SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  23
Télécharger pour lire hors ligne
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 158
_______________________________________________________________________________



                                        UNIT 11

        PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM
                 SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.       menerangkan konsep pentaksiran dan penilaian dalam konteks pendidikan
           sekolah rendah.
  2.       menerangkan konsep dan aplikasi pentaksiran Petaksiran Berasaskan Sekolah
           (PBS).
  3.       menerangkan konsep pentaksiran autentik dan penggunaan portfolio dalam
           petaksiran pembelajaran.
  4.       membanding beza antara pentaksiran dan penilaian dalam KLSR dengan
           pentaksiran dan penilaian dalam KBSR/KSSR.



  PETA KONSEP TAJUK

                                Pentaksiran dan Penilaian
                               Pendidikan Sekolah Rendah




                         Penilaian                Penilaian Authentik/
                    Berasaskan Sekolah                 Alternatif




       Konsep & Pengertian         Pentaksiran /Penilaian           Pemulihan dan
          Pentaksiran &             Formatif & Sumatif               Pengayaan
            Penilaian
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 159
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi
  menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu
  Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah
  Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir
  peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan
  seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut.

         Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
         Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif)
         Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
         Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
         Jati diri dan semangat patriotisme
         Memahami dan menghayati budaya nasional

  Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di
  sekolah rendah.


         "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or
         under this Act or any regulations made under this Act unless otherwise
         exempted by or under this Act.
                                                      (Education Act 1996, Sec.19)




  ISI KANDUNGAN
  Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan
  penilaian?
  Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan
  Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk
  sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau
  memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat
  tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru
  boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan
  maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan
  maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat
  dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk
  kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat
  atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen
  atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah
  ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak.

  Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses
  memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina
  mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan
  seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 160
_______________________________________________________________________________


  interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang
  diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat
  kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap
  pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan
  bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada
  maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi
  tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah
  berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi
  maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat
  keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat,
  memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku
  secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik
  dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran.




  Bagaimanakah istilah pentaksiran dan penilaian dapat
  dibandingkan?
  Perbandingan antara pentaksiran dan penilaian dari segi pengertian, peranan, masa
  pelaksanaan, kaedah, fokus dan hasil adalah ditunjukkan dalam Jadual 11.1.


                                      Jadual 11.1
                      Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian


                              Pentaksiran                                 Penilaian
   Pengertian
                  Proses     mengumpul      maklumat,      Proses       mentaksir      perubahan
                  menginterpretasi maklumat atau           tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif
                  memberi nilai kepada maklumat itu        dan data kualitatif.
                  dan       membuat         keputusan
                  berdasarkan     interpretasi   yang
                  dibuat ke atas maklumat.
   Peranan
                  Membuat keputusan berdasarkan            Membuat       pentaksiran       tentang
                  interpretasi yang dibuat ke atas nilai   pencapaian    murid    untuk      tujuan
                  dan maklumat yang dilakukan.             pemulihan atau penggredan.
   Masa
                  Melibatkan peringkat perancangan,        Sebelum, semasa dan selepas proses
   Pelaksanaan
                  pembinaan,            pentadbiran,       pengajaran dan pembelajaran.
                  pemeriksaan dan laporan
   Kaedah
                  Pengukuran dan penilaian                 Ujian, soal selidik, rekod     anekdot,
                                                           senarai semak dan rubrik.
   Fokus
                  Berdasarkan      maklumat    yang        Berdasarkan maklumat pengujian dan
                  dilakukan    secara    pentaksiran       data kualitatif dari pemerhatian, soal
                  secara formatif dan sumatif.             selidik, senarai semak.
   Hasil
                  Maklumat untuk tindakan susulan          Menunjukkan       pencapaian        dan
                  ke arah peningkatan prestasi.            tingkahlaku     murid-murid      secara
                                                           keseluruhan.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 161
_______________________________________________________________________________


  Apakah perbezaan antara penilaian formatif dengan
  penilaian sumatif?

  Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dapat dikenal pasti
  dengan merujuk kepada Jadual 11.2..


                                       Jadiual 11.2
               Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dengan Penilaian Sumatif

    PERKARA                  PENILAIAN                             PENILAIAN
                             FORMATIF                               SUMATIF

    DEFINISI      Suatu jenis ujian formal atau tidak   Suatu jenis ujian formal untuk
                  formal untuk mengesan tahap           mengesan tahap pencapaian murid
                  penguasaan & kemajuan                 dalam sesuatu peringkat
                  pembelajaran murid.                   persekolahan.

    TUJUAN        Mengesan tahap penguasaan &           Mengesan pencapaian berdasarkan
                  kemajuan murid untuk membaiki         beberapa unit pembelajaran &
                  kelemahannnya secara semerta.         pemeringkatan gred murid.


    AKTIVITI      Ujian formal atau tidak formal        Ujian formal (peperiksaan)
                  semasa waktu pengajaran
                  pembelajaran.

    MASA          Semasa mengajar sesuatu unit/         Selepas mengajar beberapa unit/
                  topik pembelajaran.                   topic pembelajaran.
                  Contoh: topik - proses fotosintesis   Contoh: topik untuk 1 penggal.


    BENTUK          Tidak formal: pemerhatian, soal     Formal sahaja: Ujian kertas-pensil
                    jawab, lisan, memeriksa kerja       dalam jangka masa yang sesuai.
                    rumah pelajar                       Contoh: Peperiksaan akhir tahun
                    Formal: ujian kertas-pensil
                    dalam masa singkat.

    SASARAN       Murid secara individu, kumpulan       Murid mengikut kelas atau
                  atau kelas.                           tingkatan.

    LIPUTAN       Meliputi sesuatu kemahiran (ujian     Meliputi beberapa unit
                  tidak formal) atau beberapa           pembelajaran atau suatu peringkat
                  kemahiran (ujian formal).             persekolahan.

    REKOD         Hanya ujian formal: penggunaan        Pengunaan rekod profil murid atau
                  senarai semak atau rekod              pensijilan.
                  prestasi.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 162
_______________________________________________________________________________



    TINDAKAN      Membetulkan kelemahan             Menempatkan pelajar dalam
                  dengan semerta.                   kelas yang sesuai.
                  Menjalankan ativiti pemulihan/    Merancang & mengubahsuai
                  pengayaan dalam kelas.            pelajaran/ kurikulum.
                                                    Memberi sijil berdasarkan
                                                    pencapaian dalam peperiksaan.




