SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 84
BAB 8
KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS
Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi
perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada
segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan
yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik,
kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains
merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal
dan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila
berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang
berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains.
8.1 Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains
Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian,
kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam
perlaksanaan eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains,
perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:
a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di
tempat yang mudah dilihat dan dibaca.
b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan
eksperimen.
c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.
d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta.
e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.
f. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap
makmal.
g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah
mencukupi.
h. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah
diganti dengan segera.
i. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci
dan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod
yang lengkap mesti disimpan.
j. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains
kecuali untuk tujuan eksperimen.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
85 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
k. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama,
semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan
tingkap mesti dikunci.
Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara:
a. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah
keselamatan semasa menjalankan eksperimen.
b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen.
c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains.
d. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.
e. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang
dibekalkan.
f. Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat
radas.
g. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.
h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang
ditetapkan.
i. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasa
menggunakannya.
j. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal dan
bilik sains.
8.2 Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains
Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam Makmal
Sains yang bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:
8.2.1 Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ berukuran lebih kurang
m x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatu
empat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.
8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS)
600/12/A/(7) Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973
hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dan
dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.
8.2.3 Kebakaran
Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di
Sekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya
kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 86
a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di sekolah dengan
membuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains.
b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba
dan alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.
Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sains
adalah selamat dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
eksperimen yang boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dilakukan dengan
cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran
iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api.
Rajah 8.1: Sumber Kebakaran
Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan
kimia, letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas.
Jadual 8.1 menunjukkan jenis kebakaran dan cadangan pemadam api yang
sesuai digunakan.
Jadual 8.1 Jenis Kebakaran Dan Pemadam Api Yang Sesuai
Jenis kebakaran Punca kebakaran Pemadam api yang sesuai
Kelas A
Kayu, kertas, kain, getah,
plastik dan seumpamanya.
Pemadam api jenis karbon
dioksida, busa dan serbuk
kering, selimut kalis api,
pasir dan air.
Kelas B
Kebakaran yang disebabkan
oleh cecair yang mudah
terbakar seperti metal spirit
dan seumpamanya
Pemadam api jenis karbon
dioksida, busa dan serbuk
kering.
Kelas C Kebakaran elektrik
Pemadam api jenis karbon
dioksida dan serbuk kering
Kelas D
Kebakaran logam
melibatkan sebarang logam
yang mudah terbakar seperti
magnesium dan logam
alkali.
Pemadam api jenis karbon
dioksida dan serbuk kering.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
87 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
8.2.4 Letupan
Kebakaran boleh berpunca daripada letupan. Kebakaran juga boleh
menyebabkan letupan berlaku. Letupan boleh berpunca daripada:
a. Kebocoran gas.
b. Cecair dan pepejal mudah terbakar.
c. Tindak balas eksotermik yang tidak terkawal.
d. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat.
e. Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam
keadaan serbuk halus boleh meletup seperti magnesium, zink, aluminium.
8.2.5 Kelengkapan Pemadam Api
Satu poster mengandungi cara-cara mengunakan alat pemadam api
hendaklah dilekatkan pada alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru dan
kakitangan sokongan makmal sains mengetahui cara penggunaan alat-alat
ini. Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapkan dengan perkara
berikut:
a. Alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis busa atau jenis serbuk
kering.
Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya salah
satu dari alat pemadam api jenis ini. Alat pemadam api ini mesti
diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari
atas lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini
sentiasa dalam keadaan baik. Alat pemadam api hendaklah dihantar
sekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh syarikat swasta
yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Rajah 8.2: Contoh Alat Pemadam Api Karbon Dioksida, Busa Atau Serbuk
Kering
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 88
b. Selimut kalis api
Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satu
selimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api digunakan
untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada
pakaian seseorang atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu
disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan kebakaran dan diletakkan
ditempat yang mudah dicapai.
Rajah 8.3: Contoh Selimut Kalis Api
c. Baldi berisi pasir.
Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia
sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran
logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain.
Guru dan kakitangan sokongan makmal sains hendaklah membiasakan
diri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba dan
Penyelamat hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk
cara.
8.2.6 Latihan Kecemasan Kebakaran Makmal dan Bilik Sains
Guru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturan
kecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmal
dan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan ini juga hendaklah
ditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid
boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut.
Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa
kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat.
Latihan kebakaran hendaklah dijalankan khas untuk murid di makmal pada
awal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan untuk setiap kelas yang
menggunakan makmal dan bilik sains secara berasingan supaya tidak
menganggu seluruh sekolah. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran.
Jadual 8.2 menunjukkan contoh rekod latihan kecemasan kebakaran.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
89 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jadual 8.2: Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran
Bil Tarikh Masa Makmal/
Kelas
Nama Guru Bil.
murid
Catatan
1 23.7.09 12.15 tgh
Makmal
kimia/
5 Sc 2
Pn. Siti Suanja
Somiran
40
2 orang murid
tidak hadir:
1. Sabariah
2. Amirudin
8.2.7 Tindakan Jika Berlaku Kebakaran
Jika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasan kebakaran
hendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semua
murid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup.
Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar.
Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan
mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan
selimut kalis api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa
dibaringkan. Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai.
Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam api ke atas
mangsa.
8.2.8 Kit Pertolongan Cemas
Setiap makmal mesti disediakan satu kit pertolongan cemas yang lengkap
dengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi kandungannya hendaklah
diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit ini
hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam setiap makmal.
Kit Pertolongan Cemas mestilah mengandungi item berikut:
a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).
b. Kapas yang telah disteril.
c. 1 gulung kapas.
d. Plaster luka.
e. Plaster berpelekat.
f. Penyepit dan gunting.
g. Sabun dan tuala.
h. Botol pencuci mata.
i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze).
j. Larutan antiseptik seperti:
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 90
i. Acraflavin (digunakan untuk luka baru).
ii. Cetavlon (Savlon) (diguna sebagai pencuci luka).
iii. Eusol (digunakan untuk luka lama).
k. 250 ml larutan-larutan berikut:
i. 1% asid asetik.
ii. 1% natrium bikarbonat.
iii. 1% asid borik.
iv. 1% ammonium hidroksida
v. 3% larutan kuprum sulfat
Rajah 8.4: Contoh Botol pencuci mata
Senarai semak semua item mestilah ditampalkan di dalam kit pertolongan
cemas. Semua item mesti dilabelkan dengan jelas. Sebaiknya, preskripsi
larutan dan kaedah menggunakannya mestilah disertakan bersama-sama
label. Semua item mestilah diperiksa dari masa ke semasa.
8.2.9 Peralatan Pelindung Diri
Apabila bekerja dengan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksik
dan bahaya, satu kaedah perlindungan diri yang praktikal amat penting.
Walaupun objektif utama adalah untuk mengelakkan kemalangan, alat
pelindung diri selalunya digunakan hanya ketika kemalangan berlaku.
Bagaimanapun ada beberapa kes yang memerlukan pemakaian alat
pelindung diri kerana bekerja dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Di
antara alat pelindung diri yang diperlukan adalah:
a. Kot dan Apron Makmal.
Kot dan apron makmal penting untuk melindungi kerosakan kepada
pakaian. Apron dari jenis getah atau plastik boleh digunakan. Pelindung
pakaian mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlaku
kemalangan atau pencemaran bahan kimia. Ia amat penting terutama
kepada murid, guru atau pembantu makmal.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
91 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
b. Pelindung lengan, tangan dan jari.
Sarung tangan boleh dari jenis getah atau plastik.
Sarung tangan yang mudah dipakai dan ditanggalkan digunakan sebagai
perlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yang
berbahaya seperti asid kuat dan alkali kuat. Sarung tangan getah boleh
disimpan lama dalam keadaan yang baik dengan menambahkan serbuk
talkum.
c. Alat Pelindung Mata
Alat pelindung mata adalah seperti gogal dan pelindung muka. Setiap
makmal mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan mata dari jenis
yang selesa dipakai dan ringan. Ia perlu dipakai apabila bekerja dengan
bahan yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotongan
logam aktif seperti natrium.
d. Alat Pernafasan dan Kebuk Wasap
Alat pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap dan
habuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan.
Sebarang kerja yang melibatkan gas-gas toksik seperti klorin, bromin dan
nitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.
Rajah 8.6: Contoh Kebuk Wasap
Rajah 8.5a: Murid memakai
gogal dan alat pernafasan.
Rajah 8.5b: Murid memakai
alat pelindung muka.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 92
e. Kasut Keselamatan
Kasut yang bertutup mestilah sentiasa dipakai ketika bekerja di dalam
makmal untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dan
tumpahan bahan kimia.
8.2.10 Rekod Kemalangan
Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap makmal sains dan
bilik sains. Butir yang harus direkodkan adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 8.3.
Jadual 8.3: Contoh Rekod Kemalangan
Bil TARIKH MASA NAMA JENIS
KEMALANGAN
TINDAKAN/
CATATAN
1 23.1.99 9.30pg Shahilon b. Abd Halim
Luka ibu jari,
terkena kaca
tabung uji
Luka dicuci dengan
air mengalir, dibalut
dan dibawa ke
hospital untuk
rawatan lanjut.
8.2.11 Rekod Radas Dan Peralatan Rosak Atau Pecah
Buku rekod radas rosak dan pecah mesti disediakan di dalam setiap makmal.
Ini bertujuan merekod dan menyemak senarai dan bilangan radas dan
peralatan yang telah rosak dan pecah. Rekod ini juga memudahkan
pengurusan audit radas dan peralatan. Butir yang harus direkodkan
ditunjukkan dalam Jadual 8.4.
Jadual 8.4: Contoh Rekod Radas dan Peralatan Rosak atau Pecah
Bil Tarikh Nama Kelas Nama Radas/
Peralatan
Kuantiti Sebab
Rosak/
Pecah
Tanda
tangan
1 28/7/09 Johadi 4 Sc 2 Bikar 100 ml 1 Jatuh tt
8.3 Peraturan dalam Makmal dan Bilik Sains serta Bilik Persediaan
Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan supaya pada
setiap masa makmal dan bilik sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat.
Ini juga akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam
makmal dan bilik sains menjadi lebih efektif. Semua pengguna makmal dan bilik
sains perlu mematuhi peraturan berikut:
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
93 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
a. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam makmal
dan bilik sains serta bilik persediaan.
b. Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains
serta bilik persediaan.
c. Semua peralatan dan bahan eksperimen hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya setelah digunakan.
d. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal dan bilik sains tidak boleh
meninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan.
e. Semua pengguna makmal haruslah sentiasa memakai kot makmal dan kasut
semasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan.
f. Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankan
eksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata.
g. Alat dan bahan eksperimen dibenarkan dibawa keluar dari makmal dan bilik
sains hanya dengan kebenaran guru sains.
h. Semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru,
Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pengetua dan Guru Besar serta dicatat
dalam buku rekod kemalangan.
i. Kebersihan makmal dan bilik sains serta bilik persediaan perlu dijaga pada setiap
masa.
j. Bilik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi.
k. Lantai tidak boleh dipasang dengan sebarang alas seperti tikar, tikar getah atau
permaidani.
l. Bilik persediaan tidak boleh dipasang alat pendingin hawa.
8.3.1 Peraturan Makmal dan Bilik Sains bagi Murid
Pada awal tahun pihak sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmal
dan bilik sains untuk setiap murid. Peraturan ini hendaklah dibaca oleh guru
bersama murid pada awal sesi persekolahan. Murid perlu memahami,
menandatangani dan menampal peraturan ini di dalam buku amali mereka.
Contoh perakuan peraturan makmal dan bilik sains yang perlu ditandatangani
oleh murid adalah seperti Rajah 8.2.
PERATURAN MAKMAL DAN BILIK SAINS BAGI MURID
PERATURAN AM
 Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains
dan bilik persediaan.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 94
 Peralatan dan bahan dalam makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru sains.
 Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru.
 Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke
tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
 Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
 Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
 Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau
kakitangan sokongan makmal berkenaan.
 Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
 Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabut supaya kemas dan
teratur.
 Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetik
api sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan.
 Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam
tong sampah.
 Jangan membuang sampah ke dalam singki. Sisa–sisa bahan eksperimen
hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
 Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke
dalam makmal dan bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
 Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan
kebenaran dan pengawasan guru.
 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan
bilik persediaan.
 Murid dilarang bermain–main di dalam makmal dan bilik sains.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
 Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia
yang akan digunakan itu adalah betul.
 Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
 Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
 Botol yang mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan.
 Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah
beracun dan mengkakis.
 Murid hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
95 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
 Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah dibenarkan untuk menyedut keluar larutan. JANGAN SEDUT DENGAN
MULUT.
 Mesti cermat dan berhati-hati bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel
„RACUN‟.
PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI
 Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan
semula ke habitatnya.
 Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
 Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
 Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya
hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.
................................................. …..................................
Tandatangan Tandatangan
Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua
PENGAKUAN
“Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku
akan mematuhi segala peraturan di dalamnya“
Tandatangan murid : ......................................... Tarikh : ....................
Nama : .........................................................................................
Rajah 8.2: Contoh Perakuan Peraturan Makmal dan Bilik Sains
PERINGATAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang
tidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang
tersebut di atas.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 96
8.4 Keselamatan Dalam Pengendalian Bahan Eksperimen
Bahan eksperiman yang terdapat dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan
betul dan selamat. Pengendalian bahan eksperimen yang tidak betul boleh
mengakibatkan bahaya-bahaya seperti yang berikut:
a. Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.
b. Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.
c. Alahan kepada bahan eksperimen.
d. Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.
e. Pencemaran kepada alam sekitar.
f. Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.
g. Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.
8.4.1 Pengendalian Bahan Kimia
Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat
beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah
terbakar, mudah meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. MSDS
(Material Safety Data Sheet) perlu sentiasa dirujuk ketika pengendalian
bahan kimia. Bahan kimia dan label simbol ditunjukkan dalam Rajah 8.7
sebagai panduan kepada pengguna supaya lebih berwaspada apabila
mengendalikannya.
MUDAH
TEROKSIDA
MUDAH
TERBAKAR
MUDAH
TERBAKAR
MUDAH
MELETUP
MENGKAKIS RADIOAKTIF
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
97 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Rajah 8.7: Simbol Bahan Kimia Berbahaya
8.4.2 Bahan Kimia Berbahaya
Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan
cara yang betul. Ini adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, menghakis
dan beracun serta bertindak balas menghasilkan bahan lain yang
mendatangkan kemudaratan. Bahan kimia beracun atau berbahaya perlu
disimpan di dalam almari berkunci. Sediakan sebuah buku rekod
pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan tersebut. Jadual 8.5
menunjukkan contoh rekod berkenaan.
Jadual 8.5: Contoh Borang Rekod Pengeluaran dan Penggunaan Bahan-
bahan Beracun dan Berbahaya
Bil Tarikh Nama Jenis
Bahan
Kimia
Kuantiti Tujuan Tanda
tangan
1 28/7/09 En. Ibrahim b. Taigo Bromin 10 ml Eksperimen tt
Sesetengah tindak balas adalah sangat cergas sehingga menyebabkan
letupan dan kebakaran. Jadual 8.6 berikut menunjukkan contoh bahan kimia
berbahaya yang biasa digunakan di makmal sains.
Jadual 8.6 Contoh Bahan Kimia Berbahaya Yang Biasa Digunakan
Bahan
Kimia
Sifat - Sifat
Kesan-Kesan
Berbahaya
Penyimpanan
dan Pelupusan
Catatan
Asbestos Merupakan satu
campuran
oksida silikon,
magnesium,
Debu asbestos
merengsakan
mata, paru-paru
dan kulit. Asbestos
Basahkan
asbestos dan
masukkannya ke
dalam beg
Penggunaaan
asbestos
lembut
misalnya kertas
MERENGSA
ATAU
BAHAYA
BERBAHAYA
KEPADA
ALAM
SEKITAR
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 98
besi,
aluminium,
kalsium dan
natrium.
biru adalah
karsinogenik. Jika
dihidu dalam
jangka masa
panjang boleh
menyebabkan
batuk kering dan
barah paru-paru.
politena yang
dilabelkan
dengan jelas
sebelum
pelupusan.
asbestos, tali
asbestos dan
kapas asbestos
tidak digalakkan
dalam makmal
sains sekolah.
Aseton
(Propanon
CH3COCH3)
Takat didih
56o
C
Takat Kilat-
18 o
C TLV
1000ppm.
Wapnya lebih
tumpat
daripada udara.
Boleh larut
campur dengan
air.
Sangat mudah
terbakar. Wap
merengsakan
mata, kulit dan
paru-paru.
Penghiduan yang
berterusan boleh
menyebabkan
kesan khayal.
Simpan dibawah
paras mata dan
di tempat sejuk.
Jangan
bercampur
dengan agen
pengoksidaan
yang kuat.
Simpan
sebanyak 250
cm3
pada setiap
masa. Aseton
harus dicampur
dengan air yang
banyak semasa
pelupusan.
Digunakan
untuk
mengeringkan
bahan-bahan
dengan cepat.
Boleh
digunakan
untuk membuat
kukus air
bersuhu rendah
apabila ia
dicampurkan
dengan ais
kering.
Benzena
C6H6
Takat didih
80o
C
Takat Kilat -
11o
C
TLV 10 ppm.
Cecair kurang
tumpat
daripada air.
Wapnya lebih
tumpat
daripada udara.
Sangat mudah
terbakar dan toksik
apabila tertelan,
terhidu atau
diserap melaui
kulit. Bersifat
karsinogenik.
Simpan dibawah
paras mata dan
di tempat sejuk.
Jangan
bercampur
dengan klorin
dan lain-lain
agen
pengoksidaan.
Jangan dibuang
sisa benzena ke
dalam singki
makmal tetapi ke
dalam tanah
yang tidak
digunakan
Benzena tidak
harus
digunakan
sebagai pelarut
organik.
Toluena adalah
pengganti yang
baik kepada
benzena kerana
ia kurang
toksik.
Pengendalian
benzena
hendaklah
dilakukan
dalam kebuk
wasap.
Bromin, Br2 Cecair meruap
yang bewarna
perang –
kemerahan.
Takat didih
59o
C
Boleh larut
dalam air,
kloroform,
tetraklorometan
a, dan etanol.
TLV 0.1ppm
Wap sangat
merengsakan
mata, kulit dan
paru-paru. Cecair
bromin dan air
bromin adalah
beracun dan
menghakis.
Labelkan
“BAHAYA” pada
botol yang
mengandungi
bromin.
Simpan di bawah
paras mata.
Campurkan
larutan alkali dan
curahkan ke
dalam longkang
bersama dengan
Gunakan
penitis apabila
memindahkan
sedikit air
bromin. Ini
adalah lebih
selamat
daripada
mencurahkan
daripada botol.
Pakai sarung
tangan dan
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
99 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
air yang banyak
semasa
pelupusan.
Pelupusan
hendaklah di
buat didalam
kebuk wasap.
gogal apabila
menyediakan
air bromin.
Fenol
C6H5OH
Takat didih
182o
C
Takat Lebur
41o
C
TLV 5ppm.
Larut campur
dengan air atau
natrium
hidroksida.
Asid Lemah.
Pepejal atau
cecairnya adalah
beracun dan
mengkakis.
Wapnya adalah
berbahaya pada
mata, paru-paru
dan kulit. Pakai
sarung tangan dan
gogal semasa
mengendalikannya.
Simpan di dalam
almari yang
berkunci.
Jangan dicampur
dengan agen
pengoksidaan.
Campurkan
dengan air yang
banyak sebelum
melupuskannya
Dijual dalam
bentuk hablur
tidak berwarna
atau warna
merah. Apabila
disimpan lama
warna merah
jambu akan
menjadi lebih
gelap kerana
kesan cahaya
dan udara.
Digunakan
sebagai
pembasmi
mikroorganisma
dan dalam
pembuatan
plastik serta
pencelup.
Hidrogen
peroksida
H2O2
Takat didih
107o
C
TLV 1ppm.
Mengkakis apabila
pekat
menyebabkan
kesan melecur
kepada mata, paru-
paru, mulut dan
kulit. Pengawasan
diperlukan apabila
menggunakan
larutan pekat
daripada 20 isipadu
ke atas. Gunakan
sarung tangan,
gogal dan
dikendalikan
ditempat yang ada
peredaran udara
yang baik
Simpan di
tempat yang
sejuk, gelap dan
jauh daripada
agen penurunan
dan sebatian
logam peralihan.
Jangan
dicampurkan
dengan asid,
bahan mudah
terbakar dan
agen penurunan.
Tambahkan air
yang banyak
sebelum
pelupusan.
Larutan
hidrogen
peroksida tidak
stabil dan
sentiasa terurai
2H2O2 → 2H20
+ O2
Sulfur
dioksida,
SO2
Gas tidak
berwarna,
bersifat asid.
Takat didih -
10o
C.
TLV 5 ppm
Kepekatan 6-12
ppm merengsakan
mata dan sistem
respirasi. Sedikit
sahaja boleh
mendatangkan
kesan buruk
kepada seseorang
Jangan dicampur
dengan natrium
hidrida, kalium
klorat(V), natrium
dan kromium.
Silinder sulfur
dioksida mesti
disimpan jauh
Eksperimen
yang
menghasilkan
sulfur dioksida
hendaklah
dibuat dalam
kebuk wasap.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 100
yang sedang
mengalami demam
paru-paru dan
penyakit asma.
daripada wasap
asid pekat.
Tetrakloro-
metana
(karbon
tetraklorida)
CCl4
Cecair tidak
berwarna, lebih
tumpat
daripada air.
TLV 10 ppm
Sangat toksik.
Boleh
mendatangkan
kesan khayal.
Disyaki sebagai
karsinogen.
Apabila dipanaskan
ia boleh terurai dan
menghasilkan wap
karbonil klorida
yang beracun.
Merokok dalam
udara yang
mengandungi wap
tetraklorometana
boleh
menghasilkan
karbonil klorida.
Simpan di bawah
paras mata.
Jangan dicampur
dengan logam
alkali.
Campurkan air
yang banyak dan
detergen
sebelum
pelupusan.
Pelarut
pengganti
kepada CCl4
yang kurang
merbahaya
adalah
triklorometana.
Penggunaan
CCl4 dalam
beberapa jenis
pemadam api
telah dihentikan
kerana ia boleh
mengurai
menjadi
karbonil klorida.
Trikloro-
metana
(kloroform)
CHCl3
Takat didih
62o
C.
TLV 10 ppm.
Wap adalah
lebih tumpat
daripada udara.
Melarut campur
sedikit dalam
air.
Wap merengsakan
mata, kulit dan
paru-paru. Jika
terhidu dalam
jangka masa yang
lama
mengakibatkan
pening kepala,
pengsan dan
kematian. Cecair
adalah toksik jika
tertelan. Tidak
boleh terbakar,
tetapi seperti
tetraklorometana,
CCl4 boleh
membentuk
karbonil klorida
apabila
dipanaskan.
Kloroform boleh
menyebabkan
kesan mengantuk.
Simpan di bawah
paras mata.
Jangan di
campur dengan
logam alkali,
aseton dan agen
pengoksidaan.
Campur air yang
banyak sebelum
pelupusan.
Triklorometana
adalah sejenis
anastetik yang
terkenal.
Digunakan
sebagai pelarut
untuk bromin.
Kalium
Natrium
Kalsium
Litium.
Logam kelabu
berkilat, lembut
Meletup dan
terbakar apabila
bertindak balas
dengan air.
Bertindak balas
dengan
tetraklorometana.
Disimpan dalam
minyak parafin.
Campurkan
dengan etanol
glacial sebelum
pelupusan.
Digunakan
dalam kuantiti
yang sangat
kecil.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
101 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Serbuk
magnesium,
zink,
aluminium.
Logam kelabu
berkilat
Mudah terbakar
dengan nyalaan
terang
Dijauhkan
daripada agen
pengoksidaan
seperti nitrat,
klorat, pengklorat
dan peroksida.
Mesti
digunakan
dalam kuantiti
yang kecil.
Sulfur Pepejal
berwarna
kuning. Takat
lebur 114o
C.
Apabila sulfur
dipanaskan,
letupan dan
pembakaran akan
berlaku dan
menghasilkan gas
sulfur dioksida
yang sangat
beracun.
Apabila sulfur
dicampurkan
dengan serbuk
logam atau agen
pengoksida yang
kuat seperi klorat,
ia akan meletup
dan terbakar.
Sulfur terbakar
dengan nyalaan
biru dan
melecurkan kulit.
Mesti dijauhkan
daripada agen
pengoksidaan.
Elakkan daripada
pemanasan.
Sulfur disimpan
di tempat yang
sejuk.
Dijual dalam
bentuk serbuk
kuning.
Dietil eter Takat kilat -
40o
C. Mudah
terbakar dan
meruap.
Sangat mudah
terbakar.
Disimpan dalam
botol Winchester
pada rak
terbawah dalam
almari. Sisa
disimpan dalam
botol dan dilabel.
Pengendalian
mestilah di
dalam bilik yang
mempunyai
peredaran
udara yang
baik.
Catatan: TLV – Threshold Limit Value (Nilai Had Ambang)
Takat kilat (flash point) – Suhu paling rendah yang membolehkan ia terbakar
apabila bercampur dengan udara.
Maklumat lanjut tentang bahan kimia boleh didapati melalui pelbagai sumber
seperti buku, risalah dan internet.
8.4.3 Bahan Kimia Tidak Serasi
Sesetengah bahan kimia adalah tidak serasi kerana akan bertindak balas
apabila bercampur dan menghasilkan bahan merbahaya yang mengkakis,
toksik, mudah terbakar dan meletup. Bahan kimia tidak serasi perlu disimpan
secara berasingan. Berikut disenaraikan bahan-bahan kimia tidak serasi:
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 102
Jadual 8.7: Senarai Bahan Kimia Dan Pasangan Bahan Kimia Tidak Serasinya.
Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi
Ammonia Aluminium, zink, logam-logam tergalvani
dan aloinya, halogen.
Ammonium nitrat Bahan-bahan mudah terbakar, asid-asid
kuat, bahan-bahan organik, logam aktif
