SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  37
Télécharger pour lire hors ligne
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI 
KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 
SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 
2012/2013 
(SEJARAH STPM 940/4) 
SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.
KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH 
SEJARAH STPM 940/4 
2 
TAHUN 2012/13 
NAMA : SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 
JURUSAN : BAHASA MELAYU 
1.TAJUK 
Sejarah Asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 
2.PENGENALAN 
Kajian ini berkait rapat dengan sejarah asal-usul pembentukan Kampung Lukut Kota Tinggi, 
Johor. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menghuraikan asal-usul Kampung Lukut Kota 
Tinggi di samping menjelaskan perubahan dan pembangunan, adat dan tradisi serta 
sumbangan kampung ini kepada Negara. 
3.OBJEKTIF 
Kajian ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 
Selain itu,kajian ini juga bertujuan menghuraikan perubahan yang dibuat serta pembangunan 
yang telah dilaksanakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti adat istiadat dan 
tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. Seterusnya, mengkaji sumbangan Kampung 
Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara. 
4.PERMASALAHAN KAJIAN 
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah awal Kampung Lukut semasa 
pembentukannya.Selain itu,untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang telah dilakukan 
dan mengenal pasti adat resam dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk sekitar serta 
sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 
5.SKOP KAJIAN 
Fokus kajian adalah mengenai sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, perubahan 
yang telah dilaksanakan, adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung serta
sumbangan kampung ini kepada negara. Lokasi kajian ialah di Kampung Lukut Kota Tinggi 
yang berada kira-kira 12 km dari Pusat Bandar Kota Tinggi. 
3 
6.SOROTAN KAJIAN LEPAS 
Kajian ini pernah dilaksanakan oleh para pengkaji terdahulu. 
i. Azura Baharudin 
Bachelor of landscape architecture thesis : proposed Pintar Farm Resort, Universiti 
Teknologi Malaysia, 2007. 
7.KAEDAH KAJIAN 
Antara kaedah yang digunakan adalah melalui temu bual yang dibuat bersama Ketua 
Kampung.Selain itu,pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan juga melalui rujukan. 
8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI 
Kajian ini terbahagi kepada berberapa tajuk dan subtajuk : 
a. Pengenalan 
b. Sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 
2.1 Asal-usul nama Kampung Lukut. 
c. Perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota 
Tinggi, Johor. 
3.1 Jumlah rumah dan penduduk. 
3.2 Ekonomi. 
3.3 Pembangunan dan kemudahan infrastruktur. 
3.4 Ketua Kampung. 
d. Adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. 
4.1 Adat istiadat di Kampung Lukut. 
4.2 Tradisi Turun Temurun. 
e. Sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 
5.1 Pendidikan. 
5.2 Ekonomi. 
5.3 Politik. 
f. Kesimpulan
4 
9.PENUTUP 
Kajian ini diharapakan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada masyarakat dan juga 
generasi akan datang khasnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor tentang asal-usul 
kampung bersejarah tersebut. 
10.BIBLIOGRAFI 
Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka, 1997. 
Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY 
Communications, 2003. 
Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal 
Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. 
Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan 
Johor, 2001. 
Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan 
Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala 
Lumpur, 2009. 
Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. 
http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 
2013). 
Lawang, Haji Mohd Nor, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung 
Lukut (26 2, 2013), umur 65, no. telefon 0127105680, alamat, 2025-A, Kampung 
Lukut, Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, Ketua Kampung Lukut. 
Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari 
pada 26 2, 2013). 
Zubri, Mohd Faiz. "Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 
5 
1.0 PENGENALAN 
Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, Kampung boleh didifinisikan 
sebagai kawasan perumahan di luar Bandar atau desa. Pengkaji telah memilih 
Kampung Lukut Kota Tinggi sebagai lokasi kajian yang bertujuan untuk 
menghuraikan pelbagai aspek yang tersurat mahupun tersirat. Kajian ini dilaksanakan 
bertujuan mengkaji sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu, 
Kajian ini dijalankan bertujuan menjelaskan perubahan dan pembangunan yang telah 
dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Seterusnya, kajian ini bertujuan 
untuk menghuraikan adat istiadat yang diamalkan penduduk-penduduk Kampung 
Lukut. Dalam konteks ini, matlamat seterusnya yang ingin dicapai melalui kajian ini 
adalah mengenal pasti sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada 
Negara. Jarak Kampung Lukut dari Pusat Bandar Kota Tinggi dianggarkan seajauh 12 
km. Jumlah penduduknya boleh dianggarkan sekitar 1,800 orang dan anak jati 
kampung ini yang tidak menetap di kampung ini dianggarkan mencecah 5,000 orang. 
Keluasan kampung ini pula dikatakan mencecah 4650 hektar. Kawasan 
perkampungan ini juga berkembang secara berperingkat dari saban tahun mengikut 
peredaran zaman. Banyak perubahan yang dilaksanakan yang menjurus kepada 
permodenan. Selain itu, di kampung ini juga terdapat peninggalan makam-makam 
lama yang merupakan makam peneroka kampung ini sendiri. Oleh itu, peninggalan-peninggalan 
monumen sejarah di kampung ini menyebabkan saya tertarik untuk 
mengetahui lebih lanjut mengenai kampung ini dari pelbagai aspek. Antaranya, 
mengetahui asal-usul kampung, adat istiadat, perubahan dan pembangunan serta 
sumbangan kepada Negara. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor bin
Lawang yang merupakan orang penting dalam kampung ini kerana menjawat jawatan 
utama iaitu Ketua Kampung. Beliau telah menjawat jawatan ini sejak tahun 2007. 
2.0 SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI, JOHOR 
Tarikh pembukaan Kampung Lukut ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. 
Jika merujuk keterangan ketua kampung, Haji Mohd Nor Bin Lawang, Kampung ini 
dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan orang Negeri Sembilan yang berasal dari 
Kampung Bemban dan Kampung Jimah Lama. Kampung Bemban, Negeri Sembilan.1 
Namun, menurut sumber lain, terdapat sekeping gambar masjid lama bertarikh 1916 
dan berdasarkan gambar tersebut, dipercayai Kampung Lukut dibuka pada tahun 
tersebut. Seterusnya, mengenai peneroka awal pula dipercayai bahawa Raja Lajim 
bin Zaid dan pengikutnya merupakan orang pertama yang meneroka Kampung Lukut 
Kota Tinggi, Johor. Raja Lajim dikatakan turut bersepakat dengan birasnya iaitu 
6 
Pawang Limbo.2 
Dua beranak peneroka terawal iaitu Haji Daim di sebelah kiri yang merupakan anak Peneroka pertama 
iaitu Raja lajim dan di sebelah kanan pula ialah Haji Lajis bin Daim.
Terdapat 3 edisi dan spekulasi yang menyebabkan mereka ingin berpindah. 
Spekulasi pertama, Raja Lajim telah kematian anaknya yang masih kecil yang 
bernama Kasim ketika beliau menetap di kampung Jimah lama kerana terjatuh ke 
dalam perigi semasa beliau meraut rotan. Oleh hal yang demikian, Raja Lajim 
membuat laporan di balai Polis Seremban dan seterusnya didakwa oleh pihak British. 
Raja Lajim didakwa kerana kecuaiannya dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh 
