Dokumen tersebut membahasikan maksud dan jenis-jenis kesediaan belajar serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan siap secara mental, emosi, dan fizikal untuk mempelajari sesuatu. Ia terbahagi kepada kesediaan kognitif, afektif, dan psikomotor. Faktor-faktor yang mempengaruhinya antara lain kematangan fizikal dan mental, motivasi
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
1. H a l a m a n | 1
Penghargaan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan esei bertajuk Kesediaan Belajar yang telah diberi.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah saya, Encik Nordin bin Osman kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya berkenaan subjek Psikologi Pendidikan sehingga saya
dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada individu yang membantu saya secara langsung dan tidak
langsung. Jasa dan budi anda semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah
melimpahkan keberkahan ke atas kalian.
Akhir kata daripada saya, semoga tugasan ini menjadi suatu ilmu dan bekalan
penting buat saya sebagai seorang bakal guru di kemudian hari dan semoga
tugasan kecil ini mampu memberikan perkongsian ilmu seberapa banyak kepada
orang lain.
2. H a l a m a n | 2
1.0 Kesediaan Belajar
1.1 Maksud Kesediaan Belajar
Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang
menggambarkan telah ada, siap, lengkap, dapat, berkebolehan,
kesanggupan, kerelaan, kesudian, kemampuan, keredaan, kemahuan, dan
keinginan.
Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan
bagi mendapat, memperoleh, menambah, dan mengetahui sesuatu ilmu,
pengetahuan, kemahiran, kepandaian, dan kecekapan.
Maka, kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang
bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.
1.2 Pendapat Ahli Psikologi
3. H a l a m a n | 3
Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi
pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran
tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori
pembelajaran bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi
pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif.
Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah
mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang
dirumuskan secara ringkas seperti berikut:
Tahap Kesediaan Emosi
a) Individu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan
dan dapat membuatnya.
Berasa puas
b) Individu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan
dan tidak dapat
membuatnya.
Dukacita
c) Individu belum bersedia dan
dipaksa untuk membuatnya.
Dukacita
Jean William Fritz Piaget (1896–1980) mengaitkan kesediaan
belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu:
a) peringkat deria motor (0-2 tahun)
b) peringkat pra operasi (2-6 tahun)
c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun)
d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
Jerome Seymour Bruner (1915 - ) dipercayai berusia 98
tahun pada tahun ini (2013), kini masih bertugas sebagai
profesor penyelidikan Psikologi, felo penyelidik kanan di
Fakulti Undang-undang Universiti New York. Beliau
berpendapat bahawa kesediaan belajar merujuk kepada
apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan
kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat
perkembangannya (1966).
4. H a l a m a n | 4
2.0 Jenis-jenis Kesediaan Belajar
2.1 Kesediaan Kognitif
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan
menilai (menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar
pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
5. H a l a m a n | 5
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari
sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti
kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan
latihan yang diperlukannya.
Misalnya, pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai
kebolehan/kesediaan kognitif untuk pembelajaran Tahun Dua apabila dapat
melaksanakan tugasan berikut:
a) Dapat menyebut A hingga Z.
b) Dapat membilang nombor 1 hingga 50.
Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori
Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara
terus dengan pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya
bersedia untuk belajar operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila
memasuki sekolah menengah, mereka mula sanggup dan bersedia untuk
belajar operasi yang kompleks (kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang
mempunyai kesediaan kognitif rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti
berikut:
Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi
Dapat melihat satu aspek sahaja
dalam sesuatu objek/idea.
Dapat melihat beberapa aspek
dalam sesuatu objek.
Egosentrik; tidak dapat melihat
pandangan orang lain.
Struktur pengetahuan mula menjadi
formal.
Memahami konsep abstrak.
Membentuk hipotesis ketika
menyelesaikan masalah.
6. H a l a m a n | 6
2.2 Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan,
semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan
motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila
seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat,
disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar
adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif
adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses
pembelajaran.
Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya
juga adalah rendah. Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak
berkesan walaupun pelajar itu telah banyak kali melakukan aktiviti
pembelajaran yang sama. Perkaitan antara kesediaan afektif dengan kesan
pembelajaran adalah seperti berikut:
Kesediaan afektif Pembelajaran
Aktif dan agresif Tinggi
Pasif dan lemah Rendah
Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Stanford (1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan
oleh berapa kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya.
2.3 Kesediaan Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula
bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang
melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan
pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah
bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran
yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan
mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza
bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor
7. H a l a m a n | 7
pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan
koordinasi pergerakan otot seperti:
a) Mengikat tali kasut
b) Menulis
c) Melukis
d) Memegang pensel
e) Menyebut bunyi dan lain-lain
Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi
pergerakan otot yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas
manusia. Kesediaan psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata
pelajaran seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan
permainan alat muzik.
8. H a l a m a n | 8
3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar secara ringkasnya
ialah kematangan, kemahiran asas dan pengalaman sedia ada, motivasi
dalaman serta perhatian.
