SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
1
GGGB 4243
TEKANAN, SOKONGAN DAN PENGAJARAN
PROJEK: LAPORAN PAMERAN AROMATERAPI
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID
DISEDIAKAN OLEH:
SITI KHAIRUNISA BINTI JASMANI (A137210)
ZAIHAN BINTI MAT HUSSIN (A137093)
SITI NUR RABIATUL ADAWIYAH BT. NAZARI (A137685)
DAYANGKU SITI NUR AMALINA BINTI PENGIRAN MAHMUD (A138727)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2
Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA SURAT
Tajuk Laporan 1
Isi Kandungan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Aromaterapi 3
3.0 Kebaikan Aromaterapi 3-4
4.0 Aromaterapi dari Bahan Semulajadi 4-5
5.0 Aromaterapi dari Bahan yang Diproses 5-6
6.0 Kajian Lepas 6-8
7.0 Penambahbaikan 9
8.0 Kesimpulan 9
9.0 Rujukan 10
Lampiran
3
1.0 Pengenalan
Program “Suburkan Ketenangan, Tangani Tekanan” merupakan program yang dijalankan bagi
memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) tentang kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik. Pendedahan tersebut
dijalankan dengan dua cara iaitu melalui pembentangan dan pameran. Salah satu pameran yang
dijalankan dalam program tersebut ialah pameran aromaterapi. Maklumat tentang aromaterapi
akan diterangkan serba sedikit dengan menyentuh dari segi definisi, kebaikan, bahan-bahan
aromaterapi dari semulajadi hingga ke bahan yang telah diproses serta kajian-kajian lepas bagi
mengukuhkan keberhasilan aromaterapi dalam menguruskan atau mengurangkan tekanan.
2.0 Definisi Aromaterapi
Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau
atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Sejak zaman 6000 tahun yang lalu,
bermula dari tamadun purba di Cina, Mesir dan India telah menggunakan intisari bunga-
bungaan, tumbuh-tumbuhan dan keunggulannya untuk penyembuhan. Aromaterapi merupakan
suatu seni penyembuhan yang berasaskan dari alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi
adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi
secara tidak langsung.
Aromaterapi adalah sejenis perubatan alternatif yang menggunakan minyak semulajadi
daripada bunga, daun, batang, akar atau pucuk tumbuh-tumbuhan untuk tujuan kesihatan-
menaikkan fungsi kognitif, mengurangkan rasa sakit, mengurangkan stres, membantu sistem
imun, mengawal hormon, mengawal perasaan hati atau mood, emosi dan fizikal. Penggunaan
intisari minyak (Essential Oils) secara intensif dan meluas daripada haruman lembut yang unik
dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam merupakan perawatan terapeutik
yang sangat hebat. Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya
mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
3.0 Kebaikan Aroma Terapi
Aromaterapi secara umumnya membantu meningkatkan keupayaan mental dan emosi, membantu
dan merangsang pertuturan dan komunikasi, merangsang pemikiran dan kreativiti, meningkatkan
4
kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat, melegakan otot-otot melalui urutan
dan emosi, menyenangkan hati dan perasaan dan menjalin perasaan deria dan emosi positif.
4.0 Aromaterapi Dari Bahan Semulajadi
Bahan semulajadi boleh dijadikan sebagai aromaterapi seperti halia, lemon, daun pudina, serai
dan daun pandan. Halia ialah sejenis bahan semulajadi yang sesuai untuk dijadikan aromaterapi.
Kelebihan menghidu halia ialah dapat menghilangkan stress yang dihadapi. Khasiat halia dalam
merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan
oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang
dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia atau nama
saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125
miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat,
gentian, vitaminC dan niasin. Kesan halia ialah memberikan ketenangan, membantu
menghangatkan badan yang sejuk dan mudah masuk angin, tidak terlalu panas dan sesuai untuk
urutan aromaterapi.
Lemon pula kaya dengan antioksidan vitamin C, yang diketahui peranannya dalam
menyokong sistem pertahanan badan. Asid askorbik (vitamin C) yang terdapat dalam lemon
mempunyai ciri anti –radang dan digunakan sebagai bahan sokongan tambahan untuk rawatan
asma dan simptom masalah pernafasan yang lain. Lemon juga mengandungi saponin yang
menunjukkan ciri-ciri antimikrob yang boleh membantu menghindari selsema (flu). Asid
askorbik yang terkandung dalam lemon juga meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan
yang mana ia memainkan peranan penting dalam sistem imun. Kelebihan menghidu lemon
adalah memberikan kesan ketenangan, menyegarkan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan
membuat kulit terasa licin
Selain itu, serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan
kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan
peredaran darah ke seluruh anggota badan. Selain itu, aromaterapi yang wujud semulajadi
daripada pokok serai ini dapat menghilangkan tekanan dan seterusnya dapat mengurangkan
gangguan fikiran serta meningkatkan produktiviti kerja seseorang. mempunyai ciri-ciri anti-
kemurungan yang bermanfaat untuk keadaan saraf dan juga berkaitan tekanan, dapat
5
mengurangkan kebimbangan dan gejala kemurungan serta membantu menguatkan sistem saraf
dan berguna untuk keadaan seperti penyakit parkinson.
Akhir sekali, daun pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga labiatae
dan ia tergolong dalam spesies mentha, siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila
dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. Daun
pudina juga sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman, bertindak sebagai
antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan
mengeluarkan peluh. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema,
sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina
boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. Selain itu, ia juga
dapat melegakan sakit kepala dan sakit saraf menguatkan mental dan fizikal untuk meransang