pihak British. Walaupun Raja Lajim dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan, beliau 
tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa dirinya itu dan kesedihannya tidak 
dapat dihapuskan begitu sahaja lantas membuat keputusan untuk berpindah dari 
7 
kampung tersebut.3 
Spekulasi seterusnya, Raja Lajim merupakan anak kepada Raja Zaid bin 
Tengku Kaman yang dikatakan adik-beradik dengan Tengku Totok (Yam-tuan Hitam) 
iaitu Yamtuan Seri Menanti yang II. Raja Zaid dikatakan rapat dengan Datok Kelana 
sungai Ujung. Terdapat beberapa perselisihan faham telah berlaku dan menyebabkan 
mereka tidak berminat untuk tinggal di Negeri Sembilan demi mengelakkan 
perselisihan yang lebih mendalam.4 
Menurut Tuan Haji Mohd Nor , penghijrahan mereka turut berpunca daripada 
masalah ekonomi. Kampung Bemban dan Kampung Jimah hanya mempunyai 
kawasan sawah yang kecil dan tidak mampu menampung hidup mereka. Hal ini telah 
menyebabkan mereka ingin mencari tempat baru yang lebih luas untuk menampung 
anak cucu. Tuan Haji Mohd Nor menjelaskan, mereka menuju ke Kota Tinggi melalui 
Singapura. Setelah tiba di Kota Tinggi, mereka dikatakan menumpang di Kampung
Makam dan lantas mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah. Pada suatu 
ketika, mereka telah menjumpai satu kawasan di Batu 7 Jalan Mersing. Mereka cuba 
membuat sawah di sana tetapi tempat ini dikatakan tidak sesuai kerana airnya tidak 
kering-kering dan sering dilanda banjir. Setelah itu, mereka balik semula ke Kota 
Tinggi mencari tempat yang lebih sesuai.5 Selepas penat berhempas-pulas, akhirnya 
mereka menemui kawasan yang dicari-cari. Kawasan yang mereka temui ini 
sememangnya sesuai untuk dijadikan kawasan sawah kerana berkelembapan 
sederhana dan sumber air yang mencukupi di samping dikelilingi banjaran Gunung 
Panti dan Gunung Gaung yang mempunyai jeram. Menurut kepercayaan mereka, 
dengan mencungkil tanah dan mengambil sekepal tanah lalu dicium mampu 
diramalkan bahawa bahawa sawah itu boleh bertahan selama hampir 100 tahun. 
Selepas hampir 80 tahun, sawah tidak lagi diusahakan di Kampung Lukut. 
Difahamkan di situ juga terdapat pokok kayu ‘Serdang’ dan ‘Bidara’. Menurut 
kepercayaan mereka, kawasan yang mempunyai kedua pokok ini amat sesuai 
dijadikan kawasan sawah.6 Setelah menemui kawasan yang sesuai, mereka pun 
berjumpa Dato’ Jaafar (Bapa dato’ Onn) untuk mendapatkan kebenaran membuka 
mana-mana tanah untuk dijadikan kawasan perkampungan dan pertanian. Disebabkan 
Johor ketika itu sedang merangka kemajuan negeri Johor dengan pesat, kebenaran 
serta-merta diperolehi tanpa bersusah-payah.7 
Setelah mendapat kebenaran, mereka bersepakat untuk kembali ke Negeri 
Sembilan yang bertujuan mengambil anak isteri berpindah ke tempat tersebut.8 
Selepas 15 tahun, terdapat pula Puak Rambah yang berasal dari Kampung Rambah 
daerah Pasir Pengairan, Rokan, Sumatera berhijrah ke Kampung Lukut ini. Pada 
ketika itu puak mereka diketuai oleh Bilal Pahlawan yang telah terlebih dahulu ke 
8
Perak dan Negeri Sembilan. Mereka mula mengetahui mengenai Kampung Lukut ini 
setelah menjejakan kaki ke Negeri Sembilan. Selepas mendengar tentang Kampung 
Lukut dari orang-orang Negeri Sembilan, Bilal Pahlawan dan pengikut-pengikutnya 
meninjau kawasan Kampung Lukut. Setelah mendapat keizinan daripada Penghulu 
Kampung, Bilal Pahlawan dan pengikutnya meneroka kawasan hutan di sebelah 
selatan kampung yang bersebelahan Sungai Lalang untuk mendirikan penempatan dan 
sawah padi. Selepas kedatangan Puak Rambah dari Sumatera, terdapat juga puak-puak 
lain seperti dari Seri Menanti dan Johol. Terdapat juga orang perseorangan yang 
datang ke situ atas faktor pekerjaan dan perkahwinan.9 
2.1 ASAL-USUL NAMA KAMPUNG LUKUT 
Ketika itu, ramai yang berpindah dari Batu 7 Jalan Mersing ke kampung ini. 
Terdapat seorang pemuda yang baru sahaja bertunang dengan seorang gadis. Beliau 
dikatakan bercita-cita untuk membina institusi kekeluargaan di kampung tersebut. 
Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 
9
Hakikatnya, cita-cita tersebut hanya menjadi kenangan apabila pemuda tersebut 
meninggal dunia. Pada masa itu, kehidupan peneroka serba kekurangan tambahan 
pula mereka baru berpindah ke tempat baru, jenazah pemuda tersebut dibawa ke 
Kampung Makam untuk dikebumikan. Berkat kerjasama daripada penduduk 
Kampung Makam, jenazah pemuda tersebut telah selamat dikebumikan di Kampung 
10 
Makam. 
Pada suatu ketika, semasa penduduk Kampung Makam dan peneroka 
Kampung Lukut bergotong-royong menguruskan jenazah pemuda tersebut, terdapat 
beberapa soalan yang diajukan mengenai asal-usul pemuda tersebut dan siapa beliau. 
Ada yang sempat menjawab pertanyaan tersebut dengan memberitahu pemuda yang 
meninggal itu dibawa oleh peneroka-peneroka tersebut dari kawasan baru dan beliau 
merupakan orang Lukut. Lukut yang dimaksudkan adalah di Negeri Sembilan dan 
beberapa salah faham berlaku dengan orang-orang di situ beranggapan bahawa 
kawasan yang baru diterokai itu bernama Kampung Lukut. Oleh hal yang demikian, 
nama Kampung Lukut itu kekal sehingga sekarang tanpa sebarang perubahan.10 
3.0 PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN DI KAMPUNG LUKUT 
Terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku di Kampung Lukut ini. 
Perubahan dan pembangunan di kampung ini terbahagi kepada beberapa aspek iaitu 
jumlah rumah dan penduduk, pembangunan dan kemudahan insfrastruktur, ketua 
kampung dan aspek ekonomi. 
3.1 JUMLAH RUMAH DAN PENDUDUK
Jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung ini jelas berbeza dari awal 
pembukaanya sehingga sekarang. Pada awal pembukaan kampung ini, hanya 7 hingga 
8 orang sahaja yang tinggal di kampung ini. Namun pada tahun 70-an penduduk 
kampung ini secara kasarnya dikatakan seramai 1500 manakala pertengahan tahun 80- 
an penduduk kampung ini dianggarkan kira-kira 1650 orang berbeza dengan jumlah 
penduduk kini yang dianggarkan berjumlah 1800 orang. Mengenai penempatan pula, 
pada permulaannya hanya ada 4 hingga 5 buah rumah sahaja manakala sekitar tahun 
70-an jumlah rumah di Kampung Lukut adalah 183 dan pada 80-an pula jumlah 
rumah semakin bertambah iaitu 220 buah rumah. Kini dianggarkan jumlah rumah di 
Kampung Lukut adalah kira-kira 620 buah rumah.11 
Rumah penduduk Kampung Lukut pada pertengahan tahun 1980 yang majoritinya diperbuat daripada 
papan. 
11
Kini rumah penduduk di Kampung Lukut majoritinya diperbuat daripada batu jelas berbeza ketika 
zaman 80an. 
12 
3.2 EKONOMI 
Mengenai ekonomi pula, satu ketika dahulu sawah merupakan tanaman utama 
yang diusahakan di kampung ini. Setelah sawah tidak diusahakan lagi sumber 
ekonomi utama kampung ini beralih kepada tanaman komoditi iaitu kelapa sawit, 
getah, dusun dan lain-lain. Pada penghujung tahun 2011, kerajaan telah melancarkan 
Projek Tanaman Cendawan Komuniti di Kampung Lukut. Tanaman ini telah 
diusahakan sendiri oleh penduduk kampung Lukut.12
Dusun buah-buahan di Kampung Lukut ditanam bagi menggantikan sawah yang tidak diusahakan lagi 
oleh penduduk kampung. 
Projek Tanaman Cendawan Komuniti yang dilancarkan kerajaan di Kampung Lukut. 
13
Tanaman cendawan ini merupakan hasil yang diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Lukut. 
Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi punca ekonomi di mana pada zaman awal 
pembukaannya sumber ekonomi hanya tertumpu pada pertanian sahaja yang jelas 
berbeza dengan sekarang apabila punca ekonomi bukan sahaja diperolehi melalui 
pertanian, malah melalui pelancongan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), berniaga, 
dan bekerja di kilang berhampiran dan bekerja di sektor kerajaan.13 
Penduduk Kampung Lukut turut terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 
14
Pengusaha-pengusaha IKS di Kampung Lukut, Kota Tinggi. 
Kilang juga turut dibangunkan berhampiran Kampung Lukut bagi menjamin sumber pendapatan 
