SlideShare a Scribd company logo
1 of 51
Abstrak
Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke
Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi
Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi’ ini adalah
bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar;
membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;
memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang
betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering
dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan yang
melibatkan 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri
Persiaran Perdana , Selangor. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan
murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama. Kumpulan terebut
terbahagi kepada pelajar aras rendah (20 orang) dan pelajar aras sederhana
(15 orang). Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, Kumpulan aras
lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara
kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara konvensional. Instrumen
kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi
soalan aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra
dan ujian pos.
i
Abstract
The research proposal entitled "Enhancing Student Mastery on the use of
preposition Joints Using Mind Maps Says Having a Computer Aided Innovation
Characteristics' aims to help students identify prepositions and actual functions;
help students master the use of the preposition in a sentence; enable students to
memorize and remember to use the correct preposition; lastly help considering
the common mistakes that are often made by students. This study represents a
survey involving 35 students in Year 4 in the National School Village Amanpuri
Persiaran Perdana, Selangor. The sample consisted of two groups of students
who have nearly the same level of achievement. Terebut group is divided into
low-level students (20 people) and medium level students (15 people).
Researchers directly involved in this study, the ground level is taught with
methods of computer aided mind map while the average level of student groups
also taught in a conventional manner. The instrument used was a performance
test consists of multiple choice questions. Both groups of students will sit for the
tests pre and post test
ii
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
BAB 1 : PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah Kajian 3
1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian 3
1.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian 3
1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian 3
1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian 5
1.8 Definisi pembolehubah/operasional 5
1.8.1 Peta Minda 5
1.8.2 Pembelajaran 5
1.8.3 Pengajaran 6
1.8.4 Prestasi Pelajar 6
1.9 Rumusan 6
Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 7
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Definisi Istilah 7
2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda 8
2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 10
2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda 12
2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda 13
2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah 15
2.8 Rumusan 17
BAB 3 : METADOLOGI 18
3.1 Pendahuluan 18
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan 18
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian 21
3.5.1 Prosedur pengumpulan data 21
3.5.2 Prosedur analisis data 22
iii
3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data 23
3.6 Rumusan
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Profil Responden 25
4.3 Jantina Responden 25
4.4 Laporan Dapatan Kajian 25
4.5 Rumusan 34
BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN 35
5.1 Pengenalan 35
5.2 Rumusan Hasil Kajian 35
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 36
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 39
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 39
5.6 Penutup 40
RUJUKAN 41
iv
SENARAI JADUAL MUKA SURAT
Jadual 3.2 : Skema Pemarkahan 22
Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 26
Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27
SENARAI RAJAH MUKA SURAT
Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembelajaran 24
Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina 25
Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27
Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 28
Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer . 3
v
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang
iaitu Morfologi dan Sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata,
kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung dalam bidang Morfologi ialah
Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Manakala topic yang terkandung dalam
bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar,
Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat dan Susunan Ayat.
Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan
formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami
oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna sesuatu perkataan atau ayat dan
menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar menentukan sesuatu ayat sama ada betul
atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar. Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu
mengambil sikap terbuka. Mereka perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik
minat pelajar dan dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa
(sama ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks
lingkungan yang lebih luas. Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang
tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab
Kata Tugas.
1
Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari,
daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan,
oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.Penguasaan pelajar terhadap penggunaan
kata sendi nama yang tepat perlulah diberi penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Peta minda berbantukan komputer boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat
dengan maklumat kata sendi nama. Ia merupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik.
Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke mana-
mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar
untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut. Peta minda kata sendi
nama berbantukan komputer ini menyamai sebuah buku tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi Nama’
yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal, mengingati dan merumus kata
sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa aspek penting yang mesti diambil
kira oleh semua guru. Setiap murid perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi
tatabahasa , penulisan dan kosa kata. Pengetahuan ini adalah penting bagi membolehkan
seseorang murid itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Walau bagaimanapun, masih
terdapat murid-murid yang masih keciciran dan ketinggalan dalam alam pendidikan. Dalam
Sukatan Pelajaran Baharu, ejaan, intonasi, sebutan, kosa kata dan penggunaan tatabahasa seperti
kata sendi merupakan salah satu komponen sistem bahasa yang amat penting dan mesti dikuasai
oleh murid. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati masih ramai murid yang gagal memilih dan
mengaplikasikan penggunaan kata sendi dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama
mengapa murid-murid tidak mampu untuk memilih jawapan yang betul dan tepat dalam soalan
pemahaman mengisi tempat kosong adalah kerana pengetahuan penggunaan kata sendi mereka
yang amat terhad. Ini menyebabkan mereka juga sering melakukan kesalahan dalam
penggunaan kata sendi yang betul.
2
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Penguasaan pelajar Tahap 2 ke atas penggunaan kata sendi yang betul dalam sesuatu ayat
bahasa Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam
membina ayat berpunca daripada pemilihan kata sendi yang salah.
1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian
Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti pelajar memahami kata sendi dan fungsinya yang sebenar;
2. Mengenal pasti pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;
3. Mengenal pasti pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul.
1.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian
1. Adakah pelajar dapat mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar;
2. Adakah pelajar dapat menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;
3. Adakah pelajar dapat menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul.
1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian
Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru
membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar
sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’
ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang boleh meransang
pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri
inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan
seterusnya akan meningkatkan pencapaian.
3
Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata
sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah
pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda
yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna,
frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian
pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata
sendi di dalam sesuatu ayat. Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran.
Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang
panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak
berbanding dengan syarahan guru.
Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata
kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak
manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya kajian ini juga
dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka
dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan
komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan
pengajaran.
Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan
mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan ‘hard
copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan
mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan
berpanjanganSelain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran
sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat
memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer.
4
1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian
Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar daripada kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa
Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-
mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung dalam
Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4. Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa empat
minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan
pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin akan memberi
kesan ke atas keputusan kajian.
1.8 Definisi pembolehubah/operasional
1.8.1 Peta Minda
‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada
pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan kedalam
peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak.
1.8.2 Pembelajaran
‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru
(Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal
seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak akan mengaplikasi dan
menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu dan sentuhan melalui aktiviti
yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan
minat dan kreatviti.
5
1.8.3 Pengajaran
‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan
agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.
1.8.4 Prestasi Pelajar
Prestasi merupakan pencapaian pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui
ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra
dan ujian pos.
1.9 Rumusan
Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak
dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting dalam
penyelidikan ini. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan peta
minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan‘Kata
Sendi Nama’ dalam sesuatu ayat.
6
Bab 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang
sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran
menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat. Pengkaji menggunakan kaedah
peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi
Nama’ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Dalam bab ini juga pengkaji
mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda, teori-
teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda
dan pembelajaran berbantukan komputer.
2.2 Definisi Istilah
Definisi Istilah
Tujuan adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian
dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza sesuai
dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah ini, antaranya ialah :
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.
Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.
Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat
dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.
Kumpulan pelajar aras rendah ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan
menggunakan kaedah peta minda.
7
Kumpulan murid aras sederhana ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah
konvensional.Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea
penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di
luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan
sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin, berbantukan
komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).
Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai
alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.Inovasi
menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual or individuals,
which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is
fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi lebih kepada idea, objek
atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok orang yang bermaksud untuk
memperbaiki tujuan yang diharapkan. Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada
“continuous reapraisal and improvement of existing practice which can be regarded as part of
the normal activity….” Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian,
penafsiran dan pengharapan kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang
diangap sebagai bagian aktivitas yang biasa.
2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda
Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh
membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001),
penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan
menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan
Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota,
merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan.
Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.
8
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada
ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006),
peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat
secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti
menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya
dibina di atas sehelai kertas.
Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh
menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran,
seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak
dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat
learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud
penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,
mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara
keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan
cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk
dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda
membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota
tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang
diingati.Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab
Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan
ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada,
membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur
kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.
9
Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani
Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut,
Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam
peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang
bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi
memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.
Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100
lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25
Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai
peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-
karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan
garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam
yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai
perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda
dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.
2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah
digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti
pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang
sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan
perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk
tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi
dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan
untuk mencapai matlamat pembelajaran.
10
Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu
situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu kemahiran. Selain itu
beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, adalah
usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi murid-murid.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan suasana
pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara
yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan
lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang dipelajari,
merperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan
lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :
(i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara tidak
langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar,
(ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti
pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid,
(iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada kemahiran
berfikir di kalangan murid,
(iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya
dari segi isi pelajaran,
(v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f)
komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin
maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau
persembahan.
11
Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain Wati Abas
(1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum sekolah
menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai alat (tool)
untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer yang
digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar
terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran sangat penting,
kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan.
2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda
Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta
pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat
kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel,
dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat,
dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur
(2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala
pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.
Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa
setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan
menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia
menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.David
Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui
penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari
secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara
hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara
hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman
yang serba maju ini.
12
Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke
arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner
yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah
kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura
Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada
satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada
dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai
terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa
dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin
terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-
murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.
2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda
Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma
binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat
kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan
komputer oleh Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut
menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala
pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat
membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya
dalam soalan struktur Kertas 2.Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30
orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta
minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan
berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding
ujian pra 7%.
13
Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40%
dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam
mencatat nota adalah berjaya. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian
tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan.
Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil
dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A
sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred
B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C
menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian
pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran
matematik adalah berkesan.
Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep
terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar
semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat
perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang
lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian
strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan
komputer.Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat
pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah
pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang
memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding
47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun
kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo
Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.
14
2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah
Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan
dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya
iaitu pelajar sekolah. Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan
yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan
yang dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd. Aziz (2000)
pernah menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri
daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif
yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. Selain itu, mereka perlu
peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah-
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung
dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah.
Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah
mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah chalk
and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD
projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran komputer
dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point, flash, movie maker dan
lain-lain lagi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru
adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan
tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna,
secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi
yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
15
Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis.
Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat
menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu
pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru
menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai
masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan.
Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan
berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk
menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran
berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar
menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan
berada jauh di luar kontek sebanar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan
kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir
secara kritikal, menganalisis maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan
masalah dalam pelbagai konteks.
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains komputer dan undang-
undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar dimana ianya akan menjadi
pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah
ini menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang
telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer
sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn
(1980) mendefinisikan PBL sebagai the learning which result from the process of working
towards the understanding of, or resolution of, a problem. Margetson (1991) pula menganggap
PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza
16
daripada kebanyakan konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.
Dengan menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam
kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran
untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan
membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan
serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997).
2.8 Rumusan
Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa
kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-
murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai
dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel
dan Teori Kecerdasan Gardner
17
BAB 3 : METADOLOGI
3.1 Pendahuluan
Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer dalam
bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi Nama”. Dalam bab ini,
pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan
dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka
bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data dan
seterusnya tatacara penganalisaan data.
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah kelas tahun
empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Kedua-dua
kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan
diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat minggu
dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar dapat mengurangkan
ralat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-data yang dikaji
hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji.Untuk
menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan
memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana kumpulan pelajar aras rendah menerima
pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer, sementara
kumpulan pelajar aras rendah akan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah
konvensional.
18
Pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajara tersebut. Kedua-dua
kumpulan tersebut akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian paos selepas kajian
dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan
mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan
pencapaian yang hampir sama berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji.
Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap
penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua kumpulan,
iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam kajian ini,
terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak
bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah tahap penguasaan ke atas
penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian
pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan
peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et.
al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak
bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa
yang diukur.
Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh ubah-
pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu keputusan
kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan
penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus tersebut, beberapa
langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan
pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam
sesuatu ayat yang hampir sama.
19
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa
Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah
kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35 orang pelajar yang
hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 20 orang
dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang lagi dikelompokkan
ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana.
3.4 Instrumen Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra dan
ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang
berkaitan dengan penggunaan ‘Kata Sendi Nama’. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina
sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan Bahasa
Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KSSR Tahun 4. Bagi menentukan kesahan
kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu
ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya
pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan
pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah
membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.
20
3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian
Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,
Selangor. melibatkan 35 sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan
kumpulan aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji
menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh
sampel bagi kedua-dua kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-