secara kimia, serbuk logam, nitrit, klorat,
sulfur.
Bromin Bahan mudah terbakar, logam seperti besi,
kuprum dan aloinya, alkali.
Kalsium karbida Air, larutan akuas bahan kimia.
Kalsium oksida Air, asid kuat.
Karbon diaktifkan Kalsium klorat (I) (kalsium hipoklorit) dan
agen-agen pengoksidaan.
Kuprum Hidrogen peroksida
Klorat(V)
Klorat(VII)
Asid klorik(VII)
Asid, agen-agen penurunan, serbuk
logam, sulfur, sebatian organik mudah
terbakar.
Asid oksalik Argentum, merkuri (raksa)
Asid etanoik Asid kromik, asid nitrik, sebatian
hidroksil,etana-1,2-diol (etilena glikol), Asid
klorik (VII) (asid perklorik), peroksida,
permanganat
Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi
Etanol (etil alkohol) Kerosin, spirit
Hidrogen peroksida Bahan mudah terbakar, logam-logam
seperti kuprum, kromium, besi dan garam-
garamnya, asid nitrik, kalium manganat
(VII) (kalium permanganat), fenilamina
(anilina)
Hipoklorit Asid, karbon aktif
Iodin Ammonia (anhidrous atau akuas), garam-
garam ammonium, asetaldehid, bahan
mudah terbakar, aluminium, logam kimia
aktif, serbuk logam, karbaid.
Metanal (formaldehid) dan
formalin
Asid kuat, bes kuat, logam alkali, amina,
ammonia, fenol.
Apabila bercampur dengan asid hidroklorik
pekat, BCME(bis(chloromethyl)ether),
karsinogen yang kuat terbentuk.
Nitrat Asid sulfurik
Asid nitrik kuat Logam dan sebatian organik.
Apabila bercampur, kebakaran boleh
berlaku atau wasap beracun bagi nitrogen
oksida mungkin terbentuk.
Fenilamina (anilina) Hidrogen peroksida, bes kuat, asid kuat,
zink, aluminium, larutan mengandungi
garam ferum.
Fosforus Alkali kaustik, agen penurunan
Fosforus pentaklorida Air, larutan akuas bahan kimia
Kalium Air, larutan akuas bahan kimia dan
hidrokarbon terhalogen.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
103 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Kalium manganat(VII)
(kalium permanganat)
Etana-1,2-diol (etilena glikol), propana-
1,2,3-triol, benzaldehid, asid sulfurik,
hidrogen peroksida.
Propanon (aseton) Triklorometana (klorofom) (Apabila
bercampur, boleh berlaku letupan), asid
nitrik kuat dan campuran asid sulfurik.
Argentum Asid etanadioik (asid oksalik), asid tartarik,
ammonia dan sebatian ammonium.
Natrium Air, larutan akuas bahan kimia, asid dan
hidrokarbon berhalogen.
Natrium nitrat(III) (natrium
nitrit)
Sianida, asid kuat, bahan mudah terbakar,
bahan organik, ammonium nitrat dan lain-
lain garam ammonium.
Sulfida Asid, zink, kuprum, aluminium dan aloi-
aloinya.
Asid sulfurik Alkali, klorat(V), klorat(VII) (perklorat),
manganat(VII) (permanganat), etanoik
anhidrida (asetik anhidrida), bahan mudah
terbakar.
Asid sulfurik pekat bertindak balas dengan
sangat reaktif dengan air
Cecair mudah terbakar Ammonium nitrat, asid kromik, hidrogen
peroksida, asid nitrik, natrium peroksida,
halogen.
8.4.4 Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya dan memerlukan
tindakan segera. Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksik di samping
menyebabkan kebakaran dan kemalangan. Sarung tangan getah perlu
digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan. Jadual 8.8
menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku.
Jadual 8.8: Cara Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia
Bahan Cara Pengendalian
Bahan pepejal yang stabil
pada suhu bilik seperti
serbuk zink
Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai,
dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa
buangan yang sesuai.
Asid Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh
dengan air berlebihan dan disalurkan terus ke
dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat
atau larutannya boleh digunakan untuk
meneutralkan baki tumpahan asid dan
kemudiannya dicuci dengan air.
Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram
dengan air yang banyak untuk mencairkan
asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba
serta percikan asid.
Bahan berminyak seperti
minyak kelapa dan gris
Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan
kain dan terus dibuang atau ditabur pasir
bersih ke atas tumpahan tersebut dan
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 104
dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah
dibersihkan dengan sabun dan air. Selepas itu
kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga
kering.
Pelarut mudah meruap/
terbakar
Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain
dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas
sisa buangan yang sesuai.
Tumpahan yang banyak dibersihkan dengan
menggunakan mop sehingga kering. Mop
yang telah digunakan hendaklah dicuci
sehingga bersih.
Merkuri Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka
supaya terdapat peredaran udara yang cukup.
Jika tumpahannya sedikit, tabur serbuk sulfur
atau zink ke atas merkuri dan dibersihkan.
Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri
boleh juga digunakan untuk mengutip
tumpahan merkuri.
8.4.5 Pengendalian Bahan Radioaktif
Terdapat bahan radioaktif dalam makmal sains yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh mengeluarkan sinaran yang
mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan berbahaya. Bahaya yang
mungkin timbul daripada penggunaan bahan ini dan langkah-langkah
pengendalian adalah seperti dalam Jadual 8.9.
Jadual 8.9: Langkah Pengendalian Bahan Radioaktif
Bahan Kimia Kesan-Kesan
Berbahaya
Langkah-Langkah Pencegahan
Radium,
Strontium,
Amerikium,
Kobalt,
Thorium
Sinar yang
dikeluarkan oleh
bahan ini boleh
mendatangkan
mudarat kepada
manusia.
Dos yang rendah
menyebabkan kanser
dan mutasi.
Dos yang tinggi
membunuh sel,
merosakkan organ
dan menyebabkan
kematian
 Kot makmal, sarung tangan, gogal
dan penyepit hendaklah digunakan
semasa mengendalikan bahan ini.
Sumber radioaktif janganlah sekali-
kali didekatkan pada tubuh.
 Bahan radioaktif dalam bentuk patlet
hendaklah disimpan semula dalam
kotaknya yang telah dilindungi oleh
plumbum.
 Tempat menyimpan bahan radioaktif
hendaklah dalam stor atau almari
yang berasingan. Jabatan Bomba
dan Penyelamat hendaklah
diberitahu tentang adanya bahan-
bahan tersebut.
 Jika bahan radioaktif tidak
diperlukan lagi, maklumkan kepada
Institut Teknologi Nuklear Malaysia
(MINT) untuk tindakan pelupusan.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
105 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
 Jika berlaku kecurian atau
kehilangan bahan ini, pihak polis,
Jabatan Kimia dan Jabatan
Pendidikan Negeri hendaklah
diberitahu dengan serta merta.
8.4.6 Pengendalian Bahan Biologi
Langkah keselamatan perlu dititikberatkan dalam pengendalian bahan biologi
seperti mikroorganisma, serangga, parasit dan haiwan kecil.
8.4.6.1 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Mikroorganisma
Sesetengah bakteria dan fungi adalah berbahaya. Pengendalian
bahan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut adalah
langkah yang perlu diambil:
a. Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa terdapat bekalan
bahan antiseptik yang mencukupi.
b. Semua permukaan, kerusi dan tempat bekerja hendaklah
dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum
meninggalkan makmal sains.
c. Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan begitu
sahaja kecuali setelah ditutup dan dikedapkan dengan pita selofan
serta dilabel dengan jelas.
d. Setelah bahan pencemar selesai digunakan hendaklah
dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas
sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
e. Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan
medium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan antiseptik.
f. Peti sejuk tidak boleh digunakan untuk menyimpan bahan
makanan dan minuman kecuali untuk tujuan eksperimen.
g. Semasa melakukan pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan
gogal perlu digunakan.
h. Untuk mengurangkan berlakunya pencemaran melalui tumpahan,
semua bekas yang mengandungi bahan jangkitan hendaklah
diletakkan di dalam dulang yang besar.
i. Selepas setiap eksperimen melibatkan mikroorganisma,
permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta
merta.
j. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan antiseptik
selepas eksperimen yang melibatkan mikroorganisma dan
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 106
keringkan tangan dengan tisu tuala dan buangkan ke dalam
tempat buangan yang bertutup.
k. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah direkodkan.
8.4.6.2 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Serangga Dan Haiwan
Kecil
Semasa mengendalikan serangga dan haiwan kecil, beberapa
langkah keselamatan perlu diambil seperti yang berikut:
a. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang
selamat seperti sangkar atau akuarium.
b. Haiwan kajian mungkin membawa patogen, oleh itu pengendalian
perlu dilakukan dengan selamat seperti memakai sarung tangan.
c. Sebarang luka pada tangan hendaklah dibalut dengan
sepenuhnya sebelum menjalankan kajian ke atas serangga dan
haiwan kecil.
d. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah
dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut hendaklah di
ambil.
e. Lupuskan haiwan kajian sebaik sahaja selepas tugasan atau kerja
kajian tamat. Jika haiwan tidak cedera lepaskan ke habitat asal.
f. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang
selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.
g. Hentikan kerja atau tugasan jika didapati haiwan tersebut
berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara yang betul
8.4.6.3 Pengendalian Tumpahan Bahan Mikroorganisma
Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan
dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal. Ketika pembersihan
tumpahan, sarung tangan, kot makmal dan pelindung muka mestilah
dipakai. Gunakan alat pernafasan untuk mengelakkan tersedut wap
yang terbentuk daripada tumpahan. Jangan menyedut wap yang
terbentuk.
Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam
disinfektan. Biarkan tuala di tempat tersebut selama 15 minit
kemudian lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian
yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai.
Sekiranya kulit terkena tumpahan, basuh dengan cecair sabun dan air
serta merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.
8.4.6.4 Pelupusan Bahan Kultur Dan Bahan Tercemar
Bahan kultur yang tidak diperlukan mestilah dimusnahkan
menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
107 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. Semua radas
yang tercemar dengan mikroorganisma atau bahan buangan mestilah
dirawat dengan cara yang sama sebelum dilupuskan.
8.4.6.5 Alat Elektrik
Penggunaan alat-alat elektrik boleh mengakibatkan kemalangan jika
tidak mengikut peraturan atau alat elektrik berkenaan tidak
diselenggarakan dengan sempurna. Untuk mencegah kemalangan
yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betul,
langkah-langkah yang berikut perlu diambil:
a. Pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah.
b. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas
lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.
c. Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum
membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau
peralatan.
d. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan
baik serta menggunakan wayar yang bertebat.
e. Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih
daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.
f. Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan
segera.
g. Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang
betul.
h. Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik.
i. Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.
j. Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh
juru elektrik yang bertauliah.
k. Semua peraturan keselamatan elektrik hendaklah dipatuhi.
8.4.7 Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya
Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian peralatan dan bahan
eksperimen semasa menjalankan eksperimen sekiranya murid cuai dan tidak
mengambil langkah berjaga-jaga. Terdapat eksperimen yang dijalankan
dalam makmal sains yang mungkin mendatangkan bahaya. Langkah-
langkah tertentu perlu diambil dalam pengendaliannya seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8.10.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 108
Jadual 8.10: Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya
Eksperimen Cara Pengendalian
Penyalaan
hidrogen
Eksperimen yang melibatkan gas hidrogen
adalah berbahaya. Nyalaan terbuka mesti
dielakkan. Campuran hidrogen dan oksigen akan
meletup apabila dinyalakan.
Pemanasan klorat Pemanasan klorat bersama-sama dengan bahan
yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur
boleh mengakibatkan letupan. Pastikan
campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan
sulfur.
Pemanasan
Ammonium nitrat
Sebarang eksperimen pemanasan melibatkan
ammonium nitrat hendaklah dielakkan kerana
bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan
walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Tindak balas yang
melibatkan logam
reaktif
Eksperimen yang melibatkan logam reaktif
seperti natrium atau kalium hendaklah
menggunakan kuantiti yang kecil sahaja.
Penyepit hendaklah digunakan untuk mengambil
atau memindahkan bahan ini.
Eksperimen
menggunakan asid
pekat
Dalam eksperimen yang menggunakan asid
pekat, elakkan daripada menuangkan air ke
dalam asid pekat. Sekiranya asid pekat perlu
dicairkan, tuangkan asid perlahan-lahan ke
dalam air. Jangan sekali-kali mencampurkan asid
pekat kepada klorat. Gunakan penitis apabila
memindahkan asid pekat semasa eksperimen.
Eksperimen yang
melibatkan bromin
Eksperimen elektrolisis plumbum(II) bromida
menghasilkan gas bromin. Wap bromin
berbahaya kepada mata, peparu dan kulit.
Eksperimen yang melibatkan cecair atau wap
bromin perlu dijalankan dalam kebuk wasap.
Dalam eksperimen redoks, air bromin lebih
selamat digunakan berbanding dengan cecair
bromin.
Eksperimen yang berbahaya haruslah dijalankan secara demonstrasi oleh guru.
Semasa demonstrasi langkah-langkah yang berikut mestilah dipatuhi:
a. Jarak di antara murid dengan bahan demonstrasi hendaklah sesuai.
b. Pastikan kumpulan murid yang kecil semasa demonstrasi dijalankan.
c. Pastikan alat-alat keselamatan digunakan.
d. Tempat di mana demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai sama ada di
luar atau di dalam makmal dan bilik sains.
e. Guru mestilah sentiasa berada di dalam makmal sewaktu murid berada di
dalam makmal dan bilik sains.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
109 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
8.4.8 Pengendalian Silinder Gas
8.4.8.1 Penyimpanan
a. Tempat penyimpanan mestilah tidak terdedah secara langsung
kepada cahaya matahari, sumber yang boleh mendatangkan
kepanasan dan mempunyai ruang pengudaraan yang baik.
b. Tempat penyimpanan haruslah ditutup dan dikunci bagi
mengelakkan orang luar memasukinya.
c. Silinder gas mestilah diletakkan pada posisi menegak dan