        AKTIVITI 11.1

        Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian
        sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian
        formatif berbanding dengan penilaian sumatif?
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        _____________________________________________________________
        __________________________________________________________
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 163
_______________________________________________________________________________


  Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan
  pentaksiran berhubungkait?
  Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981)
  penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat
  mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir,
  sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain
  dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Dalam KSSR, sebagai contohnya dalam
  pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan,
  penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hubungkait antara pengajaran,
  pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan dalam Rajah 11.1.



      PENGAJARAN                                              PEMBELAJARAN
         (Guru)                                                  (Murid)




      Guru menambahbaik                                   Murid meningkatkan
       pengajaran secara
                                 MATLAMAT/               prestasi pembelajaran
        keseluruhan dan           OBJEKTIF                secara keseluruhan
          berterusan                                        dan berterusan




                                 PENTAKSIRAN
                                 (Guru & Murid)


                                    Rajah 11.1
            Hubungan di antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran



  Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran
  Berasaskan Sekolah (PBS)?
  Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di
  sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan
  dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan
  (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasas
  Sekolah melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh
  guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk
  memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif
  adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari
  (assessment of learning). Proses Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan aktiviti
  berikut:
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 164
_______________________________________________________________________________


         Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang
         prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
         o pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance
            standard);
         o penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;
         Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang
         prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif)
         proses pengajaran-pembelajaran berlangsung;
         Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan
         Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang
         prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.

  Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan
  standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan
  standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PBS dikaksana
  menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah
  penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis,
  ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PBS
  dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini
  membolehkan guru:

         Mengetahui sejauh mana murid telah belajar.
         Membantu meningkatkan pembelajaran murid.
         Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat.
         Memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran
         Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang
         telah dipelajari.

  Sehubungan dengan itu, peranan PBS ialah:
        Meningkatkan pencapaian
        Mengubahsuai strategi pengajaran.
        Menjadi motivasi kepada murid untuk belajar.
        Memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran

  Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa
  yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran
  mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan
  pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut:

         kejelasan konstruk yang ditaksir
         bentuk
         kegunaan
         aras kesukaran
         bagaimana cara mentaksir
         kekerapan
         masa dan
         maklumbalas.

  Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid:
        Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami
        lebih awal;
        Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 165
_______________________________________________________________________________


         Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta;
         Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran;
         Belajar dengan kaedah tersendiri;
         Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya;
         Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
         Bertanggungjawab terhadap pembelajaran;
         Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan
         Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.


  Peranan guru dalam PBS
         Fasilitator (proses pembelajaran)
         Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam
         pembelajaran)
         Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid)
         Maklum balas (pembelajaran murid)
         Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh)


  Peranan murid dalam PBS
         Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai.
         Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari.
         Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha.
         Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh
         dibuat boleh ditaksir.


  Peranan ibu bapa dalam PBS
         Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan.
         Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak.
         Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)
         Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati
         daripada pelbagai sumber pentaksiran.


  Kaedah dan instrumen PBS
  Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada
  awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan
  kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap
  aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang
  bermakna dan berkesan.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 166
_______________________________________________________________________________


  Kaedah pengumpulan bukti PBS

  i.    Cerapan
  Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya
  dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk
  mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan
  dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk
  mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala penggredan (rating
  scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.


  ii.   Ujian
  Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul
  bukti yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini
  mengemukakan bukti tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya
  digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum
  yang penting kerana ia memberikan bukti yang baik tentang apa yang telah dipelajari.
  Ujian dalam PBS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis
  dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh
  disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran
  Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada
  secara manual atau berbantukan komputer.


  iii. Tugasan atau pentaksiran prestasi
  Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan
  melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam
  pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen
  praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid
  menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang authentik kerana
  murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah portfolio,
  projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan
  persembahan.


  iv. Pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja
      berkumpulan
  Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai
  murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik
  dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk
  prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam
  mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja.
  Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
  pentaksiran kendiri. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau
  rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian
  kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka
  sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu
  kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 167
_______________________________________________________________________________


  berkumpulan memberi bukti daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan
  kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja
  berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan
  pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain
  daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat
  penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang
  pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir.
  Bukti yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan
  kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran
  atau pentaksiran tentang pembelajaran.


  Fungsi PBS
  Antara lain fungsi pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:

         Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk
         melihat prestasi murid)
         Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk
         meningkatkan pembelajaran)


  Pentaksiran tentang pembelajaran
  Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
  digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau
  tahun tertentu. Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan
  dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk
  proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam
  pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil,
  pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam
  bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.


  Pentaksiran untuk pembelajaran
  Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
  diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
  pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan
  membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas
  dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan
  semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh
  mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan
  dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas.
  Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk
  menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh
  menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya
  maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak
  sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan,
  kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 168
_______________________________________________________________________________


         Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang
         ditetapkan;
         Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan
         Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap
         pembelajaran yang diharapkan.

  Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan
  pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu,
  pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu
  memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh
  mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.


   Integrasi pengajaran, pembelajaran dan penilaian
  Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan
  pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan penilaian
  tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau
  bersendirian. Sehubungan itu dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran
  Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan,
  penilaian, pemulihan dan pengayaan. Tujuan utama penilaian BUKAN hanya untuk
  membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi
  membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki
  pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program.
  Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah
  diambil kira:

         Pentaksiran tentang pembelajaran
         Pentaksiran untuk pembelajaran
         Strategi pengajaran dan pembelajaran
         Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di
         samping nilai dan sikap.

  Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis
  panduan pentaksiran.




  Pentaksiran sekolah sebagai pentaksiran rujukan
  standard (PRS)?
  PRS ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
  buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
  prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
  dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran rujukan standard seringkali
  dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak
  sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-
  mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan
  rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang
  dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa
  membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan
  pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 169
_______________________________________________________________________________


  murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang
  ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap
  mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard
  (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan
  tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau
  6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang
  bertahap.

  PRS bertujuan untuk mencapai perkara berikut:

         Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan
         standard yang ditetapkan;
         Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing;
         Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan
         berdasarkan standard prestasi;
         Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut
         standard prestasi;

  Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimana
  pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir
  murid. Melalui penggabungan PRS dan PRK, pelbagai kaedah pentaksiran akan
  digunakan bagi tujuan berikut:

         Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos;
         Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks;
         Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan
         prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard;
         Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran;
         Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan
         penilaian program.

  Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana
  ia mempunyai keauthentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti
  dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen
  yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan
  memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan
  penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan
  kepada murid:

         Wajaran bagi setiap pentaksiran.
         Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran.
         Keterangan mengenai pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir.
         Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan.
         Peluang prestasi mereka ditaksir menggunakan pentaksiran secara kualitatif.
         Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran.
         Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod.
         Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan
         persediaan.
         Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred
         pencapaian.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 170
_______________________________________________________________________________


  Dalam KSSR pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran diubah daripada
  berbentuk gred kepada band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki yang
  menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti
  yang dijelaskan dalam deskriptor. Band 1 hingga band 6 digunakan di mana band 1
  adalah yang terendah manakala band 6 adalah yang tertinggi. Penentuan band murid-
  murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan bukti-bukti atau indikator
  sebagai yang digariskan dalam dokumen standard prestasi sesuatu mata pelajaran.



  Apakah standard prestasi?
  Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generik tentang aras
  pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik
  berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran.

  i.     Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran secara
         sumatif, tanpa menjelaskan secara spesifik tentang kaedah atau teknik
         bagaimana untuk mencapai hasil berkenaan

  ii.    Pernyataan kriteria khusus yang memberi makna dalam bentuk deskriptif
         kepada angka, abjad atau perkataan seperti Cemerlang, kepujian, baik dan
         belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil
         daripada pembelajarannya

  iii.   Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band
         (Band 1, Band 2 …) disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang
         menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
         menentukan prestasi individu.


  Contoh Standard Prestasi:

  Matamat pendidikan: mengembangkan potensi murid dalam semua aspek
  perkembangan, menguasaan kemahiran asas dan memupukan sikap positif. Jadual 11.3
  ialah contoh jadual standard prestasi berasaskan empat band.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 171
_______________________________________________________________________________


                                     Jadual 11.3
                Contoh Jadual Standard Prestasi Berasaskan Empat Band

      BAND       STANDARD PRESTASI                 PENGOPERASIAN STANDARD
                      TERAS

     BAND 4     Boleh melakukan aktiviti      Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
                melalui keupayaan             sendiri dengan:
    Cemerlang
                sendiri dengan tepat,                 Tepat: Betul/sempurna mengikut
                cekap dan konsisten                   tugasan/arahan
                semasa menjalankan                    Cekap: Dapat melaksanakan dalam
                aktiviti dari pelbagai tema           masa yang ditetapkan
                tanpa memerlukan                      Konsisten: Sentiasa, selalu atau
                bantuan                               kerap mempamerkan
                                                      Tanpa      memerlukan      bantuan:
                                                      Memahami arahan/tugasan sendiri

     BAND 3     Boleh melakukan aktiviti      Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
                pelbagai tema dengan          sendiri dengan:
      Baik/
                tepat sehingga selesai
     Kepujian                                        Tepat: Betul/sempurna mengikut
                tanpa memerlukan
                                                     tugasan/arahan
                bantuan
                                                     Tanpa      memerlukan    bantuan:
                                                     Memahami arahan/tugasan sendiri

     BAND 2     Kerap memerlukan              Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
                bantuan apabila               dengan:
    Sederhana
                melakukan aktiviti dari
                                                     Kerap memerlukan bantuan tetapi
                pelbagai tema namun
                                                     masih boleh melakukannya sehingga
                masih boleh
                                                     selesai
                melakukannya sehingga
                selesai

     BAND 1     Sukar memahami arahan         Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan
                untuk menjalankan aktiviti    dengan baik sehingga selesai walaupun
      Perlu
                dari pelbagai tema, oleh
    Bimbingan                                        Bimbingan      bantuan      sentiasa
                itu bimbingan bantuan
                                                     diberikan
                sentiasa diperlukan
                namun masih tidak dapat
                melakukannya dengan
                baik sehingga selesai




  Dalam KSSR penilaian berasaskan kepada 6 band adalah yang diguna pakai. Jadual
  11.4 adalah sebagai contoh jadual standard prestasi untuk kemahiran melukis. Jadual
  standard prestasi tersebut adalah berasaskan kepada kerangka asas standard prestasi
  seperti Jadual 11.5.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 172
_______________________________________________________________________________


                                     Jadual 11.4
               Contoh Jadual Standard Prestasi Untuk Kemahiran Melukis

    BAND             STANDARD                      DESKRIPTOR             EVIDENS

       6      Menghasilkan karya seni       Murid dapat melukis gambar    Hasil
              gambar bunga secara           bunga yang sebenar            karya
              keseluruhan mengikut          mengikut unsur alam           dengan
              kreativiti sendiri dengan     semulajadi dan menunjuk       teknik
              teknik lukisan.               contoh kepada rakan.          lukisan

       5      Menghasilkan karya seni       Murid dapat melukis gambar
              gambar bunga dengan           bunga yang sebenar
              rupa sebenar mengikut         mengikut unsur alam
              alam semulajadi.              semulajadi dengan kreatif

       4      Menghasilkan karya seni       Murid dapat melukis gambar
              gambar bunga dengan           bunga yang sebenar
              rupa sebenar                  mengikut alam semulajadi.

       3      Menghasilkan karya seni       Murid dapat melukis gambar
              gambar bunga dengan           bunga dengan teliti.
              rupa yang lebih teliti.

       2      Menghasilkan karya seni       Murid dapat membuat
              gambar bunga dengan           lakaran gambar bunga
              pengamatan.                   secara ringkas.

       1      Menghasilkan karya seni       Murid dapat membuat
              gambar bunga.                 lakaran kelopak bunga.




                                       Jadual 11.5
                             Kerangka Asas Standard Prestasi

            Band 6    Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali

            Band 5    Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji

            Band 4    Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

            Band 3    Tahu, faham dan boleh buat

            Band 2    Tahu dan faham

            Band 1    Tahu
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 173
_______________________________________________________________________________




         MUET dan KSSR, standard prestasi diukur menggunakan sistem band
         iaitu band 1 hingga band 6 (1 rendah, 6 tertinggi). Di IPTA standard
         prestasi diukur menggunakan sistem gred iaitu gred A dengan mata gred
         4 adalah yang tertinggi. Pada pendapat anda, perlukah pelarasan dibuat?



  Pentaksiran autentik
  Apakah maksud pentaksiran autentik?
  Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian
  formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru
  dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas
  dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini
  lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di
  dalam keadaan sebenarnya (Bhasah, 2007). Dalam konteks bilik darjah, aplikasi
  pentaksiran ini memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks
  tetapi bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran
  yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berlaku (real) atau
  dikenali sebagai authentik. Feuer dan Fulton (1993) (dalam Bhasah, 2007) menyatakan
  terdapat 7 bentuk penilaian autentik iaitu portfolio, persembahan, pemerhatian,
  penulisan, lisan, pameran dan eksperimen. Guru akan melihat aktiviti murid yang
  sebenar dan kemudiannya membuat penilaian terhadap kualiti aktiviti berkenaan.