dua kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah konvensional
sementara kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan
komputer. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada
hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar
aras sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan
ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.
3.5. 1 Prosedur pengumpulan data
Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik akan mengutip
kertas ujian daripada murid sebaik sahaja masa menjawab tamat. Semua markah akan
dicampurkan daripada beberapa bahagian sebelum diberi gred. Penyelidik mengumpul skor
mentah daripada ujian pra dan mengisi ke dalam jadual. Selepas mengumpul data ujian pra,
penyelidik akan mengendalikan pelajaran selama tiga ratus minit dalam jangka masa empat
minggu untuk membantu kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan akan belajar seperti biasa
Selepas program berakhir, murid-murid akan menjalani ujian pos pula. Masa yang
diperuntukkan adalah sama dengan ujian pra iaitu tiga puluh minit. Penyelidik akan mengutip
kertas ujian dan seterusnya mengira markah. Markah yang telah dicampur akan diberi mengikut
gred. Data-data yang diperolehi direkod secara terperinci dalam borang skor.
21
3.5.2 Prosedur analisis data
Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada kedua-dua ujian yang dijalankan. Jumlah
markah ujian daripada ujian pra dan ujian pos ialah 30 markah. Penyelidik mengira markah
dengan menjumlahkan keseluruhan bahagian ujian iaitu Latihan 1, 2, dan 3. Data-data yang
diperoleh akan direkod secara terperinci dalam borang skor. Kemudian data-data tersebut akan
dianalisis menggunakan kaedah gred A hingga E. Hasil dapatan akan dianalisis berdasarkan
prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk gred. Rujuk jadual skema
markah di bawah ini.
Jadual 3.2
Skema Pemarkahan
Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Kemudian
penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan peta
minda sendi nama yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan kata
sendi murid Tahun 4.
22
Gred Markah Lulus/Gagal
A
B
C
D
E
24 - 30
19 – 23
13 – 18
7 -12
0 – 6
Lulus
Lulus
Lulus
Gagal
Gagal
3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data
Empat jenis maklumat diperlukan bagi menjawab soalan kajian, seterusnya menulis laporan
akhir kajian. Maklumat pertama diperlukan untuk memperihalkan profil pelajar. Manakala tiga
set data diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Pertama sekali penyelidik perlu memastikan
pelajar menjawab kesemua item dalam instrumen kajian dan data-data tersebut direkodkan
dengan terperinci. Borang skor yang telah disediakan digunakan mencatat data-data yang telah
dikumpul. Bagi analisis statistik deskriptif, min dan sisihan piawai digunakan.
3.6 Rumusan
Di dalam bab ini, penyelidik menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian
termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara
pengumpulan dan penganalisaan data. Data yang dikumpul dijangkakan dapat memberi
maklumat yang secukupnya untuk penyelidik menilai kesan penggunaan peta minda sendi nama
berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan
kata sendi murid Tahun 4.
23
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden yang terdiri
daripada murid Tahun 4 dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses dipersembahkan
dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca. Setiap jadual disertakan
dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk menambahkan pemahaman para
pembaca.
4.2 Profil Responden
Kajian ini adalah melibatkan responden seramai 35 orang murid Tahun 4 yang kini belajar di
Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dua buah kelas telah dipilih
daripada empat buah kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35
orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan,
20orang (57.14%) dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang
(42.85%) lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana. Rajah 4.2 di bawah
menunjukkan pecahan aras penguasaan pembelajaran murid dengan jelas.
43%
57%
PERATUS PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT
ARAS PENGUASAAN PEMBELAJARAN
ARAS RENDAH
ARAS
SEDERHANA
Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembeajaran
24
4.3 Jantina Responden
Responden dalam kelas atau kumpulan pertama terdiri daripada 8 orang murid lelaki (40%) dan
12 orang murid perempuan (60%). Responden dalam kelas atau kumpulan kedua terdiri daripada
10 orang murid lelaki (66.66%) dan 5 orang murid perempuan (33.33%). Rajah 4.3 di bawah
menunjukkan bilangan dan peratus jantina responden dengan jelas.
Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina
4.4 Laporan Dapatan Kajian
Setelah menjalankankan beberapa langkah dalam perlaksanaan tindakan yang terlibat dalam
kajian mempertingkatkan penguasaan kata sendi nama menggunakan peta minda berbantukan
25
komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi ini, penyelidik telah memperolehi beberapa dapatan
seperti berikut :
4.4.1 Dapatan Ujian Pra / Ujian Pengesanan Tahap Penguasaan Kata Sendi Nama
Sebelum Penggunaan Peta Minda Berbantukan Komputer & Dapatan Ujian
Pos / Ujian 2
Pencapaian Ujian Pra
(Bil murid )
Peratus
(%)
Ujian Pos
(Bil murid)
Peratus
(%)
Cemerlang
(80%-100%) 0 0% 13 37.14
Baik
(60% - 79%) 5 14.28 12 34.28
Sederhana
(40% -59%) 7 20.00 10 28.57
Tidak
Memuaskan
(20%-39%)
10 28.57 0 0
Lemah
(0%-19%) 13 37.14 0 0
Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
26
0
2
4
6
8
10
12
14
UJIAN PRA UJIAN POS
CEMERLANG
BAIK
SEDERHANA
TIDAK
MEMUASKAN
LEMAH
Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jika dilihat daripada markah yang diperoleh dalam Ujian Pra dan Ujian Pos terdapat perbezaan
yang agak ketara. Di mana peserta kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik,
sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 (Ujian
Pra) ialah seramai 12 orang sahaja dan peratusan adalah sebanyak 34.28%. Manakala jika
dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%.
Penambahan peningkatan sebanyak 65.72%.
Berikut pula adalah analisis keputusan ujian pra dan ujian pos ke atas 35 orang murid
Tahun 4 tersebut :
Ujian yang dijalankan Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
Jumlah markah lulus 34.28 100.00
Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
27
34.28
100
0
20
40
60
80
100
PERATUS
MARKAH
UJIAN PRA UJIAN POS
KATEGORI
PERATUS MARKAH LULUS
Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual di atas menunjukkan bahawa peratus markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian
pos telah meningkat daripada 34.28% kepada 100.00%. Ini jelas membuktikan bahawa
pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai
ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap
penggunaan kata Sendi Nama yang betul.
Selain daripada penyelidikan ini, Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian
tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan
kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak
26.6% dalam ujian pos berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga
meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C
menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian
pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran
matematik adalah berkesan.Dengan demikian penyelidik merumuskan bahawa kaedah
pengajaran & pembelajaran menggunakan peta minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind
28
Mapple) telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dari sudut penguasaan Kata
Sendi Nama.
4.4.2 Hasil Pemerhatian Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran Kata Sendi
Nama Yang Melibatkan Inovasi Peta minda kata Sendi & Pencapaian Murid
Dalam Latih tubi Menjawab Soalan Kata Sendi Nama.
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran & pembelajaran kata sendi
nama tetapi tidak dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional iaitu
menggunakan kaedah penerangan dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya,
sebaliknya penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama telah
digunakan oleh penyelidik. Penyelidik telah menggunakan borang pemerhatian inventori yang
mengandungi item-item tentang penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi
nama berbantukan komputer.
Berdasarkan pemerhatian ke atas proses P&P Kata Sendi Nama (35 orang pelajar Tahun 4) yang
melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama berbantukan komputer tersebut, penyellidik
dapati proses pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama inovasi berjaya mewujudkan konsep
pembelajaran secara didik hibur dan dapat mencapai objektif P&P Kata Sendi Nama. Antara
objektif P&P Kata Sendi Nama tersebut ialah memberikan contoh kata sendi nama yang terdapat
dalam petikan, mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul dalam lembaran kerja
dan membina ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama yang diberikan oleh guru.
Selain itu, kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi
yang digunakan oleh penyelidik dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada
pengajaran guru berbanding dengan kaedah pengajaran guru secara tradisional dan
membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti
memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat
29
menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar
untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat.
Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah
mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami.
Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan
guru.Peta minda yang digunakan oleh penyelidik melibatkan penggunaan grafik. Peta minda
selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah
menerima ransangan yang berbentuk pola.
Selanjutnya, penggunaan peta minda ini juga telah meransang penyelidik sebagai guru Bahasa
Melayu menjadi lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik
darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut penyelidik membuat
persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk
menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Penyelidik juga menjadikan peta minda tersebut sebagai bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau
nota ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan
mengingati fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan
penggunaan peta minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P
yang memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Selain itu, penyelidik
dapati masalah pelajar yang cepat merasa bosan dan cepat penat sehingga mengganggu
konsentrasi mereka untuk menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang betul turut dapat
diselesaikan.
Murid-murid Tahun 4 (35 orang) tersebut telah memberi tindak balas yang amat
memberansangkan. Setiap aktiviti P&P yang dianjurkan oleh penyelidik dapat diikuti oleh semua
murid tanpa keciciran. Secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada pemerhatian ke atas proses
30
pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 Sekolah
Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana, Selangor jelas menunjukkan bahawa
penggunaan peta minda berbantukan komputer dapat membantu murid untuk menguasai
penggunaan kata sendi nama yang betul dan bersesuaian dalam ayat.
31
Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer .
Berbanding dengan suasana proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan
kaedah penerangan semata-mata. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk
mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan sesuatu pembaharuan
seperti penggunaan peta minda berbantukan komputer. Tidak hanya terbatas kepada satu atau
dua kaedah sahaja sehingga menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti
P&P dijalankan. Sedangkan murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai
penggunaan Kata Sendi Nama yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru.
4.4.3 Dapatan hasil daripada temu bual yang dijalankan setelah peserta kajian
menjalani pembelajaran penggunaan peta minda inovasi kata sendi nama
berbantukan komputer.
Peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi nama dengan baik. Penyelidik
menggunakan pembelajaran peta minda inovasi dalam pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam
aktiviti yang dijalankan sepanjang pengajaran kata sendi nama dan peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang baik. Mok (1990) menyatakan pembelajaran secara peta minda
inovasi dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa
kelebihan.
Jika dilihat daripada temu bual yang telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian lebih mudah
memahami kemahiran yang diajar dengan menggunakan kaedah peta minda inovasi. Ini dapat
dilihat dalam Jadual 3 di mana peserta kajian sebahagian besar telah menguasai penggunaan kata
sendi nama. Dalam Rajah 5 pula 100% peserta kajian suka belajar peta minda inovasi
berbantukan komputer berbanding cara tradisional. Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran
peta minda inovasi ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan
32
keseronokan kepada mereka. Peserta kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama
ahli kumpulan. Menurut Sandra dan Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang untuk
belajar peta minda inovasi. Selain itu, peserta kajian juga dapat bekerjasama dan melahirkan
idea-idea dengan berkesan.
DAPATAN HASIL TEMU BUAL
Soalan Catatan
Soalan 1
(Minat/faham)
§ 15/35 orang peserta kajian mengatakan ya, mereka
minat dan faham apa yang guru ajar.
§ 20/35 orang murid mengatakan tidak minat.
Soalan 2
(Minat/suka pembelajaran
melalui Peta Minda Inovasi
Berbantukan Komputer )
Kesemua 35 orang peserta kajian mengatakan ya
mereka minat dengan pembelajaran melalui Peta Minda
Inovasi Berbantukan Komputer .
Soalan 3
(Pemahaman / Peta Minda
Inovasi Berbantukan
Komputer)
§
Ke
Semua 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka
setuju peta minda kata sendi nama dapat meningkatkan
kemahiran kata sendi nama menggunakan Peta Minda
Inovasi Berbantukan Komputer.
Soalan 4
(Penggunaan Peta Minda
Inovasi Berbantukan
Komputer menarik minat
murid)
§
33
33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka
seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata
sendi nama berbantukan komputer.
2 / 35 daripada peserta kajian menyatakan tidak pasti.
Soalan 5
(cara pengajaran
guru membantu dalam
§
33
33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka
seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata
33
menjawab soalan kata sendi
nama.)
sendi nama berbantukan komputer.
• 2 /35 daripada peserta kajian menyatakan tidak pasti.
Jadual 3 : Dapatan catatan mengenai temu bual yang dijalankan
Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian dapat memahami, mengingat dan meningkatkan
kemahiran mereka tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat bahasa Melayu dengan
menjalankan pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer seperti yang telah
pengkaji laksanakan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 3 yang merupakan hasil dapatan Ujian 1
(Ujian Pra ) dan Ujian 2 ( Ujian Pos ) yang menunjukkan peningkatan. Selain itu perbandingan
markah seperti dalam Jadual 1 di atas juga jelas menunjukkan pembelajaran melalui Peta Minda