golongan muda di Kampung Lukut. 
15
16 
. 
Perniagaan turut dijalankan di Kampung Lukut berbanding suatu ketika dahulu yang hanya aktif dalam 
kegiatan pertanian. 
3.3 PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 
Dari segi pembangunan pula, prasarana di Kampung Lukut ini searas dengan 
kampung-kampung lain di Malaysia yang mempunyai prasarana lengkap yang 
disediakan oleh kerajaan. Buktinya, terdapat jalan-jalan utama yang ditar dilaluan 
utama termasuk di lorong-lorong perkampungan tersebut. Bangunan-bangunan seperti 
Masjid, Balairaya, Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kemas yang 
turut dilengkapkan dengan Bilik Perpustakaan Desa yang banyak membantu anak-anak 
kampung ini dalam mendapatkan bahan bacaan.
Kemudahan prasarana seperti masjid turut disediakan di Kampung Lukut sejak sekian lama. 
Dari segi kemudahan reakreasi serta kemudahan untuk belia pula, terdapat padang 
bola sepak untuk anak-anak kampung bermain bola dan kadang kala pelbagai aktiviti 
turut dilaksanakan di padang bola sepak ini. Tidak ketinggalan juga sukan kegemaran 
belia kini iaitu futsal. Gelanggang futsal turut dibina di kampung ini yang bertujuan 
menggalakkan anak-anak kampung untuk melakukan aktiviti berfaedah dengan 
17 
bersukan.
Kemudahan Padang di Kampung Lukut telah memudahkan penduduk untuk mengadakan aktiviti. 
Gelanggang futsal turut disediakan untuk belia berbeza sekali ketika era 70-an dan 80-an yang tiada 
kemudahan untuk belia. 
Selanjutnya, terdapat juga litar untuk motor lasak yang turut digunakan oleh orang 
luar untuk tujuan ‘Junggle Tracking’. Baru-baru ini, kampung ini telah dilengkapi 
dengan kemudahan ‘wi-fi’ yang dikenali sebagai ‘Kampung Tanpa Wayar’. Hal ini 
memudahkan penduduk kampung dan anak-anak muda dalam proses menuntut ilmu 
mahupun melakukan aktiviti lain. Tidak jauh dari kampung ini, iaitu di Kampung 
Lukut Cina, terdapat bangunan-bangunan yang dibangunkan seperti Kilang 
Perindustrian yang dapat menampung pekerjaan anak tempatan dan juga pekerja-pekerja 
dari luar. Kampung Lukut pada era ini dalam ambang permodenan dan 
18
pembangunan. Buktinya, kampung ini dipilih oleh kerajaan untuk melancarkan 
Program Homestay/Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun dan pada 21.11.1998.14 
19 
3.4 KETUA KAMPUNG 
Kampung ini pada mulanya diketuai oleh Haji Daim bin Lajim yang juga 
merupakan pengasas kampung ini yang bergelar pengulu kampung. Namun, jawatan 
ini pada ketika itu tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penghulu pertama kampung ini ialah 
Encik Lajis. Seterusnya, digantikan pula oleh Encik Wan Salim bin Abu Bakar. 
Setelah Encik Wan meninggal, jawatan tersebut digantikan oleh Haji Daim bin Lajis 
pada tahun 1930an. Setelah jawatan penghulu kampung dihapuskan dan digantikan 
dengan Ketua Kampung, Ketua kampung pertama yang menyandang jawatan ini 
adalah Haji Sharif bin Ludu. Selanjutnya, jawatan ini disandang oleh Encik Saadon 
bin Lajis setelah Haji Sharif uzur. Seterusnya, apabila Encik Saadon bin Lajis meletak 
jawatan pada tahun 1983, Encik Hasan bin Katah pula menyandang jawatan tersebut.
Penghulu Kampung Lukut iaitu Haji Daim bin Lajis yang memegang jawatan ini pada tahun 1930. 
Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang yang memegang jawatan ini sejak 2007. 
Pada tahun 2007, jawatan itu sekali lagi berubah dan disandang oleh Ketua Kampung 
terkini iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.15 
20 
4.0 ADAT DAN TRADISI 
Kampung Lukut sememangnya kaya dengan pelbagai adat istiadat dan tradisi. 
Namun mereka tidak mengamalkan sepenuhnya kerana terbiasa dengan gaya hidup 
masyarakat Johor. 
4.1 ADAT ISTIADAT DI KAMPUNG LUKUT
Jawatan Ketua Adat tidak diisi oleh sesiapa sejak tahun 1998 selepas Ketua 
Adat terakhir meninggal dunia. Difahamkan, kini jawatan Ketua Adat dipikul oleh 
Ketua Kampung. Ketua adat sangat memainkan peranan penting terutamanya 
melibatkan hal-hal adat istiadat. Ketua Adat mempunyai kuasa budi bicara mengenai 
hal-hal adat seperti adat nikah kahwin, pinang meminang dan jika terdapat 
perselisihan dalam kalangan penduduk kampung mengenai adat. Hal ini jauh berbeza 
dengan tugas Ketua Kampung. Ketua Kampung berperanan dalam hal pentadbiran, 
pembangunan kampung dan keselamatan kampung. Kini Ketua Adat dapat juga 
dilihat peranannya tetapi tidaklah sepenting dahulu.16 
Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang menerangkan, kampung ini tidak 
mengamalkan Adat Perpatih sepenuhnya seperti kampung-kampung di Negeri 
Sembilan. Beliau juga turut memberitahu bahawa mereka sudah sekian lama tinggal 
di Johor dan sudah tentu mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup disini walaupun 
mereka berasal dari Negeri Sembilan. Kampung Lukut juga mempunyai suku-suku 
tertentu. Antara suku yang terdapat di sini ialah Suku Tanah Datar, Suku Anak Acheh, 
Suku Biduanda, Suku Mungkal, Suku Semelenggang, Suku Tiga Bator, Selemak 
Pahang dan Selemak Minangkabau. Walaupun terdapat pelbagai suku-suku di 
Kampung ini, mereka tidak menggamalkan sepenuhnya Adat Istiadat nenek moyang 
mereka kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor.17 Namun terdapat 
juga spekulasi yang menyatakan bahawa Kampung Lukut Kota Tinggi ini masih 
mengekalkan dan turut mengamalkan Adat Perpatih ini.18 
4.2 TRADISI TURUN TEMURUN 
21
Kampung ini sememangnya kaya dengan pelbagai tradisi kerana didiami oleh 
pelbagai suku kaum sejak sekian lama. Antara tradisi yang sering diamalkan adalah 
memburu kerbau liar seminggu sebelum menjelang hari raya puasa. Dikatakan hampir 
setiap malam selepas solat terawih, pemburu-pemburu akan menjalankan aktiviti 
22 
menangkap kerbau liar. 
Aktiviti menangkap kerbau liar merupakan tradisi turun temurun di Kampung Lukut.
Kerbau liar yang telah ditangkap oleh penduduk Kampung Lukut untuk disembelih. 
Seterusnya, Kerbau yang berjaya ditangkap akan ditambat terlebih dahulu dan 
kemudian disembelih dua hari sebelum lebaran untuk dijual ataupun dimasak. 
Masakan yang sinonim dengan kerbau liar ini adalah rendang dan kebiasaanya disalai. 
Tradisi ini telah menjadi turun menurun daripada nenek moyang mereka.19 
Daging kerbau salai sememangnya masakan yang sinonim dengan kerbau liar. 
Selain itu, terdapat juga permainan tradisi yang masih kekal mahupun telah 
dilupakan di kampung ini. Antara permainan tradisi tersebut adalah Belon Acah, atau 
Belon Galah, congkak, Cak Limpong, gasing dan lain-lain. Sehingga kini, permainan 
ini masih diminati oleh penduduk setempat. Namun, Pencak Silat, Bola Sepak, Futsal, 
Bola Jaring dan Badminton juga digemari oleh penduduk kampung.20 
5.0 SUMBANGAN KAMPUNG LUKUT KEPADA NEGARA 
23
Dari segi sumbangan, Kampung Lukut telah banyak memberi sumbangan 
kepada negara dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. 
24 
5.1 PENDIDIKAN 
Pendidikan begitu penting kepada penduduk Kampung Lukut. Buktinya, ramai 
pelajar-pelajar yang berjaya berasal dari kampung ini. Antara anak jati kampung ini 
yang berjaya ialah Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan, yang kini sedang bertugas 
sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.21 
Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang 
merupakan anak jati Kampung Lukut. 
Tuan Haji Yaakub bin Ludu turut tersenarai dalam kalangan anak jati Kampung Lukut 
yang menabur bakti kepada negara apabila beliau menjadi Guru Agama Kerajaan 
Johor. Sebelum beliau bersara, beliau pernah menyandang jawatan Pengelola
Pendidikan Agama di Daerah Pontian dan Kota Tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat 
juga 4 orang Guru Besar yang merupakan anak jati Kampung lukut iaitu Tuan Haji 
Mohd Yusof bin Omar, Tuan Haji Ramlan bin A.Said, Allahyarham Encik Ayob bin 
A.Said dan Ketua Kampung Lukut sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.22 