  Portfolio
  Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan
  dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Ia digunakan sebagai rekod
  untuk menunjukkan pencapaian para murid untuk mata pelajaran yang berlainan di
  sekolah. Menerusi penghasilan portfolio, murid diharapkan dapat mengesan,
  mengenalpasti dan membaiki perkembangan pembelajaran mereka sendiri (kemajuan
  yang telah mereka laksanakan pada satu tempoh yang telah ditetapkan bersama). Ward
  & Ward (1999) dalam Bhasah (2007) mengemukakan 10 langkah bagi menyediakan
  portfolio seperti Jadual 11.6
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 174
_______________________________________________________________________________


                                       Jadual 11.6
                           Langkah-Langkah Menyediakan Portfolio

   1.   Tujuan/ Objektif       Tetapkan tujuan. Terangkan kepada murid mengapa
                               mereka mesti melaksanakannya

   2.   Kandungan &            Menetapkan isi kandungan yang perlu dimuatkan sebagai
        Kemahiran              bentuk bukti. Bentuk kemahiran yang perlu murid-murid
                               kuasai.

   3.   Sasaran &              Tetapkan murid (individu/ kumpulan) yang akan
        Peringkatnya           melaksanakan tugasan.

   4.   Bahan yang perlu       Tentukan bahan yang perlu dikumpul dengan
        dikumpul               berpandukan objektif. Bahan dapat menunjukkan
                               kemajuan/ perkembangan murid.

   5.   Kaedah kumpul          Bina jadual bagi menentukan setiap bahan yang mesti
        bahan                  disenarai dan dimasukkan dalam portfolio.

   6.   Penglibatan murid      Libatkan murid dari peringkat awal hinggalah akhir agar
                               murid lebih memahami apa yang diperlukan dan menilai
                               kemajuan kendiri.

   7.   Kaedah memberi         Setiap bahan mempunyai criteria penggredan yang
        gred                   berbeza. Guru sediakan rubrik penggredan bagi
                               membantu murid meningkatkan kualiti portfolio yang
                               dihasilkan.

   8.   Penyediaan             Guru perlu memberi penjelasan terperinci kepada murid,
        portfolio              ibu bapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan
                               portfolio bagi mendapatkan kerjasama.

   9.   Tarikh pelaksanaan     Penting dimaklumkan agar murid dapat menaksir
        & penyempurnaan        kemajuan yang dicapai.

   10. Penyimpanan             Guru perlu menyediakan ruang bagi menyimpan portfolio
       portfolio               yang telah siap untuk rujukan masa depan.



  Penyediaan portfolio melibatkan beberapa langkah yang sistematik kerana matlamat
  akhirnya ialah para guru dapat menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran murid
  yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terhadap sesuatu tugasan yang
  perlu dilaksanakan. Kandungan sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada
  pengumpulan dan himpunan bahan-bahan seperti buku log, catatan jurnal, gambar &
  foto, refleksi kendiri murid, nota-nota yang disediakan oleh guru, dan senarai semak
  yang disediakan oleh guru. Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada ialah ialah
  portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan portfolio ialah:

           Menilai tahap perkembangan murid-murid.
           Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 175
_______________________________________________________________________________


          melibatkan murid dgn sepenuhnya dalam proses pengajaran
          pembelajaran.
          Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri
          mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru




       AKTIVITI 11.2

         Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu topik bagi mata
         pelajaran yang diajar dan bincangkan bagaimanakah penilaian authentik/
         alternatif boleh dilaksanakan.
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ______________________________________________________________
         ___________________________________________________________




  Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
  Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan
  sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2008 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 4/2008.
  Program SEGAK dirancang selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan
  Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelaporan SEGAK
  adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat pusat. SEGAK mempunyai matlamat
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 176
_______________________________________________________________________________


  agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi
  meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif SEGAK
  pula ialah agar murid dapat,

         mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
         melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
         menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal
         individu;
         melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal
         individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
         pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.




  Penilaian dalam KLSR, KBSR dan KSSR
         Penilaian dalam KLSR
  Kebanyakan penilaian dalam KLSR ialah penilaian sumatif, baik di peringkat sekolah
  mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1967, Peperiksaan
  Penilaian Darjah Lima (PDL) telah diperkenalkan untuk sekolah rendah. PDL ialah
  penilaian sumatif secara berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Di akhir
  darjah 5, murid-murid akan menduduki PDL untuk lima mata pelajaran iaitu Bahasa
  Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan Ilmu Alam dengan Tawarikh.
  Bagi murid-murid dari SJKC dan SJKT selain daripada lima mata pelajaran tersebut,
  murid-murid juga menduduki mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Semua
  soalan dalam PDL adalah berbentuk objektif aneka pilihan. Pada 1988 PDL telah
  dimansuhkan apabila UPSR diperkenalkan dalam KBSR.


         Penilaian dalam KBSR
  Dalam KBSR, penilaian yang dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah adalah secara
  formatif dan sumatif. Penilaian yang dikendalikan secara terpusat oleh Lembaga
  Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah secara sumatif.
  Penilaian formatif di sekolah adalah untuk tujuan perkembangan proses pembelajaran
  murid. Penilaian yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan
  peperiksaan akhir tahun. UPSR adalah contoh penilaian yang secara keseluruhannya
  adalah terpusat iaitu di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian
  Pelajaran Malaysia. Tujuan utama UPSR adalah untuk mengetahui taraf pencapaian
  murid-murid di akhir Tahun 6 KBSR dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
  Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian murid sekolah rendah dalam kemahiran
  asas. Tidak semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah diuji dalam UPSR.
  Hanya empat mata pelajaran sahaja yang terlibat untuk Sekolah Kebangsaan iaitu
  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di Sekolah Jenis Kebangsaan
  satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 177
_______________________________________________________________________________


         Penilaian dalam KSSR
  DSP dalam KSSR menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada
  tempoh dan tahap persekolahan tertentu. Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam
  aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Menurut KPM (2010), standard tersebut adalah:

         bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
         menetapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
         mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
         mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
         pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

  Sehubungan itu penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi
  murid-murid. UPSR dikekalkan dalam KSSR dengan penambahbaikan. Di Sekolah
  Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa
  Tamil. PBS banyak dilakukan dengan pentaksiran murid bersifat autentik, holistik dan
  berterusan. Dalam hal ini guru banyak memainkan peranan penting. Beberapa kaedah
  boleh pilih dan dilakukan oleh guru ke arah tersebut seperti mengadakan ujian;
  melakukan pemerhatian; mentaksir persembahan murid; merekod perkembangan
  penguasan murid; menilai esei; dan menilai folio yang dihasilkan oleh murid.
  Pemerhatian boleh dilakukan mengguna instrumen cerapan yang bersesuaian. Ujian
  pula boleh dilaksanakan secara kertas-pensil, papan tulis dan lisan. Tugasan boleh
  meliputi komponen praktikal bagi sesuatu mata pelajaran. Daripada sini dapatlah
  ditentukan bagaimana murid mengintegrasikan antara teori dalam amali. Penilaian
  bersifat authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar.



