SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Surat Pekeliling Ikhtisas
1- PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS
         Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
   Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan
   dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan
   Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam

2- TUJUAN SPI DIWARTAKAN:

  1. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.

  2. Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna

  3. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan
dan perkhidmatan

  4. Sebagai satu peraturan dan perlindungan

3- SASARAN SPI:

  1. Pelajar

  2. Guru

  3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN)

  4. Ibubapa

  5. Agensi Luar (NGO & GO)

4- SPI.BIL.4 / 75Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku&quot:

1. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadu-suarakan tetapi
sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara sahaja.

 2. SPI yang berkaitan : a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu
Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri. b.
SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku",
bertarikh 20hb. Mei, 1975. c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu
Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera.Persekutuan / Bendera Negeri di
sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.

5- PEKELILING BERKAITAN LAGU NEGARAKU SPA.Bil .23, Tahun 1966

1.mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh29hbNovember, 1966, keluaran Jabatan
Perdana Menteri.
2. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku",
bertarikh 20hb. Mei, 1975.

3. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar
Bendera.Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab
Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.

6- SPI. Bil. 8/1975:

Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera
Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan

1.Menaikkan Bendera (a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu. (b) Bendera
Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan menyanyikan Lagu
Kebangsaan.Apabila tamat nyanyian Lagu itu, Bendera pun sampai ke puncak tiang
bendera.

2.Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat 3. Memelihara Bendera-bendera i) Turun dan
simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan semula setelah hujan
berhenti, jika sekolah belum bersurai. (ii) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00
petang atau pada waktu sekolah petang bersurai. (iii) Bendera-bendera hendaklah
dilipat dan disimpan dengan cermat dan yang telah luntur dan koyak hendaklah diganti
baru.

7- SPI. Bil 3/1984

Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah Kandungan:
Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian , nilai bahasa ,
pakaian maupun perlakuan , harus ditanam dijiwa pelajar.

8- SPI.BIL. 4/1984 :

PERHIMPUNAN SEKOLAH:

1. Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu persekolahan dan
dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah.

2. Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah digalakkan.

3.Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil
masa yang berlarutan.

4. Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk
menjalankan hukuman kepada murid-murid.

5. Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan
itu.
6. Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama

7. Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, serta membentuk sikap murid-
murid ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan kepada
murid-murid dalam perhimpunan

9- Aturcara Perhimpunan sekolahNyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu
Kebangsaan Negeri / dan Lagu Sekolah (jika ada). b. Upacara menaikkan bendera. c.
Upacara membaca ikrar Rukunegara. d. Ucapan Guru Besar. e. Lain-lain perkara yang
difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan.

10- SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan
Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan.

1. Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga

3. Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar

4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.

11- SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM PROGRAM
ANJURAN AGENSI SELAIN KPM Semua penglibatan murid dalam program anjuran
agensi selain KPM hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar 3.Penyertaan murid
adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. 4. Penyertaan murid
hendaklah tidak mengganggu ataumenjejaskan proses P&P 5. Guru pengiring
hendaklah dilantik oleh pihak sekolah Pihak penganjur hendaklah menanggung semua
kos perbelanjaan. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah-
langkah keselamatan murid terjamin.Dibaca bersama SPI.Bil.7/1998 dan
SPI.Bil.24/1998.

12- SPI.BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian
Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan

 (b)Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

(c)Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.

(d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses
persekolahannya.
(e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

(f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

13- SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah

1. Penyampaian ucapan hendaklah dilakukan oleh TIGA pihak sahaja a. Pengetua /
Guru Besar b. Pengerusi PIBG atau Pengerusi Lembaga pengurus Sekolah c. Tetamu
Khas

2. JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA NEGERI, a.
Pengetua/ Guru Besar; b. Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia c. DYMM Sultan

14- PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN, (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 Pendaftar,
boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika
berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud –

 (a) yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,

(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,

(c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau

(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

15- SPI. BIL. 9 / 1991 :Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara
Sekolah

1. Dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
Undangan untuk upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.

2. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian
lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah Pelajaran Negeri

16- SPI BIL. 2 / 1997:Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian
Seragam Sekolah

 1. KPM mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian Seragam
Sekolah.

2. Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan induk yang berdaftar

3. Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diktiraf oleh badan induk

4. Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterimapakai oleh badan induk

5. Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa
menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.
17- SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan 1.Tujuan lawatan hendaklah
berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta
seiring dengan hasrat KPM 2.Lawatan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan
tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan. 3.Keselamatan dan
kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan 4. Semua prosedur untuk
mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH).

18- SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan (sambungan) 5.Sekolah SKM
(under enrolled) -S ekolah tidak boleh ditutup dan lawatan digalakkan bergabung
dengan sekolah lain semasa membuat lawatan 6. Setiap Lawatan Sekolah mesti
disediakan perancangan aktivit murid sebelum, semasa dan selepas lawatan . 7.
Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

19- SPI. BIL. 13 / 2000 :Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

 1. Dibaca bersama dengan SPI Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri
Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

2. Persatuan atau Seni bela diri yang inginmengembangkan kegiatan di sekolah
perlulah berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.

3. Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah
mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan
sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya.

20- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di
Sekolah-sekolah (Sambungan ) Tumpuan utama Persatuan Agama Bukan Islam
Hendaklah mengambil kira sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa
Islam adalah agama rasmi negara; (b) Tidak boleh bertujuan untuk pengaruhi dan
kembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama lain (c)
Keahlian hanya untuk murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh
diperluaskan kepada penganut agama lain; (d) Tidak ada bentuk paksaan kepada
mana-mana murid (e) Guru Penasihat hendaklah dilantik oleh Guru Besar /Pengetua
  (g) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
daripada Pendaftar

21- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di
Sekolah-sekolah (Sambungan ) Status – quo -penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam

(a) Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab
tersebut bolehlah diteruskan;
(b) Sekiranya ada permohonan baru daripada kalangan murid atau guru untuk
menubuhkan kelab-kelab bukan agama Islam, maka ia hendaklah mengikuti
peraturan-peraturan dan tertakluk kepada PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998

(c) Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar
atau menjemput orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya,
maka hendaklah juga mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang
berkuatkuasa.

22- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di
Sekolah-sekolah

1. Peraturan 4 , PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998,
Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada
dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh
persatuan sekolah daripada kategori yang berikut.- (a) mata peiajaran yang diajar di
sekolah (b). hobi dan rekreasi ;(c) Sukan dan permainan; (d) Badan beruniform (e)
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

2. Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c), atau (d).
Walau bagaimanapun, kategorl (e) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu
Pengarah Pelajaran Negeri, untuk meluluskan apa-apa persatuan lain sebagai
persatuan yang berdaftar di sekolah.

23- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di
Sekolah-sekolah Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN,(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah
mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu
mungkn digunakan bagi maksud:

(a) Tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,

(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,

( c) yang memudaratkan kepentingan murid

(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

24- SPI. Bil 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di Sekolah.

1. Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah JPN

2. Tidak berlakunya eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan pelajar
hendaklah diutamakan.
3. Selaraskan dengan rancangan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN

4. Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan potensi pelajar dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani tidak harus dibenarkan sama sek ali.

25- SPI. Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan GerakerjaKokurikulum Pelajar

1. Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke
Tingkatan Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan.

2 .Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak
kerja ko-kurikulum hendaklah direkodkan.

3. Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi
pelajar-pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional
(SPVM) 1985.

26- SPI. Bil 1/1985:

1.Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS) Bertujuan menyelaras dan
memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk perancangan, rekod dan
pengiktirafan kokurikulum di sekolah

2.Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah

3. Ketegasan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

4. Keanggotaan terdiri dpd wakil masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan
dipengerusikan oleh Pengetua / GB

27- SPI. Bil. 1/1986- Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata

1. Memberhentikan amalan pemberian cenderamata

2. Tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan
mahal

3. Tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan
cenderamata, dan benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri.

28- SPI. BIL. 3/1991: Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah /
Institusi Pendidikan Semua cadangan undangan ke upacara tersebut hendaklah
dikemukakan ke Kementerian Pelajaran dahulu. Kementerian Pelajaran akan
menentukannya sebelum sesuatu undangan boleh dilakukan.