25 
5.2 EKONOMI 
Dari segi sumbangan ekonomi pula, Kampung Lukut Kota Tinggi telah 
menyumbang pelbagai sumbangan kepada negara terutamanya dalam industri 
pelancongan. Buktinya, pada 21.11.1998 kerajaan telah melancarkan Program 
Homestay dan Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun di Kampung Lukut Kota 
Tinggi. 
Program Homestay yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Kampung Lukut.
Lawatan daripada pelajar-pelajar Singapura pada 31.10.2010. 
Jeram Sungai Sendayan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di kampung ini. 
Dengan ini, sedikit sebanyak sumbangan telah diberikan kepada industri pelancongan 
negara. Selain itu, Kementerian pelancongan baru-baru ini telah mendaftarkan 
beberapa buah kampung bagi menjayakan Program Homestay mereka yang telah 
menjadikan 141 buah Homestay telah diwujudkan di seluruh negara termasuk 
26
Kampung Lukut. Hal ini telah menyumbang beberapa impak positif dalam 
27 
perkembangan ekonomi Negara.23 
5.3 POLITIK 
Dari sudut politik pula, Kampung Lukut telah melahirkan beberapa tokoh 
politik yang telah berjasa kepada negara. Antara tokoh tersebut adalah Tuan Haji 
maon bin Omar. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor 
mewakili kawasan Pengerang, Johor. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd 
Yusof bin Malim Kuning juga tidak asing bagi penduduk Kampung Lukut ini. Beliau 
yang berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir pernah menjadi seorang Guru dan Ahli 
Parlimen Kota Tinggi.24 Pada 1978, beliau telah menang bertanding dalam Pilihan 
Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Panti, negeri Johor.25 
6.0 KESIMPULAN 
Menerusi kajian ini, diharapkan dapat menyumbang pelbagai maklumat 
mengenai sejarah Kampung Lukut ini. Di samping itu, menerusi kajian ini juga 
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi-generasi muda terutamanya 
dari Kampung Lukut betapa gigihnya peneroka-peneroka terdahulu dalam 
menyelamatkan generasi akan datang agar dapat menikmati sesuap nasi. Mereka 
melakukan aktiviti bercucuk tanam demi mengelakkan terjadinya aktiviti berpindah-randah. 
Perubahan yang terdapat pada kampung ini juga dapat menunjukan kemajuan 
dalam kehidupan penduduk-penduduk kampung. Merujuk kepada pembentukan
Kampung Lukut ini, ternyata konsep gotong-royong, permuafakatan dan kerjasama 
merupakan teras kepada kejayaan sesebuah masyarakat. Jika konsep ini masih 
dikekalkan, masyarakat kita sudah tentu akan memperoleh kejayaan yang cemerlang 
malah mampu bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tradisi 
di Kampung Lukut ini perlu dikekalkan agar generasi seterusnya mengetahui tentang 
asal-usul mereka dan seterusnya mampu mengekalkanya buat turun-temurun. Akhir 
kata, saya berharap semoga kajian ini dapat menjadi panduan kepada masyarakat 
terutamanya bagi pelajar-pelajar Prauniversiti yang akan datang. 
28
29 
NOTA AKHIR 
1 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013 . 
2 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 5. 
3 Ibid., hlm. 6. 
4 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : 
Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 24. 
5 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 
6 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 8 – 9. 
7 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : 
Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 26 . 
8 Ibid., hlm. 26 . 
9 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : 
Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 27. 
10 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hlm. 8 – 9. 
11 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 
12 Ibid. 
13 Laman Web : http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html . 
14 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 
15 Ibid. 
16 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 11 – 
12. 
17 Temu bual dengan Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang pada 24.2.2013. 
18 Norhalim Haji Ibrahim, Terombo : Gambaran Adat Perpatih Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 2. 
19 Akhbar KOSMO 10.3.2013. 
20 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 13. 
21 Temu bual bersama Tuan Haji Mohd Nor bin lawang pada 24.2.2013. 
22 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 
16. 
23 Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad, Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian 
Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia, 2009 hlm. 232 – 233. 
24 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 
16. 
25 Laman Web Rasmi Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning.
30 
BIBLIOGRAFI 
Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka, 1997. 
Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY 
Communications, 2003. 
Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal 
Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. 
Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan 
Johor, 2001. 
Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan 
Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala 
Lumpur, 2009. 
Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. 
http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 
2013). 
Lawang, Haji Mohd Nor bin, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung 
Lukut (26 2, 2013). 
Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari 
pada 26 2, 2013). 
Zubri, Mohd Faiz. " Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
31 
LAMPIRAN 
Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Lukut. 
Balai Budaya kampung Lukut yang digunakan untuk pelbagai aktiviti.
Rumah penduduk yang didaftarkan oleh kerajaan sebagai Homestay. 
Bilik tidur yang disediakan di Homestay tersebut. 
32
Pelajar-pelajar dari Singapura yang melawat atas tiket pelancong. 
Rumah Tanaman Cendawan di Kampung Lukut. 
33
Produk IKS yang diusahakan di Kampung Lukut. 
Kuih Siput yang dihasilkan oleh penduduk kampung Lukut. 
34
Kampung Lukut yang dikelilingi Gunung Panti. 
Jeram Sungai Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung dari luar mahupun penduduk kampung. 
35
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2 
BORANG TEMUBUAL KERJA KHUSUS SEJARAH 
KAJIAN : SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 
36 
A) Maklumat Am 
Nama Penyelidik : 
Nama Responden : 
Tarikh Temu Bual : 
Tempat Temu Bual : 
No. Kad Pengenalan 
: 
Responden 
B) Soalan Temu Bual 
1. Bagaimanakah sejarah awal pembentukan kampung Lukut, Kota Tinggi? 
2. Siapakah pengasas Kampung Lukut ini? 
3. Bagaimanakah Kampung Lukut mendapat nama? 
4. Bilakah Kampung Lukut diterokai? 
5. Berapakah keluasan tanah di Kampung Lukut? 
6. Apakah etnik yang terdapat di Kampung Lukut? 
7. Apakah kawasan asal Kampung Lukut sebelum terbentuknya Kampung Lukut? 
8. Apakah adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Lukut? 
9. Apakah ekonomi yang dijalankan di Kampung Lukut? 
10. Apakah bangunan terawal yang dibina di Kampung Lukut? 
11. Apakah perubahan yang terdapat di Kampung Lukut? 
12. Berapakah bilangan penduduk semasa pembukaan, tahun 70an, tahun 80an dan 
jumlah terkini? 
13. Apakah kemudahan yang terdapat di Kampung Lukut ? 
14. Apakah mercu tanda di Kampung Lukut? 
15. Apakah perkembangan ekonomi, politik dan sosial di Kampung Lukut? 
16. Adakah Kampung ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya? 
17. Apakah kawasan tarikan yang terdapat di Kampung Lukut? 
18. Bolehkah Tuan menjelaskan mengenai struktur pentadbiran Kampung daripada 
permulaan sehingga kini? 
19. Adakah kampung ini pernah terpilih untuk mengadakan program-program yang 
dilaksanakan kerajaan? 
20. Apakah sumbangan Kampung Lukut kepada negara? 
( …………………………. ) 
Tandatangan Responden
37