  RUMUSAN
  Bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai
  secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik.
  Peringkat akhir yang menentukan keberhasilan itu ialah komponen pentaksiran dan
  penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang
  dihasilkan yang setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Bagi menjamin
  perkembangan insan yang menyeluruh, maka Kementerian Pelajara Malaysia telah
  memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan pentaksiran berasas sekolah
  dan pentaksiran pusat. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang
  kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan
  ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan
  murid-murid khususnya dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid
  kini dilihat sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang
  berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan
  murid memacu kejayaan.




  KATA KUNCI
  Menaakul             -   kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan
                           membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta, atau andaian
                           untuk membuat keputusan dan rumusan yang tepat.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 178
_______________________________________________________________________________


  Pemulihan             -   proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
                            membetulkan sesuatu yang tidak betul.

  Penilaian             -   penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang
                            sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi
                            kepada maklumat itu.

  Penilaian formatif    -   aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk
                            membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
                            pembelajaran murid di dalam kelas.

  Penilaian sumatif     -   pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua
                            aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan
                            prestasi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu.

  Pentaksiran           -   integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
                            maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
                            membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke
                            atas maklumat.

   Pentaksiran Berasas -    pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan
   Sekolah                  peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan
                            dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-
                            pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa,
                            guru dan organisasi luar.

  Portfolio             -   koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan
                            dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

  Standard prestasi     -   satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar
                            dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik
                            berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran.



  PENILAIAN KENDIRI
  Jawab semua soalan berikut.

  1.      Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi
          kepada maklumat dan membuat keputusan adalah berkait dengan
          _____________

          A.     penilaian
          B.     pengujian
          C.     pelaporan
          D.     pengukuran
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 179
_______________________________________________________________________________


  2.     Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap pencapaian murid-muridnya di
         dalam kelas bagi setiap sesi pengajaran supaya pada akhirnya semua muridnya
         mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
         Berdasarkan kenyataan tersebut, apakah jenis penilaian yang perlu dilakukan
         oleh guru di dalam kelasnya?

         A.     Sumatif.
         B.     Portfolio.
         C.     Formatif.
         D.     Ujian kriteria


  3.     Apakah komponen penting dalam melaksanakan kaedah pentaksiran kendiri
         dalam Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)?

         A.     Refleksi
         B.     Kerjasama
         C.     Senarai semak
         D.     Memberi pendapat


  4.     Mengapakah penilaian authentik menjadi satu kaedah yang bernilai untuk melihat
         kemajuan dan perkembangan potensi murid?

         A.     Kualiti hasil
         B.     Ketulenan hasil
         C.     Format menyeluruh
         D.     Kepelbagaian kandungan


  5.     Apakah jenis penilaian yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan murid yang
         dilakukan dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah?

         A.     Sumatif
         B.     Formatif
         C.     Ujian norma
         D.     Ujian kriteria


  CADANGAN JAWAPAN:              1. A; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B



  RUJUKAN
  Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala
        Lumpur: Pustaka Salam.

  Henson, K. T. (2001). Curriculum planning: integrating multiculturism, constructivism,
        and education reform. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill.

  Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan
       Bahasa dan Pustaka.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 180
_______________________________________________________________________________



  Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (1981). Measurement and assessment in teaching (7th ed.).
         New Jersey: Prentice Hall.

  Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Bahasa
        dan Pustaka.

  Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004) Curriculum: foundation, principles, and issues,
         (4thEd). Boston: Allyn & Bacon.

  Wheeler, D.K. (1967). Curriculum improvement. New Jersey: Prentice Hall.

Contenu connexe

Tendances

Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaianmadiah jaafar
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif MummyAlisya
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranMenggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranNoor Idayu Abu Bakar
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanLinda Salleh
 

Tendances (20)

KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
MODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdfMODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdf
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranMenggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
 

En vedette

Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINNorhaniza Taharuddin
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Cikgu Nisa
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6Herney Aqilah Kay
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiranAie Sharom
 
Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Ivy Tsen
 

En vedette (20)

16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
10 unit 6
10 unit 610 unit 6
10 unit 6
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Portfolio kpf 3012
Portfolio kpf 3012Portfolio kpf 3012
Portfolio kpf 3012
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]
 
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiran
 
Tahun 5
Tahun 5Tahun 5
Tahun 5
 
Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
B1 dt1 e1
B1 dt1 e1B1 dt1 e1
B1 dt1 e1
 

Similaire à 15 unit 11

Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.pptnarul456
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptipgm4011
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianezz_ally
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaiannsmm
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxmohdhadzril2
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Taklimat pentaksiran sekolah
Taklimat pentaksiran sekolahTaklimat pentaksiran sekolah
Taklimat pentaksiran sekolahnasuha792
 

Similaire à 15 unit 11 (20)

Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.ppt
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Pengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaianPengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaian
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaian
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Tajuk 1
Tajuk 1Tajuk 1
Tajuk 1
 
Elect12.penil.pentak
Elect12.penil.pentakElect12.penil.pentak
Elect12.penil.pentak
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Taklimat pentaksiran sekolah
Taklimat pentaksiran sekolahTaklimat pentaksiran sekolah
Taklimat pentaksiran sekolah
 
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBSTaklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
 

Plus de Liching Ching

Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfLiching Ching
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentLiching Ching
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Liching Ching
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Liching Ching
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)Liching Ching
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Liching Ching
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khasLiching Ching
 
Surat siaran senat muet
Surat siaran senat muetSurat siaran senat muet
Surat siaran senat muetLiching Ching
 
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakSalah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakLiching Ching
 
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Liching Ching
 

Plus de Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
 
Surat siaran senat muet
Surat siaran senat muetSurat siaran senat muet
Surat siaran senat muet
 
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakSalah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
 