29- SPI. BIL. 9 / 1991: Permohonan Mengundang Orang-Orang KenamaanKe Upacara
Sekolah Semua sekolah yang ingin mengundang Pembesar Negeri atau Orang
Kenamaan ke upacara pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih
dahulu mendapat kelulusan daripada KPM. Undangan untuk upacara-upacara lain
adalah mengikut peraturan yang ada sekarang. 3. Undangan kepada KSU, KPPM ,
Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui
Pengarah JPN.

30- SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan
Kokurikulum & Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

1. Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan

2. Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru

3. Setor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori.

4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan
dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.

5. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri ( insurans) untuk semua
pelajar.

6. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat .

31- SPI. BIL. 4/1995: PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja
Sekolah(KRS) hendaklah ditubuhkan di semua seko!ah menengah kerajaan dan
bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di
sekolah

32- SPI. BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Badan
Beruniform Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

1. Pelepasan guru tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.

2. Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.

4. Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses
persekolahannya.

5. Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

6. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

33- Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
PJK serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

1. Diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar.
2. Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi
syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.

3. Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak
mereka

4. Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum
dibenarkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah.

34- SPI. BIL. 14/2000:Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Aktiviti
Sampingan Hari Kemerdekaan Mengibarkan Jalur Gemilang di bilik-bilik darjah;
Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang Mengadakan peraduan menulis esei,
mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya; iv. Mengadakan
pertandingan/persembahan/pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan
atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan vii. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan
sesuai oleh pihak sekolah.

35- SPI.24/2000: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DALAM PROGRAM ANJURAN
AGENSI LUAR

1. Semua permohonan hendaklah memalui ketua pendaftar KPM

2. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh ketua pendaftar

3. Dengan kebenaran penjaga

4. Lantik guru pengiring

5. Penganjur tanggung kos

6. Langkah keselamatan disediakan

7. Dibaca bersama SPI.7/1998 dan SPI.24/1988

36- SPI.BIL. 7/1988:

1.Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga

2. Tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.

3. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada
disediakan.Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran
PersatuanAtau Badan Induk Sukan

4. Penyertaan murid mesti dimaklumkan kepada pengetua sekolah dan dipersetujui
oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
37- SPI.BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian
Seragam Anjuran Agensi KerajaanDan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan
pengurusan sekolah.

(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

(c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.

(d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses
persekolahannya.

(e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

(f )Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

38- SPI. Bil 7/2006: Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah.

1. Dibaca bersama Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/2006

2. Dibayar secara per kapita (PCG)

3. Sekolah Rendah RM 10.00 dan Sekolah Menengah RM 12.00 seorang

4. Sekolah Rendah Enrolmen bawah 150 orang akan dibayar secara pukal.

39- SPI.BIL.8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di hari
persekolahan

1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu
setiap minggu pada waktu persekolahan;

2. Pakai pakaian Pasukan Badan Beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya
seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya ;

3. Memilih pakaian seragam kelab/persatuan, samada dalam bentuk jaket, baju layang
(seni bela diri) atau baju-T berkolar.

4.Laksana secara terancang dan tidak beban ibubapa

40- SPI.8/2007: Garis Panduan Perhimpunan Bulanan PBB/ Kelab

1. Perhimpunan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan

2. Hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru
41- SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA
SEKOLAH

1. Semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan
Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan
atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pengarah JPN

2. Keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, YB
Timbalan Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, KPPM , Pengarah Pelajaran
Negeri atau wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian

42- SPI.BIL.3/2008:MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH
DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR Semua Pengetua dan Guru
Besar adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada
Pengarah JPN akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau
kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain
oleh pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan
harta benda sekolah.

43- SPI.BIL.3/2008 dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas
berikut;

1. SPI.Bil.3/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi
Pendidikan bertarikh 16 Me1 1991;

2 . SPI.Bil.9/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi
Pendidikan bertarikh 12 September 1991;

3. SPI.Bil.9/2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau
Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia bertarikh 16 September 2004;

4 .SPI. Bil,14/1988: Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri
Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988; 5. SPI.Bil. 10/1989: Aturcara
Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989; 6. SPI.Bil.7/1991: Penggunaan
Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia bertarikh 12 September
1991.

44- SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform di
Sekolah

1.Pendapatan keluarga RM 1000 sebulan dan kurang.

2. Kadar bantuan tidak lebih RM 100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
3. Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 5)

4. Layak dapat gantian 2 tahun sekali.

More Related Content

What's hot

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit GerkoBab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerkoguest71b30b
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asligemilangfaudzi
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019nuruljanah89
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratzikriamri86
 

What's hot (20)

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit GerkoBab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyurat
 

Similar to Surat pekeliling ikhtisas 1

Proses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanProses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanChon Seong Hoo
 
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfisu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfMUHAMADIHTISHAMNASIR1
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnrageesiva
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2PPD HULU SELANGOR
 
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhabanPertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhabancikgumadir
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Nazura Ain
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSaadah Maiden
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunanazieEizara
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptxssuser9bbe80
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumSharon Er
 
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNor Rani Othman
 

Similar to Surat pekeliling ikhtisas 1 (20)

Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Proses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanProses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatan
 
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfisu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
 
Pernyataandasarips
PernyataandasaripsPernyataandasarips
Pernyataandasarips
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rn
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
 
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhabanPertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistanaSlot 1 pengurusan prasekolah vistana
Slot 1 pengurusan prasekolah vistana
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunan
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolahNota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
Nota cmp2011 pengurusan kokurikulum di sekolah
 
Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015
 
Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015
 
4 upsi qss4013 pps
4 upsi qss4013 pps4 upsi qss4013 pps
4 upsi qss4013 pps
 
4 upsi qss4013 pps 1
4 upsi qss4013 pps 14 upsi qss4013 pps 1
4 upsi qss4013 pps 1
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 