dan membantu untuk lebih fokus dan segar dan sentiasa memberi tumpuan dengan sesuatu
keadaan.
5.0 Aromaterapi Dari Bahan Yang Diproses (Minyak Pati)
Aromaterapi dari bahan yang diproses merupakan minyak pati yang mana bahan-bahan
semulajadi dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Minyak pati aromaterapi telah dipelbagai dan
juga dikeluarkan dari pelbagai syarikat. Contoh minyak pati aromaterapi antaranya ialah
lavender, daun teh, minyak kayu putih, bunga ros, bunga kenanga, rosemary, pine, dan bunga
kantan.
Lavender mempunyai bau yang menarik dan berkeupayaan mengurangkan stress. Ia juga
bagus untuk melegakan batuk, selsema dan migrain. Minyak lavender disapu pada bantal atau
dalam air mandian bagi membantu untuk tidur yang nyenyak. Ia juga mempunyai ciri antiseptic,
antidepressant, anti-inflammatory, diuretic, sebagai ubat penenang dan juga sebagai deodorant.
Minyak pati Ylang-ylang atau bunga kenangan mempunyai bau yang wangi dan bagus untuk
mengurangkan stres, meringankan sakit kepala, muntah-muntah, mengurangkan hipertensi dan
penyakit kulit. Bunga kenangan juga merangsang pertumbuhan rambut dan melawan jangkitan
pada usus serta digunakan untuk menimbulkan suasana romantik.
Minyak Kayu Putih pula membantu mengurangkan kesakitan, seperti perut kembung,
masuk angin, sakit perut, loya, pening kepala, dan gatal akibat gigitan serangga, digunakan untuk
6
melegakan pernafasan semasa selesema dan memberikan kesan ketenagangan sehingga dapat
mengurangkan stress setelah seharian beraktiviti. Selain itu, minyak pati bunga Kantan juga
mempunyai nilai yang besar dalam rawatan pelbagai penyakit psikologi. Ia digunakan untuk
memerangi kemurungan dan penumpuan yang lemah. Ia juga amat berkesan dalam merawat
gangguan keresahan
Peppermint digunakan secara meluas untuk menambahkan kepekaan minda. Ia
merupakan herba semulajadi yang menambahkan tenaga. Cirinya yang menyejukkan menambah
baik mood, menajamkan tumpuan, membantu dalam penghadaman. Minyak pati bunga ros pula
merupakan minyak aromaterapi yang berkuasa dalam merawat penyakit berkaitan wanita. Bunga
ros membantu dalam mengatasi kemurungan, keresahan, penghadaman, aliran darah, masalah
jantung dan pernafasan seperti asma dan bagus untuk kulit.
6.0 Kajian Lepas
Beberapa kajian telah dijalankan mengenai keberkesanan aromaterapi dalam kehidupan. Melalui
kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan, aromaterapi mempengaruhi pelbagai aspek,
antaranya dari segi emosi, tahap tekanan, tahap tekanan dalam darah, kebimbangan dan
keletihan.
Kajian Cannard (1996) menyatakan bahawa menggunakan aromaterapi memberi kesan
terhadap pola tidur individu. Ianya memberi kesan yang baik terhadap masalah pola tidur yang
tidak teratur. Cannard membuat kajian tentang kesan aromaterapi menggalakan rasa santai dan
pengurangan tekanan di hospital-hospital. Sampel kajian beliau adalah pesakit-pesakit yang
sudah tua dan yang mempunyai pola tidur yang tidak teratur. Dalam usaha untuk menambah baik
perkara tersebut, pihak hospital menggunakan cara tradisional. Hasil kajian mendapati bahawa,
dengan menggunakan aromaterapi tersebut memberi kesan yang ketara dan baik terhadap
gangguan corak atau pola tidur pesakit. Selain itu, pada masa yang sama ianya juga
mengurangkan ubat pelali pada waktu malam untuk rawatan.
Selain itu, Diego, Jones, Field, Hernandez-reif, Schanberg, Kuhn, Galamaga, McAdam
dan Galamaga (1998) telah menjalankan kajian tentang pengaruh positif aromaterapi terhadap
mood, pola elekroencephalogram (EEG) dan pengiraan matematik. Dalam kajian ini, mereka
7
menilai aktiviti pola EEG, ketelitian dan mood untuk 40 orang responden dewasa dalam masa 3
minit aromaterapi dengan menggunakan dua jenis aroma iaitu lavender dimana jenis ini dianggap
mempunyai bau yang menyenangkan dan bauan rosemary iaitu yang mempunyai bau yang
merangsang. Responden diberikan pengiraan matematik mudah sebelum dan selepas terapi. Hasil
kajian mendapati bahawa kumpulan lavender menunjukkan peningkatan kuasa Beta,
menunjukkan peningkatan rasa mengantuk, mempunyai perasaan kurang tertekan dan dilaporkan
boleh melaksanakan pengiraan dengan lebih cepat dan tepat. Manakala, kumpulan rosemary pula
menunjukkan pengurangan alpfa frontal dan kuasa Beta, kumpulan ini menunjukkan peningkatan
ketelitian semasa membuat pengiraan matematik. Kumpulan rosemary ini juga dilaporkan
mempunyai rasa kebimbangan yang rendah, selain dilaporkan mempunyai rasa yang lebih tenang
dan berhati-hati. Walau bagaimanapun, kumpulan ini hanya boleh membuat pengiraan
matematik dengan cepat tetapi tidak tepat selepas sesi aromaterapi dijalankan.
Kajian tentang kesan kaedah pemyedutan menggunakan minyak pati terhadap responden
yang menghidap masalah tekanan darah dan tindak balas tekanan terhadap responden yang
mempunyai hipertensi juga dijalankan. Kajian telah dilaksanakan oleh Hwang (2006). Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan aromaterapi pada tekanan darah dan tekanan pada
pesakit yang mempunyai masalah hipertensi. Terdapat 52 orang responden yang dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut jenis minyak pati, kumpulan placebo dan kumpulan
kawalan rawak. Penggunaan aromaterapi adalah dengan menggunakan kaedah menghidu bauan
seperti lavender, ylangylang dan bergamot sekali sehari selama empat minggu. Untuk mengesan
keberkesanan aromaterapi ini, tekanan darah dan nadi diukur setiap dua kali seminggu. Selain
itu, tahap kortisol serum, tahap catecholamine tekanan subjektif dan tahap kebimbingan juga
diukur sebelum dan selepas rawatan pada tiap-tiap tiga kumpulan. Data dianalisis menggunakan
ANNOVA, ANNOVA sehala, ujian chi(2)-test menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Hasil
keputusan kajian ini mendapati bahawa tekanan darah, nadi, tekanan subjektif, tahap
kebimbangan dan tahap kortisol serum di kalangan tiga kumpulan secara statistiknya berbeza.
