelajuan. Tahap pertamanya ialah perlahan,tahap kedua ialah sederhana dan ketiganya ialah laju. Kepentingan gelungan adalah dengan menggunakan kaedah gelungan.Putaran yang dihasilkan amat laju dan boleh menghasilkan kesan yang maksimum. Dengan sedikit putaran atas, apa jua bola boleh dipukul dengan keras. Bagaimanapun ketepatan diperlukan ke atas pukulan kencang dan pemain mudah melakukan kesilapan. Walaupun pukulan itu menjadi lawan yang bertindak balas dengan cukup pantas berkemungkinan dapat mengembalikan bola. Gelungan dapat memberikan lebih banyak ruang untuk melakukan kesilapan. Putaran atas yang ekstrem akan menarik bola ke bawah. Jadi walaupun pukulan anda tersasar, bola masih boleh jatuh ke bawah meja.
  • 37. Lawan anda terpaksa menangani bukan sahaja kelajuan bola tetapi putaran bola tersebut. Dari segi melakukan Gelungan Pukulan Depan mempunyai pelbagai kaedah. Biasanya,berdiri manghadap meja, kaki kanan sedikit ke belakang. Pusing pinggang , pinggul dan bahu ke belakang sambil mambawa raket dan lengan ke belakang. Lurus lengan sehingga sehingga ia menunjuk ke belakang dan ke bawah ambil membengkokan pergelangan tangan. Bagi melawan putaran belakang, lengan perlu perlu menunjuk lebih ke bawah dan lutu perlu lebih dibengkokan. Jatuhkan bahu untuk menghadapi putaran atas Arahkan lengan lebih ke belakang dan sedikit ke bawah. Anjak berat badan anda ke kaki kanan. Mulakan pukulan depan dengan memusingkan pinggul dan pinggang ke depan. Pusingkan bahu dengan menaraknya dengan bahu kiri. Sentap lengan atas ke dalam bola dengan lembut tetapi bertenaga. Sentuh bola semasa ia jatuh untuk mendapat putaran dan kawalan maksimun, sebaik-baiknya pada lantunan tertnggi untuk melakukan gelungan yang lebih laju dan agresif. Sentuhan dilakukan di depan dan ke kanan badan. Libas raket di sekeliling luar bola dan menutupnya untuk menghasilkan putaran. Lengan harus di hayun terus ke atas dan ke depan dan berakhir raket diparas dahi atau lebih tinggi untuk menghasilkan pukulan yang baik.Melakukan Gelungan Pukulan Kilas Di samping itu, tartikal ping pong menghadapi lawan ialah melakukan gelungan pukulan kilas.Kaedahnya ialah menghadap meja dngan kedua-dua kaki dijarakan lebih jauh dari meja dari biasa. Hayun ke belakang hampir lurus ke bawah diuantara kedua- dua kaki. Dengan hujung atas raket ke bawah. Kedua-dua lutut dibengkokan hayun ke belakang ke pinggul kiri. Jatuh sedikit bahu kanan. Pusingkan pinggul ke kiri untuk mengalihkan sebahagian berat badan ke kaki kiri. Condongkan bahagian atas badan sedikit ke depan. Bengkokkan pergelangan tangan ke belakang. Tarik raket ke depan, mula-mula dengan menggunakan bahu dan kemudian siku. Sentap pergelangan tangan ke dalam bila semasa sentuhan.Pusingkan raket sekta bola, dan ketika melakukan tutup raket untuk menghasilkan putaran. Lakukan sentuhan di bahagian separuh atas raket. Anjakkan berat badan ke kaki kanan. Bagi melawam purtaran belakang, sentuh belakang bola. Bagi melawan putaran atas, sentuh belakang atas bola. Gelungan Pukulan Balas juga adalah teknik menghadapi lawan.Gelungan pukulan balas adalah pukulan gelung melawan pukulan gelung. Ia amt sukar dipeljari dan