Contenu connexe

Tendances

Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraRo Ny
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)monica sam
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Weiss Lee
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaFariszuddin
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysia
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysiaKesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysia
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysiaRizwan Razman
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohNUR HUMAIRAH AMIRA
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)Meera Zaheed
 

Tendances (20)

Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHULINDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)
contoh powerpoint sejarah pembentangan sem 2 ting 6 2015 ( tema undang-undang)
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 
Pengertian ekonomi
Pengertian ekonomiPengertian ekonomi
Pengertian ekonomi
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysia
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysiaKesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysia
Kesan penjajahan barat terhadap pentadbiran dan ekonomi di malaysia
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 

Similaire à PBS Sejarah STPM

Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang eikarshdn
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanNabihahAdam22
 
Pembentangan sejarah 2018
Pembentangan sejarah 2018Pembentangan sejarah 2018
Pembentangan sejarah 2018KAILAAZJR
 
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!RICloon
 
Projek Geografi Nursyahida
Projek Geografi Nursyahida Projek Geografi Nursyahida
Projek Geografi Nursyahida Nur Syahida
 
Pengajian folio (full version) 2 1
Pengajian folio  (full version) 2 1Pengajian folio  (full version) 2 1
Pengajian folio (full version) 2 1RICloon
 
38285656 folio-geografi-tingkatan-1
38285656 folio-geografi-tingkatan-138285656 folio-geografi-tingkatan-1
38285656 folio-geografi-tingkatan-1Jeyem Jeyem
 
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHPuteri Cahaya
 
Profile kg tudan kiulu tuaran
Profile kg tudan kiulu tuaranProfile kg tudan kiulu tuaran
Profile kg tudan kiulu tuarankombura
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrinaFAZUAN MOHAMAD NOR
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamasyraf
 
perancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanperancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanjijiismail
 
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)NURAZIRA21
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamasyraf
 
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar MapanTugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapansyirahhamidi
 
Sejarah pembukaan kawasan felda linggiu
Sejarah pembukaan  kawasan felda linggiuSejarah pembukaan  kawasan felda linggiu
Sejarah pembukaan kawasan felda linggiusham
 

Similaire à PBS Sejarah STPM (20)

Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-Petempatan
 
Pembentangan sejarah 2018
Pembentangan sejarah 2018Pembentangan sejarah 2018
Pembentangan sejarah 2018
 
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
 
Projek Geografi Nursyahida
Projek Geografi Nursyahida Projek Geografi Nursyahida
Projek Geografi Nursyahida
 
Pengajian folio (full version) 2 1
Pengajian folio  (full version) 2 1Pengajian folio  (full version) 2 1
Pengajian folio (full version) 2 1
 
38285656 folio-geografi-tingkatan-1
38285656 folio-geografi-tingkatan-138285656 folio-geografi-tingkatan-1
38285656 folio-geografi-tingkatan-1
 
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
 
Profile kg tudan kiulu tuaran
Profile kg tudan kiulu tuaranProfile kg tudan kiulu tuaran
Profile kg tudan kiulu tuaran
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
 
perancangan bandar mapan
perancangan bandar mapanperancangan bandar mapan
perancangan bandar mapan
 
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)
Tugasan 3 (amalan terbaik kesejahteraan sosial)
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
 
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar MapanTugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
 
Safie Asnari A159273
Safie Asnari A159273Safie Asnari A159273
Safie Asnari A159273
 
Sejarah pembukaan kawasan felda linggiu
Sejarah pembukaan  kawasan felda linggiuSejarah pembukaan  kawasan felda linggiu
Sejarah pembukaan kawasan felda linggiu
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Tesis geografi
Tesis geografiTesis geografi
Tesis geografi
 