Kesimpulannya kajian ini mencadangkan kaedah menghidu menggunakan minyak pati
(aromaterapi) dalam rawatan intervensi klinikal berkesan dalam mengurangkan tidak balas
psikologi tekanan dan tahap kortisol serum. Selain itu, ianya juga mengurangkan tekanan dalam
darah dan tekanan yang dihadapi responden (Hwang 2006).
8
Ji (2009) pengkaji dari Korea, beliau telah membuat kajian untuk mengkaji kesan
aromaterapi pada tekanan dan tekanan balas dalam kalangan remaja. Kaedah dua kumpulan reka
bentuk rentas telah digunakan untuk kajian ini. Rawatan eksperimen adalah aroma penyedutan
minyak dan rawatan plasbo adalah rawatan yang menggunakan rantai leher yang memngandungi
aroma. Terdapat 36 sampel yang mengikuti kajian ini. Untuk menganalisis data Ujian-t, ujian-t
berpasangan dan ujian ketepatan Fisher, perisian SPSS digunakan. Hasil kajian mendapati
bahawa tahap tekanan pelajar yang menyedut bauan aromaterapi adalah jauh lebih rendah
berbanding pelajar yang mendapat rawatan placebo. Tindak balas tekanan adalah jauh lebih
rendah berbanding pelajar yang menerima rawatan aroma. Kesimpulan kajian ini menyatakan,
kajian penyedutan aroma boleh menjadi kaedah pengurusan tekanan belajar yang sangat
berkesan.
Jo (2010) dalam kajiannya untuk mengkaji mengenai kesan penyedutan aroma pada
tekanan, keletihan dan mood jururawat dalam bilik bedah. Seramai 48 orang responden yang
terdiri daripada jururawat mengambil bahagian. Antaranya 25 orang jururawat dipilih secara
rawak dalam kajian eksperimen dan 23 orang jururawat dipilih secara rawak dalam kumpulan
kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rantai yang mempunyai aroma minyak pati sebanyak
0.22cc. Antara aroma yang diberikan adalah campuran dari lavender, zeranium dan mazoram
dengan nisbah 5:3:2. Untuk mengetahui keberkesanan kajian ini, keputusan pra-ujian dan pasca-
ujian terhadap tahap tekanan, keletihan dan mood dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Data
yan diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t dan ANCOVA menggunakan perisian SPSS 10.0.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa dari segi statistik terdapat penurunan ketara dalam
tekanan dan keletihan, dan menunjukkan peningkatan mood dan ketenangan selepas penyedutan
aroma. Kesimpulannya, penyedutan aroma boleh mempengaruhi dan memberi kesan positif
kepada tekanan, keletihan dan perasaan.
Kesimpulan dari hasil-hasil kajian yang lepas membuktikan bahawa aromaterapi
memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan manusia. Terapi ini terbukti boleh digunakan
untuk membuat rawatan tekanan, pola tidur, kebimbangan dan emosi individu.
9
7.0 Penambahbaikan
Penambahbaikan yang boleh dilakukan jika hendak menjalankan pameran aromaterapi antaranya
ialah memperbanyak lagi kajian-kajian lepas tentang aromaterapi. Tambahan lagi, jika para
peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sarjana dan PHD. Ini dapat membantu mereka untuk
menjalankan kajian pada masa akan datang. Selain itu, segala persoalan dari peserta dapat
dijawab dengan baik. Manfaat bagi setiap bahan semulajadi untuk digunakan sebagai
aromaterapi perlu diberikan penjelasan secara mendalam. Cara penggunaan aromaterapi dari
bahan semulajadi seperti serai, lemon, dan halia perlu dikongsikan agar peserta yang
mengunjungi tapak pameran dapat mengaplikasikan di rumah kelak.
8.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pameran aromaterapi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan
mahasiswi UKM dalam mengurus atau mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dengan
menggunakan bau-bauan seperti lavender, ros dan sebagainya. Penggunaan aromaterapi bukan
sahaja pada minyak pati namun ia juga boleh diperoleh dari bahan semulajadi yang segar.
Peralatan untuk digunakan dalam menaikkan bau-bauan aroma tersebut juga dapat dikongsikan
dengan para peserta program di samping memberikan pandangan dan juga mendengar
pandangan dari peserta program yang menjalankan kajian tentang aromaterapi. Ini memberikan
satu ruang kepada ajk pameran aromaterapi dan juga peserta untuk saling memberikan idea
sekaligus mewujudkan satu perhubungan yang baik.
10
9.0 Rujukan
Cannard, G. 1996. The effect of aromatherapy in promoting relaxation and stress reduction in a
general hospital. Complementary Therapies In Nursing And Midwifery. 2(2). Hlm. 38-40.
Diego, M. A., Jones, N. A., Field, T., Hernandez-reif, M., Schanberg, S., Kuhn, C., Galamaga,
M., McAdam, V., & Galamaga, R. 1998. Aromatherapy positively affects mood, EEG
patterns of alertness and math computations. International Journal of Neuroscience. Vol.
96. Hlm. 217-224.
Hwang, JH. 2006. The effects of the inhalation method using essential oils on blood pressure and
stress responses of clients with essential hypertension. Europe PubMed Central. 36(7).
Hlm. 1123-1134.
Ji, YS. 2009. The effects of aromatherapy on stress and stress responses in adolescents. Journal
of Korean Academy of Nursing. Vol 39, issue 3. Hlm. 357-365.
Jo, MJ. The effects of aroma inhalation on stress, fatigue, mood and vital signs of the nurses in
the operating rooms. Journal of Korean Academy Adult of Nursing. 22(2). Hlm. 153-160.
11
LAMPIRAN
Gambar di atas menunjukkan minyak pati aroma terapi iaitu jenis lavender, ocean dan rose.
Minyak pati tersebut akan diletakkan di atas bekas seramik yang mana di bawah akan dibakar
lilin. Apabila minyak pati tersebut dipanaskan menggunakan lilin, ia dapat menaikkan bau
minyak pati tersebut sehingga keseluruhan ruangan terutamanya di bilik.
Minyak pati jenis
lavender
Minyak pati jenis
ocean
Minyakpati jenis rose
Bekas seramik
12
Gambar di atas merupakan bahan-bahan semulajadi yang dipamerkan semasa program
berlangsung. Bahan – bahan semulajadi ini mudah diperoleh di pasaraya berdekatan dan
menjimatkan kos.
serai
Daun sirih
lemon
halia
Daun pudina
13
Gambar – gambar menunjukkan para peserta program mengunjungi tapak pameran Aromaterapi.