Inovasi Berbantukan Komputer yang digunakan oleh penyelidik dapat meningkatkan penguasaan
peserta kajian dalam penggunaan kata sendi nama.
Dapatan ini selari dengan pandangan Simah Mamat (2009) yang mengatakan kekuatan kaedah
pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer ini dapat memotivasikan serta
dapat memberikan keseronokan kepada pelajar dan pada masa yang sama pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak dan
mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran.
4.5 Rumusan
Berdasarkan dapatan daripada semua instrumen yang digunakan iaitu temu bual, pemerhatian,
analisis ujian pra dan ujian pos telah dapat menjawab soalan kajian. Ini juga membuktikan
strategi didik hibur yang diperkenalkan melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer
berjaya menangani masalah kata sendi nama murid Tahun 4
34
BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada objektif kajian
yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan
sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran
membaca dan keberkesanan penggunaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Rumusan Hasil Kajian
Secara keseluruhannya, pertama dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan Ujian Pra dan Ujian
Pos yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang agak ketara. Responden kajian dinilai
daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah
peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 12 orang dan peratusan adalah sebanyak
34.28%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus
sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 65.72%. Ini menunjukkan tahap penguasaan
35
pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama yang betul dalam kalangan 35 orang pelajar
semakin bertambah baik.
Kedua, min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pasca telah meningkat daripada
44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan
peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada
peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul.
Ketiga, hasil daripada pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi
Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,
Selangor. yang menggunakan peta minda berbantukan komputer (menggunakan aplikasi Mind
Mapple) dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama yang betul dan
bersesuaian dalam ayat. Peta minda juga dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota
ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan mengingati
fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan penggunaan peta
minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P yang
memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Berbanding dengan suasana
proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan semata-
mata.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
1. Membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kata sendi menggunakan
kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer.
Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan
Komputer membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap penguasaan kata sendi
nama. Dapatan kajian juga mendapati peratusan peserta kajian berjaya menggunakan kedua
36
-dua aspek tatabahasa dengan betul dan mendadak. Sebelum penggunaan kaedah kaedah
Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer tiada seorang peserta kajian pun yang dapat
menulis kata sendi nama dengan betul dan tiada seorang pun berjaya mendapat skor peratus
melebihi 80%.
Malah mereka menyatakan bahawa mereka mengagak-agak dan memberitahu bahawa mereka
keliru dengan kata sendi nama .Dapatan kajian ini selari berpadanan dengan dapatan kajian
oleh Aishah Bt Shariff (2011) yang telah membuat kajian tentang tahap penggunaan kata sendi
nama di dalam kemahiran menulis peserta kajian beliau. Dapatan kajian beliau menyatakan
bahawa berlaku peningkatan markah ujian murid setelah pengkaji melakukan
penambahbaikkan dalam amalan mengajar.
2. Meningkatkan peratusan peserta kajian yang dapat menjawab soalan kata sendi
nama menggunakan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer.
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan peningkatan peratusan yang berjaya menjawab soalan
ujian pos berbading ujian pra. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh
Zahariah Binti Mahmud (2011) dan Mohd Hazudin Awang(2010) yang menggunakan peta
minda dalam membantu masalah peserta kajian mereka dalam penguasaan kemahiran bahasa
Melayu dan turut menegaskan bahawa aplikasi peta minda dapat digunakan sebagai satu
pendekatan sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan minat peserta kajian terhadap kaedah Peta Minda Inovasi
Berbantukan Komputer.
Sebelum penambahbaikkan terhadap intervensi kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan
Komputer, terdapat beberapa orang peserta kajian yang tidak berjaya mendapatkan skor
peratusan ujian melebihi 80%. Setelah pengkaji memberikan borang soal selidik untuk mendapat
respon minat peserta kajian terhadap kaedah yang telah dijalankan ternyata 80% peserta kajian
37
yang berjaya menyatakan bahawa mereka berminat dan seronok menggunakan kaedah Peta
Minda Inovasi Berbantukan Komputer.
Tonny Windura (2008), peta minda adalah teknik yang membolehkan kita mengeksplorasi
seluruh kemampuan otak bagi memenuhi keperluan berfikir dan belajar. Peta minda biasanya
berwarna-warni dan mempunyai gabungan tulisan atau buku catatan itu, belum tentu mudah
difahami dan diingati oleh kita. Maka jelas menunjukkan telah ada kajian-kajian yang telah
dilakukan dan menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam menarik minat peserta
kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian yang diperolehi jelas
menunjukkan pelajar semakin mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar, membantu
pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat, memudahkan pelajar menghafal
dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul seterusnya membantu mengingati bentuk
kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar.
Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi penyelidik sangat membantu guru membuat refleksi
tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan
tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’ ini, guru
seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang telah meransang pembelajaran
murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi telah
dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan
meningkatkan pencapaian.
Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata
sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Hal ini didapati disebabkan oleh kaedah pengajaran
guru secara konvensional. Setelah penyelidik menemui bahawa penggunaan kaedah peta minda
yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna,
frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian ini telah mampu menarik perhatian
pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata
sendi di dalam sesuatu ayat, masalah rasa bosan pelajar sememangnya dapat dihindarkan semasa
pembelajaran. Pelajar menjadi lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca
38
ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu
abstrak berbanding dengan syarahan atau penerangan guru.
Ini terbukti apabila jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 35 orang dan
peratusan adalah sebanyak 46.66%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pasca seramai 75
orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 53.34%. Nilai
min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pos telah meningkat daripada 44.8
kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta
minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind Maple) yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah
menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi
Nama yang betul.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Secara nyata, peta minda merupakan penggunaan grafik. Peta minda selalunya dihasilkan dalam
bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang
berbentuk pola. Dengan itu terdapat beberapa implikasi dapatan kajian yang wujud dari
penyelidikan ini antaranya meransang guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan
sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan
berbantukan komputer menuntut guru membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan
pengajaran. Guru menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan
mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut menjadi bahan ‘hard copy’ untuk
rujukan atau nota ekspress pelajar.
Pelajar cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi
nama dengan cepat dan berpanjangan. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi kepentingan
39
kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru
bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi
di samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. Antara aplikasi peta
minda yang boleh digunakan adalah aplikasi Mind Maple.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati responden amat berminat dan bermotivasi
untuk membaca dan mengisi peta minda yang telah diperbanyakkan oleh guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik berjaya mencapai Objektif penyelidikan ini iaitu
membantu pelajar mengenal kata sendi nama dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar
menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan
mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk
kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Penyelidikan ini telah berjaya membuktikan
meningkatnya penguasaan pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama menggunakan peta
minda Kata Sendi Nama Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi (Aplikasi
Mind Mapple). Justeru, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan memberi
penekanan kepada penggunaan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri
inovasi bagi membantu pelajar supaya sentiasa menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang
betul dan sesuai dengan struktur ayat. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa bijak
mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
5.6 PENUTUP
Semoga hasil penyelidikan ini, dapat memberikan input yang berguna dan bermanfaat
berkaitan kedudukan atau status bagi keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi
Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa
40
Malaysia dalam tajuk Kata Sendi Nama di di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran
Perdana , Selangor. Di samping itu, segala cadangan yang dikemukakan dalam
mempertingkatkan lagi keupayaan keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi
Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini, dapat di ambil perhatian yang
serius supaya langkah pengubahsuaian dan pembaikan dapat dilakukan dengan sewajarnya.
RUJUKAN
Agensi Inovasi Malaysia. (2012). i-Think. Retrieved from Agensi Inovasi Malaysia:
https://www.linkedin.com/company/agensi-inovasi-malaysia
Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta
Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan
Pendidikan Perak. Hlm, 87 – 99.
Aishah Bt. Shariff. (2011). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama “di Dalam‟
Kemahiran Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh
Murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang. Open University Malaysia
Ang dan Ong. (2007). Introducing Mind Map in Comprehension, Recent Research on Mind
Maps in Education. m.s. 11-19
41
Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid
Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut
Perguruan Perlis : 133-145.
Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Cindy Oh et. al. (2006). Reading With Understanding Through The Use if Mind Maps, Recent
Research on Mind Maps in Education. m.s 5-19
Effandi Zakaria & Zanaton Iksan.(2007).Promoting Cooperative Learning in Science and
Mathematics Education: A Malaysian Perspective.Eurasia Journal of Mathematics,
Science &Technology Education,3(1),35-39.
Esah Sulaiman.(2004).Pengenalan Pedagogi. Selangor:Penerbitan UTM.
Gardner,P.(2002).Strategies and Resources for Teaching and Learning in Inclusive
Classroom. Landon:David Fulton Publishers.
Isjoni, I.(2006).Pendidkan Sebagai Investasi Masa Depan. Jakarta, Indonesia: Yayasan Obor.
Ismail Zain (2005). ‘Belajar Berkesan Dengan Peta Minda’. Kuala Lumpur : Utusan
Malaysia.
Kamus Dewan , Edisi Keempat.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada
Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan
Pendidikan Perak. Hlm,110 – 125.
Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Hazudin Bin Awang. (2009). Satu Kajian Tentang Kesan Penggunaan Peta Minda
Atau Peta Konsep Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun Enam. Open University Malaysia
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
42
Nizar Hanim Binti Todak. (2011). Analisis Kesalahan Kata Sendi Nama “di dan‟
Imbuhan Pasif “di yang Terdapat Dala Majalah URTV‟ . Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Roselan Baki.(2003).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.
AKuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : PTS Professional.
Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi Dalam
Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan.
Fakulti Pendidikan UKM.
Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia.
Tony Buzan (2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity And Tranform Your Life.
England : BBC Active
Widad Othman dan Kandar. (2006). Types of Learning in Module “Teaching Methods in
Technical and vocational Education.”, Kuala Lumpur: PD offsett Sdn.Bhd.
Zahariah Binti Mahmood. (2011).Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu(Penulisan) Untuk Pelajar Tahun 5. Open
University Malaysia
Zahir b. Shoib. (2009). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama di Dalam Kemahiran
Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Murid
Tahun 4 di SK Bukit Meriam Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Fakulti
Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia.
Zainal Abidin Ahmad.(2000).Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 – lll. Petaling Jaya: Sasyaz
Holdings Sdn. Bhd.
43
LAMPIRAN 1
Nota : Kata Sendi Nama (Menggunakan Peta Minda : Aplikasi Mind Maple)
44
LAMPIRAN 2
UJIAN PRA / UJIAN POS
Lembaran Kerja ( Isikan kata sendi nama yang betul )
Nama : _____________________________________
Kelas : _____________________________________
1. Tren komuter itu __________________________ Bandar Tasik Selatan. (dari/daripada).
45
2. Azik menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran
___________________________ (dari/daripada) universiti itu.
3. Puan Maimunah sangat sayang _____________________________ (pada/kepada) anak-
anaknya.
4. _______________________ (Dari/Daripada) duduk di rumah sahaja, lebih baik saya
berkebun.
5. Jam tangan itu ada _________________________ (pada/kepada) Azlan.
6. Ahmad berpaut __________ (di/pada) dahan itu.
7. Tangisan bayi itu kedengaran ____________________ (hingga ke/hingga) rumah saya.
8. Ayah bekerja _____________________ (di/dari) pagi _________________________
(hingga/hingga ke) petang.
9. Saya sanggup berkorban ___________________________ (demi/demi untuk) negara.
10. Saya membeli buku itu __________________ (untuk/bagi) adik.
46

