SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Setiausaha,
Kelab Sains dan Matematik,
Sek. Keb. Bukit Balacon,
Peti surat 60591,
91115 Lahad Datu
Sabah.
_______________________________________________________________________
Ruj. Tuan : XBA3137/02/12
Ruj. Kami :
Tarikh : 14 Januari, 2015
Guru Besar,
Sek. Keb. Bukit Balacon,
91100 Lahad Datu, Sabah.
Puan,
Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon
Lahad Datu
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan kelab Sains dan Matematik SK
Bukit Balacon telah diadakan pada 11.02.2015 jam 1.00 petang di Dewan Sri Kandi SK Bukit
Balacon. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan sebulat suara perlembagaan dan
peraturan-peraturan kelab, senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa yang akan
melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh mesyuarat Agung yang pertama
yang akan diadakan secepat mungkin.
03. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak J/K Kelab Alam Sekitar SK Bukit Balacon
dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan ini dan
mendaftarkan sebagai sebuah kelab dalam bidang ko-kurikulum di sekolah ini berasaskan
peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no. 11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196,
bertarikh 21 Mei 1998.
04. Bersama-sama ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai ahli
J/K penaja dan senarai aktiviti utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus
dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk dan untuk pertimbangan dan
pengesahan pihak tuan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan
pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42,no11,Tambahan no.11,Tambahan no.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei
1998.
05. Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………
( ESTHERLIS KHAMIS )
Setiausaha,
b.p J/K Penaja Kelab Sains dan Matematik
SK Bukit Balacon Lahad Datu.
s.k 1. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Bukit Balacon Lahad Datu.
2. Fail Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon.
SK. Bukit Balacon, Ruj. Tuan : SKBB(LD)02/12
Peti surat 60591, Ruj. Kami : XBA3137/02/02/05/3.1.2
91115,Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 14 Februari 2015
Estherlis Khamis,
Setiausaha Kelab Sains dan Matematik,
SK Bukit Balacon,
Peti surat 60591
91115 Lahad Datu,
SABAH.
Tuan,
Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Kelab Sains dan Matematik SK.
Bukit Balacon
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA3137/02/12 bertarikh 15
Januari,2015.
2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi
merealisasikan penubuhan Kelab Sains dan Matematik ini.
3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4
dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran
Kelab Sains dan Matematik, SK. Bukit Balacon dengan No. Pendaftaran PPI SB(12)(R)
48/89. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini
dibubarkan.
4. Dengan pengesahan ini Kelab Sains dan Matematik , SK Bukit Balacon sudah boleh
bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah
ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang
dikemukakan kepada saya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………
( MYNAH HJ. RELAY)
Guru Besar.
SK. Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH
Sekolah Rendah Kebangsaaan Bukit Balacon, Rujukan Tuan: SKB(LD)02/02/005/3.1.3(7)
Peti Surat 60591, Rujukan Kami: XBA3137/02/02/05/3.1.3(7)
91115, Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 18.Februari.2015
Cik Nor Mahani Mohd Asran,
Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon,
91115,Lahad Datu,SABAH.
Tuan,
Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Kelab Sains dan Matematik Sekolah
Rendah Kebangsaan Bukit Balacon
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya
melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saya telah melulus dan
mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Sains dan Matematik Sk. Bukit Balacon
(No.Pendaftaran PPI SB (12) (R) 48/89). Kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam
surat saya XBA3137/02/02/05/3.1.3(1) bertarikh 14 Februari 2015.
2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya
bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Kelab Sains dan Matematik ini tidak bercanggah
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga
yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha
menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Walau bagaimana pun, kegiatan
persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan
pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu diselia, diselanggara dan dikawal.
3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):
P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan
menjadi Guru Pemimpin/Penasihat kepada Kelab Sains dan Matematik Sk.Bukit Balacon
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.
4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan
dan kegiatan Kelab Sains dan Matematik Sk.Bukit Balacon dan berkuasa menasihati,
menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli persatuan demi
memastikan Kelab Sains dan Matematik sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan
matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap
aktiviti Kelab Sains dan Matematik sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan,
syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.
5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Kelab Sains dan
Matematik Sk. Bukit Balacon semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang
dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan sekolah.
6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.
7. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi. Disertakan juga Senarai Tanggungjawab Sebagai Guru Pemimpin/Penasihat
untuk makluman dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
(MYNAH HJ. RELAY)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Lahad Datu, SABAH.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Peribadi
4. Fail Kelab Sains dan Matematik
Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/
Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa
ke semasa.
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan
1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan
tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa
2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.
7. Pemeriksa Kira-Kira
7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir
tahun.
7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
Kelab Sains dan Matematik, Rujukan Tuan:XBA02/02/12
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Peti Surat 60591,
91115, Lahad Datu SABAH. Tarikh: 18.Februari.2015
Guru Besar,
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Peti Surat 60591,
91115, Lahad Datu, SABAH.
Tuan,
Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Kelab Sains dan Matematik
SK. Bukit Balacon
Saya dengan segala hormatn dan takzimnya merujuki perkara di atas.
1. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas pertimbangan dan jasa baik tuan melulus dan mengesahkan penubuhan
Kelab Sains dan Matematik sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dalam bidang
kokurikulum sekolah ini. Jasa baik tuan ini kami rakamkan dengan tinta emas.