kepala silinder harus dipastikan ditutup menggunakan penutup
logam.
d. Silinder Asitilena mestilah tidak diletakkan berhampiran dengan
Silinder Oksigen.
e. Silinder yang kosong dan yang penuh hendaklah diletakkan
berasingan. Labelkan silinder yang kosong bagi mengelakkan
kesilapan pengambilan silinder gas.
8.4.8.2 Ujian Kebocoran Gas
a. Larutan sabun digunakan bagi menguji sebarang kebocoran
gas. Larutan sabun disapu pada kawasan sekitar injap soket
dan di kawasan yang disyaki mengalami kebocoran. Ia akan
menghasilkan buih sekiranya kebocoran berlaku.
b. Alat pengawal atur yang digunakan hendaklah bersesuaian
mengikut jenis gas yang terdapat di dalam silinder gas.
c. Penutup alat pengawal atur tidak perlu disambung dengan
terlalu ketat dengan silinder gas. Sambungan dilakukan cukup
sekadar dengan menggunakan kekuatan tangan atau
menggunakan pengunci yang bersesuaian.
d. Injap gas haruslah dibuka secara perlahan bagi mengelakkan
sebarang tekanan tinggi lampau yang boleh merosakkan alat
pengawal.
e. Pastikan kawasan injap bebas daripada sebarang kotoran, gris,
butiran pasir, air dan minyak.
f. Bahagian injap dan penyambungan silinder gas oksigen dan
asitilena hendaklah dipastikan bebas daripada minyak dan gris.
8.4.8.3 Pengalihan Silinder Gas
a. Jangan sesekali mengalihkan silinder gas dengan
menggolekkan, mengheret atau menghempas. Pengalihan
hendaklah dilakukan satu persatu dan dipastikan semua alat
pengawal atur gas telah dibuka dan kepala silinder ditutup
dengan penutup logam.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 110
b. Alihkan silinder gas dengan menggunakan troli khas.
8.4.8.4 Silinder Gas Di Dalam Makmal
a. Jangan sesekali membiarkan silinder gas dalam keadaan
terbaring di atas lantai makmal. Ia mestilah diikatkan pada
dinding menggunakan rantai.
b. Setiap silinder gas hendaklah dilabelkan atau ditandakan bagi
mengenal pasti kandungan silinder.
c. Setiap sambungan gas hendaklah ditutup dan dicabut selepas
digunakan.
d. Warna piawai digunakan bagi mengenalpasti kandungan silinder
gas. Jadual 8.11 menunjukkan contoh warna piawai yang biasa
digunakan.
Jadual 8.11: Gas Dan Warna Piawai Silinder
Gas Warna Silinder
Asitilena Merah manggis
Karbon Dioksida Hitam
Oksigen Hitam
Metana Merah
Hidrogen Merah
Nitrogen Kelabu
8.4.9 Pengendalian Radas Kaca
Radas kaca merupakan item yang lazim digunakan di dalam makmal.
Sekiranya tidak dikendalikan dengan cara atau teknik yang betul, ia boleh
mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.
8.4.9.1 Langkah Berjaga-Jaga
a. Tiub atau rod kaca hendaklah dibawa dalam keadaan menegak.
b. Sentiasa gunakan gogal semasa menyediakan radas kaca
seperti memotong salur kaca.
c. Gunakan sarung tangan kulit apabila memotong kaca atau
mengendalikan kaca pecah.
d. Setiap radas kaca hendaklah sentiasa diletakkan di tengah meja
makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan pecah.
e. Jangan cuba menyambut radas kaca yang jatuh kerana ia
mungkin pecah di tangan dan mengakibatkan kecederaan.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
111 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
f. Jangan sesekali memaksa tiub kaca disambung dengan
penyumbat getah. Gunakan air atau gliserin bagi melicinkan
penyambungan.
g. Gunakan pelapik kasa dawai untuk melindungi radas kaca
semasa pemanasan.
h. Jangan guna radas kaca yang telah calar dengan teruk, retak
atau pecah.
i. Letak dan asingkan radas kaca yang telah dipanaskan di atas
pelapik asbestos. Letakkan tanda amaran “Radas Panas”.
j. Alih dan asingkan setiap radas kaca yang telah pecah ke dalam
bekas khas yang disediakan. Jangan sesekali meletakkannya
kembali ke dalam rak simpanan.
k. Cuci dan bersihkan radas kaca setiap kali selepas ia diguna.
Keringkan di atas rak pengering sebelum ia disimpan semula di
dalam rak.
8.5 Prosedur Pertolongan Cemas
Guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengetahui prosedur pertolongan
cemas. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di makmal, guru-guru sains
dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk memberi pertolongan
cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Berikut disenaraikan
jenis tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan:
8.5.1 Tindakan Ketika Kecemasan
8.5.1.1 Pitam atau pengsan
Sesetengah kemalangan boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
Langkah-langkah berikut perlu diambil:
a. Pastikan mangsa boleh bernafas dengan baik. Longgarkan
pakaian mangsa yang ketat. Jika pernafasan atau nadi berhenti,
bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta merta dan
pada masa yang sama dapatkan bantuan ambulan.
b. Perhatikan tahap kesedaran berdasarkan bukaan mata, lisan
dan pergerakan.
c. Periksa kadar pernafasan dan nadi secara teratur.
d. Periksa dan rawat sebarang luka yang serius.
e. Siasat punca yang menyebabkan pengsan.
f. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan.
g. Selimutkan mangsa.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 112
h. Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada mangsa yang
tidak sedar.
i. Hidukan mangsa dengan garam ammonia.
j. Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa mangsa dan
nasihatkan mangsa berjumpa doktor.
k. Apabila mangsa telah sedar, beri minum minuman panas.
8.5.2. Kejutan elektrik
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
a. Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan
pindahkan mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik.
Jangan sentuh mangsa tanpa perlindungan sehingga anda pasti mangsa
tidak bersentuh dengan sumber elektrik.
b. Jika tidak dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas
benda kering seperti kayu, getah atau kertas tebal atau sebarang bahan
penebat, cuba pisahkan mangsa daripada sumber elektrik menggunakan
sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu.
c. Periksa bahagian badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan
kain yang disteril di atas tempat melecur dan balut dengan pembalut luka.
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
d. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
(CPR). Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta merta.
8.5.3 Melecur dan melepuh
8.5.3.1 Melecur disebabkan api
Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di
bawah air mengalir sehingga kesakitan reda. Jika kawasan melecur
tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan ais.
Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. Jika
kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain
kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapat
rawatan doktor.
8.5.3.2 Melecur disebabkan bahan kimia
Basuh secukupnya dengan air. Dapatkan rawatan doktor selepas
memberi rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan untuk melecur
ringan adalah seperti dalam Jadual 8.12.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
113 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Jadual 8.12: Prosedur Kaedah Rawatan Mengikut Bahan Kimia
Bahan
Kimia
Kaedah Rawatan
Asid Basuh dengan air dan bilas dengan 1% larutan
natrium bikarbonat. Basuh dengan air sekali lagi.
Alkali Sama seperti asid tetapi gunakan 1% asid asetik
untuk bilasan.
Bromin Basuh dengan air kemudian bilas dengan ammonia
cair (1 daripada 15 bahagian air)
Natrium dan
kalium
Pindahkan logam dengan penyepit ke dalam
parafin. Rendamkan anggota yang melecur ke
dalam air selama 20 minit. Tempat melecur
dikeringkan dan ditutup dengan kain kasa yang
disteril.
Fosforus Basuh dengan air diikuti dengan larutan 3%
kuprum sulfat. Tutup dengan kain basah.
Jangan sapukan sebarang losyen, minyak angin atau sebarang
bahan kimia di tempat yang cedera.
8.5.4 Luka, cedera dan patah
8.5.4.1 Jika luka ringan dengan sedikit pendarahan:
a. Keluarkan kotoran atau kaca dan basuh di bawah aliran air.
b. Lap dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril.
c. Bawa ke hospital jika perlukan jahitan.
d. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (paku
karat) maklumkan kepada doktor supaya mangsa mendapat
suntikan anti-tetanus.
8.5.4.2 Pendarahan berlebihan
Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan
untuk memberhentikan kehilangan darah. Baringkan mangsa
dengan bahagian yang luka ditinggikan. Tekap dengan kuat luka
dengan menggunakan kain yang bersih. Dapatkan rawatan doktor
dengan segera.
8.5.4.3 Kecederaan
Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer, mangsa
perlu diberikan rawatan perubatan segera kerana luka tersebut
mungkin dicemari dengan logam dan bendasing yang tidak dapat
disterilkan dengan antiseptik.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 114
8.5.4.4 Patah Tulang
Jika berlaku kes patah tulang, jangan gerakkan mangsa kecuali
terdapat ancaman asap atau kebakaran. Berikan rawatan untuk
pendarahan atau kejutan dan dapatkan bantuan perubatan segera.
Jika mangsa perlu dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan
anduh atau usungan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih
serius.
8.5.4.5 Bahan yang tercemar dengan darah mesti dikendalikan dengan baik
dan langkah berjaga-jaga berikut perlu diambil:
a. Elak menyentuh bahan-bahan tercemar darah dengan tangan
tanpa pelindung. Sentiasa menggunakan sarung tangan plastik
pakai buang.
b. Gunakan bahan peluntur (cairkan dengan air dengan nisbah 1:5)
untuk membersihkan kawasan tercemar.
c. Sarung tangan, pakaian dan kain lap yang tercemar dengan
darah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat
untuk dilupuskan.
8.5.5 Kecederaan mata
a. Semua kecederaan mata adalah kes serius dan perlu dapatkan rawatan
perubatan serta merta.
b. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan botol pencuci mata
serta merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda.
Jangan cuba meneutralkan mata dengan asid atau alkali. Nasihatkan
mangsa agar tidak menggosok matanya.
c. Jangan gunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata.
d. Jangan cuba mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata.
e. Hantarkan mangsa untuk mendapatkan rawatan serta merta.
f. Tutup mata dengan kain kasa yang tebal dan lembut.
8.5.6 Keracunan
8.5.6.1 Keracunan di dalam mulut.
Ludahkan dengan serta merta dan kumur dengan air yang banyak
kemudian dapatkan rawatan perubatan.
8.5.6.2 Tertelan bahan beracun.
a. Hubungi hospital yang berdekatan.
b. Pastikan jenis racun yang ditelan.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
115 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
c. Jika bahan beracun tersebut adalah asid kuat atau alkali kuat atau
hidrokarbon atau jika mangsa mengalami sawan, jangan rangsang
mangsa untuk muntah.
d. Jika mangsa sedar, berikan 2 - 4 gelas air atau susu dengan serta
merta. Paksa mangsa memuntahkan racun dengan menjolok
tekaknya dengan jarinya sendiri. Ulang sehingga tiada cecair
dimuntahkan.
e. Dapatkan rawatan di hospital dengan segera.
8.5.6.3 Terhidu gas beracun
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
a. Buka pintu dan tingkap dan alihkan mangsa ke tempat yang lebih
selamat.
b. Periksa saluran pernafasan mangsa dan pastikan tidak tersekat.
c. Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
d. Jika pernafasan mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan
dengan alat bantu pernafasan. Jika nadi mangsa terhenti, berikan
bantuan pernafasan CPR.
e. Dapatkan bantuan perubatan serta merta.
8.5.6.4 Keracunan secara sentuhan dan penyerapan melalui kulit.
a. Buka semua pakaian tercemar yang bersentuhan di bawah
pancuran air dan basuh bahagian tercemar dengan sabun yang
banyak.
b. Biarkan mangsa dalam keadaan baring dan diselimutkan.
Dapatkan rawatan doktor selanjutnya.
c. Jangan berikan sebarang antidot seperti alkali ke atas asid atau
sebaliknya atau pelarut seperti alkohol untuk fenol.
d. Basuh tangan sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains.
8.5.7 Kaedah Bantuan Pernafasan
Bantuan pernafasan amat perlu diberikan dengan segera kepada mangsa
kemalangan yang menyebabkan pernafasan terhenti. Pernafasan boleh
terhenti disebabkan oleh kejutan elektrik, sedatif, gas beracun dan lemas.
8.5.7.1 Kaedah mulut ke mulut.
a. Membuka laluan udara
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 116
 Baringkan mangsa dan longgarkan pakaian. Pastikan lidah
mangsa tidak menghalang laluan udara dengan
mendongakkan kepala mangsa.
 Sekiranya mangsa tidak sedar, periksa mulut mangsa dan
pastikan tiada sebarang benda menghalang pernafasan.
Rajah 8.8: Cara memeriksa mulut mangsa
Rajah 8.9: Cara mendongakkan kepala mangsa
b. Pernafasan
 Pegang rahang bawah dan picit hidung mangsa. Sedut nafas
dan hembus udara dengan kuat sehingga dada mangsa naik.
Rajah 8.10: Cara Bantuan Pernafasan
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
117 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
 Alihkan mulut anda dan dengar dengan baik bunyi udara
dihembus keluar. Kemudian ulang tindakan menghembus
udara kepada mangsa.
 Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga mangsa mula
bernafas. Dalam sesetengah kes, mangsa mengambil masa
beberapa jam untuk sedar.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Baring dan
selimutkan mangsa supaya berada dalam keadaan selesa.
c. Peredaran (circulation) untuk memberi tekanan kepada dada
Penting: Jangan berikan tekanan pada dada jika terdapat
degupan jantung atau nadi berdenyut.
 Baringkan mangsa dan periksa nadi.
Rajah 8.11: Cara memeriksa nadi mangsa
 Jika tiada degupan jantung, tekan tulang dada dengan dua
tangan secara pantas dengan kiraan sehingga 30.
Rajah 8.12: Cara memberikan tekanan pada dada
 Selepas 30 tekanan, berikan dua pernafasan CPR.
 Ulang empat kali atau sehingga mangsa sedar.
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 118
 Bawa mangsa ke hospital.
Catatan : Dapatkan latihan teknik rawatan CPR yang betul.
8.6 Cadangan
Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal
dan bilik sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah khasnya pentadbir,
guru serta kakitangan makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi dalam mewujudkan makmal yang selamat, guru dan kakitangan makmal juga
perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas. Oleh yang demikian, adalah wajar guru
dan kakitangan makmal diberikan latihan berkaitan prosedur menangani kecemasan,
pengurusan makmal dan bilik sains serta pertolongan cemas.
8.7 Rujukan
8.7.1 RECSAM (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and
Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd., 1978.
8.7.2 http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf.
Handbook on Safety in Science Laboratories. City University of Hongkong.
8.7.3 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling
Hazardous Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
8.7.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2004). Guidelines on First-Aid
in the Workplace. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
8.7.5 Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan
Makmal Sains di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