Contenu connexe

Tendances

Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Rph thn 5 gaya hidup sihat
Rph thn 5 gaya hidup sihatRph thn 5 gaya hidup sihat
Rph thn 5 gaya hidup sihatXeno Venz
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Implikasi teori behaviorisme
Implikasi teori behaviorismeImplikasi teori behaviorisme
Implikasi teori behaviorismeAtikah Amran
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltizain72
 
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)kuliahpismp09
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupZana Idsar
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitifIsmail Hashim
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moral
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moralELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moral
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moralKelvin WC
 
Kanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasKanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasshahrul
 
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan RingkasNur Hikmah
 
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxPEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxYOUAZLIN
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienRamadas Daughter
 

Tendances (20)

Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
 
Rph thn 5 gaya hidup sihat
Rph thn 5 gaya hidup sihatRph thn 5 gaya hidup sihat
Rph thn 5 gaya hidup sihat
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Implikasi teori behaviorisme
Implikasi teori behaviorismeImplikasi teori behaviorisme
Implikasi teori behaviorisme
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
 
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Konsep kendiri
Konsep kendiri Konsep kendiri
Konsep kendiri
 
Kebersihan diri
Kebersihan diriKebersihan diri
Kebersihan diri
 
Pendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorismePendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorisme
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moral
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moralELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moral
ELMK3013 Pengenalan kepada Konsep Moral: Panduan tingkah laku moral
 
Kanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khasKanak kanak berkeperluan khas
Kanak kanak berkeperluan khas
 
RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
 
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxPEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
 

En vedette

Daftar pustaka
Daftar pustakaDaftar pustaka
Daftar pustakaNor Dayani
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaIeta Sa'ad
 
Stress Management for teachers
Stress Management for teachersStress Management for teachers
Stress Management for teachersSajida Tariq
 
Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Azizan Jae
 

En vedette (6)

Aromaterapi
AromaterapiAromaterapi
Aromaterapi
 
Daftar pustaka
Daftar pustakaDaftar pustaka
Daftar pustaka
 
Penguruan Stress
Penguruan StressPenguruan Stress
Penguruan Stress
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerja
 
Stress Management for teachers
Stress Management for teachersStress Management for teachers
Stress Management for teachers
 
Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!
 

Similaire à Aromaterapi

TM2-AROMA THERAPY.pdf
TM2-AROMA THERAPY.pdfTM2-AROMA THERAPY.pdf
TM2-AROMA THERAPY.pdfintasusantia
 
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptx
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptxPEMBERIAN AROMATERAPI.pptx
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptxMiftahulKhair16
 
Terapi komplementer pada pasien bronchitis
Terapi komplementer pada pasien bronchitisTerapi komplementer pada pasien bronchitis
Terapi komplementer pada pasien bronchitisSulistia Rini
 
Aroma Teraphy.ppt
Aroma Teraphy.pptAroma Teraphy.ppt
Aroma Teraphy.pptHamidi8
 
Manajemen stres hyperlink
Manajemen stres hyperlinkManajemen stres hyperlink
Manajemen stres hyperlinkFhie Habibie
 
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptx
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptxPPT ASMAN TOGA Pgg2.pptx
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptxardikuncoro3
 
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul Rakan
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul RakanHolistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul Rakan
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul RakanAbdul Rakan Jamaludin
 
Terapi komplementer pada anak pertusis
Terapi komplementer pada anak pertusisTerapi komplementer pada anak pertusis
Terapi komplementer pada anak pertusisSulistia Rini
 
X'sotika coffee ind
X'sotika coffee indX'sotika coffee ind
X'sotika coffee indzulkifridjou
 
Sehat bersama holistik modern
Sehat bersama holistik modernSehat bersama holistik modern
Sehat bersama holistik modernNoer Tjahya
 
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam Nesha Mutiara
 
Presentation terapi aroma copy
Presentation terapi aroma   copyPresentation terapi aroma   copy
Presentation terapi aroma copyFatin Nadiah
 