3. Bersempena dengan kelulusan dan pengesahan oleh tuan itu, semua Ahli
Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon berikrar
dan berjanji akan menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tekun, gigih
dan bersungguh-sungguh demi merealisasikan tujuan dan matlamat penubuhan persatuan ini.
Walau bagaimana pun untuk tujuan ini suatu Tabung Kewangan Persatuan perlu diwujudkan
untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dirancangkan, selain
daripada kos mengurus dan mentadbir persatuan ini. Penubuhan Tabung Kewangan
Persatuan yang dimaksudkan termaktub dalam Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Sains dan Matematik Rendah Kebangsaan Bukit
Balacon.
4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon dengan rendah hati dan penuh harapan memohon
sudilah apa kiranya tuan membenar dan meluluskan kutipan derma keahlian daripada setiap
ahli yang berdaftar pada kadar RM 1.00 seorang sebulan. Permohonan ini dikemukakan demi
mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.
5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpan sebagai
Tabung Kewangan Kelab Sains dan Matematik Bukit Balacon. Penggunaan wang daripada
Tabung Kewangan Persatuan ini akan tertakluk kepada kaedah dan peraturan yang
dimaktubkan dalam Subseksyen 7.2, 7.3 dan 7.4 Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Sains dan Matematik sekolah ini.
6. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”
Saya yang mejalankan tugas,
……………………........................
( ESTHERLIS KHAMIS)
Setiausaha Kelab Sains dan Matematik,
Sekolah Rendah Bukit Balacon.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Kelab Sains dan Matematik
4. Guru Pemimpin/Penasihat
SK. Bukit Bukit Balacon, RujukanTuan:SKB(LD)02/12
Peti surat 6059 , Rujukan Kami: XBA02/02/05/3.1.10(1)
91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 25. Februari . 2015
Estherlis Khamis ,
Setiausaha Kelab Sains dan Matematik,
SK Bukit Balacon,
Peti surat 60591
91115 Lahad Datu,SABAH.
Tuan,
Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Kelab Sains dan Matematik SK. Bukit
Balacon
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA02/02/05/3.1.10(1)
bertarikh 18.Februari.2015 yang berkaitan.
2. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan tuan untuk
mendapatkan kebenaran dan kelulusan bagi mengutip derma keahlian daripada setiap ahli
yang berdaftar dalam Kelab Sains dan Matematik sekolah ini telah pun saya pertimbangkan
dengan saksama.
3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut
Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41
Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan ini membenar dan
meluluskan permohonan tuan untuk mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang
berdaftar dengan Kelab Sains dan Matematik sekolah ini dengan kadar RM 1.00 seorang
sebulan, dengan syarat tiada unsur paksaan dikenakan ke atas ahli dan peruntukan-
peruntukan dalam Artikel Tujuh, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
Kelab Sains dan Matematik sekolah ini dipatuhi sepenuhnya.
4. Dengan sukacitanya juga ditegaskan bahawa kebenaran dan kelulusan ini akan ditarik
balik dengan serta merta sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi atau terdapat aduan
yang disampaikan kepada saya bahawa kadar kutipan yang dijalankan itu membebankan
pelajar-pelajar dan ibu bapa masing-masing.
5. Saya berharap dengan kebenaran dan kelulusan ini Kelab Sains dan Matematik SK
Bukit Balacon akan dapat bergerak dengan cergas.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
( MYNAH HJ. RELAY )
Guru Besar,
Sk Bukit Balacon, Lahad Datu,SABAH.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
SK Bukit Balacon , Rujukan Tuan : XBA313702/02/05/3.1.16
Peti Surat 60591, Rujukan Kami:
91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 18 Januari 2015
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________
Tuan,
Penerimaan Ahli Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, __________________________telah
diterima menjadi ahli Kelab Alam Sekitar SK. Bukit Balacon, Lahad Datu dan dikehendaki
menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu dari jam 1.00 hingga 1.30 tengah hari.
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma
Kelab Sains dan Matematik Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun (Rujuk Surat Kebenaran
JEA1048/PKS/05/2002(8) bertarikh 3 November 2002). Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika
anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut
mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan
Januari 2015.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(MYNAH HJ. RELAY )
Guru Besar,
Sk. Bukit Balacon, Lahad Datu.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Kelab Sains dan Matematik
4. Guru Pemimpin Kelab Sains dan Matematik
PENYATA KEWANGAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK,
SK. BUKIT BALACON
Bermula Pada 13.3.2015 dan Berakhir 17.10.2015
PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM
TIADA PENERIMAAN - BELUM BERBELANJA -
Jumlah 0 Jumlah -
Saya Bella Debbie, bendahari Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon, Lahad Datu dengan
ini mengaku bahawa Penyata kewangan ini adalah benar.
Baki wang dalam bank ialah sebanyak RM0
Tandatangan Bendahari : ……………………………….. Tarikh : ………………
(Bella Debbie)
Saya Pn. Jurainey Jamil, Pemeriksa kira-kira 1 dan Pn Hasnawia ,Pemeriksa kira-kira 2,
dengan ini mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Sains dan Matematik, SK. Bukit
Balacon ini yang berakhir pada 17.10.2015 adalah yang benar.
Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 1 : ……………………………………..
(Jurainey Jamil)
Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 2 : …………………………………….
(Hasnawia Abdul Rahman)
Tarikh : ………………..
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
( No. PENDAFTARAN : )
PERATURAN-PERATURAN ( PERLEMBAGAAN ) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21,
Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei,1998, maka berikut ini dikemukankan Peraturan-peraturan
( Perlembangaan) Kelab Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini
disebut sebagai “kelab” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan : Kelab Sains dan Matematik
SK Bukit Balacon Lahad Datu
Sabah.
b. Alamat : SK Bukit Balacon
91115 Lahad Datu Sabah.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan/Kelab Sukan/Permainan dengan lebih
terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Kelab Sains dan Matematik akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui aktiviti-aktiviti ( kamahiran ) yang diikutinya.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi boring yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT / PEMIMPIN
5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti pergerakan ini.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat
hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 AJK ( bilangan bergantung kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Timbalan Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam Mesyuarat
AJK.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.8 Pemeriksaan Kira-kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan
dan bertanggungjawab ke atasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama Kewangan persatuan adalah melalui sumbangan derma ahli yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00