PBS Sejarah STPM

  • 1. PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM 2012/2013 (SEJARAH STPM 940/4) SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.
  • 2. KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH SEJARAH STPM 940/4 2 TAHUN 2012/13 NAMA : SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM JURUSAN : BAHASA MELAYU 1.TAJUK Sejarah Asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 2.PENGENALAN Kajian ini berkait rapat dengan sejarah asal-usul pembentukan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menghuraikan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi di samping menjelaskan perubahan dan pembangunan, adat dan tradisi serta sumbangan kampung ini kepada Negara. 3.OBJEKTIF Kajian ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu,kajian ini juga bertujuan menghuraikan perubahan yang dibuat serta pembangunan yang telah dilaksanakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. Seterusnya, mengkaji sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara. 4.PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejarah awal Kampung Lukut semasa pembentukannya.Selain itu,untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang telah dilakukan dan mengenal pasti adat resam dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk sekitar serta sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 5.SKOP KAJIAN Fokus kajian adalah mengenai sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, perubahan yang telah dilaksanakan, adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung serta
  • 3. sumbangan kampung ini kepada negara. Lokasi kajian ialah di Kampung Lukut Kota Tinggi yang berada kira-kira 12 km dari Pusat Bandar Kota Tinggi. 3 6.SOROTAN KAJIAN LEPAS Kajian ini pernah dilaksanakan oleh para pengkaji terdahulu. i. Azura Baharudin Bachelor of landscape architecture thesis : proposed Pintar Farm Resort, Universiti Teknologi Malaysia, 2007. 7.KAEDAH KAJIAN Antara kaedah yang digunakan adalah melalui temu bual yang dibuat bersama Ketua Kampung.Selain itu,pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan juga melalui rujukan. 8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Kajian ini terbahagi kepada berberapa tajuk dan subtajuk : a. Pengenalan b. Sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 2.1 Asal-usul nama Kampung Lukut. c. Perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 3.1 Jumlah rumah dan penduduk. 3.2 Ekonomi. 3.3 Pembangunan dan kemudahan infrastruktur. 3.4 Ketua Kampung. d. Adat dan tradisi yang diamalkan oleh penduduk kampung. 4.1 Adat istiadat di Kampung Lukut. 4.2 Tradisi Turun Temurun. e. Sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada negara. 5.1 Pendidikan. 5.2 Ekonomi. 5.3 Politik. f. Kesimpulan
  • 4. 4 9.PENUTUP Kajian ini diharapakan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada masyarakat dan juga generasi akan datang khasnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor tentang asal-usul kampung bersejarah tersebut. 10.BIBLIOGRAFI Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY Communications, 2003. Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 2001. Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur, 2009. Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 2013). Lawang, Haji Mohd Nor, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung Lukut (26 2, 2013), umur 65, no. telefon 0127105680, alamat, 2025-A, Kampung Lukut, Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, Ketua Kampung Lukut. Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari pada 26 2, 2013). Zubri, Mohd Faiz. "Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
  • 5. SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 5 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas, Kampung boleh didifinisikan sebagai kawasan perumahan di luar Bandar atau desa. Pengkaji telah memilih Kampung Lukut Kota Tinggi sebagai lokasi kajian yang bertujuan untuk menghuraikan pelbagai aspek yang tersurat mahupun tersirat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji sejarah asal-usul Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Selain itu, Kajian ini dijalankan bertujuan menjelaskan perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan adat istiadat yang diamalkan penduduk-penduduk Kampung Lukut. Dalam konteks ini, matlamat seterusnya yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah mengenal pasti sumbangan Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor kepada Negara. Jarak Kampung Lukut dari Pusat Bandar Kota Tinggi dianggarkan seajauh 12 km. Jumlah penduduknya boleh dianggarkan sekitar 1,800 orang dan anak jati kampung ini yang tidak menetap di kampung ini dianggarkan mencecah 5,000 orang. Keluasan kampung ini pula dikatakan mencecah 4650 hektar. Kawasan perkampungan ini juga berkembang secara berperingkat dari saban tahun mengikut peredaran zaman. Banyak perubahan yang dilaksanakan yang menjurus kepada permodenan. Selain itu, di kampung ini juga terdapat peninggalan makam-makam lama yang merupakan makam peneroka kampung ini sendiri. Oleh itu, peninggalan-peninggalan monumen sejarah di kampung ini menyebabkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kampung ini dari pelbagai aspek. Antaranya, mengetahui asal-usul kampung, adat istiadat, perubahan dan pembangunan serta sumbangan kepada Negara. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor bin
  • 6. Lawang yang merupakan orang penting dalam kampung ini kerana menjawat jawatan utama iaitu Ketua Kampung. Beliau telah menjawat jawatan ini sejak tahun 2007. 2.0 SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG LUKUT KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh pembukaan Kampung Lukut ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jika merujuk keterangan ketua kampung, Haji Mohd Nor Bin Lawang, Kampung ini dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan orang Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Bemban dan Kampung Jimah Lama. Kampung Bemban, Negeri Sembilan.1 Namun, menurut sumber lain, terdapat sekeping gambar masjid lama bertarikh 1916 dan berdasarkan gambar tersebut, dipercayai Kampung Lukut dibuka pada tahun tersebut. Seterusnya, mengenai peneroka awal pula dipercayai bahawa Raja Lajim bin Zaid dan pengikutnya merupakan orang pertama yang meneroka Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Raja Lajim dikatakan turut bersepakat dengan birasnya iaitu 6 Pawang Limbo.2 Dua beranak peneroka terawal iaitu Haji Daim di sebelah kiri yang merupakan anak Peneroka pertama iaitu Raja lajim dan di sebelah kanan pula ialah Haji Lajis bin Daim.
  • 7. Terdapat 3 edisi dan spekulasi yang menyebabkan mereka ingin berpindah. Spekulasi pertama, Raja Lajim telah kematian anaknya yang masih kecil yang bernama Kasim ketika beliau menetap di kampung Jimah lama kerana terjatuh ke dalam perigi semasa beliau meraut rotan. Oleh hal yang demikian, Raja Lajim membuat laporan di balai Polis Seremban dan seterusnya didakwa oleh pihak British. Raja Lajim didakwa kerana kecuaiannya dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh pihak British. Walaupun Raja Lajim dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan, beliau tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa dirinya itu dan kesedihannya tidak dapat dihapuskan begitu sahaja lantas membuat keputusan untuk berpindah dari 7 kampung tersebut.3 Spekulasi seterusnya, Raja Lajim merupakan anak kepada Raja Zaid bin Tengku Kaman yang dikatakan adik-beradik dengan Tengku Totok (Yam-tuan Hitam) iaitu Yamtuan Seri Menanti yang II. Raja Zaid dikatakan rapat dengan Datok Kelana sungai Ujung. Terdapat beberapa perselisihan faham telah berlaku dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk tinggal di Negeri Sembilan demi mengelakkan perselisihan yang lebih mendalam.4 Menurut Tuan Haji Mohd Nor , penghijrahan mereka turut berpunca daripada masalah ekonomi. Kampung Bemban dan Kampung Jimah hanya mempunyai kawasan sawah yang kecil dan tidak mampu menampung hidup mereka. Hal ini telah menyebabkan mereka ingin mencari tempat baru yang lebih luas untuk menampung anak cucu. Tuan Haji Mohd Nor menjelaskan, mereka menuju ke Kota Tinggi melalui Singapura. Setelah tiba di Kota Tinggi, mereka dikatakan menumpang di Kampung
