SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  30
SEJARAH KEMERDEKAAN
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara
rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan
British kepada warganegara Tanah Melayu.
Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan
"MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu
Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam
sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya
sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada
Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.
Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman
kemerdekaan setelah pulang dari London.
Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.
Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia
mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan
kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham
Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan
salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah
Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang
baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang
kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-
tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk
mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United
Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British
tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada
tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga
lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20
Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul
Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa
penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir.
Tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan
negara di depan mata.
Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara
penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti
pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu
menahan air mata.
Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi merdeka’ ini. Setelah ratusan
tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran
paling besar.
Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing
berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas
peluang berharga dalam sejarah negara itu.
Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat
menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di
situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia.
Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan
pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini.
Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID
berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi
menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.
SEJARAH KEMERDEKAAN
SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan
cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak
menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai
kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman
maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang
dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang
sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada
cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda
daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu
melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara.
Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia
yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di
mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan
kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan
tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil
usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah
serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat
cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik
Malaysia walau di mana kita berada.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan
teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah
wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu,
Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama
perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga
persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi
menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN
Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu
pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan
(UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan
negara dengan bangsa yang berdaulat.
Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat
pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan
semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke
London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun
percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya
tercapai setelah melalui beberapa peristiwa.
KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan
MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946)
membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil
Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji
dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu,
Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai
kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah
menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap
penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran
tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah
Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-
British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh tempatan berikut:
1. Penghulu Dol Said di Naning,
2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
5. Sultan Abdullah di Perak,
6. Dato’ Bahaman,
7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
8. Tok Janggut di Kelantan,
9. Raja Mahadi di Selangor,
10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
11. Tok Moris, Tunku Kudin
12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap,
13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta
14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman
di Sabah.
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun
semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan
tanah air wajar disanjung.
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran
wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata
pena.
Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh
tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-
20. Antaranya,
1. Sheikh Tahir Jalaluddin,
2. Syed Sheikh Al-Hadi,
3. Sheik Muhammad Akil,
4. Sheikh Awad Saidin
5. Haji Abas Taha.
Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya,
Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang
tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera
seperti:
1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),
2. Harun Muhammad Amin,
3. Abdul Hadi bin Hassan,
4. Burhanuddin Al-Helmi dan
(Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka)
5. Abdul Rahim Kajai.
Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti
politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan
penentangan yang lebih bersepadu.
Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941
dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu
bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan
kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara
ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan
perkembangan yang berlaku.
Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk
Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia
Untuk Asia’.
Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah
diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan
Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British
mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun.
Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan
suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan
Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil
apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul
Rahmandilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme
peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
Serentak itu, slogan 'Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai
dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO.
Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong
Pemuda UMNO pada 3 April 1953, "cogan Hidup Melayu bermakna
kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk
menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan
bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu
bermakna kita bebaskan diri kita daripada naungan British dan
berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan
kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita
sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.
Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai
kemerdekaan:
1. Persidangan Malaya Merdeka Di London
2. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
3. Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka
4. Suruhanjaya Perlembagaan REID
5. Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
6. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
7. Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
8. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di
Tandatangani
9. Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan
Melaka
10. Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
Diluluskan
11. Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas
Merdeka
12. Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk
Upacara Kemerdekaan
13. Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa
Kemerdekaan
14. Perasmian Stadium Merdeka
15. Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka
16. Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor
17. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
18. Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957
Sumber : Arkib Negara
JALUR GEMILANG
KIBARKAN JALUR GEMILANG
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan
mencipta bendera peringkat kebangsaan.
Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah
(arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama
kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di
perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950.
Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan
Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia
iaitu Jalur Gemilang.
Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad
Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme.
Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan
maksud tertentu.
a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan
elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.
c) Merah membawa maksud keberanian.
d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan
bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan
keperibadian Malaysia.
KEPENTINGAN JALUR GEMILANG
Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur
Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut
arahan / panduan yang ditetapkan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat,
masa, kedudukan, saiz dan susunan.
Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil
perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan
memusnahkan bendera.
Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera
yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu
menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera.
Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu
dengan membakarnya di tempat yang tertutup.
Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah
negara.
Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru,
perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus
negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.
TEMA DAN LOGO
Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini.
Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976
1970
MUHIBAH DAN PERPADUAN
1971
MASYARAKAT PROGRESIF
1972
MASYARAKAT ADIL
1973
MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA
1974
SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975
MASYARAKAT KERDIKARI 1976
1976
KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu
membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan
negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan
keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana
ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga
manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan
kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada
bendera Malaysia.
1977
20 TAHUN BERSATU MAJU
Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian
yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini
semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula
melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu
menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang
bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor
20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi
kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian)
dan batiniah.
1978
KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang
diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan
memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan
bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan
lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara
dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang
bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo
ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang
melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’
yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan
mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu
berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.
1979
BERSATU BERDISIPLIN
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan
pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-
prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang
berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang
bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat
tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di
tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan
kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap
pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat
bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara
supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.
1980
BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa
yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai
kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu
adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti
kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang
ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga
menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.
1981
BERDISIPLIN BERHARMONI
Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara
kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang
merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin
garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di
sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik,
ekonomi dan kemasyarakatan.
1982
BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia
melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh
bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera
Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip
Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan
keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25
melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu
melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami
oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai
25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya
pada masa hadapan.
1983
BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu
arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan
dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-
bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin
antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang
menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran
awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah
kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan
sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi
negara.
1984
AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985
Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi
intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi
melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan
kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai
aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan
telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.
1985
NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan
rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang
bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat
nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih
menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah
menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia
manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan
berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting
dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.
1986
BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan
negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini
hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia
seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna
Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu
daripada prinsip Rukunnegara.
1987
SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara
bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah.
Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi
iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam
empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan
yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan
ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan
keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning
dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai
bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di
kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula
membawa erti berusaha.
1988
BERSATU
Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah
digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan
di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga
membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan
oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap
dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan
seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja
berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
1989
BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional
sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-
petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang
perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk
empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini
dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam
mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga
kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk
empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke
arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu.
Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam
mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.
1990
BERJAYA
Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang
dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang
hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk
memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan
melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin
keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan
Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas
membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi
kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga
melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
1991
WAWASAN 2020
Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-
jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat
Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini
sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan
sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai
hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan
dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan
murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.
1992
WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’
yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan.
Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera
Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang
kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan
tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak
cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya,
rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara
yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk
menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.
1993
BERSATU MENUJU WAWASAN
Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama,
bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai
wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan
mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan,
keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna
biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan
kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan
meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu
arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang
diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas
melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi
mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.
1994
NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni,
bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak
pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia.
Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’
melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.
Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum
dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah
melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai
murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
1995
JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima
kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip
Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-
warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama
dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih
yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni
oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning
bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna
merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad
menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.
Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud
rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara
yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan
negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1996
BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan
inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu
budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja
masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang
unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru
melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah
melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat.
Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai
kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju
pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
1997
AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni,
mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan
diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan
jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah
melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan
negara.
1998
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah
kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga
bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk
lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih
melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu
kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan
kedaulatan negara.
1999
BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara
dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V)
melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan
sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu
membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan
nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati
rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
2000-2006
KERANAMU MALAYSIA
Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan,
kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan
bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri
dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama
lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman,
makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek
manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India)
menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa
terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi
bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan
kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan
tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.
2007
MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang
merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang
melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih
digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang
dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi
tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di
hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan
bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya
yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk
ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami
oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga
bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai
nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
2008
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding
bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang
bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan
memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu
adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan
mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol
keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna
biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan
Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang
dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
2010
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
MUTIARA KATA
Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka
Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka
Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
- Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha
menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya...
...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-
pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul
Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk
perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai
pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini...
-Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009)
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati
daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya
pengeluaran dan produktiviti mereka.
Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai."
Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.
Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya
perpaduan.
Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini.
Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai
mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah
dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula.
Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita
mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita
capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai.
Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah
setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara.
Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada
negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan
rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.
...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan;
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara...
Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita
lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia.
Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga
tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan
memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.
Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah
merupakan suatu khazanah yang amat bernilai.
Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan
yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus
melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah
kita menghargai kehormatan diri kita.
Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.
..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan
dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna
patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat
menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara...
- Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005
Tun Hussein Onn
Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan
yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan..
Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan
untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti
dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada
sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh.
Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi
tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang
sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di
beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca
serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu
waras serta cerdik sekelip mata.
...Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan
semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah
sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan
negara. Di samping itu tuan tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara
dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita...
Tun Hussien Onn
Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)
Tun Abdul Razak
...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-
jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang
sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali
persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka
terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia....
Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-
usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang
sebenarnya.
Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan
kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)