3.1 Kematangan
Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada
perubahan fizikal dan biologi dalam badan individu. Kematangan tidak ada
kaitan dengan pengalaman seorang individu. Kematangan sebenarnya
ditentukan oleh pengaruh baka daripada ibu bapa. Terdapat beberapa jenis
kematangan dan ia juga merupakan tahap perkembangan dan
pertumbuhan:
3.1.1 Kematangan Fizikal (Tahap Perkembangan Psikomotor)
Dalam topik jenis-jenis kesediaan belajar1
, terdapat pernyataan
tentang kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza
bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Perkembangan fizikal
atau perkembangan psikomotor inilah jugalah yang menunjukkan
kematangan fizikal seseorang.
1
Nota 2.3 Kesediaan Psikomotor di halaman 5.
9. H a l a m a n | 9
Berikut merupakan huraian ringkas mengenai aspek
perkembangan psikomotor kanak-kanak yang dapat dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu:
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi 0-2
Mula memperolehi koordinasi dan kawalan
otot. Tulang masih lembut.
Mula mengenal objek dalam alam sekitar
melalui organ deria dan tangan.
Mula membezakan suara daripada keluarga
dan orang lain.
Penglihatan dan pendengaran masih belum
dikembangkan dengan sempurna.
Awal
Kanak-
Kanak
2-6
Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih
tegap dan lebih tinggi.
Mempunyai satu set gigi susu.
Semakin aktif menggunakan kaki dan
tangannya.
Otak berkembang menjadi lebih besar dan
lebih terkawal.
Kanak-
Kanak
6-12
Penyelarasan motor dan kawalan tubuh
badan bertambah baik.
Otot mata sudah matang untuk membaca.
Pendengaran bertambah tajam dan boleh
membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.
Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang
dewasa.
Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi
dan kanak-kanak. Proses pertumbuhan dalaman yang berlaku adalah
asas, dan harus ada untuk pembelajaran yang efisyen.
Guru tidak boleh memaksa pelajar untuk membuat sesuatu aktiviti
jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya. Sebaliknya, guru
haruslah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan
kematangan fizikal pelajar. Misalnya, pelajar Tahun Satu dan Dua tidak
mempunyai kematangan untuk bermain tenis kerana otot-ototnya
belum berkembang untuk bermain tenis. Kematangan fizikal akan
sempurna apabila pelajar mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
10. H a l a m a n | 10
Oleh itu, kematangan fizikal akan mempengaruhi kesediaan
belajar mengikut peringkat perkembangan psikomotor.
3.1.2 Kematangan Mental (Tahap Perkembangan Kognitif)
Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia akan berterusan
sepanjang hidup individu. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget
dalam Teori Perkembangannya, perkembangan intelek seseorang
adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya.
Piaget membahagikan empat peringkat ini seperti berikut:
11. H a l a m a n | 11
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Mental
Deria
motor
0-2
Mula mengenal objek dalam alam sekitar
dengan menggunakan organ deria dan
gerak-geri.
Mula mengaitkan objek dengan kata-kata.
Pra
Operasi
2-6
Mula menggunakan bahasa sebagai ganti
gambaran benda.
Boleh membentuk konsep yang mudah.
Mempunyai imaginasi yang fantastik
dalam dunia pura-pura.
Mula boleh mengelaskan objek
berdasarkan ciri-ciri amnya.
Operasi
Formal
6-12
Menguasai konsep pengekalan tentang
nombor, berat dan isipadu.
Boleh mengenal pasti objek dalam alam
sekitar dan hubungannya dengan simbol
bahasa.
Operasi
Formal
Selepas
12
Boleh berfikir secara abstrak dan
menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.
Boleh menggunakan simbol-simbol
matematik untuk menggambarkan konsep
yang abstrak.
Menggunakan logik untuk menyelesaikan
masalah.
Perkembangan kognitif biasanya
mencapai kemuncak di penghujung umur
18-20 tahun.
12. H a l a m a n | 12
Berdasarkan Kajian Piaget, kematangan kognitif kanak-kanak
berkembang dan semakin meningkat dengan umurnya daripada
operasi konkrit (mudah) kepada operasi kompleks. Kematangan kognitif
ini mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi pra syarat untuk
mempelajari mata pelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir.
Oleh itu, guru mesti memastikan yang objektif dan isi pelajaran
yang dirancang sejajar dengan kematangan mental pelajar kerana
kematangan mempengaruhi kesediaan belajar pelajar untuk menerima
pembelajaran yang baru.
3.1.3 Kematangan Sosial dan Emosi
Kematangan sosial berkaitan dengan kebolehan pelajar untuk
berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain dalam pembelajaran.
Kematangan sosial merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
kesediaan belajar kerana kematangan sosial menentukan kesanggupan
pelajar untuk berkongsi pengalaman dan menjalankan aktiviti
pembelajaran yang dirancang oleh guru. Kematangan sosial ini boleh
dikembangkan dengan cara menggalakkan kegiatan sosial seperti
aktiviti berkumpulan yang terdiri daripad pelajar yang mempunyai
kematangan sosial yang tinggi dan rendah.