  • 38. banyak digunakan diperingat tertinggi permainan. Di lakukan dengan pukulan depan atau kilas tetapi pukula kilas adalah lebih sukar. Jika anda menyentuh bola lebih jauh dari meja daripada kebiasaan, putaran atas dan tarikan graviti mempunyai lebih masa untuk menarik bola ke bawah. Ini meningkatakan ketekalan anda tetapi memberikan laan lebih banyak masa untuk bertindak balas. Untuk permulaan, pukul bola semasa ia sedang jatuh. Hasil putaran selaju yang bolah. Apabila permainan anda semakin meningkat, cuba sentuh bla lebih dekat dengan meja kerana lebih sukarlah lawan untuk mengembalikanya. Sesetengah pemain malahan telah menguasai sepenunya cara melakukan gelungan sejurus selepas lantunan. 7.0 CONTOH JADUAL LATIHAN HARIAN SERTA BULANAN ( yang diamalkan oleh jurulatih )
  • 39. 13 JANUARY 2010 (RABU) 8.00 pg - 9.00 pg Sarapan Pagi Latihan Kecergasan 9.00 pg - 1.00 ptg Latihan Intensif 1.00 ptg - 2.30 ptg Makan Tengahari Dan Rehat Bilik Sukan & Rekreasi Latihan Intensif 2.30 ptg – 6.30 ptg Latihan Gimnasium 7.00 mlm - 8.45 Makan Malam Dan Rehat mlm 8.45 mlm - 10.45 Perlawanan Persahabatan mlm Team Strategy
  • 40. RAJAH 1: JADUAL LATIHAN HARIAN 20 JANUARY 2010 (RABU) 8.00 pg - 9.00 pg Sarapan Pagi Latihan Kecergasan 9.00 pg - 1.00 ptg Latihan Intensif 1.00 ptg - 2.30 ptg Makan Tengahari Dan Rehat Bilik Sukan & Rekreasi Latihan Intensif 2.30 ptg – 6.30 ptg Latihan Gimnasium 7.00 mlm - 8.45 mlm Makan Malam Dan Rehat Perlawanan Persahabatan 8.45 mlm - 10.45 mlm Team Strategy
  • 41. RAJAH 2: JADUAL LATIHAN HARIAN RAJAH 3: JADUAL LATIHAN BULANAN MASA 4 /2/2010 11/2/2010 18/2/2010 25/2/2010 KHAMIS KHAMIS KHAMIS KHAMIS 9.00pg-12ptg Latihan Latihan Latihan Latihan Kecergasan & Kecergasan & Kecergasan & Kecergasan & latihan Intensif latihan Intensif latihan Intensif latihan Intensif 12ptg-2.00ptg Rehat Rehat Rehat Rehat 2.00ptg-6.00ptg Latihan Latihan Latihan Latihan Intensif& Intensif& Intensif& Intensif& Latihan Gimnasium Latihan Latihan Latihan Gimnasium Gimnasium Gimnasium 6.00ptg-8.00mlm Rehat Rehat Rehat Rehat 8.00mlm-10.00mlm Perlawanan Perlawanan Perlawanan Perlawanan Persahabatan Persahabatan Persahabatan Persahabatan & & Team & Team & Team Team Strategy Strategy Strategy Strategy
  • 42. 8.0 KAEDAH MENINGKATKAN KEADAAN FIZIKAL PEMAIN 8.1 Prinsip Tambah Beban Tambah beban adalah penting untuk meningkatkan kecergasan. Tubuh badan kita akan menyesuaikan diri dengan beban yang dikenakan itu. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi prinsip tambah beban agar dapat disesuaikan dengan tubuh badan iaitu : 8.1.1 Kekerapan Kekerapan merupakan bilangan kali seseorang itu bersenam di dalam seminggu. Blanksby (1987) menegaskan bahawa kesan positif bersenam akan diperolehi jika kekerapan bersenam dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu. 8.1.2 Intensiti Intensiti boleh diertikan sebagai darjah kesukaran senaman dan dinyatakan sebagai peratus(%) misalnya 60% atau 90%. Menurut Blanksby (1987) pemilihan intensiti bergantung kepada tiga perkara, iaitu: 8.1.3 Tahap kecergasan permulaan Individu yang mempunyai tahap kecergasan permulaan yang rendah tidak boleh bersenam dengan intensiti yang tinggi kerana ini boleh menyebabkan kesulitan pernafasan dan mungkin juga menyebabkan kematian.Sebaliknya,individu yang mempunyai tahapa kecergasan yang tinggi pula perlu bersenam dengan intensiti yang tinggi supaya kesan senaman boleh dicapai.