seorang setiap bulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian ko-
kurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut :
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran Bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK , Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/
Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua/Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
ESTHERLIS KHAMIS ADELYN JOY SAPA NOR MAHANI MOHD ASRAN
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat
Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik
SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon
Lahad Datu. Lahad Datu Lahad Datu
Sabah Sabah Sabah
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11,Tambahan No.41,
Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK Kelab
Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “persatuan”
sahaja.
1. Pengerusi : Adelyn Joy Sapa
( No.KP : 030806-12-1280)
2. Timbalan Pengerusi : Jaliha Irdayu
Timbalan Pengerusi II Hasrul Joroh
3. Setiausaha : Estherlis Khamis
( No.KP : 031011-12-0190)
4. Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani
5. Bendahari : Bella Debbie
6. AJK 6.1 Tahun 3 - Dayang Suhaila
- Andrew Ryan
6.2 Tahun 4 - Jodelyn Jimmy
- Benny Steven
6.3 Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu
- Andrian Ansi
6.4 Tahun 6 - Jesper Sah
(No KP : 031112-12-1125)
- Rysvaniel
( No KP : 030730-12-0547)
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai AJK di atas adalah mematuhi Su-Seksyen
6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam
artikel yang sama seperti dalam Undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.
………………………………… ………………………………………
ADELYN JOY SAPA ESTHERLIS KHAMIS
Pengerusi Setiausaha
Kelab Sains dan matematik Kelab Sains dan matematik
Tarikh : Tarikh :
Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka
adalah mengikut Undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan ) Kelab Sains
dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu.
…………………………
NOR MAHANI MOHD ASRAN
Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik
Tarikh :
LAPORAN TAHUNAN
Guru Besar
SK Bukit Balacon
Lahad Datu
Berikut dikemukan Laporan Tahunan Persatuan Kelab Sains dan matematik SK Bukit Balacon untuk
perhatian tuan.
1. Guru Penasihat 1. Cik Nor Mahani Mohd Asran
2. Pn Jurainey Jamil
3. Pn Hasnawia Abdul Rahman
4.Pn Jamiyana Abdullah
2. Jawatankuasa
Pengerusi
Timb.Pengerusi
Setiausaha
Pen.Setiausaha
Bendahari
AJK
Adelyn Joy Sapa
Jaliha Irdayu
Estherlis Khamis
Haryati Ithniani
Bella Debbie
Tahun 3 - Dayang Suhaila
- Andrew Ryan
Tahun 4 - Jodelyn Jimmy
- Benny Steven
Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu
- Andrian Ansi
Tahun 6 - Jesper Sah
- Rysvaniel
3. Hari / Masa Perjumpaan
Rabu / 1.00-2.00 petang
Bilangan Perjumpaan : 12 kali
Tempat : Kelas Tahun 1 Karisma
4. Kegiatan / Aktiviti yang telah
dilaksanakan
Tarikh :
Aktiviti : Perlantikan AJK
Kuiz Sains
Bijak Sifir
6 Laporan Kewangan Persatuan -
Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.
Saya Yang Menjalankan Tugas, Disahkan oleh,
…………………………………….. ………………………
ESTHERLIS KHAMIS NOR MAHANI MOHD ASRAN
Setiausaha Guru Penasihat
MINIT MESYUARAT AGUNG 2015
Tarikh : 14 Januari 2015 ( Rabu )
Masa : 1.00-2.00 petang
Tempat : Kelas Tahun 6 Karisma
Kehadiran : 30 / 48
1. Nor Mahani Mohd Asran (Guru penasihat)
2. Jurainey Jamil (Guru penasihat)
3. Rysvaniel 27. Benny Steven
4. Siti Aisyah 28. Jairi
5. Errey Serah 29. Jodelyn
6. Kelliry Steven 30. Lucian Marle
7. Jerry 31. R.Alexandroz
8. Adelyn Joy Sapa 32. Sharel
9. Nur Janira 33. Anastasia
10. Jaliha Irdayu 34. Andrew
11. Hasrul Joroh 35. Eroll Sonza
12. M.Saiful Izzat 36. Haryati Ithniani
13. Rhenaldi 37. M.Adam
14. Nur Siti Aisyah 38. Noor Syida Eika
15. Siti Nureka 39. Nurul Fitrianie
16. Andrian Ansi 40. Ani Rami
17. Kelvin Liaw 41. Brichko
18. Mohd Shafri Ayem 42. Dayang Suhaila
19. Stendley Tidak Hadir:
20. Jeeklin Sari 1. M.Iqram
21. Nurlyndah 2. M.Ilham
22. Bella Debbie 3. Ralf Jaxkynson
23. Muhd Aiman
24. Sahrul Bahrudin
25. Nur Janira Syafiya
26. Balqis
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
Bil Agenda
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ahli ke Mesyuarat
Agung kali pertama bagi tahun 2015.
2 Setiausaha kelab yang lalu membentangkan minit mesyuarat tanpa apa-apa bantahan dari para
ahli yang lain.
Pencadang : Adelyn Joy Sapa
Penyokong : Rysvaniel
3 Setiausaha 2014 membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli yang hadir.
4. Bendahari 2014 membentangkan status kewangan semasa iaitu tidak terdapat apa-apa baki.
Pencadang : Jesper Sah
Penyokong : Jaliha Irdayu
5 Mesyuarat Agung memutuskan AJK bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :-
5.1 Pengerusi : Adelyn Joy Sapa
5.2 Timbalan Pengerusi : Jaliha Irdayu
5.3 Timbalan Pengerusi II : Hasrul Joroh
5.4 Setiausaha : Estherlis Khamis
5.5 Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani
5.6 Bendahari : Bella Debbie
5.6 AJK Tahun 3 - Dayang Suhaila
- Andrew Ryan
Tahun 4 - Jodelyn Jimmy
- Benny Steven
Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu
- Andrian Ansi
Tahun 6 - Jesper Sah
- Rysvaniel
6 Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 orang juruaudit iaitu :-
6.1 Andrew Ryan
6.2 Nur Janira
7 7.1 Ahli-ahli bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1.00 setiap bulan untuk
Tabung Kelab kepada bendahari.
7.2 AJK akan mengadakan mesyuarat khas AJK bersama Guru-Guru Penasihat
untuk menentukan aktiviti- aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
8 Ucapan Penangguhan
Pengerusi baru mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan
akan menyambung mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Mesyuarat ditangguh pada jam 1.00 petang
Dicatat oleh,
……………………………………..
ESTHERLIS KHAMIS
Setiausaha
Kelab Sains dan Matematik
SK Bukit Balacon
Tarikh :
KELAB SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan
(A),P.U. (A)196 bertarikh 21hb Mei, 1998, maka berikut ini dikemukan Senarai Aktiviti Utama Kelab Sains
dan Matematik SK Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja.
1. Program Kependidikan
(i) Buku Skrap Sains
(ii) Fotografi Sains
(iii) Bijak Sifir
2. Pertandingan Dalaman
(i) Kuiz Sains
(ii) Kuiz Matematik
(iii) sempoa
3. Aktiviti Pengurusan Kelab
(i) Mesyuarat Agung Tahunan
(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Kelab
(iii) Penyemakan dan pengemaskinian fail dan rekod.
(iv) Pendokumentasian.
(v) Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Tahunan.
4. Aktiviti Luar
(i) tiada
Perakuan:
Kami dengan ini mengakui bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan
program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh kelab ini.
……………………………….. ………………………………………
ADELYN JOY SAPA ESTHERLIS KHAMIS
Pengerusi Setiausaha
Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik
SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon
SENARAI NAMA AHLI KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2015
BIL NAMA MURID J NO.SIJIL
LAHIR
TARIKH
LAHIR
TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT
RUMAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
BIL NAMA MURID J NO.SIJIL
LAHIR
TARIKH
LAHIR
TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT
RUMAH
Stok
Dan
Inventori
Sampel Sijil
Dan
Surat Penghargaan