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
 
WAKTU
WAKTUWAKTU
WAKTU
 

15 unit 11

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 158 _______________________________________________________________________________ UNIT 11 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan konsep pentaksiran dan penilaian dalam konteks pendidikan sekolah rendah. 2. menerangkan konsep dan aplikasi pentaksiran Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 3. menerangkan konsep pentaksiran autentik dan penggunaan portfolio dalam petaksiran pembelajaran. 4. membanding beza antara pentaksiran dan penilaian dalam KLSR dengan pentaksiran dan penilaian dalam KBSR/KSSR. PETA KONSEP TAJUK Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Sekolah Rendah Penilaian Penilaian Authentik/ Berasaskan Sekolah Alternatif Konsep & Pengertian Pentaksiran /Penilaian Pemulihan dan Pentaksiran & Formatif & Sumatif Pengayaan Penilaian
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 159 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut. Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif) Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or under this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act. (Education Act 1996, Sec.19) ISI KANDUNGAN Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian? Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 160 _______________________________________________________________________________ interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran. Bagaimanakah istilah pentaksiran dan penilaian dapat dibandingkan? Perbandingan antara pentaksiran dan penilaian dari segi pengertian, peranan, masa pelaksanaan, kaedah, fokus dan hasil adalah ditunjukkan dalam Jadual 11.1. Jadual 11.1 Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran Penilaian Pengertian Proses mengumpul maklumat, Proses mentaksir perubahan menginterpretasi maklumat atau tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif memberi nilai kepada maklumat itu dan data kualitatif. dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Peranan Membuat keputusan berdasarkan Membuat pentaksiran tentang interpretasi yang dibuat ke atas nilai pencapaian murid untuk tujuan dan maklumat yang dilakukan. pemulihan atau penggredan. Masa Melibatkan peringkat perancangan, Sebelum, semasa dan selepas proses Pelaksanaan pembinaan, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. pemeriksaan dan laporan Kaedah Pengukuran dan penilaian Ujian, soal selidik, rekod anekdot, senarai semak dan rubrik. Fokus Berdasarkan maklumat yang Berdasarkan maklumat pengujian dan dilakukan secara pentaksiran data kualitatif dari pemerhatian, soal secara formatif dan sumatif. selidik, senarai semak. Hasil Maklumat untuk tindakan susulan Menunjukkan pencapaian dan ke arah peningkatan prestasi. tingkahlaku murid-murid secara keseluruhan.
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 161 _______________________________________________________________________________ Apakah perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif? Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dapat dikenal pasti dengan merujuk kepada Jadual 11.2.. Jadiual 11.2 Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dengan Penilaian Sumatif PERKARA PENILAIAN PENILAIAN FORMATIF SUMATIF DEFINISI Suatu jenis ujian formal atau tidak Suatu jenis ujian formal untuk formal untuk mengesan tahap mengesan tahap pencapaian murid penguasaan & kemajuan dalam sesuatu peringkat pembelajaran murid. persekolahan. TUJUAN Mengesan tahap penguasaan & Mengesan pencapaian berdasarkan kemajuan murid untuk membaiki beberapa unit pembelajaran & kelemahannnya secara semerta. pemeringkatan gred murid. AKTIVITI Ujian formal atau tidak formal Ujian formal (peperiksaan) semasa waktu pengajaran pembelajaran. MASA Semasa mengajar sesuatu unit/ Selepas mengajar beberapa unit/ topik pembelajaran. topic pembelajaran. Contoh: topik - proses fotosintesis Contoh: topik untuk 1 penggal. BENTUK Tidak formal: pemerhatian, soal Formal sahaja: Ujian kertas-pensil jawab, lisan, memeriksa kerja dalam jangka masa yang sesuai. rumah pelajar Contoh: Peperiksaan akhir tahun Formal: ujian kertas-pensil dalam masa singkat. SASARAN Murid secara individu, kumpulan Murid mengikut kelas atau atau kelas. tingkatan. LIPUTAN Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau suatu peringkat kemahiran (ujian formal). persekolahan. REKOD Hanya ujian formal: penggunaan Pengunaan rekod profil murid atau senarai semak atau rekod pensijilan. prestasi.
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 162 _______________________________________________________________________________ TINDAKAN Membetulkan kelemahan Menempatkan pelajar dalam dengan semerta. kelas yang sesuai. Menjalankan ativiti pemulihan/ Merancang & mengubahsuai pengayaan dalam kelas. pelajaran/ kurikulum. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. AKTIVITI 11.1 Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ __________________________________________________________
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 163 _______________________________________________________________________________ Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berhubungkait? Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hubungkait antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan dalam Rajah 11.1. PENGAJARAN PEMBELAJARAN (Guru) (Murid) Guru menambahbaik Murid meningkatkan pengajaran secara MATLAMAT/ prestasi pembelajaran keseluruhan dan OBJEKTIF secara keseluruhan berterusan dan berterusan PENTAKSIRAN (Guru & Murid) Rajah 11.1 Hubungan di antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Proses Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan aktiviti berikut:
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 164 _______________________________________________________________________________ Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan o pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard); o penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks; Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung; Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid. Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PBS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PBS dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru: Mengetahui sejauh mana murid telah belajar. Membantu meningkatkan pembelajaran murid. Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. Memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang telah dipelajari. Sehubungan dengan itu, peranan PBS ialah: Meningkatkan pencapaian Mengubahsuai strategi pengajaran. Menjadi motivasi kepada murid untuk belajar. Memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut: kejelasan konstruk yang ditaksir bentuk kegunaan aras kesukaran bagaimana cara mentaksir kekerapan masa dan maklumbalas. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid: Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal; Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 165 _______________________________________________________________________________ Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta; Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran; Belajar dengan kaedah tersendiri; Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya; Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza; Bertanggungjawab terhadap pembelajaran; Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. Peranan guru dalam PBS Fasilitator (proses pembelajaran) Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran) Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid) Maklum balas (pembelajaran murid) Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh) Peranan murid dalam PBS Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai. Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari. Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha. Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir. Peranan ibu bapa dalam PBS Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan. Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber pentaksiran. Kaedah dan instrumen PBS Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan.