Brosur Dewan Harkat Baitul Hikmah
Brosur Dewan Harkat Baitul HikmahBrosur Dewan Harkat Baitul Hikmah
Brosur Dewan Harkat Baitul HikmahAbdullahFaqih15
 

Similaire à Aromaterapi (20)

Sejarah aromaterapi
Sejarah aromaterapiSejarah aromaterapi
Sejarah aromaterapi
 
TM2-AROMA THERAPY.pdf
TM2-AROMA THERAPY.pdfTM2-AROMA THERAPY.pdf
TM2-AROMA THERAPY.pdf
 
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptx
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptxPEMBERIAN AROMATERAPI.pptx
PEMBERIAN AROMATERAPI.pptx
 
Terapi komplementer pada pasien bronchitis
Terapi komplementer pada pasien bronchitisTerapi komplementer pada pasien bronchitis
Terapi komplementer pada pasien bronchitis
 
Aroma Teraphy.ppt
Aroma Teraphy.pptAroma Teraphy.ppt
Aroma Teraphy.ppt
 
3140241.ppt
3140241.ppt3140241.ppt
3140241.ppt
 
HERBAL THERAPY.pptx .
HERBAL THERAPY.pptx                    .HERBAL THERAPY.pptx                    .
HERBAL THERAPY.pptx .
 
Manajemen stres hyperlink
Manajemen stres hyperlinkManajemen stres hyperlink
Manajemen stres hyperlink
 
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptx
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptxPPT ASMAN TOGA Pgg2.pptx
PPT ASMAN TOGA Pgg2.pptx
 
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul Rakan
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul RakanHolistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul Rakan
Holistic Healing - Pranic Energy Healing by Master Abdul Rakan
 
Terapi komplementer pada anak pertusis
Terapi komplementer pada anak pertusisTerapi komplementer pada anak pertusis
Terapi komplementer pada anak pertusis
 
X'sotika coffee ind
X'sotika coffee indX'sotika coffee ind
X'sotika coffee ind
 
Home remedies
Home remediesHome remedies
Home remedies
 
Sehat bersama holistik modern
Sehat bersama holistik modernSehat bersama holistik modern
Sehat bersama holistik modern
 
Indri farmakologi
Indri farmakologiIndri farmakologi
Indri farmakologi
 
Buletin toga
Buletin togaBuletin toga
Buletin toga
 
11. Manajemen Stress.pptx
11. Manajemen Stress.pptx11. Manajemen Stress.pptx
11. Manajemen Stress.pptx
 
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam
Soal dan Pembahasan Obat Bahan Alam
 
Presentation terapi aroma copy
Presentation terapi aroma   copyPresentation terapi aroma   copy
Presentation terapi aroma copy
 
Brosur Dewan Harkat Baitul Hikmah
Brosur Dewan Harkat Baitul HikmahBrosur Dewan Harkat Baitul Hikmah
Brosur Dewan Harkat Baitul Hikmah
 

Plus de Cikgu Nisa

Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikalPersekitaran fizikal
Persekitaran fizikalCikgu Nisa
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Cikgu Nisa
 
penaksiran masalah penglihatan
penaksiran masalah penglihatanpenaksiran masalah penglihatan
penaksiran masalah penglihatanCikgu Nisa
 
Sindrom progeria
Sindrom progeriaSindrom progeria
Sindrom progeriaCikgu Nisa
 
Pemulihan khas
Pemulihan khasPemulihan khas
Pemulihan khasCikgu Nisa
 
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qaf
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qafUlasan artikel guru pelatih kpli j.qaf
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qafCikgu Nisa
 
Penaksiran vokasional ld dan buta
Penaksiran vokasional ld dan butaPenaksiran vokasional ld dan buta
Penaksiran vokasional ld dan butaCikgu Nisa
 

Plus de Cikgu Nisa (7)

Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikalPersekitaran fizikal
Persekitaran fizikal
 
Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak Penaksiran Awal Kanak-kanak
Penaksiran Awal Kanak-kanak
 
penaksiran masalah penglihatan
penaksiran masalah penglihatanpenaksiran masalah penglihatan
penaksiran masalah penglihatan
 
Sindrom progeria
Sindrom progeriaSindrom progeria
Sindrom progeria
 
Pemulihan khas
Pemulihan khasPemulihan khas
Pemulihan khas
 
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qaf
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qafUlasan artikel guru pelatih kpli j.qaf
Ulasan artikel guru pelatih kpli j.qaf
 
Penaksiran vokasional ld dan buta
Penaksiran vokasional ld dan butaPenaksiran vokasional ld dan buta
Penaksiran vokasional ld dan buta
 

Dernier

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxdanangpamungkas11
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 

Dernier (20)