More Related Content

What's hot

Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssEiza Alias
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014NORAINI1010
 
Surat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperSurat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperMastura Hasim
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asramafakurol
 
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...Mohd Suhaimin Isnen
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetuaYatimah Salleh
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkNor Kamaruddin
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakialishah md daud
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Sheila Choo
 
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANGSURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANGizanizal
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporanZuraida Norwi
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunansoulmoon
 

What's hot (20)

Kertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pssKertas kerja pondok pss
Kertas kerja pondok pss
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014
 
Surat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamperSurat mohon sumbangan hamper
Surat mohon sumbangan hamper
 
KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asrama
 
Tanggungjawab setiausaha kokurikulum
Tanggungjawab setiausaha kokurikulumTanggungjawab setiausaha kokurikulum
Tanggungjawab setiausaha kokurikulum
 
Pengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulumPengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulum
 
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperwork
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kaki
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp
 
Pengurusan fail
Pengurusan failPengurusan fail
Pengurusan fail
 
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANGSURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Format penyediaan laporan
Format penyediaan laporanFormat penyediaan laporan
Format penyediaan laporan
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunan
 
02dato (2).pdf
02dato (2).pdf02dato (2).pdf
02dato (2).pdf
 

Similar to fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum

Fail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanFail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanShika Nara
 