Contenu connexe

Tendances

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAAishah Ali
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaFazri Usidi
 
Kebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahKebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahzabidah awang
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Nur Dalila Zamri
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafimranczar
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Doa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasDoa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasAkmal Hakim
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Strategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawabStrategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawabZarina Husin
 

Tendances (20)

Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Kebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudahKebarangkalian mudah
Kebarangkalian mudah
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Doa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasDoa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandas
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Strategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawabStrategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawab
 

En vedette

Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6safeqa
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DORAEMONLINA
 
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKANNOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKANFatimah Abdul Khalid
 
Sejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaSejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaHati Mata
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Sherrr_aaa
 

En vedette (7)

Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
 
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKANNOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
NOTA SEJARAH TAHUN 2 KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
 
Sejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta mindaSejarah kssr tahun 4 peta minda
Sejarah kssr tahun 4 peta minda
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
 

Similaire à Sejarah kemerdekaan Malaysia

Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriIeta Yahya
 
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaSemarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaJabatan Penerangan Malaysia
 
Kemerdekaan negara
Kemerdekaan negaraKemerdekaan negara
Kemerdekaan negaraFadzli Osman
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysianorhizal
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaryen xiao mei
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956cyberns_
 
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...michelle karim
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013tamanmidah
 
Topik 1: Sejarah dan Politik
Topik 1: Sejarah dan PolitikTopik 1: Sejarah dan Politik
Topik 1: Sejarah dan Politikaryada mahmad
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia dka1d
 
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957Mohd Sofian
 

Similaire à Sejarah kemerdekaan Malaysia (20)

kesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdekakesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdeka
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaSemarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
 
Bab5
Bab5Bab5
Bab5
 
MERDEKA PERSENTATION
MERDEKA PERSENTATIONMERDEKA PERSENTATION
MERDEKA PERSENTATION
 
Kemerdekaan negara
Kemerdekaan negaraKemerdekaan negara
Kemerdekaan negara
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra alTunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
Sejarah Tingkatan 3 -Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1956
 
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...
Galurkan langkah-langkah yang dilakukan oleh tokoh-tokoh nasionalisme tanah a...
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
SEJARAH 1957 ii.pptx
SEJARAH 1957 ii.pptxSEJARAH 1957 ii.pptx
SEJARAH 1957 ii.pptx
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
 
Topik 1: Sejarah dan Politik
Topik 1: Sejarah dan PolitikTopik 1: Sejarah dan Politik
Topik 1: Sejarah dan Politik
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
 

Dernier

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Dernier (14)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Sejarah kemerdekaan Malaysia

