SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Orang tua patut disegani           Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini       Bisa lagi lidah yang jahatRamai orang menggali perigi    Ambil buluh lalu diikat   Ilmu dicari tak akan rugi           Buat bekalan dunia akhiratTuan Haji memakai jubah                         Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah                 Rezeki segenggam jadi sekarungPatah gading serpih tanduk    Mari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabuk    Buat apakah ia dimakanAnak rusa masuk ke taman               Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan teman     Kalau tua jadikan guruBerakit ke hulu dengan bergalah      Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah     Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki        Mati terkena jerat sembat           Orang yang muda kita sanjungi       Orang yang tua kita hormatSorong papan tarik papan     Buah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan                  Suruh mengaji awak tak mahuAdik ke kedai membeli halia     Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia    Baik hati berbudi bahasaKOLEKSI PANTUN NASIHAT
Tulis surat di dalam gelap                 Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap                Jikalau silap awak yang bencana  Hendak belayar ke Teluk Betong               Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung                Bulat manusia kerana muafakat    Pakai baju warna biru               Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru    Kerana guru pembekal ilmuLagu bernama serampang laut    Ditiup angin dari Selatan    Layar dikembang kemudi dipaut      Kalau tak laju binasa badanPadi segemal kepuk di hulu      Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu   Pasir sebutir jadikan intan.Budak-budak berkejar-kejar    Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar              Tentu kita akan berjaya    Jangan pergi mandi di lombong             Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong   Semua kawan akan membenciJikalau tuan mengangkat peti      Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati               Kerja yang susah menjadi senang  Angin teluk menyisir pantai       Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai       Asal pandai mengambil hatiPergi mendaki Gunung Daik                 Hendak menjerat kancil dan rusa          Bergotong-royong amalan yang baik   Elok diamalkan setiap masaAir melurut ke tepian mandi    Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi                      Semakin berisi semakin tundukDaun sirih ulam Cik Da           Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada    Biar merunduk resmi padiBuah pelaga makan dikikir       Dibawa orang dari hulu   Sebarang kerja hendak difikir             Supaya jangan mendapat malu  Kemumu di tengah pekan              Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan      Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu   Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu      Bagai rumah tidak berdindingBuah cempedak bentuknya bujur    Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur    Hidup kita dipandang mulia
KOLEKSI SAJAK
BERBURU ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat quot;
cikguquot;
kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
Pelita SebuahDengan sinar cahayadi malam gelitakelip-kelip warnanyamenerangi kamar alamsekian lama malammerantai kegelapanakhlrnya kukenal siangberwajah suramalangkah indahnya clumakuhhat di dalam terang.Pelita sebuahmembawa cahaya ilmuhutan menjadi teranggua malambercahaya apilautan menjadi tenanggelombang clan karangdapat direnangkujelajahl malamtanpa bimbang.Ami MasraUPM Serdang1988
KOLEKSI GURINDAM
Gurindam Melayu Bangsaku 2
April 7, 2009
Melayu bangsaku penegak budayaberseri hidup diterangi cahaya.
Melayu bangsaku penjunjung warisankukuh walau hujan atau kepanasan.
Melayu bangsaku pendaulat agamakebahagiaan kekal tujuan bersama.
Melayu bangsaku penyubur sikapkerja beretika bertambah cekap.
Melayu bangsaku penerus agendagapai wawasan usaha diganda.
Melayu bangsaku pemelihara bahasasuara dipadu mantap perkasa.
Melayu bangsaku pembina jati dirigenerasi mendatang ampuh berdiri.
Melayu bangsaku pelindung watanmelawan petualang tak gentar ugutan.
Melayu bangsaku pencinta damaiberkat perpaduan muafakat disemai.