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Akademi Kota Raja Utama
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014Anum Aksan
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 
Kok daftar surat surat
Kok daftar surat suratKok daftar surat surat
Kok daftar surat suratISMALIZA ISHAK
 
Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmshahaizol
 
Sekolah Cemerlang kokurikulum
Sekolah Cemerlang kokurikulumSekolah Cemerlang kokurikulum
Sekolah Cemerlang kokurikulumChon Seong Hoo
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Norshida Shida
 
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNor Rani Othman
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptxssuser9bbe80
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxGweny Ling
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangansuria yahaya
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2PPD HULU SELANGOR
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strSAMUEL NOEID
 

Similar to fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum (20)

Fail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanFail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhan
 
perlembagaan.docx
perlembagaan.docxperlembagaan.docx
perlembagaan.docx
 
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
Kok daftar surat surat
Kok daftar surat suratKok daftar surat surat
Kok daftar surat surat
 
Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmm
 
Sekolah Cemerlang kokurikulum
Sekolah Cemerlang kokurikulumSekolah Cemerlang kokurikulum
Sekolah Cemerlang kokurikulum
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
 
Koko untuk kawan2
Koko untuk kawan2Koko untuk kawan2
Koko untuk kawan2
 
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
 
Perancangan pkkk-2014
Perancangan pkkk-2014Perancangan pkkk-2014
Perancangan pkkk-2014
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
 

More from Shika Nara

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanShika Nara
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Shika Nara
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasaShika Nara
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasaShika Nara
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulisShika Nara
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membacaShika Nara
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertuturShika Nara
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Shika Nara
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Shika Nara
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahShika Nara
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.muShika Nara
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Shika Nara
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k Shika Nara
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5Shika Nara
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3Shika Nara
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Shika Nara
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)Shika Nara
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum Shika Nara
 
Pks 09 pengurusan mesyuarat
Pks  09 pengurusan mesyuaratPks  09 pengurusan mesyuarat
Pks 09 pengurusan mesyuaratShika Nara
 

More from Shika Nara (20)

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalan
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
 
Pks 09 pengurusan mesyuarat
Pks  09 pengurusan mesyuaratPks  09 pengurusan mesyuarat
Pks 09 pengurusan mesyuarat
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 