  • 43. 8.1.4 Tahap Kecergasan Yang Diingini Bagi mencapai tahap kecergasan yang tinggi, sseorang perlu bersenam dengan intensiti yang lebih tinggi. Namun begitu, peningkatan intensiti perlulah secara beransur-ansur 8.2 Sifat Aktiviti Yang Dipilih Aktiviti yang dipilih boleh membantu mencapai intensiti yang diingini. 8.2.1 Tempoh Pada amnya, tempoh yang sesuai ialah antara 15 hingga 60 minit. Ini melibatkan aktiviti aerobik yang berterusan. Tempoh sebenarnya bergantung kepada intensiti; senaman intensiti rendah memerlukan tempoh senaman yang lebih panjang dan senaman intensiti tinggi memerlukan masa yang lebih pendek. 8.2.2 Ulangan Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu senaman atau aktiviti diulang. Ia harusnya ditingkatkan secara beransur-ansur untuk mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.
  • 44. 8.2.3 Prinsip Ansur- maju Latihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai dengan proses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan latihan. Anda perlu mencatatkan beban latihan supaya kemajuan tertentu dapat dikesan. Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan : a) Sakit dibahagian dada b) Pening kepala c) Rasa hendak muntah d) Kesukaran bernafas e) Keletihan yang keterlaluan f) Kesakitan pada sendi-sendi g) Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan 8.2.4 Latihan Jeda Latihan ini membangunkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Ia membangun sistem tenaga aerobik dan anaerobik. Ia menggunakan prinsip asas kerja dan rehat atau nisbah kerja-rehat iaitu tempoh latihan rancak diselangselikan dengan tempoh rehat pendek. Latihan jeda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Jeda panjang – tegaskan stamina iaitu daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot Jeda pendek – tegaskan kelajuan
  • 45. Jeda Pendek Jeda Panjang Kelajuan 85% - 90% 80% - 85% Rehat 10 saat – 2 minit 3 – 15 minit Ulangan 8 – 30 kali 4 – 15 kali Jadual 1 : Latihan Jeda : Jeda pendek dan panjang Jeda Pendek Jeda Panjang Memanaskan badan Memanaskan badan Lari 100% untuk 10 saat Lari 90% kelajuan untuk 60 saat Rehat aktif 10 saat – berjalan Rehat aktif 4 minit – berjalan perlahan senang Ulang 2 dan 3 sebanyak 10 ulangan Ulang 2 dan 3 untuk 5 larian Jadual 2: Contoh Aktiviti Latihan Jeda
  • 46. Jeda Pendek Jeda Panjang Kerja 5 – 30 saat 30 saat hingga 3 minit 30 saat hingga 3 Rehat 15 – 90 saat minit 1:1@1:2 Nisbah 1:3 80% - 85% Intensiti 85% - 90% Ulangan 15 – 25 5 – 20 Jadual 3 : Contoh Latihan Jeda: Kerja, intensiti, rehat, ulangan (Blanksby, 1987)
  • 47. 8.2.5 Latihan Litar Latihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan kardiovaskular kerana ia mengakibatkan permintaan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalam jangkamasa yang lama. Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu litar beban tetap dan litar beban individu. 8.2.6 Litar beban tetap Lebih daripada satu litar digunakan Pelaku menghabiskan senaman di litar A dalam masa yang ditetapkan, bergerak ke litar B dan seterusnya. 8.2.7 Litar beban Individu Bagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) diadakan. Contoh, bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam masa 30 saat atau 60 saat. Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan maka beban di bahagikan 3.Beban yang disetengahkan atau disatupertigakan dipanggil dos latihan.