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 166 _______________________________________________________________________________ Kaedah pengumpulan bukti PBS i. Cerapan Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala penggredan (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. ii. Ujian Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul bukti yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan bukti tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan bukti yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian dalam PBS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer. iii. Tugasan atau pentaksiran prestasi Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah portfolio, projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan. iv. Pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pentaksiran kendiri. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 167 _______________________________________________________________________________ berkumpulan memberi bukti daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Bukti yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran. Fungsi PBS Antara lain fungsi pentaksiran sekolah adalah seperti berikut: Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni. Pentaksiran untuk pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 168 _______________________________________________________________________________ Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan; Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Integrasi pengajaran, pembelajaran dan penilaian Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan penilaian tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Sehubungan itu dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Tujuan utama penilaian BUKAN hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambil kira: Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan sikap. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis panduan pentaksiran. Pentaksiran sekolah sebagai pentaksiran rujukan standard (PRS)? PRS ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata- mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 169 _______________________________________________________________________________ murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap. PRS bertujuan untuk mencapai perkara berikut: Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan standard yang ditetapkan; Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing; Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan berdasarkan standard prestasi; Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi; Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir murid. Melalui penggabungan PRS dan PRK, pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut: Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos; Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks; Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard; Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran; Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan penilaian program. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keauthentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid: Wajaran bagi setiap pentaksiran. Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran. Keterangan mengenai pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir. Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan. Peluang prestasi mereka ditaksir menggunakan pentaksiran secara kualitatif. Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran. Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod. Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan persediaan. Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian.
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 170 _______________________________________________________________________________ Dalam KSSR pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran diubah daripada berbentuk gred kepada band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Band 1 hingga band 6 digunakan di mana band 1 adalah yang terendah manakala band 6 adalah yang tertinggi. Penentuan band murid- murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan bukti-bukti atau indikator sebagai yang digariskan dalam dokumen standard prestasi sesuatu mata pelajaran. Apakah standard prestasi? Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. i. Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran secara sumatif, tanpa menjelaskan secara spesifik tentang kaedah atau teknik bagaimana untuk mencapai hasil berkenaan ii. Pernyataan kriteria khusus yang memberi makna dalam bentuk deskriptif kepada angka, abjad atau perkataan seperti Cemerlang, kepujian, baik dan belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil daripada pembelajarannya iii. Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band (Band 1, Band 2 …) disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu. Contoh Standard Prestasi: Matamat pendidikan: mengembangkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasaan kemahiran asas dan memupukan sikap positif. Jadual 11.3 ialah contoh jadual standard prestasi berasaskan empat band.
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 171 _______________________________________________________________________________ Jadual 11.3 Contoh Jadual Standard Prestasi Berasaskan Empat Band BAND STANDARD PRESTASI PENGOPERASIAN STANDARD TERAS BAND 4 Boleh melakukan aktiviti Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan melalui keupayaan sendiri dengan: Cemerlang sendiri dengan tepat, Tepat: Betul/sempurna mengikut cekap dan konsisten tugasan/arahan semasa menjalankan Cekap: Dapat melaksanakan dalam aktiviti dari pelbagai tema masa yang ditetapkan tanpa memerlukan Konsisten: Sentiasa, selalu atau bantuan kerap mempamerkan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri BAND 3 Boleh melakukan aktiviti Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan pelbagai tema dengan sendiri dengan: Baik/ tepat sehingga selesai Kepujian Tepat: Betul/sempurna mengikut tanpa memerlukan tugasan/arahan bantuan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri BAND 2 Kerap memerlukan Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan bantuan apabila dengan: Sederhana melakukan aktiviti dari Kerap memerlukan bantuan tetapi pelbagai tema namun masih boleh melakukannya sehingga masih boleh selesai melakukannya sehingga selesai BAND 1 Sukar memahami arahan Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan untuk menjalankan aktiviti dengan baik sehingga selesai walaupun Perlu dari pelbagai tema, oleh Bimbingan Bimbingan bantuan sentiasa itu bimbingan bantuan diberikan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai Dalam KSSR penilaian berasaskan kepada 6 band adalah yang diguna pakai. Jadual 11.4 adalah sebagai contoh jadual standard prestasi untuk kemahiran melukis. Jadual standard prestasi tersebut adalah berasaskan kepada kerangka asas standard prestasi seperti Jadual 11.5.
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 172 _______________________________________________________________________________ Jadual 11.4 Contoh Jadual Standard Prestasi Untuk Kemahiran Melukis BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar Hasil gambar bunga secara bunga yang sebenar karya keseluruhan mengikut mengikut unsur alam dengan kreativiti sendiri dengan semulajadi dan menunjuk teknik teknik lukisan. contoh kepada rakan. lukisan 5 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga yang sebenar rupa sebenar mengikut mengikut unsur alam alam semulajadi. semulajadi dengan kreatif 4 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga yang sebenar rupa sebenar mengikut alam semulajadi. 3 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga dengan teliti. rupa yang lebih teliti. 2 Menghasilkan karya seni Murid dapat membuat gambar bunga dengan lakaran gambar bunga pengamatan. secara ringkas. 1 Menghasilkan karya seni Murid dapat membuat gambar bunga. lakaran kelopak bunga. Jadual 11.5 Kerangka Asas Standard Prestasi Band 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali Band 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Band 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Band 3 Tahu, faham dan boleh buat Band 2 Tahu dan faham Band 1 Tahu
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 173 _______________________________________________________________________________ MUET dan KSSR, standard prestasi diukur menggunakan sistem band iaitu band 1 hingga band 6 (1 rendah, 6 tertinggi). Di IPTA standard prestasi diukur menggunakan sistem gred iaitu gred A dengan mata gred 4 adalah yang tertinggi. Pada pendapat anda, perlukah pelarasan dibuat? Pentaksiran autentik Apakah maksud pentaksiran autentik? Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di dalam keadaan sebenarnya (Bhasah, 2007). Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran ini memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berlaku (real) atau dikenali sebagai authentik. Feuer dan Fulton (1993) (dalam Bhasah, 2007) menyatakan terdapat 7 bentuk penilaian autentik iaitu portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen. Guru akan melihat aktiviti murid yang sebenar dan kemudiannya membuat penilaian terhadap kualiti aktiviti berkenaan. Portfolio Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Ia digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian para murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah. Menerusi penghasilan portfolio, murid diharapkan dapat mengesan, mengenalpasti dan membaiki perkembangan pembelajaran mereka sendiri (kemajuan yang telah mereka laksanakan pada satu tempoh yang telah ditetapkan bersama). Ward & Ward (1999) dalam Bhasah (2007) mengemukakan 10 langkah bagi menyediakan portfolio seperti Jadual 11.6