Recently uploaded (13)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 

fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum

  • 1. Setiausaha, Kelab Sains dan Matematik, Sek. Keb. Bukit Balacon, Peti surat 60591, 91115 Lahad Datu Sabah. _______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : XBA3137/02/12 Ruj. Kami : Tarikh : 14 Januari, 2015 Guru Besar, Sek. Keb. Bukit Balacon, 91100 Lahad Datu, Sabah. Puan, Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon Lahad Datu Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon telah diadakan pada 11.02.2015 jam 1.00 petang di Dewan Sri Kandi SK Bukit Balacon. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan sebulat suara perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin. 03. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak J/K Kelab Alam Sekitar SK Bukit Balacon dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan ini dan mendaftarkan sebagai sebuah kelab dalam bidang ko-kurikulum di sekolah ini berasaskan peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no. 11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 04. Bersama-sama ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai ahli J/K penaja dan senarai aktiviti utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk dan untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,no11,Tambahan no.11,Tambahan no.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 05. Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
  • 2. Saya yang menurut perintah, ………………………………………… ( ESTHERLIS KHAMIS ) Setiausaha, b.p J/K Penaja Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon Lahad Datu. s.k 1. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Bukit Balacon Lahad Datu. 2. Fail Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon.
  • 3. SK. Bukit Balacon, Ruj. Tuan : SKBB(LD)02/12 Peti surat 60591, Ruj. Kami : XBA3137/02/02/05/3.1.2 91115,Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 14 Februari 2015 Estherlis Khamis, Setiausaha Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon, Peti surat 60591 91115 Lahad Datu, SABAH. Tuan, Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Kelab Sains dan Matematik SK. Bukit Balacon Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA3137/02/12 bertarikh 15 Januari,2015. 2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Kelab Sains dan Matematik ini. 3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Sains dan Matematik, SK. Bukit Balacon dengan No. Pendaftaran PPI SB(12)(R) 48/89. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan. 4. Dengan pengesahan ini Kelab Sains dan Matematik , SK Bukit Balacon sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, ………………………… ( MYNAH HJ. RELAY) Guru Besar. SK. Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH
  • 4. Sekolah Rendah Kebangsaaan Bukit Balacon, Rujukan Tuan: SKB(LD)02/02/005/3.1.3(7) Peti Surat 60591, Rujukan Kami: XBA3137/02/02/05/3.1.3(7) 91115, Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 18.Februari.2015 Cik Nor Mahani Mohd Asran, Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon, 91115,Lahad Datu,SABAH. Tuan, Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Kelab Sains dan Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saya telah melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Sains dan Matematik Sk. Bukit Balacon (No.Pendaftaran PPI SB (12) (R) 48/89). Kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam surat saya XBA3137/02/02/05/3.1.3(1) bertarikh 14 Februari 2015. 2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Kelab Sains dan Matematik ini tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Walau bagaimana pun, kegiatan persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu diselia, diselanggara dan dikawal. 3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Guru Pemimpin/Penasihat kepada Kelab Sains dan Matematik Sk.Bukit Balacon berkuatkuasa mulai tarikh surat ini. 4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Kelab Sains dan Matematik Sk.Bukit Balacon dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli persatuan demi memastikan Kelab Sains dan Matematik sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Kelab Sains dan Matematik sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. 5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Kelab Sains dan Matematik Sk. Bukit Balacon semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan sekolah. 6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.
  • 5. 7. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Disertakan juga Senarai Tanggungjawab Sebagai Guru Pemimpin/Penasihat untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………. (MYNAH HJ. RELAY) Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Peribadi 4. Fail Kelab Sains dan Matematik
  • 6. Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan. 10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. 13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan . 14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili . 17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan 1. Pengerusi 1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan. 1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya. 1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat. 1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa 2. Naib Pengerusi 2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir. 2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 3. Setiausaha 3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
  • 7. 3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin. 3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 4. Penolong Setiausaha 4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 4.2 Berkerjasama dengan setiausaha. 4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 5. Bendahari 5.1 Mengutip wang derma daripada ahli. 5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan. 5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin. 5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. 5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini. 6. Ahli Jawatankuasa 6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin. 7. Pemeriksa Kira-Kira 7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun. 7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
  • 8. Kelab Sains dan Matematik, Rujukan Tuan:XBA02/02/12 Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Peti Surat 60591, 91115, Lahad Datu SABAH. Tarikh: 18.Februari.2015 Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Peti Surat 60591, 91115, Lahad Datu, SABAH. Tuan, Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Kelab Sains dan Matematik SK. Bukit Balacon Saya dengan segala hormatn dan takzimnya merujuki perkara di atas. 1. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pertimbangan dan jasa baik tuan melulus dan mengesahkan penubuhan Kelab Sains dan Matematik sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini. Jasa baik tuan ini kami rakamkan dengan tinta emas. 3. Bersempena dengan kelulusan dan pengesahan oleh tuan itu, semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon berikrar dan berjanji akan menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tekun, gigih dan bersungguh-sungguh demi merealisasikan tujuan dan matlamat penubuhan persatuan ini. Walau bagaimana pun untuk tujuan ini suatu Tabung Kewangan Persatuan perlu diwujudkan untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dirancangkan, selain daripada kos mengurus dan mentadbir persatuan ini. Penubuhan Tabung Kewangan Persatuan yang dimaksudkan termaktub dalam Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Sains dan Matematik Rendah Kebangsaan Bukit Balacon. 4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon dengan rendah hati dan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan membenar dan meluluskan kutipan derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar pada kadar RM 1.00 seorang sebulan. Permohonan ini dikemukakan demi mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998. 5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpan sebagai Tabung Kewangan Kelab Sains dan Matematik Bukit Balacon. Penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Persatuan ini akan tertakluk kepada kaedah dan peraturan yang dimaktubkan dalam Subseksyen 7.2, 7.3 dan 7.4 Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Sains dan Matematik sekolah ini. 6. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