  • 8. Makam dan lantas mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan sawah. Pada suatu ketika, mereka telah menjumpai satu kawasan di Batu 7 Jalan Mersing. Mereka cuba membuat sawah di sana tetapi tempat ini dikatakan tidak sesuai kerana airnya tidak kering-kering dan sering dilanda banjir. Setelah itu, mereka balik semula ke Kota Tinggi mencari tempat yang lebih sesuai.5 Selepas penat berhempas-pulas, akhirnya mereka menemui kawasan yang dicari-cari. Kawasan yang mereka temui ini sememangnya sesuai untuk dijadikan kawasan sawah kerana berkelembapan sederhana dan sumber air yang mencukupi di samping dikelilingi banjaran Gunung Panti dan Gunung Gaung yang mempunyai jeram. Menurut kepercayaan mereka, dengan mencungkil tanah dan mengambil sekepal tanah lalu dicium mampu diramalkan bahawa bahawa sawah itu boleh bertahan selama hampir 100 tahun. Selepas hampir 80 tahun, sawah tidak lagi diusahakan di Kampung Lukut. Difahamkan di situ juga terdapat pokok kayu ‘Serdang’ dan ‘Bidara’. Menurut kepercayaan mereka, kawasan yang mempunyai kedua pokok ini amat sesuai dijadikan kawasan sawah.6 Setelah menemui kawasan yang sesuai, mereka pun berjumpa Dato’ Jaafar (Bapa dato’ Onn) untuk mendapatkan kebenaran membuka mana-mana tanah untuk dijadikan kawasan perkampungan dan pertanian. Disebabkan Johor ketika itu sedang merangka kemajuan negeri Johor dengan pesat, kebenaran serta-merta diperolehi tanpa bersusah-payah.7 Setelah mendapat kebenaran, mereka bersepakat untuk kembali ke Negeri Sembilan yang bertujuan mengambil anak isteri berpindah ke tempat tersebut.8 Selepas 15 tahun, terdapat pula Puak Rambah yang berasal dari Kampung Rambah daerah Pasir Pengairan, Rokan, Sumatera berhijrah ke Kampung Lukut ini. Pada ketika itu puak mereka diketuai oleh Bilal Pahlawan yang telah terlebih dahulu ke 8
  • 9. Perak dan Negeri Sembilan. Mereka mula mengetahui mengenai Kampung Lukut ini setelah menjejakan kaki ke Negeri Sembilan. Selepas mendengar tentang Kampung Lukut dari orang-orang Negeri Sembilan, Bilal Pahlawan dan pengikut-pengikutnya meninjau kawasan Kampung Lukut. Setelah mendapat keizinan daripada Penghulu Kampung, Bilal Pahlawan dan pengikutnya meneroka kawasan hutan di sebelah selatan kampung yang bersebelahan Sungai Lalang untuk mendirikan penempatan dan sawah padi. Selepas kedatangan Puak Rambah dari Sumatera, terdapat juga puak-puak lain seperti dari Seri Menanti dan Johol. Terdapat juga orang perseorangan yang datang ke situ atas faktor pekerjaan dan perkahwinan.9 2.1 ASAL-USUL NAMA KAMPUNG LUKUT Ketika itu, ramai yang berpindah dari Batu 7 Jalan Mersing ke kampung ini. Terdapat seorang pemuda yang baru sahaja bertunang dengan seorang gadis. Beliau dikatakan bercita-cita untuk membina institusi kekeluargaan di kampung tersebut. Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. 9
  • 10. Hakikatnya, cita-cita tersebut hanya menjadi kenangan apabila pemuda tersebut meninggal dunia. Pada masa itu, kehidupan peneroka serba kekurangan tambahan pula mereka baru berpindah ke tempat baru, jenazah pemuda tersebut dibawa ke Kampung Makam untuk dikebumikan. Berkat kerjasama daripada penduduk Kampung Makam, jenazah pemuda tersebut telah selamat dikebumikan di Kampung 10 Makam. Pada suatu ketika, semasa penduduk Kampung Makam dan peneroka Kampung Lukut bergotong-royong menguruskan jenazah pemuda tersebut, terdapat beberapa soalan yang diajukan mengenai asal-usul pemuda tersebut dan siapa beliau. Ada yang sempat menjawab pertanyaan tersebut dengan memberitahu pemuda yang meninggal itu dibawa oleh peneroka-peneroka tersebut dari kawasan baru dan beliau merupakan orang Lukut. Lukut yang dimaksudkan adalah di Negeri Sembilan dan beberapa salah faham berlaku dengan orang-orang di situ beranggapan bahawa kawasan yang baru diterokai itu bernama Kampung Lukut. Oleh hal yang demikian, nama Kampung Lukut itu kekal sehingga sekarang tanpa sebarang perubahan.10 3.0 PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN DI KAMPUNG LUKUT Terdapat pelbagai perubahan yang telah berlaku di Kampung Lukut ini. Perubahan dan pembangunan di kampung ini terbahagi kepada beberapa aspek iaitu jumlah rumah dan penduduk, pembangunan dan kemudahan insfrastruktur, ketua kampung dan aspek ekonomi. 3.1 JUMLAH RUMAH DAN PENDUDUK
  • 11. Jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung ini jelas berbeza dari awal pembukaanya sehingga sekarang. Pada awal pembukaan kampung ini, hanya 7 hingga 8 orang sahaja yang tinggal di kampung ini. Namun pada tahun 70-an penduduk kampung ini secara kasarnya dikatakan seramai 1500 manakala pertengahan tahun 80- an penduduk kampung ini dianggarkan kira-kira 1650 orang berbeza dengan jumlah penduduk kini yang dianggarkan berjumlah 1800 orang. Mengenai penempatan pula, pada permulaannya hanya ada 4 hingga 5 buah rumah sahaja manakala sekitar tahun 70-an jumlah rumah di Kampung Lukut adalah 183 dan pada 80-an pula jumlah rumah semakin bertambah iaitu 220 buah rumah. Kini dianggarkan jumlah rumah di Kampung Lukut adalah kira-kira 620 buah rumah.11 Rumah penduduk Kampung Lukut pada pertengahan tahun 1980 yang majoritinya diperbuat daripada papan. 11
  • 12. Kini rumah penduduk di Kampung Lukut majoritinya diperbuat daripada batu jelas berbeza ketika zaman 80an. 12 3.2 EKONOMI Mengenai ekonomi pula, satu ketika dahulu sawah merupakan tanaman utama yang diusahakan di kampung ini. Setelah sawah tidak diusahakan lagi sumber ekonomi utama kampung ini beralih kepada tanaman komoditi iaitu kelapa sawit, getah, dusun dan lain-lain. Pada penghujung tahun 2011, kerajaan telah melancarkan Projek Tanaman Cendawan Komuniti di Kampung Lukut. Tanaman ini telah diusahakan sendiri oleh penduduk kampung Lukut.12
  • 13. Dusun buah-buahan di Kampung Lukut ditanam bagi menggantikan sawah yang tidak diusahakan lagi oleh penduduk kampung. Projek Tanaman Cendawan Komuniti yang dilancarkan kerajaan di Kampung Lukut. 13
  • 14. Tanaman cendawan ini merupakan hasil yang diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Lukut. Selain itu, terdapat juga perubahan dari segi punca ekonomi di mana pada zaman awal pembukaannya sumber ekonomi hanya tertumpu pada pertanian sahaja yang jelas berbeza dengan sekarang apabila punca ekonomi bukan sahaja diperolehi melalui pertanian, malah melalui pelancongan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), berniaga, dan bekerja di kilang berhampiran dan bekerja di sektor kerajaan.13 Penduduk Kampung Lukut turut terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 14
  • 15. Pengusaha-pengusaha IKS di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Kilang juga turut dibangunkan berhampiran Kampung Lukut bagi menjamin sumber pendapatan golongan muda di Kampung Lukut. 15
  • 16. 16 . Perniagaan turut dijalankan di Kampung Lukut berbanding suatu ketika dahulu yang hanya aktif dalam kegiatan pertanian. 3.3 PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Dari segi pembangunan pula, prasarana di Kampung Lukut ini searas dengan kampung-kampung lain di Malaysia yang mempunyai prasarana lengkap yang disediakan oleh kerajaan. Buktinya, terdapat jalan-jalan utama yang ditar dilaluan utama termasuk di lorong-lorong perkampungan tersebut. Bangunan-bangunan seperti Masjid, Balairaya, Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kemas yang turut dilengkapkan dengan Bilik Perpustakaan Desa yang banyak membantu anak-anak kampung ini dalam mendapatkan bahan bacaan.
  • 17. Kemudahan prasarana seperti masjid turut disediakan di Kampung Lukut sejak sekian lama. Dari segi kemudahan reakreasi serta kemudahan untuk belia pula, terdapat padang bola sepak untuk anak-anak kampung bermain bola dan kadang kala pelbagai aktiviti turut dilaksanakan di padang bola sepak ini. Tidak ketinggalan juga sukan kegemaran belia kini iaitu futsal. Gelanggang futsal turut dibina di kampung ini yang bertujuan menggalakkan anak-anak kampung untuk melakukan aktiviti berfaedah dengan 17 bersukan.
  • 18. Kemudahan Padang di Kampung Lukut telah memudahkan penduduk untuk mengadakan aktiviti. Gelanggang futsal turut disediakan untuk belia berbeza sekali ketika era 70-an dan 80-an yang tiada kemudahan untuk belia. Selanjutnya, terdapat juga litar untuk motor lasak yang turut digunakan oleh orang luar untuk tujuan ‘Junggle Tracking’. Baru-baru ini, kampung ini telah dilengkapi dengan kemudahan ‘wi-fi’ yang dikenali sebagai ‘Kampung Tanpa Wayar’. Hal ini memudahkan penduduk kampung dan anak-anak muda dalam proses menuntut ilmu mahupun melakukan aktiviti lain. Tidak jauh dari kampung ini, iaitu di Kampung Lukut Cina, terdapat bangunan-bangunan yang dibangunkan seperti Kilang Perindustrian yang dapat menampung pekerjaan anak tempatan dan juga pekerja-pekerja dari luar. Kampung Lukut pada era ini dalam ambang permodenan dan 18
  • 19. pembangunan. Buktinya, kampung ini dipilih oleh kerajaan untuk melancarkan Program Homestay/Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun dan pada 21.11.1998.14 19 3.4 KETUA KAMPUNG Kampung ini pada mulanya diketuai oleh Haji Daim bin Lajim yang juga merupakan pengasas kampung ini yang bergelar pengulu kampung. Namun, jawatan ini pada ketika itu tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penghulu pertama kampung ini ialah Encik Lajis. Seterusnya, digantikan pula oleh Encik Wan Salim bin Abu Bakar. Setelah Encik Wan meninggal, jawatan tersebut digantikan oleh Haji Daim bin Lajis pada tahun 1930an. Setelah jawatan penghulu kampung dihapuskan dan digantikan dengan Ketua Kampung, Ketua kampung pertama yang menyandang jawatan ini adalah Haji Sharif bin Ludu. Selanjutnya, jawatan ini disandang oleh Encik Saadon bin Lajis setelah Haji Sharif uzur. Seterusnya, apabila Encik Saadon bin Lajis meletak jawatan pada tahun 1983, Encik Hasan bin Katah pula menyandang jawatan tersebut.