Melayu bangsaku pembela bangsatidak rela ketuanan binasa.
NAZIM MOHD SUBARIMersing, Johor
KOLEKSI SYAIR
Syair Singapura Terbakar
November 19, 2008
Serta terpandang api itu menjulang,Rasanya arwahku bagaikan menghilang,Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,Apinya cemerlang, tiada membuka mata,Bunyinya gempar terlalulah gempita,Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,Limau manis pun meletup seperti petas,Orang menolong pun terlalu pantas,Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Ringgit pun hancurlah seperti timah,Habislah meleh ke bawah rumah,Tidaklah tentu barang dijamah,Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Barang yang hendak kubawa pulang,Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,Sekaliannya habislah hilang,Harapnya hatiku bukan kepalang
KOLEKSI CERITA TRADISIONAL
Dongeng Sang Kancil dan Buaya (2)
“Okey karena aku lebih suka mati dimakan buaya daripada dihukum gantung dihadapan ribuan kancil, aku akan memberitahu cara mengatasinya.”
“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh “ mata Buaya tampak bersinar-sinar mendengar ada jalan keluar yang ditawarkan Sang Kancil untuk menghindari incaran Kancilman utusan raja.
“Bila dagingku dimakan 40 ekor buaya, bau tubuhku hanya bertahan 1 hari. Dirimu akan selamat dari incaran Kancilman karena dia aru akan datang lusa. Saat itu bauku telah hilang”.
“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Buaya dengan antusias menggoyang-goyangkan ekornya.
“Teman-temanmu juga akan berterimakasih padamu karena dihadiahi daging kancil yang lezatnya tiada tara. Akan lebih mudah bagi dirimu untuk terpilih menjadi raja buaya di sungai ini”
“Kudengar raja buaya telah mati sebulan lalu dan belum ada penggantinya. Aku rasa buaya kuning yang gagah seperti kamu dengan mudah akan membuat buaya-buaya kelabu terkagum-kagum pada kedermawananmu”.
“Dengarlah rahasiaku ini! Daging kancil akan membuat kulit buaya jadi kinclong! Mengkilat seperti emas! Walaupun teman-temanmu yang berkulit kelabu juga akan mengkilat setelah memakan dagingku, hanya kamulah yang paling bersinar. Itu karena kulitmu berwarna kuning keemasan”
“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Si Buaya dengan hati berbunga-bunga memukul-mukulkan ekornya ke air.
“Tiada buaya yang lebih pantas menjadi raja buaya selain buaya kuning yang kulitnya bersinar bak emas murni. Buaya gagah perkasa yang dermawan membagi-bagi daging lezat pada semua rakyatnya”
“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Gubraak!, Buaya tidak sabar lagi ingin memanggil teman-temannya.
A“Baiklah, panggillah teman-temanmu dan suruh mereka berbaris dari sini ke seberang sungai. Aku sendiri yang akan memastikan jumlah kalian tidak kurang dari 40 ekor” kata Si Kancil singkat
Si Tanggang, Mat Jenin, Sang Bedal Tak Berbudi, Si Badang and Bawang Putih Bawang Merah dan watak cerita kanak-kanak yang amat digemari ialah “Sang Kancil” yang merupakan antara cerita traditional yang disukai dan dibaca oleh semua kanak-kanak Malaysia. “ Cerita tradisional kanak-kanak merupakan satu contoh kepada cara tradisi di mana mereka yang lebih tua mengajar golongan muda mengenai kepentingannya memiliki nilai moral yang kukuh serta positif melalui teknik yang lebih halus iaitu penceritaan (storytelling). Dari generasi ke generasi, cerita tradisional telah perturunkan dan hingga kini, ia masih diminati oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur,” kata YBhg Dato’ Idrose Mohamed, Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad.
“Adalah menjadi satu kebanggaan bagi Pos Malaysia untuk menampilkan beberapa cerita tradisional kanak-kanak yang dikenali ramai dalam setem dan Sampul Surat Hari Pertama dan kami berharap agar para pelanggan akan mengambil peluang ini bagi menambah koleksi setem yang unik ini untuk simpanan mereka. Tambahan lagi, pengeluaran koleksi setem ini menyokong usaha Tahum Melawat Malaysia 2007 bagi mempromosikan budaya dan tradisi Malaysia kepada pengunjung dari luar negara. Oleh itu, kami juga ingin mempelawa para pelancong untuk membeli setem serta Sampul Surat Hari Pertama ini sebagai kenang-kenangan mengenai budaya dan tradisi Malaysia yang unik dan menarik,” tambah Dato’ Idrose.
Setem-setem tersebut, berukuran 40mm X 30mm, dicetak sebanyak 20 setem sehelai di atas kertas tera air SPM bersalut fosfor dan boleh didapati dalam empat sebaris di mana setiap satu setem bernilai 50sen yang menampilkan : • Sang Kancil Dengan Buaya
Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai. Dia mengkhabarkan kepada buaya bahawa dia telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana beliau ingin memberi hadiah kepada mereka semua. Sang Kancil mengarahkan supaya semua buaya beratur, merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana. Setelah itu, Sang Kancil terus melompat ke atas buaya-buaya itu satu persatu sehingga berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing Sang Kancil bersorak kegembiraan dan berkata mereka telah ditipu dan tiada hadiah dari Raja Sulaiman. Semua buaya amat marah dan berdendam sehingga hari ini.
• Sang Kancil Menolong Kerbau
Ini adalah kisah buaya atau Sang Bedal yang tidak mengenang budi. Sang Bedal yang dihempap pokok tumbang menjerit meminta tolong. Jeritan itu didengari oleh Sang Kerbau. Apabila Sang Kerbau membantu mengangkat pokok itu dengan tanduknya, Sang Bedal terus menangkap kaki kerbau. Semasa pergelutan itu muncullah Sang Kancil dan Sang Kerbau pun meminta bantuan Sang Kancil. Dengan itu, Sang Kancil pun berfikir cara untuk melepaskan kaki Sang Kerbau dari mulut Sang Bedal.
Dia berpura-pura tidak percaya Sang Kerbau boleh mengangkat pokok itu dan meminta supaya ditunjukkan bagaimana ianya dilakukan. Jadi, Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kancil seterusnya menyuruh Sang Kerbau melepaskan batang pokok di atas Sang Bedal. Kayu itu menghempap Sang Bedal yang tidak tahu mengenang jasa itu.
• Bawang Putih Bawang Merah
Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Bawang Merah yang selalu didera oleh ibu tiri dan adik tiri yang bernama Bawang Putih. Suatu hari dia terdengar panggilan seekor ikan kaloi di dalam perigi yang ingin membantunya.Tetapi ibu dan adik tirinya mendapat tahu akan hal tersebut lalu menangkap ikan kaloi itu dan dimasak. Pada suatu malam, Bawang Merah bermimpi ibunya yang memberitahu dia akan perkara itu dan menyuruh dia menanam semua tulang ikan itu. Sungguh menghairankan, sepohon pokok tiba-tiba tumbuh dengan sebuah buaian yang diperbuat dari emas. Di sinilah Bawang Merah akan bermain buaiannya sambil menyanyi gembira sehinggalah suaranya didengari seorang putera mahkota yang akhirnya berkahwin dengan Bawang Merah dan terus hidup bahagia hingga ke anak cucu. • Badang
Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Badang. Setiap hari Badang menahan bubu di anak sungai dan sudah tiga pagi tiada seekor ikan pun terperangkap. Badang hairan binatang apa yang memakan ikan-ikan itu. Dia bercadang untuk menunggu di situ untuk melihat binatang apa ynag memakan ikan-ikan itu. Pada waktu tengah malam, dia nampak satu lembaga yang berjanggut panjang hingga ke perutnya muncul. Lembaga dengan matanya merah menyala itu menuju ke bubunya lalu mengeluarkan ikan di dalamnya dan meratah dengan lahapnya. Badang melompat keluar dan meluru ke arah lembaga itu dan mengancam akan membunuhnya. Lembaga itu merayu agar Badang melepaskannya dan berjanji akan menjadikan Badang seorang yang gagah dengan memakan ikan yang dimuntah keluar olehnya. Lembaga itu lari dan kerana masih geram, Badang menarik sebatang pokok besar yang tercabut dengan mudahnya. Badang hairan dengan kekuatannya. Mulai hari itu, Badang menggunakan kekuatannya untuk menolong rakyat jelata. Kegagahan Badang itu sampai ke pengetahuan Raja dan dia pun dilantik sebagai hulubalang baginda.
Ciri khas bagi Lembaran Mini ialah di mana imej pada setem itu diserikan lagi dengan cetakan Hot Stamping berwarna perak. Lembaran Mini dengan saiz 100mm X 70mm pada harga RM5 memaparkan :
• Si Tanggang
Kisah ini mengenai Si Tanggang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Pada suatu hari, Si Tanggang telah ditangkap Nakhoda kapal dan dipaksa untuk melakukan kerja-kerja di atas kapal. Nakhoda suka dengan kerajinan Si Tanggang lalu dikahwinkan dengan anaknya serta melantiknya menjadi Nakhoda yang baru. Pada suatu hari, awan menjadi gelap menandakan ribut taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang pun menghalakan kapalnya memasuki muara sungai di kampung ibu bapanya. Ibu dan bapanya dengan gembira pergi berjumpa dengan Nakhoda Tanggang. Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku kedua orang tua itu sebagai ibu bapanya kerana kelihatan begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang dan ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Nakhoda Tanggang, isterinya dan semua anak kapalnya menjadi batu.

Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera
Bahan sastera

Contenu connexe

Tendances

Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menara
Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menaraContoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menara
Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menaraDessy Puspita Sari

Tugas Resensi Buku Negeri 5 Menara
Tugas Resensi Buku Negeri 5 MenaraTugas Resensi Buku Negeri 5 Menara
Tugas Resensi Buku Negeri 5 MenaraYunitha Rahmah

Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaLini Lumanti

Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SDAnalisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SDYunita Siswanti

Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Rashidi Shaari

Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangisaramah upsi

Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi CIKGU NAZARINANAWAWI

Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanZol Joey

Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surga
Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surgaHabiburrahman ketika cinta_berbuah_surga
Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surgaSri Apriyanti Husain

Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)
Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)
Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)Khansa Hanun

Menembus ramma' dengan harapan
Menembus ramma' dengan harapanMenembus ramma' dengan harapan
Menembus ramma' dengan harapanSuardi Hasjum

Resensi Novel - Surat Kecil Untuk Tuhan
Resensi Novel - Surat Kecil Untuk TuhanResensi Novel - Surat Kecil Untuk Tuhan
Resensi Novel - Surat Kecil Untuk TuhanSabrianah Badaruddin

Tendances (19)

Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menara
Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menaraContoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menara
Contoh Resensi Novel || Novel Negeri 5 menara

Tugas Resensi Buku Negeri 5 Menara
Tugas Resensi Buku Negeri 5 MenaraTugas Resensi Buku Negeri 5 Menara
Tugas Resensi Buku Negeri 5 Menara

Extro girls
Extro girlsExtro girls
Extro girls

Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 mina

Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SDAnalisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD

Tugas resensi novel (y)
Tugas resensi novel (y)Tugas resensi novel (y)
Tugas resensi novel (y)

Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3

Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangi

Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi

Tugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesiaTugas bahasa indonesia
Tugas bahasa indonesia

Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman

Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surga
Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surgaHabiburrahman ketika cinta_berbuah_surga
Habiburrahman ketika cinta_berbuah_surga

Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)
Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)
Contoh teks ulasan mengenai beragam karya sastra (puisi, cerpen, dan novel)

Menembus ramma' dengan harapan
Menembus ramma' dengan harapanMenembus ramma' dengan harapan
Menembus ramma' dengan harapan

Resensi Novel - Surat Kecil Untuk Tuhan
Resensi Novel - Surat Kecil Untuk TuhanResensi Novel - Surat Kecil Untuk Tuhan
Resensi Novel - Surat Kecil Untuk Tuhan

Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015

Sajak guru
Sajak guruSajak guru
Sajak guru

Ketika cinta berbuah_surga.habib
Ketika cinta berbuah_surga.habibKetika cinta berbuah_surga.habib
Ketika cinta berbuah_surga.habib

Ikan patin
Ikan patinIkan patin
Ikan patin

En vedette

Gambar gambar petani
Gambar gambar petaniGambar gambar petani
Gambar gambar petaniNineZero

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetNineZero

Rancangan pelajaran harian
Rancangan pelajaran harianRancangan pelajaran harian
Rancangan pelajaran harianNineZero