  • 9. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN” Saya yang mejalankan tugas, ……………………........................ ( ESTHERLIS KHAMIS) Setiausaha Kelab Sains dan Matematik, Sekolah Rendah Bukit Balacon. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Kelab Sains dan Matematik 4. Guru Pemimpin/Penasihat
  • 10. SK. Bukit Bukit Balacon, RujukanTuan:SKB(LD)02/12 Peti surat 6059 , Rujukan Kami: XBA02/02/05/3.1.10(1) 91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 25. Februari . 2015 Estherlis Khamis , Setiausaha Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon, Peti surat 60591 91115 Lahad Datu,SABAH. Tuan, Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Kelab Sains dan Matematik SK. Bukit Balacon Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA02/02/05/3.1.10(1) bertarikh 18.Februari.2015 yang berkaitan. 2. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan tuan untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan bagi mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar dalam Kelab Sains dan Matematik sekolah ini telah pun saya pertimbangkan dengan saksama. 3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan ini membenar dan meluluskan permohonan tuan untuk mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar dengan Kelab Sains dan Matematik sekolah ini dengan kadar RM 1.00 seorang sebulan, dengan syarat tiada unsur paksaan dikenakan ke atas ahli dan peruntukan- peruntukan dalam Artikel Tujuh, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Sains dan Matematik sekolah ini dipatuhi sepenuhnya. 4. Dengan sukacitanya juga ditegaskan bahawa kebenaran dan kelulusan ini akan ditarik balik dengan serta merta sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi atau terdapat aduan yang disampaikan kepada saya bahawa kadar kutipan yang dijalankan itu membebankan pelajar-pelajar dan ibu bapa masing-masing. 5. Saya berharap dengan kebenaran dan kelulusan ini Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon akan dapat bergerak dengan cergas. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………. ( MYNAH HJ. RELAY ) Guru Besar, Sk Bukit Balacon, Lahad Datu,SABAH. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
  • 11. SK Bukit Balacon , Rujukan Tuan : XBA313702/02/05/3.1.16 Peti Surat 60591, Rujukan Kami: 91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 18 Januari 2015 ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ Tuan, Penerimaan Ahli Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, __________________________telah diterima menjadi ahli Kelab Alam Sekitar SK. Bukit Balacon, Lahad Datu dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu dari jam 1.00 hingga 1.30 tengah hari. 2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma Kelab Sains dan Matematik Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun (Rujuk Surat Kebenaran JEA1048/PKS/05/2002(8) bertarikh 3 November 2002). Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan Januari 2015. 2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………….. (MYNAH HJ. RELAY ) Guru Besar, Sk. Bukit Balacon, Lahad Datu. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Kelab Sains dan Matematik 4. Guru Pemimpin Kelab Sains dan Matematik
  • 12. PENYATA KEWANGAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK, SK. BUKIT BALACON Bermula Pada 13.3.2015 dan Berakhir 17.10.2015 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM TIADA PENERIMAAN - BELUM BERBELANJA - Jumlah 0 Jumlah - Saya Bella Debbie, bendahari Kelab Sains dan Matematik, SK Bukit Balacon, Lahad Datu dengan
  • 13. ini mengaku bahawa Penyata kewangan ini adalah benar. Baki wang dalam bank ialah sebanyak RM0 Tandatangan Bendahari : ……………………………….. Tarikh : ……………… (Bella Debbie) Saya Pn. Jurainey Jamil, Pemeriksa kira-kira 1 dan Pn Hasnawia ,Pemeriksa kira-kira 2, dengan ini mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Sains dan Matematik, SK. Bukit Balacon ini yang berakhir pada 17.10.2015 adalah yang benar. Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 1 : …………………………………….. (Jurainey Jamil) Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 2 : ……………………………………. (Hasnawia Abdul Rahman) Tarikh : ……………….. KELAB SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU ( No. PENDAFTARAN : )
  • 14. PERATURAN-PERATURAN ( PERLEMBAGAAN ) PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei,1998, maka berikut ini dikemukankan Peraturan-peraturan ( Perlembangaan) Kelab Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja. PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT a. Nama Persatuan : Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon Lahad Datu Sabah. b. Alamat : SK Bukit Balacon 91115 Lahad Datu Sabah. PERATURAN 2 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3 OBJEKTIF 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan/Kelab Sukan/Permainan dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2 Ahli-ahli Kelab Sains dan Matematik akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui aktiviti-aktiviti ( kamahiran ) yang diikutinya. PERATURAN 4 KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
  • 15. 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi boring yang disediakan. 4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5 GURU PENASIHAT / PEMIMPIN 5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pergerakan ini. 5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK. 6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian. 6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri : 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Timbalan Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Penolong Bendahari 6.6.7 AJK ( bilangan bergantung kepada keperluan) 6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang) PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi
  • 16. 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.2 Timbalan Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.4 Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam Mesyuarat AJK.