  • 48. Komponen Beban Kesan Kekuatan < 10 UM Positif Dayatahan otot > 10 UM Positif Kekuatan dan dayatahan < 30 UM Positif otot Jadual 4 : Keputusan kajian kesan Latihan Litar 8.2.8 Latihan Anaerobik Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut: a) kelajuan b) kekuatan c) daya tahan otot d) kuasa e) ketangkasan 8.2.9 Jenis-jenis latihan anaerobik
  • 49. a) Larian bukit b) Larian mendaki tangga c) Latihan litar d) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat e) Latihan pecutan berulang f) Latihan bebanan g) Latihan pliometrik 9.0 UJIAN EGOMETRIK DAN TEKNIKAL Dalam tenis meja hari ini, adalah kemungkinan kecil untuk menilai tanda-tanda secara tepat pada perkembangan pemain berdasarkan pengukuran yang objektif. Namun beberapa faktor yang harus harus dipertimbangkan dalam proses ini untuk kemungkinan memperoleh seorang berkarakter juara di masa depan adalah: a) Kualitas tinggi dalam pelatihan tahap2 awal. b) Kemajuan cepat. c) Rasio yg bagus antara hasil-baik dan waktu-pelatihan. Secara umum dapat diyakini, seorang pemain yang telah mencapai hasil-baik dalam waktu-singkat akan terus berlanjut maju seperti berikut: a) Konsistensi dalam pelatihan. b) Disiplin. c) Konsentrasi selama pelatihan dan pertandingan.
  • 50. d) Pencapaian permainan kualitas tertinggi dalam pertandingan resmi (tidak demam panggung). e) Bertampang (profil) psiko-kinetik. f) Memilik motivasi dan keinginan untuk menang (semangat juang). g) Memiliki kemampuan untuk mengatasi kesulitan dalam kompetisi. h) Berpengetahuan teknis. i) Kemampuan fisik yang cukup. 9.1 Kepentingan Hidroterapi Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: i. Menghilangkan tekanan ii. Keupayaan berkomunikasi iii. Simulasi sistem otak iv. Bina keyakinan diri v. Kreativiti vi. Kawalan diri vii. Latihan ‘Social skill’ viii. Merangsang pertuturan ix. Melatih sikap bekerjasama x. Meningkatkan kesabaran
  • 51. xi. Pengamatan xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain xiii. Latihan daya kepimpinan xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari xv. Daya konsentrasi xvi. Pembentukan ‘body image’ xvii. Peningkatan ‘self-esteem’ Kepintaran Kinetik Tubuh merujuk kepada keupayaan untuk mengkoordinasikan pergerakan tubuh kita. Kebanyakan penari dan atlet mempunyai kepintaran kinetik tubuh yang tinggi.Ibu bapa boleh membantu meningkatkan kepintaran kinetik tubuh anak mereka dengan menggalakkan mereka bermain di tempat yang lapang supaya mereka boleh berlari dan memanjat. Satu jam setiap hari di padang permainan sudah memadai bagi anak-anak anda kerana mereka boleh memproses maklumat bagaimana tubuh mereka bergerak dan meregang.Ramai kanak-kanak yang minat menari. Ia adalah satu aktiviti semula jadi yang menggambarkan keseronokan dan tahap tenaga mereka. Ia juga satu cara efektif untuk meningkatkan kepintaran kinetik tubuh.Bila umur mereka meningkat 4 hingga 5 tahun, ibu bapa sudah boleh mendedahkan mereka kepada sukan asas dan yang mudah seperti bola sepak dan bola keranjang. Lama kelamaan anda boleh perkenalkannya kepada sukan yang lebih kompleks dan lebih halus koordinasinya seperti badminton dan ping pong. Tapi ingat, ibu bapa jangan terlalu memikirkan tentang kemenangan dan memaksa memandangkan usia mereka yang masih muda.