More Related Content

What's hot

Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
Kertas kerja  gotong royong perdana 2018Kertas kerja  gotong royong perdana 2018
Kertas kerja gotong royong perdana 2018nur amalina kamarudin
 
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismafaktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismanevile86
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopleucosolonia
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaKhas Midzan
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekReka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekMaz Ina
 
Sorakan kumpulan
Sorakan kumpulanSorakan kumpulan
Sorakan kumpulanxocolalt
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukMaz Ina
 

What's hot (20)

Graf Gerakan
Graf GerakanGraf Gerakan
Graf Gerakan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Unit Ukuran
Unit UkuranUnit Ukuran
Unit Ukuran
 
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
Kertas kerja  gotong royong perdana 2018Kertas kerja  gotong royong perdana 2018
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
 
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganismafaktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Laporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar SemulaLaporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar Semula
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deria
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekReka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
 
Sorakan kumpulan
Sorakan kumpulanSorakan kumpulan
Sorakan kumpulan
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
 

Viewers also liked

Esei pembelian alat sains
Esei pembelian alat sainsEsei pembelian alat sains
Esei pembelian alat sainsbetiaing
 
Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalPengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalSiti Alias
 
2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sainssyira11
 
Peranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalPeranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalSiti Alias
 
Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluanSiti Alias
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaAhmad Aidil Nasir
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSSafwan Yusuf
 

Viewers also liked (11)

Esei pembelian alat sains
Esei pembelian alat sainsEsei pembelian alat sains
Esei pembelian alat sains
 
Pengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sainsPengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sains
 
Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalPengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmal
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains
 
Peranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalPeranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmal
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluan
 
08 isi pelajaran 1
08  isi pelajaran 108  isi pelajaran 1
08 isi pelajaran 1
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
 

Similar to Keselamatan Makmal

Keselamatan makmal sains
Keselamatan makmal sainsKeselamatan makmal sains
Keselamatan makmal sainsmohusmosin
 
Langkah keselamatan
Langkah keselamatanLangkah keselamatan
Langkah keselamatanBomoh Gelap
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel qulai
 
Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Rathnaa Wayy
 
Keselamatan kerja laboratorium
Keselamatan kerja laboratoriumKeselamatan kerja laboratorium
Keselamatan kerja laboratoriumnoviyanty
 
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxDRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxsusan26225
 
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanManfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanRohman Efendi
 
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimia
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimiakeamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimia
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimiaQaiffa Greenpinkk
 
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMK
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMKPenjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMK
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMKAndikaHarlan2
 
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1Modul dan panduan praktikum KIMAN 1
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1iankurniawan019
 
Khb1 nota bab 1
Khb1   nota bab 1Khb1   nota bab 1
Khb1 nota bab 1Mak Teh
 
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alat
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alatF tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alat
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alatrachmawati41
 
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptx
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptxProsedur Kerja Aman kimia 1.pptx
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptxratnapuspitasari47
 
C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C  kesehatan dan keselamatan kerja di labC  kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C kesehatan dan keselamatan kerja di labABINUL HAKIM
 

Similar to Keselamatan Makmal (20)

Keselamatan makmal sains
Keselamatan makmal sainsKeselamatan makmal sains
Keselamatan makmal sains
 
Langkah keselamatan
Langkah keselamatanLangkah keselamatan
Langkah keselamatan
 
keselamatan bengkel
keselamatan bengkel keselamatan bengkel
keselamatan bengkel
 
Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^Wiring domestic ^^
Wiring domestic ^^
 
Keselamatan kerja laboratorium
Keselamatan kerja laboratoriumKeselamatan kerja laboratorium
Keselamatan kerja laboratorium
 
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docxDRAFT MODUL PBL KLS X.docx
DRAFT MODUL PBL KLS X.docx
 
Isi
IsiIsi
Isi
 
KESELAMATAN BENGKEL
KESELAMATAN BENGKELKESELAMATAN BENGKEL
KESELAMATAN BENGKEL
 
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupanManfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
Manfaat ilmu kimia dalam berbagai bidang kehidupan
 
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimia
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimiakeamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimia
keamanan dan keselamatan kerja di laboratorium kimia
 
PPT-PraktikumKimDas.pptx
PPT-PraktikumKimDas.pptxPPT-PraktikumKimDas.pptx
PPT-PraktikumKimDas.pptx
 
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMK
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMKPenjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMK
Penjelasan tentang Prinsip K3LH di dunia SMK
 
PERANGKAT.pptx
PERANGKAT.pptxPERANGKAT.pptx
PERANGKAT.pptx
 
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1Modul dan panduan praktikum KIMAN 1
Modul dan panduan praktikum KIMAN 1
 
Manajemen lab
Manajemen labManajemen lab
Manajemen lab
 
Khb1 nota bab 1
Khb1   nota bab 1Khb1   nota bab 1
Khb1 nota bab 1
 
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alat
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alatF tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alat
F tugas 7 klpk-lab komp-petunjuk penyimpanan alat
 
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptx
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptxProsedur Kerja Aman kimia 1.pptx
Prosedur Kerja Aman kimia 1.pptx
 
E
EE
E
 
C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C  kesehatan dan keselamatan kerja di labC  kesehatan dan keselamatan kerja di lab
C kesehatan dan keselamatan kerja di lab
 

More from Najiha Bakar

Fakta menarik gunung berapi
Fakta menarik gunung berapiFakta menarik gunung berapi
Fakta menarik gunung berapiNajiha Bakar
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosstonNajiha Bakar
 
Buku rekod pinjaman
Buku rekod pinjamanBuku rekod pinjaman
Buku rekod pinjamanNajiha Bakar
 
Carta organisasi pers sn m3 2011
Carta organisasi pers sn m3 2011Carta organisasi pers sn m3 2011
Carta organisasi pers sn m3 2011Najiha Bakar
 

More from Najiha Bakar (6)

Fakta menarik gunung berapi
Fakta menarik gunung berapiFakta menarik gunung berapi
Fakta menarik gunung berapi
 
Ipgm
IpgmIpgm
Ipgm
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
 
Buku rekod pinjaman
Buku rekod pinjamanBuku rekod pinjaman
Buku rekod pinjaman
 
Carta organisasi pers sn m3 2011
Carta organisasi pers sn m3 2011Carta organisasi pers sn m3 2011
Carta organisasi pers sn m3 2011
 