  • 17. 7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.6 Penolong Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari. 7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.7 Ahli Jawatankuasa 7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.8 Pemeriksaan Kira-kira 7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. 7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. PERATURAN 8 KEWANGAN 8.1 Sumber utama Kewangan persatuan adalah melalui sumbangan derma ahli yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang setiap bulan. 8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti. 8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar. PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
  • 18. 9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian ko- kurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. PERATURAN 10 AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut : 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran Bertulis 12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK , Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN 14.1 Pengetua/Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
  • 19. 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. ESTHERLIS KHAMIS ADELYN JOY SAPA NOR MAHANI MOHD ASRAN Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon Lahad Datu. Lahad Datu Lahad Datu Sabah Sabah Sabah
  • 20. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11,Tambahan No.41, Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK Kelab Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja. 1. Pengerusi : Adelyn Joy Sapa ( No.KP : 030806-12-1280) 2. Timbalan Pengerusi : Jaliha Irdayu Timbalan Pengerusi II Hasrul Joroh 3. Setiausaha : Estherlis Khamis ( No.KP : 031011-12-0190) 4. Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani 5. Bendahari : Bella Debbie 6. AJK 6.1 Tahun 3 - Dayang Suhaila - Andrew Ryan 6.2 Tahun 4 - Jodelyn Jimmy - Benny Steven 6.3 Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu - Andrian Ansi 6.4 Tahun 6 - Jesper Sah (No KP : 031112-12-1125) - Rysvaniel ( No KP : 030730-12-0547) KELAB SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU
  • 21. Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai AJK di atas adalah mematuhi Su-Seksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan. ………………………………… ……………………………………… ADELYN JOY SAPA ESTHERLIS KHAMIS Pengerusi Setiausaha Kelab Sains dan matematik Kelab Sains dan matematik Tarikh : Tarikh : Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan ) Kelab Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu. ………………………… NOR MAHANI MOHD ASRAN Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik Tarikh :
  • 22. LAPORAN TAHUNAN Guru Besar SK Bukit Balacon Lahad Datu Berikut dikemukan Laporan Tahunan Persatuan Kelab Sains dan matematik SK Bukit Balacon untuk perhatian tuan. 1. Guru Penasihat 1. Cik Nor Mahani Mohd Asran 2. Pn Jurainey Jamil 3. Pn Hasnawia Abdul Rahman 4.Pn Jamiyana Abdullah 2. Jawatankuasa Pengerusi Timb.Pengerusi Setiausaha Pen.Setiausaha Bendahari AJK Adelyn Joy Sapa Jaliha Irdayu Estherlis Khamis Haryati Ithniani Bella Debbie Tahun 3 - Dayang Suhaila - Andrew Ryan Tahun 4 - Jodelyn Jimmy - Benny Steven Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu - Andrian Ansi Tahun 6 - Jesper Sah - Rysvaniel 3. Hari / Masa Perjumpaan Rabu / 1.00-2.00 petang Bilangan Perjumpaan : 12 kali Tempat : Kelas Tahun 1 Karisma 4. Kegiatan / Aktiviti yang telah dilaksanakan Tarikh : Aktiviti : Perlantikan AJK Kuiz Sains Bijak Sifir 6 Laporan Kewangan Persatuan - Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.
  • 23. Saya Yang Menjalankan Tugas, Disahkan oleh, …………………………………….. ……………………… ESTHERLIS KHAMIS NOR MAHANI MOHD ASRAN Setiausaha Guru Penasihat
  • 24. MINIT MESYUARAT AGUNG 2015 Tarikh : 14 Januari 2015 ( Rabu ) Masa : 1.00-2.00 petang Tempat : Kelas Tahun 6 Karisma Kehadiran : 30 / 48 1. Nor Mahani Mohd Asran (Guru penasihat) 2. Jurainey Jamil (Guru penasihat) 3. Rysvaniel 27. Benny Steven 4. Siti Aisyah 28. Jairi 5. Errey Serah 29. Jodelyn 6. Kelliry Steven 30. Lucian Marle 7. Jerry 31. R.Alexandroz 8. Adelyn Joy Sapa 32. Sharel 9. Nur Janira 33. Anastasia 10. Jaliha Irdayu 34. Andrew 11. Hasrul Joroh 35. Eroll Sonza 12. M.Saiful Izzat 36. Haryati Ithniani 13. Rhenaldi 37. M.Adam 14. Nur Siti Aisyah 38. Noor Syida Eika 15. Siti Nureka 39. Nurul Fitrianie 16. Andrian Ansi 40. Ani Rami 17. Kelvin Liaw 41. Brichko 18. Mohd Shafri Ayem 42. Dayang Suhaila 19. Stendley Tidak Hadir: 20. Jeeklin Sari 1. M.Iqram 21. Nurlyndah 2. M.Ilham 22. Bella Debbie 3. Ralf Jaxkynson 23. Muhd Aiman 24. Sahrul Bahrudin 25. Nur Janira Syafiya 26. Balqis KELAB SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU
  • 25. Bil Agenda 1 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ahli ke Mesyuarat Agung kali pertama bagi tahun 2015. 2 Setiausaha kelab yang lalu membentangkan minit mesyuarat tanpa apa-apa bantahan dari para ahli yang lain. Pencadang : Adelyn Joy Sapa Penyokong : Rysvaniel 3 Setiausaha 2014 membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli yang hadir. 4. Bendahari 2014 membentangkan status kewangan semasa iaitu tidak terdapat apa-apa baki. Pencadang : Jesper Sah Penyokong : Jaliha Irdayu 5 Mesyuarat Agung memutuskan AJK bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :- 5.1 Pengerusi : Adelyn Joy Sapa 5.2 Timbalan Pengerusi : Jaliha Irdayu 5.3 Timbalan Pengerusi II : Hasrul Joroh 5.4 Setiausaha : Estherlis Khamis 5.5 Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani 5.6 Bendahari : Bella Debbie 5.6 AJK Tahun 3 - Dayang Suhaila - Andrew Ryan Tahun 4 - Jodelyn Jimmy - Benny Steven Tahun 5 - Rhenaldi Wahyu - Andrian Ansi Tahun 6 - Jesper Sah - Rysvaniel 6 Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 orang juruaudit iaitu :- 6.1 Andrew Ryan 6.2 Nur Janira 7 7.1 Ahli-ahli bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1.00 setiap bulan untuk Tabung Kelab kepada bendahari. 7.2 AJK akan mengadakan mesyuarat khas AJK bersama Guru-Guru Penasihat untuk menentukan aktiviti- aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
  • 26. 8 Ucapan Penangguhan Pengerusi baru mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan akan menyambung mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Mesyuarat ditangguh pada jam 1.00 petang Dicatat oleh, …………………………………….. ESTHERLIS KHAMIS Setiausaha Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon Tarikh : KELAB SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU
  • 27. SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A),P.U. (A)196 bertarikh 21hb Mei, 1998, maka berikut ini dikemukan Senarai Aktiviti Utama Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja. 1. Program Kependidikan (i) Buku Skrap Sains (ii) Fotografi Sains (iii) Bijak Sifir 2. Pertandingan Dalaman (i) Kuiz Sains (ii) Kuiz Matematik (iii) sempoa 3. Aktiviti Pengurusan Kelab (i) Mesyuarat Agung Tahunan (ii) Mesyuarat Jawatankuasa Kelab (iii) Penyemakan dan pengemaskinian fail dan rekod. (iv) Pendokumentasian. (v) Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Tahunan. 4. Aktiviti Luar (i) tiada Perakuan: Kami dengan ini mengakui bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh kelab ini. ……………………………….. ……………………………………… ADELYN JOY SAPA ESTHERLIS KHAMIS Pengerusi Setiausaha Kelab Sains dan Matematik Kelab Sains dan Matematik SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon
  • 28. SENARAI NAMA AHLI KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2015 BIL NAMA MURID J NO.SIJIL LAHIR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT RUMAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 BIL NAMA MURID J NO.SIJIL LAHIR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT RUMAH
  • 29.