  • 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 174 _______________________________________________________________________________ Jadual 11.6 Langkah-Langkah Menyediakan Portfolio 1. Tujuan/ Objektif Tetapkan tujuan. Terangkan kepada murid mengapa mereka mesti melaksanakannya 2. Kandungan & Menetapkan isi kandungan yang perlu dimuatkan sebagai Kemahiran bentuk bukti. Bentuk kemahiran yang perlu murid-murid kuasai. 3. Sasaran & Tetapkan murid (individu/ kumpulan) yang akan Peringkatnya melaksanakan tugasan. 4. Bahan yang perlu Tentukan bahan yang perlu dikumpul dengan dikumpul berpandukan objektif. Bahan dapat menunjukkan kemajuan/ perkembangan murid. 5. Kaedah kumpul Bina jadual bagi menentukan setiap bahan yang mesti bahan disenarai dan dimasukkan dalam portfolio. 6. Penglibatan murid Libatkan murid dari peringkat awal hinggalah akhir agar murid lebih memahami apa yang diperlukan dan menilai kemajuan kendiri. 7. Kaedah memberi Setiap bahan mempunyai criteria penggredan yang gred berbeza. Guru sediakan rubrik penggredan bagi membantu murid meningkatkan kualiti portfolio yang dihasilkan. 8. Penyediaan Guru perlu memberi penjelasan terperinci kepada murid, portfolio ibu bapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan portfolio bagi mendapatkan kerjasama. 9. Tarikh pelaksanaan Penting dimaklumkan agar murid dapat menaksir & penyempurnaan kemajuan yang dicapai. 10. Penyimpanan Guru perlu menyediakan ruang bagi menyimpan portfolio portfolio yang telah siap untuk rujukan masa depan. Penyediaan portfolio melibatkan beberapa langkah yang sistematik kerana matlamat akhirnya ialah para guru dapat menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran murid yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terhadap sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan. Kandungan sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada pengumpulan dan himpunan bahan-bahan seperti buku log, catatan jurnal, gambar & foto, refleksi kendiri murid, nota-nota yang disediakan oleh guru, dan senarai semak yang disediakan oleh guru. Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada ialah ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan portfolio ialah: Menilai tahap perkembangan murid-murid. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
  • 18. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 175 _______________________________________________________________________________ melibatkan murid dgn sepenuhnya dalam proses pengajaran pembelajaran. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru AKTIVITI 11.2 Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu topik bagi mata pelajaran yang diajar dan bincangkan bagaimanakah penilaian authentik/ alternatif boleh dilaksanakan. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ___________________________________________________________ Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2008 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 4/2008. Program SEGAK dirancang selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelaporan SEGAK adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat pusat. SEGAK mempunyai matlamat
  • 19. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 176 _______________________________________________________________________________ agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif SEGAK pula ialah agar murid dapat, mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Penilaian dalam KLSR, KBSR dan KSSR Penilaian dalam KLSR Kebanyakan penilaian dalam KLSR ialah penilaian sumatif, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1967, Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) telah diperkenalkan untuk sekolah rendah. PDL ialah penilaian sumatif secara berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Di akhir darjah 5, murid-murid akan menduduki PDL untuk lima mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan Ilmu Alam dengan Tawarikh. Bagi murid-murid dari SJKC dan SJKT selain daripada lima mata pelajaran tersebut, murid-murid juga menduduki mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Semua soalan dalam PDL adalah berbentuk objektif aneka pilihan. Pada 1988 PDL telah dimansuhkan apabila UPSR diperkenalkan dalam KBSR. Penilaian dalam KBSR Dalam KBSR, penilaian yang dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian yang dikendalikan secara terpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah secara sumatif. Penilaian formatif di sekolah adalah untuk tujuan perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. UPSR adalah contoh penilaian yang secara keseluruhannya adalah terpusat iaitu di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan utama UPSR adalah untuk mengetahui taraf pencapaian murid-murid di akhir Tahun 6 KBSR dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian murid sekolah rendah dalam kemahiran asas. Tidak semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah diuji dalam UPSR. Hanya empat mata pelajaran sahaja yang terlibat untuk Sekolah Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
  • 20. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 177 _______________________________________________________________________________ Penilaian dalam KSSR DSP dalam KSSR menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada tempoh dan tahap persekolahan tertentu. Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Menurut KPM (2010), standard tersebut adalah: bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan menetapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah Sehubungan itu penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi murid-murid. UPSR dikekalkan dalam KSSR dengan penambahbaikan. Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. PBS banyak dilakukan dengan pentaksiran murid bersifat autentik, holistik dan berterusan. Dalam hal ini guru banyak memainkan peranan penting. Beberapa kaedah boleh pilih dan dilakukan oleh guru ke arah tersebut seperti mengadakan ujian; melakukan pemerhatian; mentaksir persembahan murid; merekod perkembangan penguasan murid; menilai esei; dan menilai folio yang dihasilkan oleh murid. Pemerhatian boleh dilakukan mengguna instrumen cerapan yang bersesuaian. Ujian pula boleh dilaksanakan secara kertas-pensil, papan tulis dan lisan. Tugasan boleh meliputi komponen praktikal bagi sesuatu mata pelajaran. Daripada sini dapatlah ditentukan bagaimana murid mengintegrasikan antara teori dalam amali. Penilaian bersifat authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. RUMUSAN Bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilan itu ialah komponen pentaksiran dan penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan yang setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Bagi menjamin perkembangan insan yang menyeluruh, maka Kementerian Pelajara Malaysia telah memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan pentaksiran berasas sekolah dan pentaksiran pusat. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid khususnya dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid kini dilihat sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan murid memacu kejayaan. KATA KUNCI Menaakul - kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta, atau andaian untuk membuat keputusan dan rumusan yang tepat.
  • 21. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 178 _______________________________________________________________________________ Pemulihan - proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Penilaian - penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Penilaian formatif - aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid di dalam kelas. Penilaian sumatif - pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu. Pentaksiran - integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran Berasas - pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan Sekolah peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak- pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Portfolio - koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Standard prestasi - satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan adalah berkait dengan _____________ A. penilaian B. pengujian C. pelaporan D. pengukuran
  • 22. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 179 _______________________________________________________________________________ 2. Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap pencapaian murid-muridnya di dalam kelas bagi setiap sesi pengajaran supaya pada akhirnya semua muridnya mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Berdasarkan kenyataan tersebut, apakah jenis penilaian yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelasnya? A. Sumatif. B. Portfolio. C. Formatif. D. Ujian kriteria 3. Apakah komponen penting dalam melaksanakan kaedah pentaksiran kendiri dalam Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)? A. Refleksi B. Kerjasama C. Senarai semak D. Memberi pendapat 4. Mengapakah penilaian authentik menjadi satu kaedah yang bernilai untuk melihat kemajuan dan perkembangan potensi murid? A. Kualiti hasil B. Ketulenan hasil C. Format menyeluruh D. Kepelbagaian kandungan 5. Apakah jenis penilaian yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan murid yang dilakukan dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah? A. Sumatif B. Formatif C. Ujian norma D. Ujian kriteria CADANGAN JAWAPAN: 1. A; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B RUJUKAN Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Henson, K. T. (2001). Curriculum planning: integrating multiculturism, constructivism, and education reform. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill. Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 23. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 180 _______________________________________________________________________________ Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (1981). Measurement and assessment in teaching (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004) Curriculum: foundation, principles, and issues, (4thEd). Boston: Allyn & Bacon. Wheeler, D.K. (1967). Curriculum improvement. New Jersey: Prentice Hall.