Eksperimen
EksperimenEksperimen
Eksperimen
 

Keselamatan Makmal

  • 1. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 84 BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal dan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains. 8.1 Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian: a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca. b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan eksperimen. c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas. d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta. e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan. f. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap makmal. g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah mencukupi. h. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti dengan segera. i. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang lengkap mesti disimpan. j. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains kecuali untuk tujuan eksperimen.
  • 2. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 85 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS k. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama, semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan tingkap mesti dikunci. Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara: a. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen. b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen. c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains. d. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen. e. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang dibekalkan. f. Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat radas. g. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen. h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan. i. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasa menggunakannya. j. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal dan bilik sains. 8.2 Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam Makmal Sains yang bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan: 8.2.1 Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ berukuran lebih kurang m x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatu empat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains. 8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS) 600/12/A/(7) Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973 hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains. 8.2.3 Kebakaran Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di Sekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:
  • 3. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 86 a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di sekolah dengan membuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains. b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba dan alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan. c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains. Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sains adalah selamat dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa eksperimen yang boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dilakukan dengan cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api. Rajah 8.1: Sumber Kebakaran Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan kimia, letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas. Jadual 8.1 menunjukkan jenis kebakaran dan cadangan pemadam api yang sesuai digunakan. Jadual 8.1 Jenis Kebakaran Dan Pemadam Api Yang Sesuai Jenis kebakaran Punca kebakaran Pemadam api yang sesuai Kelas A Kayu, kertas, kain, getah, plastik dan seumpamanya. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering, selimut kalis api, pasir dan air. Kelas B Kebakaran yang disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar seperti metal spirit dan seumpamanya Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering. Kelas C Kebakaran elektrik Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk kering Kelas D Kebakaran logam melibatkan sebarang logam yang mudah terbakar seperti magnesium dan logam alkali. Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk kering.
  • 4. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 87 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 8.2.4 Letupan Kebakaran boleh berpunca daripada letupan. Kebakaran juga boleh menyebabkan letupan berlaku. Letupan boleh berpunca daripada: a. Kebocoran gas. b. Cecair dan pepejal mudah terbakar. c. Tindak balas eksotermik yang tidak terkawal. d. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat. e. Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup seperti magnesium, zink, aluminium. 8.2.5 Kelengkapan Pemadam Api Satu poster mengandungi cara-cara mengunakan alat pemadam api hendaklah dilekatkan pada alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru dan kakitangan sokongan makmal sains mengetahui cara penggunaan alat-alat ini. Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapkan dengan perkara berikut: a. Alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis busa atau jenis serbuk kering. Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya salah satu dari alat pemadam api jenis ini. Alat pemadam api ini mesti diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari atas lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini sentiasa dalam keadaan baik. Alat pemadam api hendaklah dihantar sekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh syarikat swasta yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rajah 8.2: Contoh Alat Pemadam Api Karbon Dioksida, Busa Atau Serbuk Kering
  • 5. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 88 b. Selimut kalis api Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satu selimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api digunakan untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Rajah 8.3: Contoh Selimut Kalis Api c. Baldi berisi pasir. Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain. Guru dan kakitangan sokongan makmal sains hendaklah membiasakan diri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk cara. 8.2.6 Latihan Kecemasan Kebakaran Makmal dan Bilik Sains Guru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturan kecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmal dan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan ini juga hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut. Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat. Latihan kebakaran hendaklah dijalankan khas untuk murid di makmal pada awal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan untuk setiap kelas yang menggunakan makmal dan bilik sains secara berasingan supaya tidak menganggu seluruh sekolah. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran. Jadual 8.2 menunjukkan contoh rekod latihan kecemasan kebakaran.
  • 6. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 89 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Jadual 8.2: Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran Bil Tarikh Masa Makmal/ Kelas Nama Guru Bil. murid Catatan 1 23.7.09 12.15 tgh Makmal kimia/ 5 Sc 2 Pn. Siti Suanja Somiran 40 2 orang murid tidak hadir: 1. Sabariah 2. Amirudin 8.2.7 Tindakan Jika Berlaku Kebakaran Jika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasan kebakaran hendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup. Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar. Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam api ke atas mangsa. 8.2.8 Kit Pertolongan Cemas Setiap makmal mesti disediakan satu kit pertolongan cemas yang lengkap dengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit ini hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam setiap makmal. Kit Pertolongan Cemas mestilah mengandungi item berikut: a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz). b. Kapas yang telah disteril. c. 1 gulung kapas. d. Plaster luka. e. Plaster berpelekat. f. Penyepit dan gunting. g. Sabun dan tuala. h. Botol pencuci mata. i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze). j. Larutan antiseptik seperti:
  • 7. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 90 i. Acraflavin (digunakan untuk luka baru). ii. Cetavlon (Savlon) (diguna sebagai pencuci luka). iii. Eusol (digunakan untuk luka lama). k. 250 ml larutan-larutan berikut: i. 1% asid asetik. ii. 1% natrium bikarbonat. iii. 1% asid borik. iv. 1% ammonium hidroksida v. 3% larutan kuprum sulfat Rajah 8.4: Contoh Botol pencuci mata Senarai semak semua item mestilah ditampalkan di dalam kit pertolongan cemas. Semua item mesti dilabelkan dengan jelas. Sebaiknya, preskripsi larutan dan kaedah menggunakannya mestilah disertakan bersama-sama label. Semua item mestilah diperiksa dari masa ke semasa. 8.2.9 Peralatan Pelindung Diri Apabila bekerja dengan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksik dan bahaya, satu kaedah perlindungan diri yang praktikal amat penting. Walaupun objektif utama adalah untuk mengelakkan kemalangan, alat pelindung diri selalunya digunakan hanya ketika kemalangan berlaku. Bagaimanapun ada beberapa kes yang memerlukan pemakaian alat pelindung diri kerana bekerja dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Di antara alat pelindung diri yang diperlukan adalah: a. Kot dan Apron Makmal. Kot dan apron makmal penting untuk melindungi kerosakan kepada pakaian. Apron dari jenis getah atau plastik boleh digunakan. Pelindung pakaian mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlaku kemalangan atau pencemaran bahan kimia. Ia amat penting terutama kepada murid, guru atau pembantu makmal.
  • 8. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 91 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS b. Pelindung lengan, tangan dan jari. Sarung tangan boleh dari jenis getah atau plastik. Sarung tangan yang mudah dipakai dan ditanggalkan digunakan sebagai perlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yang berbahaya seperti asid kuat dan alkali kuat. Sarung tangan getah boleh disimpan lama dalam keadaan yang baik dengan menambahkan serbuk talkum. c. Alat Pelindung Mata Alat pelindung mata adalah seperti gogal dan pelindung muka. Setiap makmal mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan mata dari jenis yang selesa dipakai dan ringan. Ia perlu dipakai apabila bekerja dengan bahan yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotongan logam aktif seperti natrium. d. Alat Pernafasan dan Kebuk Wasap Alat pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap dan habuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan. Sebarang kerja yang melibatkan gas-gas toksik seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam kebuk wasap. Rajah 8.6: Contoh Kebuk Wasap Rajah 8.5a: Murid memakai gogal dan alat pernafasan. Rajah 8.5b: Murid memakai alat pelindung muka.
  • 9. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 92 e. Kasut Keselamatan Kasut yang bertutup mestilah sentiasa dipakai ketika bekerja di dalam makmal untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia. 8.2.10 Rekod Kemalangan Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap makmal sains dan bilik sains. Butir yang harus direkodkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3. Jadual 8.3: Contoh Rekod Kemalangan Bil TARIKH MASA NAMA JENIS KEMALANGAN TINDAKAN/ CATATAN 1 23.1.99 9.30pg Shahilon b. Abd Halim Luka ibu jari, terkena kaca tabung uji Luka dicuci dengan air mengalir, dibalut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 8.2.11 Rekod Radas Dan Peralatan Rosak Atau Pecah Buku rekod radas rosak dan pecah mesti disediakan di dalam setiap makmal. Ini bertujuan merekod dan menyemak senarai dan bilangan radas dan peralatan yang telah rosak dan pecah. Rekod ini juga memudahkan pengurusan audit radas dan peralatan. Butir yang harus direkodkan ditunjukkan dalam Jadual 8.4. Jadual 8.4: Contoh Rekod Radas dan Peralatan Rosak atau Pecah Bil Tarikh Nama Kelas Nama Radas/ Peralatan Kuantiti Sebab Rosak/ Pecah Tanda tangan 1 28/7/09 Johadi 4 Sc 2 Bikar 100 ml 1 Jatuh tt 8.3 Peraturan dalam Makmal dan Bilik Sains serta Bilik Persediaan Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan supaya pada setiap masa makmal dan bilik sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam makmal dan bilik sains menjadi lebih efektif. Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan berikut:
  • 10. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 93 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS a. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam makmal dan bilik sains serta bilik persediaan. b. Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains serta bilik persediaan. c. Semua peralatan dan bahan eksperimen hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. d. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal dan bilik sains tidak boleh meninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan. e. Semua pengguna makmal haruslah sentiasa memakai kot makmal dan kasut semasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan. f. Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankan eksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata. g. Alat dan bahan eksperimen dibenarkan dibawa keluar dari makmal dan bilik sains hanya dengan kebenaran guru sains. h. Semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pengetua dan Guru Besar serta dicatat dalam buku rekod kemalangan. i. Kebersihan makmal dan bilik sains serta bilik persediaan perlu dijaga pada setiap masa. j. Bilik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi. k. Lantai tidak boleh dipasang dengan sebarang alas seperti tikar, tikar getah atau permaidani. l. Bilik persediaan tidak boleh dipasang alat pendingin hawa. 8.3.1 Peraturan Makmal dan Bilik Sains bagi Murid Pada awal tahun pihak sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmal dan bilik sains untuk setiap murid. Peraturan ini hendaklah dibaca oleh guru bersama murid pada awal sesi persekolahan. Murid perlu memahami, menandatangani dan menampal peraturan ini di dalam buku amali mereka. Contoh perakuan peraturan makmal dan bilik sains yang perlu ditandatangani oleh murid adalah seperti Rajah 8.2. PERATURAN MAKMAL DAN BILIK SAINS BAGI MURID PERATURAN AM  Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains dan bilik persediaan.
  • 11. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 94  Peralatan dan bahan dalam makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.  Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru.  Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.  Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.  Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.  Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan sokongan makmal berkenaan.  Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.  Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabut supaya kemas dan teratur.  Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetik api sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan.  Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.  Jangan membuang sampah ke dalam singki. Sisa–sisa bahan eksperimen hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.  Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal dan bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.  Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.  Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan.  Murid dilarang bermain–main di dalam makmal dan bilik sains. PENGGUNAAN BAHAN KIMIA  Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.  Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.  Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.  Botol yang mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan.  Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.  Murid hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen.
  • 12. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 95 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS  Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah dibenarkan untuk menyedut keluar larutan. JANGAN SEDUT DENGAN MULUT.  Mesti cermat dan berhati-hati bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel „RACUN‟. PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI  Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.  Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.  Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.  Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera. ................................................. ….................................. Tandatangan Tandatangan Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua PENGAKUAN “Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala peraturan di dalamnya“ Tandatangan murid : ......................................... Tarikh : .................... Nama : ......................................................................................... Rajah 8.2: Contoh Perakuan Peraturan Makmal dan Bilik Sains PERINGATAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas.
  • 13. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 96 8.4 Keselamatan Dalam Pengendalian Bahan Eksperimen Bahan eksperiman yang terdapat dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat. Pengendalian bahan eksperimen yang tidak betul boleh mengakibatkan bahaya-bahaya seperti yang berikut: a. Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif. b. Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis. c. Alahan kepada bahan eksperimen. d. Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia. e. Pencemaran kepada alam sekitar. f. Keracunan disebabkan terhidu gas beracun. g. Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif. 8.4.1 Pengendalian Bahan Kimia Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar, mudah meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. MSDS (Material Safety Data Sheet) perlu sentiasa dirujuk ketika pengendalian bahan kimia. Bahan kimia dan label simbol ditunjukkan dalam Rajah 8.7 sebagai panduan kepada pengguna supaya lebih berwaspada apabila mengendalikannya. MUDAH TEROKSIDA MUDAH TERBAKAR MUDAH TERBAKAR MUDAH MELETUP MENGKAKIS RADIOAKTIF