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 

Aromaterapi

  • 1. 1 GGGB 4243 TEKANAN, SOKONGAN DAN PENGAJARAN PROJEK: LAPORAN PAMERAN AROMATERAPI DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID DISEDIAKAN OLEH: SITI KHAIRUNISA BINTI JASMANI (A137210) ZAIHAN BINTI MAT HUSSIN (A137093) SITI NUR RABIATUL ADAWIYAH BT. NAZARI (A137685) DAYANGKU SITI NUR AMALINA BINTI PENGIRAN MAHMUD (A138727) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • 2. 2 Isi Kandungan BIL PERKARA MUKA SURAT Tajuk Laporan 1 Isi Kandungan 2 1.0 Pengenalan 3 2.0 Definisi Aromaterapi 3 3.0 Kebaikan Aromaterapi 3-4 4.0 Aromaterapi dari Bahan Semulajadi 4-5 5.0 Aromaterapi dari Bahan yang Diproses 5-6 6.0 Kajian Lepas 6-8 7.0 Penambahbaikan 9 8.0 Kesimpulan 9 9.0 Rujukan 10 Lampiran
  • 3. 3 1.0 Pengenalan Program “Suburkan Ketenangan, Tangani Tekanan” merupakan program yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tentang kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik. Pendedahan tersebut dijalankan dengan dua cara iaitu melalui pembentangan dan pameran. Salah satu pameran yang dijalankan dalam program tersebut ialah pameran aromaterapi. Maklumat tentang aromaterapi akan diterangkan serba sedikit dengan menyentuh dari segi definisi, kebaikan, bahan-bahan aromaterapi dari semulajadi hingga ke bahan yang telah diproses serta kajian-kajian lepas bagi mengukuhkan keberhasilan aromaterapi dalam menguruskan atau mengurangkan tekanan. 2.0 Definisi Aromaterapi Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Sejak zaman 6000 tahun yang lalu, bermula dari tamadun purba di Cina, Mesir dan India telah menggunakan intisari bunga- bungaan, tumbuh-tumbuhan dan keunggulannya untuk penyembuhan. Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan dari alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung. Aromaterapi adalah sejenis perubatan alternatif yang menggunakan minyak semulajadi daripada bunga, daun, batang, akar atau pucuk tumbuh-tumbuhan untuk tujuan kesihatan- menaikkan fungsi kognitif, mengurangkan rasa sakit, mengurangkan stres, membantu sistem imun, mengawal hormon, mengawal perasaan hati atau mood, emosi dan fizikal. Penggunaan intisari minyak (Essential Oils) secara intensif dan meluas daripada haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam merupakan perawatan terapeutik yang sangat hebat. Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani. 3.0 Kebaikan Aroma Terapi Aromaterapi secara umumnya membantu meningkatkan keupayaan mental dan emosi, membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi, merangsang pemikiran dan kreativiti, meningkatkan
  • 4. 4 kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat, melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi, menyenangkan hati dan perasaan dan menjalin perasaan deria dan emosi positif. 4.0 Aromaterapi Dari Bahan Semulajadi Bahan semulajadi boleh dijadikan sebagai aromaterapi seperti halia, lemon, daun pudina, serai dan daun pandan. Halia ialah sejenis bahan semulajadi yang sesuai untuk dijadikan aromaterapi. Kelebihan menghidu halia ialah dapat menghilangkan stress yang dihadapi. Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin. Kesan halia ialah memberikan ketenangan, membantu menghangatkan badan yang sejuk dan mudah masuk angin, tidak terlalu panas dan sesuai untuk urutan aromaterapi. Lemon pula kaya dengan antioksidan vitamin C, yang diketahui peranannya dalam menyokong sistem pertahanan badan. Asid askorbik (vitamin C) yang terdapat dalam lemon mempunyai ciri anti –radang dan digunakan sebagai bahan sokongan tambahan untuk rawatan asma dan simptom masalah pernafasan yang lain. Lemon juga mengandungi saponin yang menunjukkan ciri-ciri antimikrob yang boleh membantu menghindari selsema (flu). Asid askorbik yang terkandung dalam lemon juga meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan yang mana ia memainkan peranan penting dalam sistem imun. Kelebihan menghidu lemon adalah memberikan kesan ketenangan, menyegarkan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan membuat kulit terasa licin Selain itu, serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Selain itu, aromaterapi yang wujud semulajadi daripada pokok serai ini dapat menghilangkan tekanan dan seterusnya dapat mengurangkan gangguan fikiran serta meningkatkan produktiviti kerja seseorang. mempunyai ciri-ciri anti- kemurungan yang bermanfaat untuk keadaan saraf dan juga berkaitan tekanan, dapat
  • 5. 5 mengurangkan kebimbangan dan gejala kemurungan serta membantu menguatkan sistem saraf dan berguna untuk keadaan seperti penyakit parkinson. Akhir sekali, daun pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. Daun pudina juga sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman, bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. Selain itu, ia juga dapat melegakan sakit kepala dan sakit saraf menguatkan mental dan fizikal untuk meransang dan membantu untuk lebih fokus dan segar dan sentiasa memberi tumpuan dengan sesuatu keadaan. 5.0 Aromaterapi Dari Bahan Yang Diproses (Minyak Pati) Aromaterapi dari bahan yang diproses merupakan minyak pati yang mana bahan-bahan semulajadi dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Minyak pati aromaterapi telah dipelbagai dan juga dikeluarkan dari pelbagai syarikat. Contoh minyak pati aromaterapi antaranya ialah lavender, daun teh, minyak kayu putih, bunga ros, bunga kenanga, rosemary, pine, dan bunga kantan. Lavender mempunyai bau yang menarik dan berkeupayaan mengurangkan stress. Ia juga bagus untuk melegakan batuk, selsema dan migrain. Minyak lavender disapu pada bantal atau dalam air mandian bagi membantu untuk tidur yang nyenyak. Ia juga mempunyai ciri antiseptic, antidepressant, anti-inflammatory, diuretic, sebagai ubat penenang dan juga sebagai deodorant. Minyak pati Ylang-ylang atau bunga kenangan mempunyai bau yang wangi dan bagus untuk mengurangkan stres, meringankan sakit kepala, muntah-muntah, mengurangkan hipertensi dan penyakit kulit. Bunga kenangan juga merangsang pertumbuhan rambut dan melawan jangkitan pada usus serta digunakan untuk menimbulkan suasana romantik. Minyak Kayu Putih pula membantu mengurangkan kesakitan, seperti perut kembung, masuk angin, sakit perut, loya, pening kepala, dan gatal akibat gigitan serangga, digunakan untuk