More Related Content

What's hot

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...Mohd Suhaimin Isnen
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5NuurHafiza Saad
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4Sumitra Kan
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 

What's hot (20)

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5
 
Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 

Viewers also liked

Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'noorizamdz
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaNorma Talib
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi NamaMrs Mahadi
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasaKavitha Moorthi
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan Pena Minang
 
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendah
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendahTugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendah
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendahNiti Zainuddin
 
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosiPersembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosiohdmoh
 

Viewers also liked (20)

Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
 
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendah
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendahTugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendah
Tugasan 1 bmr3013 tatabahasa melayu sekolah rendah
 
Ke arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesanKe arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesan
 
Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6Pd p bm kata sendi tahun 6
Pd p bm kata sendi tahun 6
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Pemulihan tulisan
Pemulihan tulisanPemulihan tulisan
Pemulihan tulisan
 
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosiPersembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
Persembahan boneka yang berkesan sebagai medium promosi
 

Similar to Tugasan krl3043 kata sendi nama

Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanRosmah Mohd Shah
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanNuraishah Fatihah
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Seminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestSeminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestHairul Lokman
 
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010ذرميزا شهروالدين
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...koperasi
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 

Similar to Tugasan krl3043 kata sendi nama (20)

Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Seminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestSeminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latest
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Perbentangan proposal
Perbentangan proposalPerbentangan proposal
Perbentangan proposal
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 