Surat pekeliling ikhtisas 1

  • 1. Surat Pekeliling Ikhtisas 1- PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam 2- TUJUAN SPI DIWARTAKAN: 1. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan. 2. Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna 3. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan 4. Sebagai satu peraturan dan perlindungan 3- SASARAN SPI: 1. Pelajar 2. Guru 3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN) 4. Ibubapa 5. Agensi Luar (NGO & GO) 4- SPI.BIL.4 / 75Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku&quot: 1. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadu-suarakan tetapi sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara sahaja. 2. SPI yang berkaitan : a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri. b. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975. c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera.Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975. 5- PEKELILING BERKAITAN LAGU NEGARAKU SPA.Bil .23, Tahun 1966 1.mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh29hbNovember, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
  • 2. 2. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975. 3. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera.Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975. 6- SPI. Bil. 8/1975: Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan 1.Menaikkan Bendera (a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu. (b) Bendera Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan menyanyikan Lagu Kebangsaan.Apabila tamat nyanyian Lagu itu, Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera. 2.Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat 3. Memelihara Bendera-bendera i) Turun dan simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan semula setelah hujan berhenti, jika sekolah belum bersurai. (ii) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00 petang atau pada waktu sekolah petang bersurai. (iii) Bendera-bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan cermat dan yang telah luntur dan koyak hendaklah diganti baru. 7- SPI. Bil 3/1984 Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah Kandungan: Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian , nilai bahasa , pakaian maupun perlakuan , harus ditanam dijiwa pelajar. 8- SPI.BIL. 4/1984 : PERHIMPUNAN SEKOLAH: 1. Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu persekolahan dan dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah. 2. Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah digalakkan. 3.Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan. 4. Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid-murid. 5. Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan itu.
  • 3. 6. Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama 7. Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, serta membentuk sikap murid- murid ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan kepada murid-murid dalam perhimpunan 9- Aturcara Perhimpunan sekolahNyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu Kebangsaan Negeri / dan Lagu Sekolah (jika ada). b. Upacara menaikkan bendera. c. Upacara membaca ikrar Rukunegara. d. Ucapan Guru Besar. e. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan. 10- SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan. 1. Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pelajaran Negeri. 2. Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga 3. Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar 4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan. 11- SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI SELAIN KPM Semua penglibatan murid dalam program anjuran agensi selain KPM hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia. Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar 3.Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. 4. Penyertaan murid hendaklah tidak mengganggu ataumenjejaskan proses P&P 5. Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos perbelanjaan. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah- langkah keselamatan murid terjamin.Dibaca bersama SPI.Bil.7/1998 dan SPI.Bil.24/1998. 12- SPI.BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan (b)Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari. (c)Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. (d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
  • 4. (e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid. (f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan. 13- SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah 1. Penyampaian ucapan hendaklah dilakukan oleh TIGA pihak sahaja a. Pengetua / Guru Besar b. Pengerusi PIBG atau Pengerusi Lembaga pengurus Sekolah c. Tetamu Khas 2. JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA NEGERI, a. Pengetua/ Guru Besar; b. Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia c. DYMM Sultan 14- PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN, (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 Pendaftar, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud – (a) yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru, (b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam, (c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau (d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. 15- SPI. BIL. 9 / 1991 :Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah 1. Dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Undangan untuk upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang. 2. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah Pelajaran Negeri 16- SPI BIL. 2 / 1997:Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah 1. KPM mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah. 2. Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan induk yang berdaftar 3. Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diktiraf oleh badan induk 4. Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterimapakai oleh badan induk 5. Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.
  • 5. 17- SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan 1.Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat KPM 2.Lawatan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan. 3.Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan 4. Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH). 18- SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan (sambungan) 5.Sekolah SKM (under enrolled) -S ekolah tidak boleh ditutup dan lawatan digalakkan bergabung dengan sekolah lain semasa membuat lawatan 6. Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktivit murid sebelum, semasa dan selepas lawatan . 7. Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. 19- SPI. BIL. 13 / 2000 :Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah 1. Dibaca bersama dengan SPI Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah. 2. Persatuan atau Seni bela diri yang inginmengembangkan kegiatan di sekolah perlulah berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan. 3. Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya. 20- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah (Sambungan ) Tumpuan utama Persatuan Agama Bukan Islam Hendaklah mengambil kira sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara; (b) Tidak boleh bertujuan untuk pengaruhi dan kembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama lain (c) Keahlian hanya untuk murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut agama lain; (d) Tidak ada bentuk paksaan kepada mana-mana murid (e) Guru Penasihat hendaklah dilantik oleh Guru Besar /Pengetua (g) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar 21- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah (Sambungan ) Status – quo -penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam (a) Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab tersebut bolehlah diteruskan;