13. H a l a m a n | 13
Kematangan emosi pula merujuk kepada darjah pencapaian
kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan
dan kepuasan dalaman pelajar terhadap pembelajaran. Kematangan
emosi ini mempengaruhi kesediaan belajar pelajar. Berikut merupakan
huraian ringkas tentang aspek kematangan emosi dan sosial
berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Peringkat
Umur
(Tahun)
Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
Bayi 0-2
Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan
rasa keselamatan.
Mula ada perasaan cemburu dan iri hati.
Awal
Kanak-
Kanak
2-6
Emosinya cepat berubah dan tidak kekal
lama.
Mempunyai perasaan takut apabila
menghadapi situasi baru.
Perasaan cemburu semakin bertambah.
Suka bermain sendiri.
Hanya suka bergaul dengan saudara mara
yang berumur sama.
Kanak-
Kanak
6-12
Mula sedar tentang perasaan lain.
Emosi semakin stabil.
Suka bergaul dengan rakan sebaya.
Suka bermian secara berpasukan.
3.2 Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia Ada
Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, pelajar
hendaklah memperoleh kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan.
Pengalaman ditentukan oleh persekitaran individu. Misalnya, pelajar yang
mempunyai pengalaman tinggal di luar bandar akan lebih bersedia belajar
topik pertanian daripada pelajar yang hanya tinggal di bandar. Jesteru itu,
kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kesediaan belajar pelajar.
3.3 Motivasi Dalaman
Motivasi dalaman juga disebut dengan motivasi intrinsik. Motivasi
dalaman yang merupakan faktor kesediaan belajar ini telah dihurai dalam
topik jenis-jenis kesediaan belajar2
. Motivasi dalaman berkait rapat dengan
minat dan sikap pelajar. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai minat
yang tinggi, sikap yang positif dan berusaha mendorong pelajar ke arah
2
Nota 3.3 Motivasi Dalaman di halaman 4.
14. H a l a m a n | 14
mencapai sesuatu matlamat pembelajaran dengan cara menyediakan
ransangan yang pelbagai dan menarik serta mengekalkan motivasi dalaman
(intrinsik) pelajar agar mereka mempunyai kesediaan belajar.
Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru memasuki sekolah telah
mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan
mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman
yang kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-
kanak supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lebih aktif, mudah,
seronok dan berkesan.
3.4 Perhatian
Perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan
kesediaan belajar pelajar. Guru perlu meransang pelajar melalui strategi
pembelajaran dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set
induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan
teknik pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan
mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia
untuk menerima ilmu pembelajaran yang baru.
4.0 Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Daripada segi bahasa, implikasi bermaksud kesan, akibat, hasil, ekoran,
dan pengaruh. Kesediaan belajar memberikan beberapa implikasi terhadap
pengajaran guru dan pembelajaran murid. Antara implikasi kesediaan belajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah:
4.1 Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan.
a) Perbezaan individu.
b) Perbezaan jantina.
c) Perbezaan keyakinan diri.
d) Perbezaan perkembangan mental.
e) Perbezaan perkembangan fizikal.
4.2 Guru dapat mengambil langkah-langkah berikut untuk memenuhi
perbezaan kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
15. H a l a m a n | 15
a) Strategi pembelajaran.
Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti
pengajaran berkumpulan, pengajaran individu untuk melayani
perbezaan individu, teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif
murid, teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan bagi
membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
b) Isi kandungan pembelajaran.
Guru dapat merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan
dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta
dapat memberi kemahiran asas yang kukuh melalui aktiviti
pengukuhan sebelum pelajar mempelajari pembelajaran kemahiran
yang baru dan kompleks.
c) Pemeringkatan isi pelajaran.
Perkembangan intelek seseorang pelajar adalah berkadar secara
terus dengan pertambahan umurnya. Maka, guru perlu menyusun isi
pelajaran mengikut perkembangan kognitif (mudah kepada
kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, dekat
kepada jauh, umum kepada spesifik) kanak-kanak berdasarkan
konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya.
d) Pelbagai alat bantuan mengajar.
Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat
menarik perhatian, mengekalkan minat dan menambah penumpuan
pelajar. Perhatian dan penumpuan merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru.
5.0 Kesimpulan
16. H a l a m a n | 16
Daripada setiap isi yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa
kesediaan belajar pelajar adalah sangat penting bagi pengajaran guru dan
pembelajaran murid. Kesedaran guru tentang pentingnya kesediaan belajar
pelajar dapat menjamin kesan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
berjaya.
Bibliografi
1. Mok Soon Sang (2010) : Siri Pengajian Profesional : Psikologi Pendidikan untuk
Pengajaran & Pembelajaran (Edisi Kedua). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Puchong.
2. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan :
Psikologi II (Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.
3. Ee Ah Meng (1999) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi Pendidikan
(Semester II). Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.