  • 1. SEJARAH KEMERDEKAAN Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan. Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan. Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak. Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
  • 2. Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun- tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir. Tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata. Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata. Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi merdeka’ ini. Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar. Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu. Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia. Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini. Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.
  • 3. SEJARAH KEMERDEKAAN SEJARAH MERDEKA TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat. Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
  • 4. Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia. MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta. Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui beberapa peristiwa.
  • 5. KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN 27 Julai 1955 Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut. 1O Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. 18 Januari – 6 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London. 8 Februari 1956 Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka 21 Mac 1956 Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 28 – 29 Disember 1956 Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). 30 Ogos 1957 Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 1957 Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  • 6. Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti- British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut: 1. Penghulu Dol Said di Naning, 2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti 3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, 4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor 5. Sultan Abdullah di Perak, 6. Dato’ Bahaman, 7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, 8. Tok Janggut di Kelantan, 9. Raja Mahadi di Selangor, 10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, 11. Tok Moris, Tunku Kudin 12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, 13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta 14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
  • 7. Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke- 20. Antaranya, 1. Sheikh Tahir Jalaluddin, 2. Syed Sheikh Al-Hadi, 3. Sheik Muhammad Akil, 4. Sheikh Awad Saidin 5. Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan. Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti: 1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2. Harun Muhammad Amin, 3. Abdul Hadi bin Hassan, 4. Burhanuddin Al-Helmi dan (Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka) 5. Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
  • 8. Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’. Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahmandilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan 'Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, "cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita daripada naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”. Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:
  • 9. 1. Persidangan Malaya Merdeka Di London 2. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka 4. Suruhanjaya Perlembagaan REID 5. Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London 6. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama 7. Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu 8. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Tandatangani 9. Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka 10. Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan 11. Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka 12. Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan 13. Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan 14. Perasmian Stadium Merdeka 15. Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka 16. Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor 17. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 18. Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957 Sumber : Arkib Negara
  • 10. JALUR GEMILANG KIBARKAN JALUR GEMILANG SEJARAH BENDERA MALAYSIA Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme. Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.
  • 11. a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan. c) Merah membawa maksud keberanian. d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia. KEPENTINGAN JALUR GEMILANG Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan / panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz dan susunan. Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera. Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera. Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup. Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara. Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.
  • 12. TEMA DAN LOGO Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini. Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976 1970 MUHIBAH DAN PERPADUAN 1971 MASYARAKAT PROGRESIF 1972 MASYARAKAT ADIL 1973 MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA 1974 SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN 1975 MASYARAKAT KERDIKARI 1976 1976 KETAHANAN RAKYAT
  • 13. Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia. 1977 20 TAHUN BERSATU MAJU Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah. 1978 KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo
  • 14. ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu. 1979 BERSATU BERDISIPLIN Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip- prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan. 1980 BERDISIPLIN BERBAKTI Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang
  • 15. ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin. 1981 BERDISIPLIN BERHARMONI Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. 1982 BERDISIPLIN GIAT MAJU Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
  • 16. 1983 BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai- bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara. 1984 AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985 Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.
  • 17. 1985 NASIONALISME TERAS PERPADUAN Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara. 1986 BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.
  • 18. 1987 SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. 1988 BERSATU Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
  • 19. 1989 BERSATU Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak- petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. 1990 BERJAYA Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
  • 20. 1991 WAWASAN 2020 Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur- jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020. 1992 WAWASAN ASAS KEMAJUAN Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.
  • 21. 1993 BERSATU MENUJU WAWASAN Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia. 1994 NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
  • 22. 1995 JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna- warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020. 1996 BUDAYA PENENTU KECAPAIAN Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
  • 23. 1997 AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara. 1998 NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.
  • 24. 1999 BERSATU KE ALAF BARU Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara. 2000-2006 KERANAMU MALAYSIA Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.
  • 25. 2007 MALAYSIAKU GEMILANG Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. 2008 PERPADUAN TERAS KEJAYAAN Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
  • 26. 2009 RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 2010 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 2011 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
  • 27. saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. MUTIARA KATA Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia - Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
  • 28. Tun Abdullah Ahmad Badawi Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara. Cemerlang, Gemilang, Terbilang ...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya... ...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang- pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini... -Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009) Tun Dr. Mahathir Mohamad Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka. Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai." Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu "Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup. Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan. Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula. Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai.
  • 29. Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan. Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil. ...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara... Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri. Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita. Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya. ..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara... - Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (1981-2005 Tun Hussein Onn Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan.. Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh. Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.
  • 30. ...Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita... Tun Hussien Onn Perdana Menteri Malaysia (1976-1981) Tun Abdul Razak ...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga- jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia.... Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha- usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya. Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman. Tun Abdul Razak Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)