  • 52. 10.0 PERSEDIAAN DARI SEGI PSIKOLOGI PEMAIN 10.1 Senaman Sebelum Memulakan Permainan Perkembangan dan prestasi seseorang pemain bergantung kepada jenis dan tingkat latihan yang dijalankan. Latihan berbeza dari satu tahap ke satu tahap yang lain, tetapi semuanya berdasarkan kepada empat bidang yang sama, iaitu fizikal, kemahiran atau teknik, taktik, atau strategi dan mental. Latihan-latihan selalunya dijalankan dalam bentuk permainan kecil yang bervariasi supaya pemain-pemain tidak merasa bosan semasa menjalankan latihan. 10.2 Senaman Secara Perseorangan Senaman-senaman yang dapat dilakukan secara berseorangan sebelum memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan. 1. Dengan perlahan-lahan, tangkaskan pergelangan tangan dan tumit dalam pergerakan bulatan (circular Motion) 2. Pusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang. 3. Pusingkan lutut dalam bulatan supaya menangkaskan tumit, lutut dan pinggang 4. Lenturkan dan hulurkan lutut 5. Pegang tangan kiri dan kanan dan hulurkan ke atas kepala supaya menghulurkan otot-otot di tepi badan 6. Pegang kedua-dua tangan dan ukirkan nombor 8 diudara untuk membina keseimbangan dan ketangkasan. Lengan dan lutut mesti dihulurkan. 7. Pergerakan untuk ketangkasan tekak, iaitu dengan menggerakkan kepala dalam bulatan supaya dagu menyentuh dada, telinga menyentuh bahu dan kepala menyentuh belakang bahu.
  • 53. 8. Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan lutut. 9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunkan tangan dalam bulatan ke hadapan dan belakang. 10. Lenturkan badan ke tepi 11.Lenturkan badan ke hadapan dan cecahkan kaki kanan dengan tangan kiri dan sebaliknya 12. Pulas badan dan lengan kiri dan ke kanan 13. Gerakkan seluruh badan dalam bulatan 14. Cecahkan lantai dengan tapak tangan dan kaki bertegak 15. Lentur ke belakang, dengan kaki terkangkang, sehingga kepala mencecah lantai 16.Untuk mencapai keselesaan (relaxation), berdiri tegak dengan tangan menghulur ke atas. Perlahan-lahan lingkarkan badan sehingga anda betul-betul bergulung. Tarik nafas. 10.3 Senaman Secara Berpasangan Senaman-senaman juga dapat dilakukan secara berpasangan sebelum memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan. 1. Dukungkan pasangan anda pada bahagian belakang sambil melenturkan dan menghulurkan lutut 2. Duduk membelakang dan berbaring atab bahu kawan 3.Duduk dengan kaki terkangkang dan kawan menolak dari belakang supaya anda mencecah kaki bergilir-gilir 4. Duduk dengan kaki terkangkang berhadapan kawan. Memegang tangan kawan dan melentur ke belakang. Buat bergilir-gilir.
  • 54. 5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu dengan menarik secara kuat-kuat 6. Baring dengan muka ke bawah, kawan anda duduk di belakang anda dan membantu melenturkan ke belakang 7. Senaman untuk memperkukuhkan otot-otot perut dengan cara menolak kaki kanan, dan biarkan kaki hulur semula 8. Memegang pemberat dan lentur 9. Menghayunkan pemberat 11.0 PEMAKANAN Sebagai seorang atlet ping pong, pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain. 11.1 Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
  • 55. 11.2 Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. 11.3 Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. 11.4 Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran. 11.5 Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
  • 56. 11.6 Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
  • 57. 12.0 BIBLIOGRAFI Gordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The Crowood Press. Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur, Penerbitan Fargoes Sdb. Bhd Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 15 September 2010, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pong Tiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Diperoleh pada 22 September 2010, daripada http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html &ei=TlvHStbWDIBkQW7yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6Kj UhElxEM1t5ul-LET4oCf5gg Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 25 September 2010, daripada http://suterawave.com/sports/?p=27 Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Diperoleh pada 27 September 2010, daripada http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik% 2Fping%2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+perm ainan+ping+pong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7A Tiada Nama Pengarang, Table Tennis, Diperoleh pada 27 Oktober 2010, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis