SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page1 
TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia 
Berdaulat. 
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia 
telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 
Aspek Perincian Markah 
Pengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markah 
Isi dan 
huraian 
2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah 
3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi 
berparlimen) 
(i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. 
a. Keluhuran perlembagaan 
b. Kepentingan perlembagaan 
c. Pindaan Perlembagaan 
(ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut 
Perlembagaan Malaysia. 
(iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan 
konsep pengasingan kuasa. 
a. Badan Perundangan 
b. Badan Pelaksana 
c. Badan Kehakiman 
(iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat 
untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau 
persekutuan. 
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil 
b. Proses Pilihan Raya 
c. Syarat calon dan pengundi 
30 markah 
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang 
mengamalkan demokrasi berparlimen. 
10 markah 
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi 
berparlimen. 
10 markah 
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem 
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah 
untuk mengatasi cabaran tersebut. 
10 markah 
7. Nilai-nilai murni. 5 markah 
Kesimpulan 
8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. 
a) Pengetahuan yang diperoleh 
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara 
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang 
lebih harmoni dan stabil. 
5 markah
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page2 
SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 
1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah ) 
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 
dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan 
negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem 
pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat 
bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, 
mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini 
berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 
2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah ) 
1. PERLEMBAGAAN 
Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas 
kepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi 
negara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan 
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan 
mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan 
tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. 
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 
perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan 
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan 
Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah 
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 
2. RAJA BERPERLEMBAGAAN 
Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut 
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan 
sejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama 
negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak 
berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong 
tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara 
baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan 
sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir -gilir. Pemilihan 
Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. 
3. KUASA PEMERINTAHAN 
Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep 
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan 
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang 
oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 
4. PILIHAN RAYA 
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada 
peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan 
menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page3 
dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. 
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya 
di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
5. PARTI-PARTI POLITIK 
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, 
untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan 
kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan 
komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan 
dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu 
dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili 
orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India. 
3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. 
a ) Keluhuran perlembagaan 
b ) Kepentingan perlembagaan 
c ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah ) 
a) Keluhuran Perlembagaan 
Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran 
Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau 
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang 
dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua 
jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah 
tidak sah. 
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan 
Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan 
dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. 
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk 
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah 
dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan 
setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan 
Malaysia. 
b) Kepentingan perlembagaan 
Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara 
dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan 
membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah 
kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya 
pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. 
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi 
kepada sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya 
semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia 
menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan 
kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang 
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada 
negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah 
air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page4 
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. 
Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, 
beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan 
mereka disisi undang-undang. 
Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di- 
Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan 
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah 
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan 
serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun, 
perlembagaan juga memastikan Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati - 
hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. 
Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan 
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. 
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang 
persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat 
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. 
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan 
bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang 
ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai 
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan 
senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu 
memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. 
c) Pindaan Perlembagaan 
Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini 
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan 
melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya 
sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga 
menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan 
kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. 
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan 
secara terbuka. Antara perkara sensiti f dalam perlembagaan yang tidak boleh 
dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa 
Melayu dan hak istimewa orang Melayu. 
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan 
seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga 
menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara 
kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan 
keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan terbesar 
yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di 
Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. 
Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama 
dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan 
Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis 
Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan 
Raja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa 
orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan 
negeri.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page5 
Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan 
Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara 
pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan 
Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa 
menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. 
Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. 
Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah 
pindaan 
Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan 
yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam 
perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai 
perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam 
perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang 
melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan 
mana-mana negara lain. 
3. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia. 
( 30 markah ) 
Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di -Pertuan Agung (YDPA) merupakan 
ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, 
Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga 
unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan 
parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA 
berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap 
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. 
Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan 
dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu 
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, 
kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu. 
Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, 
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA 
mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, 
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan 
Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. 
Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang 
X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik 
pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan 
Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan 
Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang 
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk 
mentauliahkan duta-duta negara kita. 
3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan 
kuasa. 
a. Badan Perundangan 
b. Badan Pelaksana 
c. Badan Kehakiman ( 30 markah )
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page6 
a. Badan Perundangan 
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan 
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya 
ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan 
rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab 
menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan 
Negara dan Dewan Rakyat. 
Dewan Negara 
Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 
orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan 
Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam 
perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula 
dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan 
Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam 
pilihanraya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur 
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan 
boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri. 
Dewan Rakyat 
Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili 
semua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. 
Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan 
Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta, 
manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yang 
digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan. 
b. Badan Pelaksana 
Kabinet (Jemaah Menteri) 
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar -dasar 
kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah 
Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua 
perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. 
Kementerian 
Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau 
beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal 
dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan 
ekonomi dan sosial negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah 
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian 
diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha 
parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas 
dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berport folio dan 
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page7 
Perkhidmatan Awam 
Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang 
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. 
Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha 
Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan 
pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab 
melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. 
Jabatan Kerajaan 
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada 
kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. 
Badan Berkanun 
Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. 
Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah 
lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. 
Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk 
mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah 
rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian 
Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 
Suruhanjaya 
Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan 
memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan 
Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. 
c. Badan Kehakiman 
Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara 
sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun 
keseksaan. Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan 
perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Per lembagaan Persekutuan dan 
Perlembagaan Negeri. 
Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas 
mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, 
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan 
Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. 
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan 
tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di 
Malaysia disusun mengikut hieraki pi ramid. Melalui sistem ini, individu atau 
kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh 
membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh 
Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh 
dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil 
bahagian dalam politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang 
kerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page8 
3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah 
sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. 
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil 
b. Proses Pilihan Raya 
c. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah ) 
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil 
Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan 
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya 
umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh 
seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua 
pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus 
Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuaannya untuk 
memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. 
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan 
undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di 
Sarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan. 
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana 
kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku 
mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan 
perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi 
semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan 
itu. 
b. Proses Pilihan Raya 
Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon 
dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang 
bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. 
Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat 
pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi 
diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipil ih 
ditempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan 
memangkah calon pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut 
ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi 
dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan 
raya pada hari tersebut. 
c. Syarat calon dan pengundi 
Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 
21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak 
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan 
sesuatu kesalahan oleh mahkamah. 
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau 
ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan 
atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon 
boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. 
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan 
calon.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page9 
Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai 
Daftar Pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang 
warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, 
tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan 
undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi 
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan 
anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan 
yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka 
terdaftar sebagai pengundi. 
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi 
berparlimen. ( 10 markah ) 
Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi 
berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan 
menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi 
undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara. 
Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian 
negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai -nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil 
lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara. 
Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing 
dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah 
membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga 
haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. 
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ 
Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ 
Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. 
( 10 markah ) 
Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah 
dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan 
aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan 
pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar -dasar negara juga 
dapat diteruskan. 
Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan 
pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak 
berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di 
samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan 
rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat di 
perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan 
yang mempunyai jati diri.
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page10 
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi 
berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 
( 10 markah ) 
Contoh Jawapan 1 
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu 
perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. 
Kalangan generasi muda juga, t iada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab 
sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap 
keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta 
akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. 
Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai 
murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan 
terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak 
bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang 
tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang 
melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan 
sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan 
program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum. 
Contoh Jawapan 2 
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah 
pengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat. 
Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat 
palsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan 
mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar -dasar 
kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-Raja 
Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza 
di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar 
jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih 
bersifat perkauman daripada kepentingan rasional. 
Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undang 
yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran 
maklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu atau 
pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap 
penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia 
melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber 
ekonomi yang adil dan saksama antara kaum. 
Contoh Jawapan 3 
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik 
perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi 
manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan 
nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan 
jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar. 
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif 
daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan 
mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page11 
dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan 
menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan 
individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah 
mengatasi cabaran tersebut. 
7. Nilai-nilai murni. ( 5 markah ) 
Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen 
adalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada 
pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. 
Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh 
kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan 
bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan 
diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan 
bersama. 
8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. 
a) Pengetahuan yang diperoleh 
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara 
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. 
( 5 markah ) 
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan 
sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan 
memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk 
kerajaan yang mantap. 
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat 
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 
Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan 
disegani di persada dunia. 
Disediakan oleh : 
Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam, Selangor 
10 Oktober 2014

More Related Content

What's hot

Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangannasywah79
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaDORAEMONLINA
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaZara Lumina
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAShaff Fx
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaAkhy Sham
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaFasyah Tutor
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayanasywah79
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduangoogle
 

What's hot (20)

Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysia
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysia
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di Malaysia
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Kabinet
KabinetKabinet
Kabinet
 
Badan perundangan
Badan perundanganBadan perundangan
Badan perundangan
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanraya
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 

Viewers also liked

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Then Moli
 
SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .
 SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .  SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .
SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 . n lyn
 
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPMTeknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPMTuisyen Geliga
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1Noorhidayah Jalaludeen
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5Pendidik Bangsa
 
T5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanT5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanYati Zain
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Cg Sue
 
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016isharsmiaa
 
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014ciklaili. com
 
K2 SEJ SPM 2014
K2 SEJ SPM  2014K2 SEJ SPM  2014
K2 SEJ SPM 2014isharsmiaa
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)Nazmi Nami
 
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016ciklaili. com
 

Viewers also liked (20)

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
 
SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .
 SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .  SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .
SKEMA SEJARAH KERTAS 3 . BAI 1 . TINGKATAN 5 .
 
Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2
 
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPMTeknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM
Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1
Tajuk umum sejarah kertas 3 tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 1
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5
 
T5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanT5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapan
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
 
Sejarah Tingkatan 4: Bab10
Sejarah Tingkatan 4: Bab10Sejarah Tingkatan 4: Bab10
Sejarah Tingkatan 4: Bab10
 
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014
 
K2 SEJ SPM 2014
K2 SEJ SPM  2014K2 SEJ SPM  2014
K2 SEJ SPM 2014
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
 
SEJARAH KERTAS 3 2016
SEJARAH KERTAS 3 2016SEJARAH KERTAS 3 2016
SEJARAH KERTAS 3 2016
 
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
 

Similar to Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanMohd Muzlimi Junoh
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titasfnasfea
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatMohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahanPaish Gto
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 

Similar to Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014 (20)

Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahan
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 

More from ciklaili. com

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2019
Jadual Waktu SPM 2019Jadual Waktu SPM 2019
Jadual Waktu SPM 2019ciklaili. com
 
Takwim Peperiksaan 2019
Takwim Peperiksaan 2019Takwim Peperiksaan 2019
Takwim Peperiksaan 2019ciklaili. com
 
Hari Kelepasan Am 2019
Hari Kelepasan Am 2019Hari Kelepasan Am 2019
Hari Kelepasan Am 2019ciklaili. com
 
Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan 2019Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan 2019ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2018
Jadual Waktu SPM 2018Jadual Waktu SPM 2018
Jadual Waktu SPM 2018ciklaili. com
 
Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018ciklaili. com
 
Takwim peperiksaan 2018
Takwim peperiksaan 2018Takwim peperiksaan 2018
Takwim peperiksaan 2018ciklaili. com
 
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)ciklaili. com
 
Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017ciklaili. com
 
Jadual Waktu PT3 2017
Jadual Waktu PT3 2017Jadual Waktu PT3 2017
Jadual Waktu PT3 2017ciklaili. com
 
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017ciklaili. com
 
Takwim peperiksaan 2017
Takwim peperiksaan 2017Takwim peperiksaan 2017
Takwim peperiksaan 2017ciklaili. com
 
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPMManual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPMciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016ciklaili. com
 

More from ciklaili. com (20)

SPM 2020
SPM 2020SPM 2020
SPM 2020
 
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020
Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020
 
Jadual Waktu SPM 2019
Jadual Waktu SPM 2019Jadual Waktu SPM 2019
Jadual Waktu SPM 2019
 
Takwim Peperiksaan 2019
Takwim Peperiksaan 2019Takwim Peperiksaan 2019
Takwim Peperiksaan 2019
 
Hari Kelepasan Am 2019
Hari Kelepasan Am 2019Hari Kelepasan Am 2019
Hari Kelepasan Am 2019
 
Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan 2019Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan 2019
 
Jadual Waktu SPM 2018
Jadual Waktu SPM 2018Jadual Waktu SPM 2018
Jadual Waktu SPM 2018
 
Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018
 
Takwim peperiksaan 2018
Takwim peperiksaan 2018Takwim peperiksaan 2018
Takwim peperiksaan 2018
 
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)
Senarai Hospital Yang Melaksanakan Electronic Guarantee Letter (e-GL)
 
Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017
 
Jadual Waktu PT3 2017
Jadual Waktu PT3 2017Jadual Waktu PT3 2017
Jadual Waktu PT3 2017
 
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1
Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Takwim peperiksaan 2017
Takwim peperiksaan 2017Takwim peperiksaan 2017
Takwim peperiksaan 2017
 
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPMManual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM
Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016
 

Recently uploaded

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 

Recently uploaded (13)

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

  • 1. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page1 TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Aspek Perincian Markah Pengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markah Isi dan huraian 2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah 3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi berparlimen) (i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. a. Keluhuran perlembagaan b. Kepentingan perlembagaan c. Pindaan Perlembagaan (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa. a. Badan Perundangan b. Badan Pelaksana c. Badan Kehakiman (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil b. Proses Pilihan Raya c. Syarat calon dan pengundi 30 markah 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. 10 markah 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 10 markah 7. Nilai-nilai murni. 5 markah Kesimpulan 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. 5 markah
  • 2. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page2 SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah ) Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah ) 1. PERLEMBAGAAN Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 2. RAJA BERPERLEMBAGAAN Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir -gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. 3. KUASA PEMERINTAHAN Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 4. PILIHAN RAYA Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka
  • 3. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page3 dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 5. PARTI-PARTI POLITIK Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India. 3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. a ) Keluhuran perlembagaan b ) Kepentingan perlembagaan c ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah ) a) Keluhuran Perlembagaan Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. b) Kepentingan perlembagaan Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
  • 4. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page4 Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di- Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati - hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. c) Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensiti f dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.
  • 5. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page5 Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain. 3. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia. ( 30 markah ) Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di -Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu. Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. 3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa. a. Badan Perundangan b. Badan Pelaksana c. Badan Kehakiman ( 30 markah )
  • 6. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page6 a. Badan Perundangan Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihanraya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri. Dewan Rakyat Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan. b. Badan Pelaksana Kabinet (Jemaah Menteri) Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar -dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Kementerian Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berport folio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
  • 7. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page7 Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Kerajaan Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan Berkanun Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Suruhanjaya Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. c. Badan Kehakiman Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Per lembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki pi ramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
  • 8. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page8 3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil b. Proses Pilihan Raya c. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah ) a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuaannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. b. Proses Pilihan Raya Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipil ih ditempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut. c. Syarat calon dan pengundi Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
  • 9. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page9 Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. ( 10 markah ) Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara. Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai -nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. ( 10 markah ) Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar -dasar negara juga dapat diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri.
  • 10. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page10 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. ( 10 markah ) Contoh Jawapan 1 Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. Kalangan generasi muda juga, t iada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum. Contoh Jawapan 2 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah pengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat palsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar -dasar kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih bersifat perkauman daripada kepentingan rasional. Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran maklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu atau pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber ekonomi yang adil dan saksama antara kaum. Contoh Jawapan 3 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan
  • 11. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page11 dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah mengatasi cabaran tersebut. 7. Nilai-nilai murni. ( 5 markah ) Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen adalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama. 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. ( 5 markah ) Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk kerajaan yang mantap. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. Disediakan oleh : Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam, Selangor 10 Oktober 2014