More from Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 

More from Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 

Tugasan krl3043 kata sendi nama

  • 1. Abstrak Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi’ ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama. Kumpulan terebut terbahagi kepada pelajar aras rendah (20 orang) dan pelajar aras sederhana (15 orang). Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini, Kumpulan aras lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer sementara kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi soalan aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian pos. i
  • 2. Abstract The research proposal entitled "Enhancing Student Mastery on the use of preposition Joints Using Mind Maps Says Having a Computer Aided Innovation Characteristics' aims to help students identify prepositions and actual functions; help students master the use of the preposition in a sentence; enable students to memorize and remember to use the correct preposition; lastly help considering the common mistakes that are often made by students. This study represents a survey involving 35 students in Year 4 in the National School Village Amanpuri Persiaran Perdana, Selangor. The sample consisted of two groups of students who have nearly the same level of achievement. Terebut group is divided into low-level students (20 people) and medium level students (15 people). Researchers directly involved in this study, the ground level is taught with methods of computer aided mind map while the average level of student groups also taught in a conventional manner. The instrument used was a performance test consists of multiple choice questions. Both groups of students will sit for the tests pre and post test ii
  • 3. KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN i ABSTRAK ii ABSTRACT iii KANDUNGAN iv SENARAI JADUAL v SENARAI RAJAH vi BAB 1 : PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Pernyataan Masalah Kajian 3 1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian 3 1.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian 3 1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian 3 1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian 5 1.8 Definisi pembolehubah/operasional 5 1.8.1 Peta Minda 5 1.8.2 Pembelajaran 5 1.8.3 Pengajaran 6 1.8.4 Prestasi Pelajar 6 1.9 Rumusan 6 Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 7 2.1 Pendahuluan 7 2.2 Definisi Istilah 7 2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda 8 2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 10 2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda 12 2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda 13 2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah 15 2.8 Rumusan 17 BAB 3 : METADOLOGI 18 3.1 Pendahuluan 18 3.2 Reka Bentuk Penyelidikan 18 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20 3.4 Instrumen Kajian 20 3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian 21 3.5.1 Prosedur pengumpulan data 21 3.5.2 Prosedur analisis data 22 iii
  • 4. 3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data 23 3.6 Rumusan KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 24 4.1 Pengenalan 24 4.2 Profil Responden 25 4.3 Jantina Responden 25 4.4 Laporan Dapatan Kajian 25 4.5 Rumusan 34 BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN 35 5.1 Pengenalan 35 5.2 Rumusan Hasil Kajian 35 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 36 5.4 Implikasi Dapatan Kajian 39 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 39 5.6 Penutup 40 RUJUKAN 41 iv
  • 5. SENARAI JADUAL MUKA SURAT Jadual 3.2 : Skema Pemarkahan 22 Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 26 Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27 SENARAI RAJAH MUKA SURAT Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembelajaran 24 Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina 25 Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27 Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 28 Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer . 3 v
  • 6. BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu Morfologi dan Sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung dalam bidang Morfologi ialah Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Manakala topic yang terkandung dalam bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat dan Susunan Ayat. Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna sesuatu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar menentukan sesuatu ayat sama ada betul atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar. Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu mengambil sikap terbuka. Mereka perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama ada lisan mahupun tulisan) bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas. Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab Kata Tugas. 1
  • 7. Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari, daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.Penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata sendi nama yang tepat perlulah diberi penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Peta minda berbantukan komputer boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat dengan maklumat kata sendi nama. Ia merupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik. Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke mana- mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu memudahkan pelajar untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut. Peta minda kata sendi nama berbantukan komputer ini menyamai sebuah buku tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi Nama’ yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal, mengingati dan merumus kata sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat. 1.2 Latar Belakang Kajian Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa aspek penting yang mesti diambil kira oleh semua guru. Setiap murid perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dari segi tatabahasa , penulisan dan kosa kata. Pengetahuan ini adalah penting bagi membolehkan seseorang murid itu benar-benar berkualiti dari segi bahasanya. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid-murid yang masih keciciran dan ketinggalan dalam alam pendidikan. Dalam Sukatan Pelajaran Baharu, ejaan, intonasi, sebutan, kosa kata dan penggunaan tatabahasa seperti kata sendi merupakan salah satu komponen sistem bahasa yang amat penting dan mesti dikuasai oleh murid. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati masih ramai murid yang gagal memilih dan mengaplikasikan penggunaan kata sendi dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama mengapa murid-murid tidak mampu untuk memilih jawapan yang betul dan tepat dalam soalan pemahaman mengisi tempat kosong adalah kerana pengetahuan penggunaan kata sendi mereka yang amat terhad. Ini menyebabkan mereka juga sering melakukan kesalahan dalam penggunaan kata sendi yang betul. 2
  • 8. 1.3 Pernyataan Masalah Kajian Penguasaan pelajar Tahap 2 ke atas penggunaan kata sendi yang betul dalam sesuatu ayat bahasa Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam membina ayat berpunca daripada pemilihan kata sendi yang salah. 1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti pelajar memahami kata sendi dan fungsinya yang sebenar; 2. Mengenal pasti pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; 3. Mengenal pasti pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul. 1.5 Soalan Penyelidikan atau Kajian 1. Adakah pelajar dapat mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar; 2. Adakah pelajar dapat menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; 3. Adakah pelajar dapat menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul. 1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’ ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian. 3
  • 9. Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat. Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan berpanjanganSelain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. 4
  • 10. 1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar daripada kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana- mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung dalam Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4. Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa empat minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas keputusan kajian. 1.8 Definisi pembolehubah/operasional 1.8.1 Peta Minda ‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan kedalam peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak. 1.8.2 Pembelajaran ‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru (Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak akan mengaplikasi dan menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu dan sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti. 5
  • 11. 1.8.3 Pengajaran ‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku. 1.8.4 Prestasi Pelajar Prestasi merupakan pencapaian pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra dan ujian pos. 1.9 Rumusan Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting dalam penyelidikan ini. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan‘Kata Sendi Nama’ dalam sesuatu ayat. 6
  • 12. Bab 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat. Pengkaji menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi Nama’ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda, teori- teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda dan pembelajaran berbantukan komputer. 2.2 Definisi Istilah Definisi Istilah Tujuan adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza sesuai dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah ini, antaranya ialah : Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan. Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Kumpulan pelajar aras rendah ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan kaedah peta minda. 7
  • 13. Kumpulan murid aras sederhana ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional.Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin, berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD). Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.Inovasi menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi lebih kepada idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan. Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada “continuous reapraisal and improvement of existing practice which can be regarded as part of the normal activity….” Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian, penafsiran dan pengharapan kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang diangap sebagai bagian aktivitas yang biasa. 2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang. 8
  • 14. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. 9
  • 15. Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya- karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif. 2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran. 10
  • 16. Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah : (i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar, (ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid, (iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada kemahiran berfikir di kalangan murid, (iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya dari segi isi pelajaran, (v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f) komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau persembahan. 11
  • 17. Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang diharapkan. 2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. 12
  • 18. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid- murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli. 2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%. 13
  • 19. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan. Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer.Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara. 14
  • 20. 2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah. Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd. Aziz (2000) pernah menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. Selain itu, mereka perlu peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah- kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah. Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point, flash, movie maker dan lain-lain lagi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. 15
  • 21. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains komputer dan undang- undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar dimana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBL sebagai the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem. Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza 16
  • 22. daripada kebanyakan konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Dengan menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997). 2.8 Rumusan Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid- murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner 17
  • 23. BAB 3 : METADOLOGI 3.1 Pendahuluan Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi Nama”. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data. 3.2 Reka Bentuk Penyelidikan Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah kelas tahun empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-data yang dikaji hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji.Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana kumpulan pelajar aras rendah menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer, sementara kumpulan pelajar aras rendah akan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional. 18