  • 6. 6 melegakan pernafasan semasa selesema dan memberikan kesan ketenagangan sehingga dapat mengurangkan stress setelah seharian beraktiviti. Selain itu, minyak pati bunga Kantan juga mempunyai nilai yang besar dalam rawatan pelbagai penyakit psikologi. Ia digunakan untuk memerangi kemurungan dan penumpuan yang lemah. Ia juga amat berkesan dalam merawat gangguan keresahan Peppermint digunakan secara meluas untuk menambahkan kepekaan minda. Ia merupakan herba semulajadi yang menambahkan tenaga. Cirinya yang menyejukkan menambah baik mood, menajamkan tumpuan, membantu dalam penghadaman. Minyak pati bunga ros pula merupakan minyak aromaterapi yang berkuasa dalam merawat penyakit berkaitan wanita. Bunga ros membantu dalam mengatasi kemurungan, keresahan, penghadaman, aliran darah, masalah jantung dan pernafasan seperti asma dan bagus untuk kulit. 6.0 Kajian Lepas Beberapa kajian telah dijalankan mengenai keberkesanan aromaterapi dalam kehidupan. Melalui kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan, aromaterapi mempengaruhi pelbagai aspek, antaranya dari segi emosi, tahap tekanan, tahap tekanan dalam darah, kebimbangan dan keletihan. Kajian Cannard (1996) menyatakan bahawa menggunakan aromaterapi memberi kesan terhadap pola tidur individu. Ianya memberi kesan yang baik terhadap masalah pola tidur yang tidak teratur. Cannard membuat kajian tentang kesan aromaterapi menggalakan rasa santai dan pengurangan tekanan di hospital-hospital. Sampel kajian beliau adalah pesakit-pesakit yang sudah tua dan yang mempunyai pola tidur yang tidak teratur. Dalam usaha untuk menambah baik perkara tersebut, pihak hospital menggunakan cara tradisional. Hasil kajian mendapati bahawa, dengan menggunakan aromaterapi tersebut memberi kesan yang ketara dan baik terhadap gangguan corak atau pola tidur pesakit. Selain itu, pada masa yang sama ianya juga mengurangkan ubat pelali pada waktu malam untuk rawatan. Selain itu, Diego, Jones, Field, Hernandez-reif, Schanberg, Kuhn, Galamaga, McAdam dan Galamaga (1998) telah menjalankan kajian tentang pengaruh positif aromaterapi terhadap mood, pola elekroencephalogram (EEG) dan pengiraan matematik. Dalam kajian ini, mereka
  • 7. 7 menilai aktiviti pola EEG, ketelitian dan mood untuk 40 orang responden dewasa dalam masa 3 minit aromaterapi dengan menggunakan dua jenis aroma iaitu lavender dimana jenis ini dianggap mempunyai bau yang menyenangkan dan bauan rosemary iaitu yang mempunyai bau yang merangsang. Responden diberikan pengiraan matematik mudah sebelum dan selepas terapi. Hasil kajian mendapati bahawa kumpulan lavender menunjukkan peningkatan kuasa Beta, menunjukkan peningkatan rasa mengantuk, mempunyai perasaan kurang tertekan dan dilaporkan boleh melaksanakan pengiraan dengan lebih cepat dan tepat. Manakala, kumpulan rosemary pula menunjukkan pengurangan alpfa frontal dan kuasa Beta, kumpulan ini menunjukkan peningkatan ketelitian semasa membuat pengiraan matematik. Kumpulan rosemary ini juga dilaporkan mempunyai rasa kebimbangan yang rendah, selain dilaporkan mempunyai rasa yang lebih tenang dan berhati-hati. Walau bagaimanapun, kumpulan ini hanya boleh membuat pengiraan matematik dengan cepat tetapi tidak tepat selepas sesi aromaterapi dijalankan. Kajian tentang kesan kaedah pemyedutan menggunakan minyak pati terhadap responden yang menghidap masalah tekanan darah dan tindak balas tekanan terhadap responden yang mempunyai hipertensi juga dijalankan. Kajian telah dilaksanakan oleh Hwang (2006). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan aromaterapi pada tekanan darah dan tekanan pada pesakit yang mempunyai masalah hipertensi. Terdapat 52 orang responden yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jenis minyak pati, kumpulan placebo dan kumpulan kawalan rawak. Penggunaan aromaterapi adalah dengan menggunakan kaedah menghidu bauan seperti lavender, ylangylang dan bergamot sekali sehari selama empat minggu. Untuk mengesan keberkesanan aromaterapi ini, tekanan darah dan nadi diukur setiap dua kali seminggu. Selain itu, tahap kortisol serum, tahap catecholamine tekanan subjektif dan tahap kebimbingan juga diukur sebelum dan selepas rawatan pada tiap-tiap tiga kumpulan. Data dianalisis menggunakan ANNOVA, ANNOVA sehala, ujian chi(2)-test menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Hasil keputusan kajian ini mendapati bahawa tekanan darah, nadi, tekanan subjektif, tahap kebimbangan dan tahap kortisol serum di kalangan tiga kumpulan secara statistiknya berbeza. Kesimpulannya kajian ini mencadangkan kaedah menghidu menggunakan minyak pati (aromaterapi) dalam rawatan intervensi klinikal berkesan dalam mengurangkan tidak balas psikologi tekanan dan tahap kortisol serum. Selain itu, ianya juga mengurangkan tekanan dalam darah dan tekanan yang dihadapi responden (Hwang 2006).