  • 14. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 97 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Rajah 8.7: Simbol Bahan Kimia Berbahaya 8.4.2 Bahan Kimia Berbahaya Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Ini adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, menghakis dan beracun serta bertindak balas menghasilkan bahan lain yang mendatangkan kemudaratan. Bahan kimia beracun atau berbahaya perlu disimpan di dalam almari berkunci. Sediakan sebuah buku rekod pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan tersebut. Jadual 8.5 menunjukkan contoh rekod berkenaan. Jadual 8.5: Contoh Borang Rekod Pengeluaran dan Penggunaan Bahan- bahan Beracun dan Berbahaya Bil Tarikh Nama Jenis Bahan Kimia Kuantiti Tujuan Tanda tangan 1 28/7/09 En. Ibrahim b. Taigo Bromin 10 ml Eksperimen tt Sesetengah tindak balas adalah sangat cergas sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. Jadual 8.6 berikut menunjukkan contoh bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di makmal sains. Jadual 8.6 Contoh Bahan Kimia Berbahaya Yang Biasa Digunakan Bahan Kimia Sifat - Sifat Kesan-Kesan Berbahaya Penyimpanan dan Pelupusan Catatan Asbestos Merupakan satu campuran oksida silikon, magnesium, Debu asbestos merengsakan mata, paru-paru dan kulit. Asbestos Basahkan asbestos dan masukkannya ke dalam beg Penggunaaan asbestos lembut misalnya kertas MERENGSA ATAU BAHAYA BERBAHAYA KEPADA ALAM SEKITAR
  • 15. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 98 besi, aluminium, kalsium dan natrium. biru adalah karsinogenik. Jika dihidu dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan batuk kering dan barah paru-paru. politena yang dilabelkan dengan jelas sebelum pelupusan. asbestos, tali asbestos dan kapas asbestos tidak digalakkan dalam makmal sains sekolah. Aseton (Propanon CH3COCH3) Takat didih 56o C Takat Kilat- 18 o C TLV 1000ppm. Wapnya lebih tumpat daripada udara. Boleh larut campur dengan air. Sangat mudah terbakar. Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Penghiduan yang berterusan boleh menyebabkan kesan khayal. Simpan dibawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan agen pengoksidaan yang kuat. Simpan sebanyak 250 cm3 pada setiap masa. Aseton harus dicampur dengan air yang banyak semasa pelupusan. Digunakan untuk mengeringkan bahan-bahan dengan cepat. Boleh digunakan untuk membuat kukus air bersuhu rendah apabila ia dicampurkan dengan ais kering. Benzena C6H6 Takat didih 80o C Takat Kilat - 11o C TLV 10 ppm. Cecair kurang tumpat daripada air. Wapnya lebih tumpat daripada udara. Sangat mudah terbakar dan toksik apabila tertelan, terhidu atau diserap melaui kulit. Bersifat karsinogenik. Simpan dibawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan klorin dan lain-lain agen pengoksidaan. Jangan dibuang sisa benzena ke dalam singki makmal tetapi ke dalam tanah yang tidak digunakan Benzena tidak harus digunakan sebagai pelarut organik. Toluena adalah pengganti yang baik kepada benzena kerana ia kurang toksik. Pengendalian benzena hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap. Bromin, Br2 Cecair meruap yang bewarna perang – kemerahan. Takat didih 59o C Boleh larut dalam air, kloroform, tetraklorometan a, dan etanol. TLV 0.1ppm Wap sangat merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Cecair bromin dan air bromin adalah beracun dan menghakis. Labelkan “BAHAYA” pada botol yang mengandungi bromin. Simpan di bawah paras mata. Campurkan larutan alkali dan curahkan ke dalam longkang bersama dengan Gunakan penitis apabila memindahkan sedikit air bromin. Ini adalah lebih selamat daripada mencurahkan daripada botol. Pakai sarung tangan dan
  • 16. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 99 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS air yang banyak semasa pelupusan. Pelupusan hendaklah di buat didalam kebuk wasap. gogal apabila menyediakan air bromin. Fenol C6H5OH Takat didih 182o C Takat Lebur 41o C TLV 5ppm. Larut campur dengan air atau natrium hidroksida. Asid Lemah. Pepejal atau cecairnya adalah beracun dan mengkakis. Wapnya adalah berbahaya pada mata, paru-paru dan kulit. Pakai sarung tangan dan gogal semasa mengendalikannya. Simpan di dalam almari yang berkunci. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan. Campurkan dengan air yang banyak sebelum melupuskannya Dijual dalam bentuk hablur tidak berwarna atau warna merah. Apabila disimpan lama warna merah jambu akan menjadi lebih gelap kerana kesan cahaya dan udara. Digunakan sebagai pembasmi mikroorganisma dan dalam pembuatan plastik serta pencelup. Hidrogen peroksida H2O2 Takat didih 107o C TLV 1ppm. Mengkakis apabila pekat menyebabkan kesan melecur kepada mata, paru- paru, mulut dan kulit. Pengawasan diperlukan apabila menggunakan larutan pekat daripada 20 isipadu ke atas. Gunakan sarung tangan, gogal dan dikendalikan ditempat yang ada peredaran udara yang baik Simpan di tempat yang sejuk, gelap dan jauh daripada agen penurunan dan sebatian logam peralihan. Jangan dicampurkan dengan asid, bahan mudah terbakar dan agen penurunan. Tambahkan air yang banyak sebelum pelupusan. Larutan hidrogen peroksida tidak stabil dan sentiasa terurai 2H2O2 → 2H20 + O2 Sulfur dioksida, SO2 Gas tidak berwarna, bersifat asid. Takat didih - 10o C. TLV 5 ppm Kepekatan 6-12 ppm merengsakan mata dan sistem respirasi. Sedikit sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang Jangan dicampur dengan natrium hidrida, kalium klorat(V), natrium dan kromium. Silinder sulfur dioksida mesti disimpan jauh Eksperimen yang menghasilkan sulfur dioksida hendaklah dibuat dalam kebuk wasap.
  • 17. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 100 yang sedang mengalami demam paru-paru dan penyakit asma. daripada wasap asid pekat. Tetrakloro- metana (karbon tetraklorida) CCl4 Cecair tidak berwarna, lebih tumpat daripada air. TLV 10 ppm Sangat toksik. Boleh mendatangkan kesan khayal. Disyaki sebagai karsinogen. Apabila dipanaskan ia boleh terurai dan menghasilkan wap karbonil klorida yang beracun. Merokok dalam udara yang mengandungi wap tetraklorometana boleh menghasilkan karbonil klorida. Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan logam alkali. Campurkan air yang banyak dan detergen sebelum pelupusan. Pelarut pengganti kepada CCl4 yang kurang merbahaya adalah triklorometana. Penggunaan CCl4 dalam beberapa jenis pemadam api telah dihentikan kerana ia boleh mengurai menjadi karbonil klorida. Trikloro- metana (kloroform) CHCl3 Takat didih 62o C. TLV 10 ppm. Wap adalah lebih tumpat daripada udara. Melarut campur sedikit dalam air. Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Jika terhidu dalam jangka masa yang lama mengakibatkan pening kepala, pengsan dan kematian. Cecair adalah toksik jika tertelan. Tidak boleh terbakar, tetapi seperti tetraklorometana, CCl4 boleh membentuk karbonil klorida apabila dipanaskan. Kloroform boleh menyebabkan kesan mengantuk. Simpan di bawah paras mata. Jangan di campur dengan logam alkali, aseton dan agen pengoksidaan. Campur air yang banyak sebelum pelupusan. Triklorometana adalah sejenis anastetik yang terkenal. Digunakan sebagai pelarut untuk bromin. Kalium Natrium Kalsium Litium. Logam kelabu berkilat, lembut Meletup dan terbakar apabila bertindak balas dengan air. Bertindak balas dengan tetraklorometana. Disimpan dalam minyak parafin. Campurkan dengan etanol glacial sebelum pelupusan. Digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil.
  • 18. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 101 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Serbuk magnesium, zink, aluminium. Logam kelabu berkilat Mudah terbakar dengan nyalaan terang Dijauhkan daripada agen pengoksidaan seperti nitrat, klorat, pengklorat dan peroksida. Mesti digunakan dalam kuantiti yang kecil. Sulfur Pepejal berwarna kuning. Takat lebur 114o C. Apabila sulfur dipanaskan, letupan dan pembakaran akan berlaku dan menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun. Apabila sulfur dicampurkan dengan serbuk logam atau agen pengoksida yang kuat seperi klorat, ia akan meletup dan terbakar. Sulfur terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulit. Mesti dijauhkan daripada agen pengoksidaan. Elakkan daripada pemanasan. Sulfur disimpan di tempat yang sejuk. Dijual dalam bentuk serbuk kuning. Dietil eter Takat kilat - 40o C. Mudah terbakar dan meruap. Sangat mudah terbakar. Disimpan dalam botol Winchester pada rak terbawah dalam almari. Sisa disimpan dalam botol dan dilabel. Pengendalian mestilah di dalam bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik. Catatan: TLV – Threshold Limit Value (Nilai Had Ambang) Takat kilat (flash point) – Suhu paling rendah yang membolehkan ia terbakar apabila bercampur dengan udara. Maklumat lanjut tentang bahan kimia boleh didapati melalui pelbagai sumber seperti buku, risalah dan internet. 8.4.3 Bahan Kimia Tidak Serasi Sesetengah bahan kimia adalah tidak serasi kerana akan bertindak balas apabila bercampur dan menghasilkan bahan merbahaya yang mengkakis, toksik, mudah terbakar dan meletup. Bahan kimia tidak serasi perlu disimpan secara berasingan. Berikut disenaraikan bahan-bahan kimia tidak serasi:
  • 19. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 102 Jadual 8.7: Senarai Bahan Kimia Dan Pasangan Bahan Kimia Tidak Serasinya. Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi Ammonia Aluminium, zink, logam-logam tergalvani dan aloinya, halogen. Ammonium nitrat Bahan-bahan mudah terbakar, asid-asid kuat, bahan-bahan organik, logam aktif secara kimia, serbuk logam, nitrit, klorat, sulfur. Bromin Bahan mudah terbakar, logam seperti besi, kuprum dan aloinya, alkali. Kalsium karbida Air, larutan akuas bahan kimia. Kalsium oksida Air, asid kuat. Karbon diaktifkan Kalsium klorat (I) (kalsium hipoklorit) dan agen-agen pengoksidaan. Kuprum Hidrogen peroksida Klorat(V) Klorat(VII) Asid klorik(VII) Asid, agen-agen penurunan, serbuk logam, sulfur, sebatian organik mudah terbakar. Asid oksalik Argentum, merkuri (raksa) Asid etanoik Asid kromik, asid nitrik, sebatian hidroksil,etana-1,2-diol (etilena glikol), Asid klorik (VII) (asid perklorik), peroksida, permanganat Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi Etanol (etil alkohol) Kerosin, spirit Hidrogen peroksida Bahan mudah terbakar, logam-logam seperti kuprum, kromium, besi dan garam- garamnya, asid nitrik, kalium manganat (VII) (kalium permanganat), fenilamina (anilina) Hipoklorit Asid, karbon aktif Iodin Ammonia (anhidrous atau akuas), garam- garam ammonium, asetaldehid, bahan mudah terbakar, aluminium, logam kimia aktif, serbuk logam, karbaid. Metanal (formaldehid) dan formalin Asid kuat, bes kuat, logam alkali, amina, ammonia, fenol. Apabila bercampur dengan asid hidroklorik pekat, BCME(bis(chloromethyl)ether), karsinogen yang kuat terbentuk. Nitrat Asid sulfurik Asid nitrik kuat Logam dan sebatian organik. Apabila bercampur, kebakaran boleh berlaku atau wasap beracun bagi nitrogen oksida mungkin terbentuk. Fenilamina (anilina) Hidrogen peroksida, bes kuat, asid kuat, zink, aluminium, larutan mengandungi garam ferum. Fosforus Alkali kaustik, agen penurunan Fosforus pentaklorida Air, larutan akuas bahan kimia Kalium Air, larutan akuas bahan kimia dan hidrokarbon terhalogen.
  • 20. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 103 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Kalium manganat(VII) (kalium permanganat) Etana-1,2-diol (etilena glikol), propana- 1,2,3-triol, benzaldehid, asid sulfurik, hidrogen peroksida. Propanon (aseton) Triklorometana (klorofom) (Apabila bercampur, boleh berlaku letupan), asid nitrik kuat dan campuran asid sulfurik. Argentum Asid etanadioik (asid oksalik), asid tartarik, ammonia dan sebatian ammonium. Natrium Air, larutan akuas bahan kimia, asid dan hidrokarbon berhalogen. Natrium nitrat(III) (natrium nitrit) Sianida, asid kuat, bahan mudah terbakar, bahan organik, ammonium nitrat dan lain- lain garam ammonium. Sulfida Asid, zink, kuprum, aluminium dan aloi- aloinya. Asid sulfurik Alkali, klorat(V), klorat(VII) (perklorat), manganat(VII) (permanganat), etanoik anhidrida (asetik anhidrida), bahan mudah terbakar. Asid sulfurik pekat bertindak balas dengan sangat reaktif dengan air Cecair mudah terbakar Ammonium nitrat, asid kromik, hidrogen peroksida, asid nitrik, natrium peroksida, halogen. 8.4.4 Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya dan memerlukan tindakan segera. Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksik di samping menyebabkan kebakaran dan kemalangan. Sarung tangan getah perlu digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan. Jadual 8.8 menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku. Jadual 8.8: Cara Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia Bahan Cara Pengendalian Bahan pepejal yang stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Asid Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan disalurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid. Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan
  • 21. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 104 dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air. Selepas itu kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga kering. Pelarut mudah meruap/ terbakar Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Tumpahan yang banyak dibersihkan dengan menggunakan mop sehingga kering. Mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih. Merkuri Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, tabur serbuk sulfur atau zink ke atas merkuri dan dibersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri. 8.4.5 Pengendalian Bahan Radioaktif Terdapat bahan radioaktif dalam makmal sains yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh mengeluarkan sinaran yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan berbahaya. Bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan bahan ini dan langkah-langkah pengendalian adalah seperti dalam Jadual 8.9. Jadual 8.9: Langkah Pengendalian Bahan Radioaktif Bahan Kimia Kesan-Kesan Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Radium, Strontium, Amerikium, Kobalt, Thorium Sinar yang dikeluarkan oleh bahan ini boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Dos yang rendah menyebabkan kanser dan mutasi. Dos yang tinggi membunuh sel, merosakkan organ dan menyebabkan kematian  Kot makmal, sarung tangan, gogal dan penyepit hendaklah digunakan semasa mengendalikan bahan ini. Sumber radioaktif janganlah sekali- kali didekatkan pada tubuh.  Bahan radioaktif dalam bentuk patlet hendaklah disimpan semula dalam kotaknya yang telah dilindungi oleh plumbum.  Tempat menyimpan bahan radioaktif hendaklah dalam stor atau almari yang berasingan. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah diberitahu tentang adanya bahan- bahan tersebut.  Jika bahan radioaktif tidak diperlukan lagi, maklumkan kepada Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan.
  • 22. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 105 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS  Jika berlaku kecurian atau kehilangan bahan ini, pihak polis, Jabatan Kimia dan Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta. 8.4.6 Pengendalian Bahan Biologi Langkah keselamatan perlu dititikberatkan dalam pengendalian bahan biologi seperti mikroorganisma, serangga, parasit dan haiwan kecil. 8.4.6.1 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Mikroorganisma Sesetengah bakteria dan fungi adalah berbahaya. Pengendalian bahan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut adalah langkah yang perlu diambil: a. Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa terdapat bekalan bahan antiseptik yang mencukupi. b. Semua permukaan, kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. c. Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kecuali setelah ditutup dan dikedapkan dengan pita selofan serta dilabel dengan jelas. d. Setelah bahan pencemar selesai digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. e. Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan medium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan antiseptik. f. Peti sejuk tidak boleh digunakan untuk menyimpan bahan makanan dan minuman kecuali untuk tujuan eksperimen. g. Semasa melakukan pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan gogal perlu digunakan. h. Untuk mengurangkan berlakunya pencemaran melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jangkitan hendaklah diletakkan di dalam dulang yang besar. i. Selepas setiap eksperimen melibatkan mikroorganisma, permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta merta. j. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan antiseptik selepas eksperimen yang melibatkan mikroorganisma dan
  • 23. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 106 keringkan tangan dengan tisu tuala dan buangkan ke dalam tempat buangan yang bertutup. k. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah direkodkan. 8.4.6.2 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Serangga Dan Haiwan Kecil Semasa mengendalikan serangga dan haiwan kecil, beberapa langkah keselamatan perlu diambil seperti yang berikut: a. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar atau akuarium. b. Haiwan kajian mungkin membawa patogen, oleh itu pengendalian perlu dilakukan dengan selamat seperti memakai sarung tangan. c. Sebarang luka pada tangan hendaklah dibalut dengan sepenuhnya sebelum menjalankan kajian ke atas serangga dan haiwan kecil. d. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut hendaklah di ambil. e. Lupuskan haiwan kajian sebaik sahaja selepas tugasan atau kerja kajian tamat. Jika haiwan tidak cedera lepaskan ke habitat asal. f. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus. g. Hentikan kerja atau tugasan jika didapati haiwan tersebut berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara yang betul 8.4.6.3 Pengendalian Tumpahan Bahan Mikroorganisma Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal. Ketika pembersihan tumpahan, sarung tangan, kot makmal dan pelindung muka mestilah dipakai. Gunakan alat pernafasan untuk mengelakkan tersedut wap yang terbentuk daripada tumpahan. Jangan menyedut wap yang terbentuk. Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam disinfektan. Biarkan tuala di tempat tersebut selama 15 minit kemudian lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai. Sekiranya kulit terkena tumpahan, basuh dengan cecair sabun dan air serta merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu. 8.4.6.4 Pelupusan Bahan Kultur Dan Bahan Tercemar Bahan kultur yang tidak diperlukan mestilah dimusnahkan menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan
  • 24. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 107 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. Semua radas yang tercemar dengan mikroorganisma atau bahan buangan mestilah dirawat dengan cara yang sama sebelum dilupuskan. 8.4.6.5 Alat Elektrik Penggunaan alat-alat elektrik boleh mengakibatkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau alat elektrik berkenaan tidak diselenggarakan dengan sempurna. Untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betul, langkah-langkah yang berikut perlu diambil: a. Pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah. b. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik. c. Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan. d. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik serta menggunakan wayar yang bertebat. e. Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa. f. Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan segera. g. Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul. h. Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik. i. Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin. j. Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru elektrik yang bertauliah. k. Semua peraturan keselamatan elektrik hendaklah dipatuhi. 8.4.7 Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian peralatan dan bahan eksperimen semasa menjalankan eksperimen sekiranya murid cuai dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Terdapat eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains yang mungkin mendatangkan bahaya. Langkah- langkah tertentu perlu diambil dalam pengendaliannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.10.
  • 25. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 108 Jadual 8.10: Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya Eksperimen Cara Pengendalian Penyalaan hidrogen Eksperimen yang melibatkan gas hidrogen adalah berbahaya. Nyalaan terbuka mesti dielakkan. Campuran hidrogen dan oksigen akan meletup apabila dinyalakan. Pemanasan klorat Pemanasan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur boleh mengakibatkan letupan. Pastikan campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan sulfur. Pemanasan Ammonium nitrat Sebarang eksperimen pemanasan melibatkan ammonium nitrat hendaklah dielakkan kerana bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan walaupun dalam kuantiti yang kecil. Tindak balas yang melibatkan logam reaktif Eksperimen yang melibatkan logam reaktif seperti natrium atau kalium hendaklah menggunakan kuantiti yang kecil sahaja. Penyepit hendaklah digunakan untuk mengambil atau memindahkan bahan ini. Eksperimen menggunakan asid pekat Dalam eksperimen yang menggunakan asid pekat, elakkan daripada menuangkan air ke dalam asid pekat. Sekiranya asid pekat perlu dicairkan, tuangkan asid perlahan-lahan ke dalam air. Jangan sekali-kali mencampurkan asid pekat kepada klorat. Gunakan penitis apabila memindahkan asid pekat semasa eksperimen. Eksperimen yang melibatkan bromin Eksperimen elektrolisis plumbum(II) bromida menghasilkan gas bromin. Wap bromin berbahaya kepada mata, peparu dan kulit. Eksperimen yang melibatkan cecair atau wap bromin perlu dijalankan dalam kebuk wasap. Dalam eksperimen redoks, air bromin lebih selamat digunakan berbanding dengan cecair bromin. Eksperimen yang berbahaya haruslah dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Semasa demonstrasi langkah-langkah yang berikut mestilah dipatuhi: a. Jarak di antara murid dengan bahan demonstrasi hendaklah sesuai. b. Pastikan kumpulan murid yang kecil semasa demonstrasi dijalankan. c. Pastikan alat-alat keselamatan digunakan. d. Tempat di mana demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai sama ada di luar atau di dalam makmal dan bilik sains. e. Guru mestilah sentiasa berada di dalam makmal sewaktu murid berada di dalam makmal dan bilik sains.
  • 26. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 109 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 8.4.8 Pengendalian Silinder Gas 8.4.8.1 Penyimpanan a. Tempat penyimpanan mestilah tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari, sumber yang boleh mendatangkan kepanasan dan mempunyai ruang pengudaraan yang baik. b. Tempat penyimpanan haruslah ditutup dan dikunci bagi mengelakkan orang luar memasukinya. c. Silinder gas mestilah diletakkan pada posisi menegak dan kepala silinder harus dipastikan ditutup menggunakan penutup logam. d. Silinder Asitilena mestilah tidak diletakkan berhampiran dengan Silinder Oksigen. e. Silinder yang kosong dan yang penuh hendaklah diletakkan berasingan. Labelkan silinder yang kosong bagi mengelakkan kesilapan pengambilan silinder gas. 8.4.8.2 Ujian Kebocoran Gas a. Larutan sabun digunakan bagi menguji sebarang kebocoran gas. Larutan sabun disapu pada kawasan sekitar injap soket dan di kawasan yang disyaki mengalami kebocoran. Ia akan menghasilkan buih sekiranya kebocoran berlaku. b. Alat pengawal atur yang digunakan hendaklah bersesuaian mengikut jenis gas yang terdapat di dalam silinder gas. c. Penutup alat pengawal atur tidak perlu disambung dengan terlalu ketat dengan silinder gas. Sambungan dilakukan cukup sekadar dengan menggunakan kekuatan tangan atau menggunakan pengunci yang bersesuaian. d. Injap gas haruslah dibuka secara perlahan bagi mengelakkan sebarang tekanan tinggi lampau yang boleh merosakkan alat pengawal. e. Pastikan kawasan injap bebas daripada sebarang kotoran, gris, butiran pasir, air dan minyak. f. Bahagian injap dan penyambungan silinder gas oksigen dan asitilena hendaklah dipastikan bebas daripada minyak dan gris. 8.4.8.3 Pengalihan Silinder Gas a. Jangan sesekali mengalihkan silinder gas dengan menggolekkan, mengheret atau menghempas. Pengalihan hendaklah dilakukan satu persatu dan dipastikan semua alat pengawal atur gas telah dibuka dan kepala silinder ditutup dengan penutup logam.
  • 27. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 110 b. Alihkan silinder gas dengan menggunakan troli khas. 8.4.8.4 Silinder Gas Di Dalam Makmal a. Jangan sesekali membiarkan silinder gas dalam keadaan terbaring di atas lantai makmal. Ia mestilah diikatkan pada dinding menggunakan rantai. b. Setiap silinder gas hendaklah dilabelkan atau ditandakan bagi mengenal pasti kandungan silinder. c. Setiap sambungan gas hendaklah ditutup dan dicabut selepas digunakan. d. Warna piawai digunakan bagi mengenalpasti kandungan silinder gas. Jadual 8.11 menunjukkan contoh warna piawai yang biasa digunakan. Jadual 8.11: Gas Dan Warna Piawai Silinder Gas Warna Silinder Asitilena Merah manggis Karbon Dioksida Hitam Oksigen Hitam Metana Merah Hidrogen Merah Nitrogen Kelabu 8.4.9 Pengendalian Radas Kaca Radas kaca merupakan item yang lazim digunakan di dalam makmal. Sekiranya tidak dikendalikan dengan cara atau teknik yang betul, ia boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan. 8.4.9.1 Langkah Berjaga-Jaga a. Tiub atau rod kaca hendaklah dibawa dalam keadaan menegak. b. Sentiasa gunakan gogal semasa menyediakan radas kaca seperti memotong salur kaca. c. Gunakan sarung tangan kulit apabila memotong kaca atau mengendalikan kaca pecah. d. Setiap radas kaca hendaklah sentiasa diletakkan di tengah meja makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan pecah. e. Jangan cuba menyambut radas kaca yang jatuh kerana ia mungkin pecah di tangan dan mengakibatkan kecederaan.
  • 28. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 111 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS f. Jangan sesekali memaksa tiub kaca disambung dengan penyumbat getah. Gunakan air atau gliserin bagi melicinkan penyambungan. g. Gunakan pelapik kasa dawai untuk melindungi radas kaca semasa pemanasan. h. Jangan guna radas kaca yang telah calar dengan teruk, retak atau pecah. i. Letak dan asingkan radas kaca yang telah dipanaskan di atas pelapik asbestos. Letakkan tanda amaran “Radas Panas”. j. Alih dan asingkan setiap radas kaca yang telah pecah ke dalam bekas khas yang disediakan. Jangan sesekali meletakkannya kembali ke dalam rak simpanan. k. Cuci dan bersihkan radas kaca setiap kali selepas ia diguna. Keringkan di atas rak pengering sebelum ia disimpan semula di dalam rak. 8.5 Prosedur Pertolongan Cemas Guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengetahui prosedur pertolongan cemas. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di makmal, guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Berikut disenaraikan jenis tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan: 8.5.1 Tindakan Ketika Kecemasan 8.5.1.1 Pitam atau pengsan Sesetengah kemalangan boleh menyebabkan pitam atau pengsan. Langkah-langkah berikut perlu diambil: a. Pastikan mangsa boleh bernafas dengan baik. Longgarkan pakaian mangsa yang ketat. Jika pernafasan atau nadi berhenti, bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta merta dan pada masa yang sama dapatkan bantuan ambulan. b. Perhatikan tahap kesedaran berdasarkan bukaan mata, lisan dan pergerakan. c. Periksa kadar pernafasan dan nadi secara teratur. d. Periksa dan rawat sebarang luka yang serius. e. Siasat punca yang menyebabkan pengsan. f. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan. g. Selimutkan mangsa.
  • 29. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 112 h. Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada mangsa yang tidak sedar. i. Hidukan mangsa dengan garam ammonia. j. Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa mangsa dan nasihatkan mangsa berjumpa doktor. k. Apabila mangsa telah sedar, beri minum minuman panas. 8.5.2. Kejutan elektrik Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a. Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan pindahkan mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa perlindungan sehingga anda pasti mangsa tidak bersentuh dengan sumber elektrik. b. Jika tidak dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas benda kering seperti kayu, getah atau kertas tebal atau sebarang bahan penebat, cuba pisahkan mangsa daripada sumber elektrik menggunakan sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu. c. Periksa bahagian badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan kain yang disteril di atas tempat melecur dan balut dengan pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. d. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta merta. 8.5.3 Melecur dan melepuh 8.5.3.1 Melecur disebabkan api Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air mengalir sehingga kesakitan reda. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan ais. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. Jika kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapat rawatan doktor. 8.5.3.2 Melecur disebabkan bahan kimia Basuh secukupnya dengan air. Dapatkan rawatan doktor selepas memberi rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan untuk melecur ringan adalah seperti dalam Jadual 8.12.
  • 30. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 113 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS Jadual 8.12: Prosedur Kaedah Rawatan Mengikut Bahan Kimia Bahan Kimia Kaedah Rawatan Asid Basuh dengan air dan bilas dengan 1% larutan natrium bikarbonat. Basuh dengan air sekali lagi. Alkali Sama seperti asid tetapi gunakan 1% asid asetik untuk bilasan. Bromin Basuh dengan air kemudian bilas dengan ammonia cair (1 daripada 15 bahagian air) Natrium dan kalium Pindahkan logam dengan penyepit ke dalam parafin. Rendamkan anggota yang melecur ke dalam air selama 20 minit. Tempat melecur dikeringkan dan ditutup dengan kain kasa yang disteril. Fosforus Basuh dengan air diikuti dengan larutan 3% kuprum sulfat. Tutup dengan kain basah. Jangan sapukan sebarang losyen, minyak angin atau sebarang bahan kimia di tempat yang cedera. 8.5.4 Luka, cedera dan patah 8.5.4.1 Jika luka ringan dengan sedikit pendarahan: a. Keluarkan kotoran atau kaca dan basuh di bawah aliran air. b. Lap dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril. c. Bawa ke hospital jika perlukan jahitan. d. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (paku karat) maklumkan kepada doktor supaya mangsa mendapat suntikan anti-tetanus. 8.5.4.2 Pendarahan berlebihan Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan untuk memberhentikan kehilangan darah. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka ditinggikan. Tekap dengan kuat luka dengan menggunakan kain yang bersih. Dapatkan rawatan doktor dengan segera. 8.5.4.3 Kecederaan Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer, mangsa perlu diberikan rawatan perubatan segera kerana luka tersebut mungkin dicemari dengan logam dan bendasing yang tidak dapat disterilkan dengan antiseptik.
  • 31. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 114 8.5.4.4 Patah Tulang Jika berlaku kes patah tulang, jangan gerakkan mangsa kecuali terdapat ancaman asap atau kebakaran. Berikan rawatan untuk pendarahan atau kejutan dan dapatkan bantuan perubatan segera. Jika mangsa perlu dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan anduh atau usungan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius. 8.5.4.5 Bahan yang tercemar dengan darah mesti dikendalikan dengan baik dan langkah berjaga-jaga berikut perlu diambil: a. Elak menyentuh bahan-bahan tercemar darah dengan tangan tanpa pelindung. Sentiasa menggunakan sarung tangan plastik pakai buang. b. Gunakan bahan peluntur (cairkan dengan air dengan nisbah 1:5) untuk membersihkan kawasan tercemar. c. Sarung tangan, pakaian dan kain lap yang tercemar dengan darah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat untuk dilupuskan. 8.5.5 Kecederaan mata a. Semua kecederaan mata adalah kes serius dan perlu dapatkan rawatan perubatan serta merta. b. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan botol pencuci mata serta merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda. Jangan cuba meneutralkan mata dengan asid atau alkali. Nasihatkan mangsa agar tidak menggosok matanya. c. Jangan gunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata. d. Jangan cuba mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata. e. Hantarkan mangsa untuk mendapatkan rawatan serta merta. f. Tutup mata dengan kain kasa yang tebal dan lembut. 8.5.6 Keracunan 8.5.6.1 Keracunan di dalam mulut. Ludahkan dengan serta merta dan kumur dengan air yang banyak kemudian dapatkan rawatan perubatan. 8.5.6.2 Tertelan bahan beracun. a. Hubungi hospital yang berdekatan. b. Pastikan jenis racun yang ditelan.
  • 32. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 115 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS c. Jika bahan beracun tersebut adalah asid kuat atau alkali kuat atau hidrokarbon atau jika mangsa mengalami sawan, jangan rangsang mangsa untuk muntah. d. Jika mangsa sedar, berikan 2 - 4 gelas air atau susu dengan serta merta. Paksa mangsa memuntahkan racun dengan menjolok tekaknya dengan jarinya sendiri. Ulang sehingga tiada cecair dimuntahkan. e. Dapatkan rawatan di hospital dengan segera. 8.5.6.3 Terhidu gas beracun Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a. Buka pintu dan tingkap dan alihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. b. Periksa saluran pernafasan mangsa dan pastikan tidak tersekat. c. Letakkan mangsa dalam keadaan selesa. d. Jika pernafasan mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan dengan alat bantu pernafasan. Jika nadi mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan CPR. e. Dapatkan bantuan perubatan serta merta. 8.5.6.4 Keracunan secara sentuhan dan penyerapan melalui kulit. a. Buka semua pakaian tercemar yang bersentuhan di bawah pancuran air dan basuh bahagian tercemar dengan sabun yang banyak. b. Biarkan mangsa dalam keadaan baring dan diselimutkan. Dapatkan rawatan doktor selanjutnya. c. Jangan berikan sebarang antidot seperti alkali ke atas asid atau sebaliknya atau pelarut seperti alkohol untuk fenol. d. Basuh tangan sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains. 8.5.7 Kaedah Bantuan Pernafasan Bantuan pernafasan amat perlu diberikan dengan segera kepada mangsa kemalangan yang menyebabkan pernafasan terhenti. Pernafasan boleh terhenti disebabkan oleh kejutan elektrik, sedatif, gas beracun dan lemas. 8.5.7.1 Kaedah mulut ke mulut. a. Membuka laluan udara
  • 33. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 116  Baringkan mangsa dan longgarkan pakaian. Pastikan lidah mangsa tidak menghalang laluan udara dengan mendongakkan kepala mangsa.  Sekiranya mangsa tidak sedar, periksa mulut mangsa dan pastikan tiada sebarang benda menghalang pernafasan. Rajah 8.8: Cara memeriksa mulut mangsa Rajah 8.9: Cara mendongakkan kepala mangsa b. Pernafasan  Pegang rahang bawah dan picit hidung mangsa. Sedut nafas dan hembus udara dengan kuat sehingga dada mangsa naik. Rajah 8.10: Cara Bantuan Pernafasan
  • 34. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains 117 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS  Alihkan mulut anda dan dengar dengan baik bunyi udara dihembus keluar. Kemudian ulang tindakan menghembus udara kepada mangsa.  Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga mangsa mula bernafas. Dalam sesetengah kes, mangsa mengambil masa beberapa jam untuk sedar.  Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Baring dan selimutkan mangsa supaya berada dalam keadaan selesa. c. Peredaran (circulation) untuk memberi tekanan kepada dada Penting: Jangan berikan tekanan pada dada jika terdapat degupan jantung atau nadi berdenyut.  Baringkan mangsa dan periksa nadi. Rajah 8.11: Cara memeriksa nadi mangsa  Jika tiada degupan jantung, tekan tulang dada dengan dua tangan secara pantas dengan kiraan sehingga 30. Rajah 8.12: Cara memberikan tekanan pada dada  Selepas 30 tekanan, berikan dua pernafasan CPR.  Ulang empat kali atau sehingga mangsa sedar.
  • 35. Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 118  Bawa mangsa ke hospital. Catatan : Dapatkan latihan teknik rawatan CPR yang betul. 8.6 Cadangan Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal dan bilik sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah khasnya pentadbir, guru serta kakitangan makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan makmal yang selamat, guru dan kakitangan makmal juga perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas. Oleh yang demikian, adalah wajar guru dan kakitangan makmal diberikan latihan berkaitan prosedur menangani kecemasan, pengurusan makmal dan bilik sains serta pertolongan cemas. 8.7 Rujukan 8.7.1 RECSAM (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd., 1978. 8.7.2 http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf. Handbook on Safety in Science Laboratories. City University of Hongkong. 8.7.3 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling Hazardous Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. 8.7.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2004). Guidelines on First-Aid in the Workplace. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. 8.7.5 Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.