  • 6. (b) Sekiranya ada permohonan baru daripada kalangan murid atau guru untuk menubuhkan kelab-kelab bukan agama Islam, maka ia hendaklah mengikuti peraturan-peraturan dan tertakluk kepada PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 (c) Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar atau menjemput orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah juga mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa. 22- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah 1. Peraturan 4 , PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998, Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut.- (a) mata peiajaran yang diajar di sekolah (b). hobi dan rekreasi ;(c) Sukan dan permainan; (d) Badan beruniform (e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. 2. Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c), atau (d). Walau bagaimanapun, kategorl (e) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pelajaran Negeri, untuk meluluskan apa-apa persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah. 23- SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN,(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkn digunakan bagi maksud: (a) Tidak memberi manfaat kepada murid dan guru, (b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam, ( c) yang memudaratkan kepentingan murid (d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. 24- SPI. Bil 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di Sekolah. 1. Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah JPN 2. Tidak berlakunya eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
  • 7. 3. Selaraskan dengan rancangan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN 4. Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan potensi pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak harus dibenarkan sama sek ali. 25- SPI. Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan GerakerjaKokurikulum Pelajar 1. Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke Tingkatan Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan. 2 .Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak kerja ko-kurikulum hendaklah direkodkan. 3. Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi pelajar-pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985. 26- SPI. Bil 1/1985: 1.Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS) Bertujuan menyelaras dan memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk perancangan, rekod dan pengiktirafan kokurikulum di sekolah 2.Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah 3. Ketegasan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. 4. Keanggotaan terdiri dpd wakil masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan dipengerusikan oleh Pengetua / GB 27- SPI. Bil. 1/1986- Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata 1. Memberhentikan amalan pemberian cenderamata 2. Tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan mahal 3. Tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan cenderamata, dan benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri. 28- SPI. BIL. 3/1991: Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan Semua cadangan undangan ke upacara tersebut hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pelajaran dahulu. Kementerian Pelajaran akan menentukannya sebelum sesuatu undangan boleh dilakukan. 29- SPI. BIL. 9 / 1991: Permohonan Mengundang Orang-Orang KenamaanKe Upacara Sekolah Semua sekolah yang ingin mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih
  • 8. dahulu mendapat kelulusan daripada KPM. Undangan untuk upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang. 3. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah JPN. 30- SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah 1. Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan 2. Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru 3. Setor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori. 4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera. 5. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri ( insurans) untuk semua pelajar. 6. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat . 31- SPI. BIL. 4/1995: PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah(KRS) hendaklah ditubuhkan di semua seko!ah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah 32- SPI. BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Badan Beruniform Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 1. Pelepasan guru tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah. 2. Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari. 3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. 4. Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya. 5. Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid. 6. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan. 33- Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJK serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah 1. Diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar.
  • 9. 2. Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan. 3. Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak mereka 4. Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum dibenarkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah. 34- SPI. BIL. 14/2000:Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Aktiviti Sampingan Hari Kemerdekaan Mengibarkan Jalur Gemilang di bilik-bilik darjah; Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang Mengadakan peraduan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya; iv. Mengadakan pertandingan/persembahan/pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan vii. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah. 35- SPI.24/2000: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR 1. Semua permohonan hendaklah memalui ketua pendaftar KPM 2. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh ketua pendaftar 3. Dengan kebenaran penjaga 4. Lantik guru pengiring 5. Penganjur tanggung kos 6. Langkah keselamatan disediakan 7. Dibaca bersama SPI.7/1998 dan SPI.24/1988 36- SPI.BIL. 7/1988: 1.Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga 2. Tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar. 3. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran PersatuanAtau Badan Induk Sukan 4. Penyertaan murid mesti dimaklumkan kepada pengetua sekolah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
  • 10. 37- SPI.BIL. 24/1998 :Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi KerajaanDan Pertubuhan Bukan Kerajaan (a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah. (b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari. (c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. (d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya. (e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid. (f )Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan. 38- SPI. Bil 7/2006: Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah. 1. Dibaca bersama Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/2006 2. Dibayar secara per kapita (PCG) 3. Sekolah Rendah RM 10.00 dan Sekolah Menengah RM 12.00 seorang 4. Sekolah Rendah Enrolmen bawah 150 orang akan dibayar secara pukal. 39- SPI.BIL.8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di hari persekolahan 1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan; 2. Pakai pakaian Pasukan Badan Beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya ; 3. Memilih pakaian seragam kelab/persatuan, samada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar. 4.Laksana secara terancang dan tidak beban ibubapa 40- SPI.8/2007: Garis Panduan Perhimpunan Bulanan PBB/ Kelab 1. Perhimpunan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan 2. Hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru
  • 11. 41- SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH 1. Semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah JPN 2. Keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, YB Timbalan Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, KPPM , Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian 42- SPI.BIL.3/2008:MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada Pengarah JPN akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain oleh pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan harta benda sekolah. 43- SPI.BIL.3/2008 dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berikut; 1. SPI.Bil.3/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 16 Me1 1991; 2 . SPI.Bil.9/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 12 September 1991; 3. SPI.Bil.9/2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 16 September 2004; 4 .SPI. Bil,14/1988: Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988; 5. SPI.Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989; 6. SPI.Bil.7/1991: Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia bertarikh 12 September 1991. 44- SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform di Sekolah 1.Pendapatan keluarga RM 1000 sebulan dan kurang. 2. Kadar bantuan tidak lebih RM 100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
  • 12. 3. Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 5) 4. Layak dapat gantian 2 tahun sekali.