  • 8. 8 Ji (2009) pengkaji dari Korea, beliau telah membuat kajian untuk mengkaji kesan aromaterapi pada tekanan dan tekanan balas dalam kalangan remaja. Kaedah dua kumpulan reka bentuk rentas telah digunakan untuk kajian ini. Rawatan eksperimen adalah aroma penyedutan minyak dan rawatan plasbo adalah rawatan yang menggunakan rantai leher yang memngandungi aroma. Terdapat 36 sampel yang mengikuti kajian ini. Untuk menganalisis data Ujian-t, ujian-t berpasangan dan ujian ketepatan Fisher, perisian SPSS digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap tekanan pelajar yang menyedut bauan aromaterapi adalah jauh lebih rendah berbanding pelajar yang mendapat rawatan placebo. Tindak balas tekanan adalah jauh lebih rendah berbanding pelajar yang menerima rawatan aroma. Kesimpulan kajian ini menyatakan, kajian penyedutan aroma boleh menjadi kaedah pengurusan tekanan belajar yang sangat berkesan. Jo (2010) dalam kajiannya untuk mengkaji mengenai kesan penyedutan aroma pada tekanan, keletihan dan mood jururawat dalam bilik bedah. Seramai 48 orang responden yang terdiri daripada jururawat mengambil bahagian. Antaranya 25 orang jururawat dipilih secara rawak dalam kajian eksperimen dan 23 orang jururawat dipilih secara rawak dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rantai yang mempunyai aroma minyak pati sebanyak 0.22cc. Antara aroma yang diberikan adalah campuran dari lavender, zeranium dan mazoram dengan nisbah 5:3:2. Untuk mengetahui keberkesanan kajian ini, keputusan pra-ujian dan pasca- ujian terhadap tahap tekanan, keletihan dan mood dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Data yan diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t dan ANCOVA menggunakan perisian SPSS 10.0. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa dari segi statistik terdapat penurunan ketara dalam tekanan dan keletihan, dan menunjukkan peningkatan mood dan ketenangan selepas penyedutan aroma. Kesimpulannya, penyedutan aroma boleh mempengaruhi dan memberi kesan positif kepada tekanan, keletihan dan perasaan. Kesimpulan dari hasil-hasil kajian yang lepas membuktikan bahawa aromaterapi memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan manusia. Terapi ini terbukti boleh digunakan untuk membuat rawatan tekanan, pola tidur, kebimbangan dan emosi individu.
  • 9. 9 7.0 Penambahbaikan Penambahbaikan yang boleh dilakukan jika hendak menjalankan pameran aromaterapi antaranya ialah memperbanyak lagi kajian-kajian lepas tentang aromaterapi. Tambahan lagi, jika para peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sarjana dan PHD. Ini dapat membantu mereka untuk menjalankan kajian pada masa akan datang. Selain itu, segala persoalan dari peserta dapat dijawab dengan baik. Manfaat bagi setiap bahan semulajadi untuk digunakan sebagai aromaterapi perlu diberikan penjelasan secara mendalam. Cara penggunaan aromaterapi dari bahan semulajadi seperti serai, lemon, dan halia perlu dikongsikan agar peserta yang mengunjungi tapak pameran dapat mengaplikasikan di rumah kelak. 8.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, pameran aromaterapi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM dalam mengurus atau mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dengan menggunakan bau-bauan seperti lavender, ros dan sebagainya. Penggunaan aromaterapi bukan sahaja pada minyak pati namun ia juga boleh diperoleh dari bahan semulajadi yang segar. Peralatan untuk digunakan dalam menaikkan bau-bauan aroma tersebut juga dapat dikongsikan dengan para peserta program di samping memberikan pandangan dan juga mendengar pandangan dari peserta program yang menjalankan kajian tentang aromaterapi. Ini memberikan satu ruang kepada ajk pameran aromaterapi dan juga peserta untuk saling memberikan idea sekaligus mewujudkan satu perhubungan yang baik.
  • 10. 10 9.0 Rujukan Cannard, G. 1996. The effect of aromatherapy in promoting relaxation and stress reduction in a general hospital. Complementary Therapies In Nursing And Midwifery. 2(2). Hlm. 38-40. Diego, M. A., Jones, N. A., Field, T., Hernandez-reif, M., Schanberg, S., Kuhn, C., Galamaga, M., McAdam, V., & Galamaga, R. 1998. Aromatherapy positively affects mood, EEG patterns of alertness and math computations. International Journal of Neuroscience. Vol. 96. Hlm. 217-224. Hwang, JH. 2006. The effects of the inhalation method using essential oils on blood pressure and stress responses of clients with essential hypertension. Europe PubMed Central. 36(7). Hlm. 1123-1134. Ji, YS. 2009. The effects of aromatherapy on stress and stress responses in adolescents. Journal of Korean Academy of Nursing. Vol 39, issue 3. Hlm. 357-365. Jo, MJ. The effects of aroma inhalation on stress, fatigue, mood and vital signs of the nurses in the operating rooms. Journal of Korean Academy Adult of Nursing. 22(2). Hlm. 153-160.
  • 11. 11 LAMPIRAN Gambar di atas menunjukkan minyak pati aroma terapi iaitu jenis lavender, ocean dan rose. Minyak pati tersebut akan diletakkan di atas bekas seramik yang mana di bawah akan dibakar lilin. Apabila minyak pati tersebut dipanaskan menggunakan lilin, ia dapat menaikkan bau minyak pati tersebut sehingga keseluruhan ruangan terutamanya di bilik. Minyak pati jenis lavender Minyak pati jenis ocean Minyakpati jenis rose Bekas seramik
  • 12. 12 Gambar di atas merupakan bahan-bahan semulajadi yang dipamerkan semasa program berlangsung. Bahan – bahan semulajadi ini mudah diperoleh di pasaraya berdekatan dan menjimatkan kos. serai Daun sirih lemon halia Daun pudina
  • 13. 13 Gambar – gambar menunjukkan para peserta program mengunjungi tapak pameran Aromaterapi.