  • 24. Pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajara tersebut. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian paos selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji. Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam kajian ini, terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa yang diukur. Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh ubah- pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang hampir sama. 19
  • 25. 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 20 orang dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana. 3.4 Instrumen Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang berkaitan dengan penggunaan ‘Kata Sendi Nama’. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KSSR Tahun 4. Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai. 20
  • 26. 3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. melibatkan 35 sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua- dua kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji. 3.5. 1 Prosedur pengumpulan data Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada instrumen kajian. Penyelidik akan mengutip kertas ujian daripada murid sebaik sahaja masa menjawab tamat. Semua markah akan dicampurkan daripada beberapa bahagian sebelum diberi gred. Penyelidik mengumpul skor mentah daripada ujian pra dan mengisi ke dalam jadual. Selepas mengumpul data ujian pra, penyelidik akan mengendalikan pelajaran selama tiga ratus minit dalam jangka masa empat minggu untuk membantu kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan akan belajar seperti biasa Selepas program berakhir, murid-murid akan menjalani ujian pos pula. Masa yang diperuntukkan adalah sama dengan ujian pra iaitu tiga puluh minit. Penyelidik akan mengutip kertas ujian dan seterusnya mengira markah. Markah yang telah dicampur akan diberi mengikut gred. Data-data yang diperolehi direkod secara terperinci dalam borang skor. 21
  • 27. 3.5.2 Prosedur analisis data Penyelidik mengumpulkan data berdasarkan pada kedua-dua ujian yang dijalankan. Jumlah markah ujian daripada ujian pra dan ujian pos ialah 30 markah. Penyelidik mengira markah dengan menjumlahkan keseluruhan bahagian ujian iaitu Latihan 1, 2, dan 3. Data-data yang diperoleh akan direkod secara terperinci dalam borang skor. Kemudian data-data tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah gred A hingga E. Hasil dapatan akan dianalisis berdasarkan prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk gred. Rujuk jadual skema markah di bawah ini. Jadual 3.2 Skema Pemarkahan Keputusan ujian pra akan dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Kemudian penyelidik akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan peta minda sendi nama yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan kata sendi murid Tahun 4. 22 Gred Markah Lulus/Gagal A B C D E 24 - 30 19 – 23 13 – 18 7 -12 0 – 6 Lulus Lulus Lulus Gagal Gagal
  • 28. 3.5.3 Prosedur Pemprosesan Data Empat jenis maklumat diperlukan bagi menjawab soalan kajian, seterusnya menulis laporan akhir kajian. Maklumat pertama diperlukan untuk memperihalkan profil pelajar. Manakala tiga set data diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Pertama sekali penyelidik perlu memastikan pelajar menjawab kesemua item dalam instrumen kajian dan data-data tersebut direkodkan dengan terperinci. Borang skor yang telah disediakan digunakan mencatat data-data yang telah dikumpul. Bagi analisis statistik deskriptif, min dan sisihan piawai digunakan. 3.6 Rumusan Di dalam bab ini, penyelidik menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara pengumpulan dan penganalisaan data. Data yang dikumpul dijangkakan dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk penyelidik menilai kesan penggunaan peta minda sendi nama berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dalam mempertingkatkan penggunaan kata sendi murid Tahun 4. 23
  • 29. BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca. Setiap jadual disertakan dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk menambahkan pemahaman para pembaca. 4.2 Profil Responden Kajian ini adalah melibatkan responden seramai 35 orang murid Tahun 4 yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 35 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 20orang (57.14%) dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 15 orang (42.85%) lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan pecahan aras penguasaan pembelajaran murid dengan jelas. 43% 57% PERATUS PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT ARAS PENGUASAAN PEMBELAJARAN ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA Rajah 1: Pecahan responden mengikut aras penguasaan pembeajaran 24
  • 30. 4.3 Jantina Responden Responden dalam kelas atau kumpulan pertama terdiri daripada 8 orang murid lelaki (40%) dan 12 orang murid perempuan (60%). Responden dalam kelas atau kumpulan kedua terdiri daripada 10 orang murid lelaki (66.66%) dan 5 orang murid perempuan (33.33%). Rajah 4.3 di bawah menunjukkan bilangan dan peratus jantina responden dengan jelas. Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina 4.4 Laporan Dapatan Kajian Setelah menjalankankan beberapa langkah dalam perlaksanaan tindakan yang terlibat dalam kajian mempertingkatkan penguasaan kata sendi nama menggunakan peta minda berbantukan 25
  • 31. komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi ini, penyelidik telah memperolehi beberapa dapatan seperti berikut : 4.4.1 Dapatan Ujian Pra / Ujian Pengesanan Tahap Penguasaan Kata Sendi Nama Sebelum Penggunaan Peta Minda Berbantukan Komputer & Dapatan Ujian Pos / Ujian 2 Pencapaian Ujian Pra (Bil murid ) Peratus (%) Ujian Pos (Bil murid) Peratus (%) Cemerlang (80%-100%) 0 0% 13 37.14 Baik (60% - 79%) 5 14.28 12 34.28 Sederhana (40% -59%) 7 20.00 10 28.57 Tidak Memuaskan (20%-39%) 10 28.57 0 0 Lemah (0%-19%) 13 37.14 0 0 Jadual 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 26
  • 32. 0 2 4 6 8 10 12 14 UJIAN PRA UJIAN POS CEMERLANG BAIK SEDERHANA TIDAK MEMUASKAN LEMAH Rajah 3: Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos Jika dilihat daripada markah yang diperoleh dalam Ujian Pra dan Ujian Pos terdapat perbezaan yang agak ketara. Di mana peserta kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 (Ujian Pra) ialah seramai 12 orang sahaja dan peratusan adalah sebanyak 34.28%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 65.72%. Berikut pula adalah analisis keputusan ujian pra dan ujian pos ke atas 35 orang murid Tahun 4 tersebut : Ujian yang dijalankan Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Jumlah markah lulus 34.28 100.00 Jadual 2 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos 27
  • 33. 34.28 100 0 20 40 60 80 100 PERATUS MARKAH UJIAN PRA UJIAN POS KATEGORI PERATUS MARKAH LULUS Rajah 4 : Nilai peratus markah lulus bagi dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual di atas menunjukkan bahawa peratus markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pos telah meningkat daripada 34.28% kepada 100.00%. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul. Selain daripada penyelidikan ini, Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pos berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.Dengan demikian penyelidik merumuskan bahawa kaedah pengajaran & pembelajaran menggunakan peta minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind 28
  • 34. Mapple) telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dari sudut penguasaan Kata Sendi Nama. 4.4.2 Hasil Pemerhatian Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran Kata Sendi Nama Yang Melibatkan Inovasi Peta minda kata Sendi & Pencapaian Murid Dalam Latih tubi Menjawab Soalan Kata Sendi Nama. Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran & pembelajaran kata sendi nama tetapi tidak dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional iaitu menggunakan kaedah penerangan dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya, sebaliknya penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama telah digunakan oleh penyelidik. Penyelidik telah menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama berbantukan komputer. Berdasarkan pemerhatian ke atas proses P&P Kata Sendi Nama (35 orang pelajar Tahun 4) yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama berbantukan komputer tersebut, penyellidik dapati proses pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama inovasi berjaya mewujudkan konsep pembelajaran secara didik hibur dan dapat mencapai objektif P&P Kata Sendi Nama. Antara objektif P&P Kata Sendi Nama tersebut ialah memberikan contoh kata sendi nama yang terdapat dalam petikan, mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul dalam lembaran kerja dan membina ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama yang diberikan oleh guru. Selain itu, kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi yang digunakan oleh penyelidik dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru berbanding dengan kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat 29
  • 35. menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat. Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru.Peta minda yang digunakan oleh penyelidik melibatkan penggunaan grafik. Peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya, penggunaan peta minda ini juga telah meransang penyelidik sebagai guru Bahasa Melayu menjadi lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut penyelidik membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Penyelidik juga menjadikan peta minda tersebut sebagai bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan mengingati fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan penggunaan peta minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P yang memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Selain itu, penyelidik dapati masalah pelajar yang cepat merasa bosan dan cepat penat sehingga mengganggu konsentrasi mereka untuk menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang betul turut dapat diselesaikan. Murid-murid Tahun 4 (35 orang) tersebut telah memberi tindak balas yang amat memberansangkan. Setiap aktiviti P&P yang dianjurkan oleh penyelidik dapat diikuti oleh semua murid tanpa keciciran. Secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada pemerhatian ke atas proses 30
  • 36. pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana, Selangor jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berbantukan komputer dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama yang betul dan bersesuaian dalam ayat. 31
  • 37. Rajah 5 : Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer . Berbanding dengan suasana proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan semata-mata. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan sesuatu pembaharuan seperti penggunaan peta minda berbantukan komputer. Tidak hanya terbatas kepada satu atau dua kaedah sahaja sehingga menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti P&P dijalankan. Sedangkan murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru. 4.4.3 Dapatan hasil daripada temu bual yang dijalankan setelah peserta kajian menjalani pembelajaran penggunaan peta minda inovasi kata sendi nama berbantukan komputer. Peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi nama dengan baik. Penyelidik menggunakan pembelajaran peta minda inovasi dalam pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang pengajaran kata sendi nama dan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang baik. Mok (1990) menyatakan pembelajaran secara peta minda inovasi dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa kelebihan. Jika dilihat daripada temu bual yang telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian lebih mudah memahami kemahiran yang diajar dengan menggunakan kaedah peta minda inovasi. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 di mana peserta kajian sebahagian besar telah menguasai penggunaan kata sendi nama. Dalam Rajah 5 pula 100% peserta kajian suka belajar peta minda inovasi berbantukan komputer berbanding cara tradisional. Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran peta minda inovasi ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan 32
  • 38. keseronokan kepada mereka. Peserta kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama ahli kumpulan. Menurut Sandra dan Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang untuk belajar peta minda inovasi. Selain itu, peserta kajian juga dapat bekerjasama dan melahirkan idea-idea dengan berkesan. DAPATAN HASIL TEMU BUAL Soalan Catatan Soalan 1 (Minat/faham) § 15/35 orang peserta kajian mengatakan ya, mereka minat dan faham apa yang guru ajar. § 20/35 orang murid mengatakan tidak minat. Soalan 2 (Minat/suka pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer ) Kesemua 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka minat dengan pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer . Soalan 3 (Pemahaman / Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer) § Ke Semua 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka setuju peta minda kata sendi nama dapat meningkatkan kemahiran kata sendi nama menggunakan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer. Soalan 4 (Penggunaan Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer menarik minat murid) § 33 33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata sendi nama berbantukan komputer. 2 / 35 daripada peserta kajian menyatakan tidak pasti. Soalan 5 (cara pengajaran guru membantu dalam § 33 33 / 35 orang peserta kajian mengatakan ya mereka seronok belajar menggunakan peta minda inovasi kata 33
  • 39. menjawab soalan kata sendi nama.) sendi nama berbantukan komputer. • 2 /35 daripada peserta kajian menyatakan tidak pasti. Jadual 3 : Dapatan catatan mengenai temu bual yang dijalankan Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian dapat memahami, mengingat dan meningkatkan kemahiran mereka tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat bahasa Melayu dengan menjalankan pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer seperti yang telah pengkaji laksanakan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 3 yang merupakan hasil dapatan Ujian 1 (Ujian Pra ) dan Ujian 2 ( Ujian Pos ) yang menunjukkan peningkatan. Selain itu perbandingan markah seperti dalam Jadual 1 di atas juga jelas menunjukkan pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer yang digunakan oleh penyelidik dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam penggunaan kata sendi nama. Dapatan ini selari dengan pandangan Simah Mamat (2009) yang mengatakan kekuatan kaedah pembelajaran melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokan kepada pelajar dan pada masa yang sama pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran. 4.5 Rumusan Berdasarkan dapatan daripada semua instrumen yang digunakan iaitu temu bual, pemerhatian, analisis ujian pra dan ujian pos telah dapat menjawab soalan kajian. Ini juga membuktikan strategi didik hibur yang diperkenalkan melalui Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer berjaya menangani masalah kata sendi nama murid Tahun 4 34
  • 40. BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN 5.1 Pengenalan Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada objektif kajian yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran membaca dan keberkesanan penggunaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Rumusan Hasil Kajian Secara keseluruhannya, pertama dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang agak ketara. Responden kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 12 orang dan peratusan adalah sebanyak 34.28%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pos seramai 35 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 65.72%. Ini menunjukkan tahap penguasaan 35
  • 41. pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama yang betul dalam kalangan 35 orang pelajar semakin bertambah baik. Kedua, min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pasca telah meningkat daripada 44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul. Ketiga, hasil daripada pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Kata Sendi Nama bagi 35 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. yang menggunakan peta minda berbantukan komputer (menggunakan aplikasi Mind Mapple) dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama yang betul dan bersesuaian dalam ayat. Peta minda juga dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan mengingati fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan penggunaan peta minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P yang memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Berbanding dengan suasana proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan semata- mata. 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 1. Membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kata sendi menggunakan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer. Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap penguasaan kata sendi nama. Dapatan kajian juga mendapati peratusan peserta kajian berjaya menggunakan kedua 36
  • 42. -dua aspek tatabahasa dengan betul dan mendadak. Sebelum penggunaan kaedah kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer tiada seorang peserta kajian pun yang dapat menulis kata sendi nama dengan betul dan tiada seorang pun berjaya mendapat skor peratus melebihi 80%. Malah mereka menyatakan bahawa mereka mengagak-agak dan memberitahu bahawa mereka keliru dengan kata sendi nama .Dapatan kajian ini selari berpadanan dengan dapatan kajian oleh Aishah Bt Shariff (2011) yang telah membuat kajian tentang tahap penggunaan kata sendi nama di dalam kemahiran menulis peserta kajian beliau. Dapatan kajian beliau menyatakan bahawa berlaku peningkatan markah ujian murid setelah pengkaji melakukan penambahbaikkan dalam amalan mengajar. 2. Meningkatkan peratusan peserta kajian yang dapat menjawab soalan kata sendi nama menggunakan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan peningkatan peratusan yang berjaya menjawab soalan ujian pos berbading ujian pra. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Zahariah Binti Mahmud (2011) dan Mohd Hazudin Awang(2010) yang menggunakan peta minda dalam membantu masalah peserta kajian mereka dalam penguasaan kemahiran bahasa Melayu dan turut menegaskan bahawa aplikasi peta minda dapat digunakan sebagai satu pendekatan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. 3. Meningkatkan minat peserta kajian terhadap kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer. Sebelum penambahbaikkan terhadap intervensi kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer, terdapat beberapa orang peserta kajian yang tidak berjaya mendapatkan skor peratusan ujian melebihi 80%. Setelah pengkaji memberikan borang soal selidik untuk mendapat respon minat peserta kajian terhadap kaedah yang telah dijalankan ternyata 80% peserta kajian 37
  • 43. yang berjaya menyatakan bahawa mereka berminat dan seronok menggunakan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer. Tonny Windura (2008), peta minda adalah teknik yang membolehkan kita mengeksplorasi seluruh kemampuan otak bagi memenuhi keperluan berfikir dan belajar. Peta minda biasanya berwarna-warni dan mempunyai gabungan tulisan atau buku catatan itu, belum tentu mudah difahami dan diingati oleh kita. Maka jelas menunjukkan telah ada kajian-kajian yang telah dilakukan dan menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam menarik minat peserta kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian yang diperolehi jelas menunjukkan pelajar semakin mengenal kata sendi dan fungsinya yang sebenar, membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat, memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul seterusnya membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi penyelidik sangat membantu guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’ ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang telah meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri inovasi telah dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian. Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Hal ini didapati disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara konvensional. Setelah penyelidik menemui bahawa penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian ini telah mampu menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat, masalah rasa bosan pelajar sememangnya dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Pelajar menjadi lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca 38
  • 44. ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan atau penerangan guru. Ini terbukti apabila jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 35 orang dan peratusan adalah sebanyak 46.66%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pasca seramai 75 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 53.34%. Nilai min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pos telah meningkat daripada 44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan komputer (Aplikasi Mind Maple) yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul. 5.4 Implikasi Dapatan Kajian Secara nyata, peta minda merupakan penggunaan grafik. Peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Dengan itu terdapat beberapa implikasi dapatan kajian yang wujud dari penyelidikan ini antaranya meransang guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut guru membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut menjadi bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Pelajar cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi kepentingan 39
  • 45. kepada pihak pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. Antara aplikasi peta minda yang boleh digunakan adalah aplikasi Mind Maple. 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati responden amat berminat dan bermotivasi untuk membaca dan mengisi peta minda yang telah diperbanyakkan oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik berjaya mencapai Objektif penyelidikan ini iaitu membantu pelajar mengenal kata sendi nama dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Penyelidikan ini telah berjaya membuktikan meningkatnya penguasaan pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama menggunakan peta minda Kata Sendi Nama Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi (Aplikasi Mind Mapple). Justeru, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan memberi penekanan kepada penggunaan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi bagi membantu pelajar supaya sentiasa menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang betul dan sesuai dengan struktur ayat. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa bijak mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 5.6 PENUTUP Semoga hasil penyelidikan ini, dapat memberikan input yang berguna dan bermanfaat berkaitan kedudukan atau status bagi keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa 40
  • 46. Malaysia dalam tajuk Kata Sendi Nama di di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor. Di samping itu, segala cadangan yang dikemukakan dalam mempertingkatkan lagi keupayaan keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda Inovasi Berbantukan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini, dapat di ambil perhatian yang serius supaya langkah pengubahsuaian dan pembaikan dapat dilakukan dengan sewajarnya. RUJUKAN Agensi Inovasi Malaysia. (2012). i-Think. Retrieved from Agensi Inovasi Malaysia: https://www.linkedin.com/company/agensi-inovasi-malaysia Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. Hlm, 87 – 99. Aishah Bt. Shariff. (2011). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama “di Dalam‟ Kemahiran Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Open University Malaysia Ang dan Ong. (2007). Introducing Mind Map in Comprehension, Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19 41
  • 47. Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Perguruan Perlis : 133-145. Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional. Cindy Oh et. al. (2006). Reading With Understanding Through The Use if Mind Maps, Recent Research on Mind Maps in Education. m.s 5-19 Effandi Zakaria & Zanaton Iksan.(2007).Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective.Eurasia Journal of Mathematics, Science &Technology Education,3(1),35-39. Esah Sulaiman.(2004).Pengenalan Pedagogi. Selangor:Penerbitan UTM. Gardner,P.(2002).Strategies and Resources for Teaching and Learning in Inclusive Classroom. Landon:David Fulton Publishers. Isjoni, I.(2006).Pendidkan Sebagai Investasi Masa Depan. Jakarta, Indonesia: Yayasan Obor. Ismail Zain (2005). ‘Belajar Berkesan Dengan Peta Minda’. Kuala Lumpur : Utusan Malaysia. Kamus Dewan , Edisi Keempat.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka. Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. Hlm,110 – 125. Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Hazudin Bin Awang. (2009). Satu Kajian Tentang Kesan Penggunaan Peta Minda Atau Peta Konsep Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam. Open University Malaysia Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 42
  • 48. Nizar Hanim Binti Todak. (2011). Analisis Kesalahan Kata Sendi Nama “di dan‟ Imbuhan Pasif “di yang Terdapat Dala Majalah URTV‟ . Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Roselan Baki.(2003).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd. Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan. AKuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional. Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM. Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan Malaysia. Tony Buzan (2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity And Tranform Your Life. England : BBC Active Widad Othman dan Kandar. (2006). Types of Learning in Module “Teaching Methods in Technical and vocational Education.”, Kuala Lumpur: PD offsett Sdn.Bhd. Zahariah Binti Mahmood. (2011).Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu(Penulisan) Untuk Pelajar Tahun 5. Open University Malaysia Zahir b. Shoib. (2009). Kajian Tahap Penggunaan Kata Sendi Nama di Dalam Kemahiran Menulis Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Murid Tahun 4 di SK Bukit Meriam Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia. Zainal Abidin Ahmad.(2000).Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 – lll. Petaling Jaya: Sasyaz Holdings Sdn. Bhd. 43
  • 49. LAMPIRAN 1 Nota : Kata Sendi Nama (Menggunakan Peta Minda : Aplikasi Mind Maple) 44
  • 50. LAMPIRAN 2 UJIAN PRA / UJIAN POS Lembaran Kerja ( Isikan kata sendi nama yang betul ) Nama : _____________________________________ Kelas : _____________________________________ 1. Tren komuter itu __________________________ Bandar Tasik Selatan. (dari/daripada). 45
  • 51. 2. Azik menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ___________________________ (dari/daripada) universiti itu. 3. Puan Maimunah sangat sayang _____________________________ (pada/kepada) anak- anaknya. 4. _______________________ (Dari/Daripada) duduk di rumah sahaja, lebih baik saya berkebun. 5. Jam tangan itu ada _________________________ (pada/kepada) Azlan. 6. Ahmad berpaut __________ (di/pada) dahan itu. 7. Tangisan bayi itu kedengaran ____________________ (hingga ke/hingga) rumah saya. 8. Ayah bekerja _____________________ (di/dari) pagi _________________________ (hingga/hingga ke) petang. 9. Saya sanggup berkorban ___________________________ (demi/demi untuk) negara. 10. Saya membeli buku itu __________________ (untuk/bagi) adik. 46