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetNineZero

Gambar gambar petani
Gambar gambar petaniGambar gambar petani
Gambar gambar petaniNineZero

Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjayaNineZero

Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjayaNineZero

En vedette (9)

Gambar gambar petani
Gambar gambar petaniGambar gambar petani
Gambar gambar petani

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet

Rancangan pelajaran harian
Rancangan pelajaran harianRancangan pelajaran harian
Rancangan pelajaran harian

Rph
RphRph
Rph

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet

Gambar gambar petani
Gambar gambar petaniGambar gambar petani
Gambar gambar petani

Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjaya

Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjaya

Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan

Similaire à Bahan sastera

Similaire à Bahan sastera (20)

Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1

Kumpulan pantun
Kumpulan pantunKumpulan pantun
Kumpulan pantun

Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat

Pantun
PantunPantun
Pantun

Sajak
SajakSajak
Sajak

Pantun
PantunPantun
Pantun

7 b jawa
7  b jawa7  b jawa
7 b jawa

Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdfLiterasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Informasi-SOAL.pdf

Senarai peribahasa dalam buku teks
Senarai peribahasa dalam buku teksSenarai peribahasa dalam buku teks
Senarai peribahasa dalam buku teks

modul pintar membaca 2020.pdf
modul pintar membaca 2020.pdfmodul pintar membaca 2020.pdf
modul pintar membaca 2020.pdf

Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu

Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara
Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara
Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara

Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda
Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda
Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda

Pantun
PantunPantun
Pantun

Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4

Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat

Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat

Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1

Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1

Percakapan Dengan David Tobing
Percakapan Dengan David TobingPercakapan Dengan David Tobing
Percakapan Dengan David Tobing

Bahan sastera

• 1. Orang tua patut disegani           Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini       Bisa lagi lidah yang jahatRamai orang menggali perigi    Ambil buluh lalu diikat   Ilmu dicari tak akan rugi           Buat bekalan dunia akhiratTuan Haji memakai jubah                         Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah                 Rezeki segenggam jadi sekarungPatah gading serpih tanduk    Mari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabuk    Buat apakah ia dimakanAnak rusa masuk ke taman               Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan teman     Kalau tua jadikan guruBerakit ke hulu dengan bergalah      Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah     Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki        Mati terkena jerat sembat           Orang yang muda kita sanjungi       Orang yang tua kita hormatSorong papan tarik papan     Buah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan                  Suruh mengaji awak tak mahuAdik ke kedai membeli halia     Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia    Baik hati berbudi bahasaKOLEKSI PANTUN NASIHAT
Tulis surat di dalam gelap                 Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap                Jikalau silap awak yang bencana  Hendak belayar ke Teluk Betong               Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung                Bulat manusia kerana muafakat    Pakai baju warna biru               Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru    Kerana guru pembekal ilmuLagu bernama serampang laut    Ditiup angin dari Selatan    Layar dikembang kemudi dipaut      Kalau tak laju binasa badanPadi segemal kepuk di hulu      Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu   Pasir sebutir jadikan intan.Budak-budak berkejar-kejar    Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar              Tentu kita akan berjaya    Jangan pergi mandi di lombong             Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong   Semua kawan akan membenciJikalau tuan mengangkat peti      Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati               Kerja yang susah menjadi senang  Angin teluk menyisir pantai       Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai       Asal pandai mengambil hatiPergi mendaki Gunung Daik                 Hendak menjerat kancil dan rusa          Bergotong-royong amalan yang baik   Elok diamalkan setiap masaAir melurut ke tepian mandi    Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi                      Semakin berisi semakin tundukDaun sirih ulam Cik Da           Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada    Biar merunduk resmi padiBuah pelaga makan dikikir       Dibawa orang dari hulu   Sebarang kerja hendak difikir             Supaya jangan mendapat malu  Kemumu di tengah pekan              Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan      Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu   Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu      Bagai rumah tidak berdindingBuah cempedak bentuknya bujur    Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur    Hidup kita dipandang mulia
KOLEKSI SAJAK
BERBURU ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat quot; cikguquot; kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.