  • 20. Penghulu Kampung Lukut iaitu Haji Daim bin Lajis yang memegang jawatan ini pada tahun 1930. Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang yang memegang jawatan ini sejak 2007. Pada tahun 2007, jawatan itu sekali lagi berubah dan disandang oleh Ketua Kampung terkini iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.15 20 4.0 ADAT DAN TRADISI Kampung Lukut sememangnya kaya dengan pelbagai adat istiadat dan tradisi. Namun mereka tidak mengamalkan sepenuhnya kerana terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor. 4.1 ADAT ISTIADAT DI KAMPUNG LUKUT
  • 21. Jawatan Ketua Adat tidak diisi oleh sesiapa sejak tahun 1998 selepas Ketua Adat terakhir meninggal dunia. Difahamkan, kini jawatan Ketua Adat dipikul oleh Ketua Kampung. Ketua adat sangat memainkan peranan penting terutamanya melibatkan hal-hal adat istiadat. Ketua Adat mempunyai kuasa budi bicara mengenai hal-hal adat seperti adat nikah kahwin, pinang meminang dan jika terdapat perselisihan dalam kalangan penduduk kampung mengenai adat. Hal ini jauh berbeza dengan tugas Ketua Kampung. Ketua Kampung berperanan dalam hal pentadbiran, pembangunan kampung dan keselamatan kampung. Kini Ketua Adat dapat juga dilihat peranannya tetapi tidaklah sepenting dahulu.16 Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang menerangkan, kampung ini tidak mengamalkan Adat Perpatih sepenuhnya seperti kampung-kampung di Negeri Sembilan. Beliau juga turut memberitahu bahawa mereka sudah sekian lama tinggal di Johor dan sudah tentu mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup disini walaupun mereka berasal dari Negeri Sembilan. Kampung Lukut juga mempunyai suku-suku tertentu. Antara suku yang terdapat di sini ialah Suku Tanah Datar, Suku Anak Acheh, Suku Biduanda, Suku Mungkal, Suku Semelenggang, Suku Tiga Bator, Selemak Pahang dan Selemak Minangkabau. Walaupun terdapat pelbagai suku-suku di Kampung ini, mereka tidak menggamalkan sepenuhnya Adat Istiadat nenek moyang mereka kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup masyarakat Johor.17 Namun terdapat juga spekulasi yang menyatakan bahawa Kampung Lukut Kota Tinggi ini masih mengekalkan dan turut mengamalkan Adat Perpatih ini.18 4.2 TRADISI TURUN TEMURUN 21
  • 22. Kampung ini sememangnya kaya dengan pelbagai tradisi kerana didiami oleh pelbagai suku kaum sejak sekian lama. Antara tradisi yang sering diamalkan adalah memburu kerbau liar seminggu sebelum menjelang hari raya puasa. Dikatakan hampir setiap malam selepas solat terawih, pemburu-pemburu akan menjalankan aktiviti 22 menangkap kerbau liar. Aktiviti menangkap kerbau liar merupakan tradisi turun temurun di Kampung Lukut.
  • 23. Kerbau liar yang telah ditangkap oleh penduduk Kampung Lukut untuk disembelih. Seterusnya, Kerbau yang berjaya ditangkap akan ditambat terlebih dahulu dan kemudian disembelih dua hari sebelum lebaran untuk dijual ataupun dimasak. Masakan yang sinonim dengan kerbau liar ini adalah rendang dan kebiasaanya disalai. Tradisi ini telah menjadi turun menurun daripada nenek moyang mereka.19 Daging kerbau salai sememangnya masakan yang sinonim dengan kerbau liar. Selain itu, terdapat juga permainan tradisi yang masih kekal mahupun telah dilupakan di kampung ini. Antara permainan tradisi tersebut adalah Belon Acah, atau Belon Galah, congkak, Cak Limpong, gasing dan lain-lain. Sehingga kini, permainan ini masih diminati oleh penduduk setempat. Namun, Pencak Silat, Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring dan Badminton juga digemari oleh penduduk kampung.20 5.0 SUMBANGAN KAMPUNG LUKUT KEPADA NEGARA 23
  • 24. Dari segi sumbangan, Kampung Lukut telah banyak memberi sumbangan kepada negara dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. 24 5.1 PENDIDIKAN Pendidikan begitu penting kepada penduduk Kampung Lukut. Buktinya, ramai pelajar-pelajar yang berjaya berasal dari kampung ini. Antara anak jati kampung ini yang berjaya ialah Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan, yang kini sedang bertugas sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.21 Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan merupakan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang merupakan anak jati Kampung Lukut. Tuan Haji Yaakub bin Ludu turut tersenarai dalam kalangan anak jati Kampung Lukut yang menabur bakti kepada negara apabila beliau menjadi Guru Agama Kerajaan Johor. Sebelum beliau bersara, beliau pernah menyandang jawatan Pengelola
  • 25. Pendidikan Agama di Daerah Pontian dan Kota Tinggi. Bukan itu sahaja, terdapat juga 4 orang Guru Besar yang merupakan anak jati Kampung lukut iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Omar, Tuan Haji Ramlan bin A.Said, Allahyarham Encik Ayob bin A.Said dan Ketua Kampung Lukut sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang.22 25 5.2 EKONOMI Dari segi sumbangan ekonomi pula, Kampung Lukut Kota Tinggi telah menyumbang pelbagai sumbangan kepada negara terutamanya dalam industri pelancongan. Buktinya, pada 21.11.1998 kerajaan telah melancarkan Program Homestay dan Anak Angkat Pelajar-pelajar dari Jepun di Kampung Lukut Kota Tinggi. Program Homestay yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Kampung Lukut.
  • 26. Lawatan daripada pelajar-pelajar Singapura pada 31.10.2010. Jeram Sungai Sendayan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di kampung ini. Dengan ini, sedikit sebanyak sumbangan telah diberikan kepada industri pelancongan negara. Selain itu, Kementerian pelancongan baru-baru ini telah mendaftarkan beberapa buah kampung bagi menjayakan Program Homestay mereka yang telah menjadikan 141 buah Homestay telah diwujudkan di seluruh negara termasuk 26
  • 27. Kampung Lukut. Hal ini telah menyumbang beberapa impak positif dalam 27 perkembangan ekonomi Negara.23 5.3 POLITIK Dari sudut politik pula, Kampung Lukut telah melahirkan beberapa tokoh politik yang telah berjasa kepada negara. Antara tokoh tersebut adalah Tuan Haji maon bin Omar. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili kawasan Pengerang, Johor. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Yusof bin Malim Kuning juga tidak asing bagi penduduk Kampung Lukut ini. Beliau yang berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir pernah menjadi seorang Guru dan Ahli Parlimen Kota Tinggi.24 Pada 1978, beliau telah menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Panti, negeri Johor.25 6.0 KESIMPULAN Menerusi kajian ini, diharapkan dapat menyumbang pelbagai maklumat mengenai sejarah Kampung Lukut ini. Di samping itu, menerusi kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi-generasi muda terutamanya dari Kampung Lukut betapa gigihnya peneroka-peneroka terdahulu dalam menyelamatkan generasi akan datang agar dapat menikmati sesuap nasi. Mereka melakukan aktiviti bercucuk tanam demi mengelakkan terjadinya aktiviti berpindah-randah. Perubahan yang terdapat pada kampung ini juga dapat menunjukan kemajuan dalam kehidupan penduduk-penduduk kampung. Merujuk kepada pembentukan
  • 28. Kampung Lukut ini, ternyata konsep gotong-royong, permuafakatan dan kerjasama merupakan teras kepada kejayaan sesebuah masyarakat. Jika konsep ini masih dikekalkan, masyarakat kita sudah tentu akan memperoleh kejayaan yang cemerlang malah mampu bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tradisi di Kampung Lukut ini perlu dikekalkan agar generasi seterusnya mengetahui tentang asal-usul mereka dan seterusnya mampu mengekalkanya buat turun-temurun. Akhir kata, saya berharap semoga kajian ini dapat menjadi panduan kepada masyarakat terutamanya bagi pelajar-pelajar Prauniversiti yang akan datang. 28
  • 29. 29 NOTA AKHIR 1 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013 . 2 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 5. 3 Ibid., hlm. 6. 4 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 24. 5 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 6 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 8 – 9. 7 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 26 . 8 Ibid., hlm. 26 . 9 Yaakub Idris, Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi, Warisan Jernal Persatuan Sejarah Malaysia : Cawangan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan 1987 hlm. 27. 10 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hlm. 8 – 9. 11 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 12 Ibid. 13 Laman Web : http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html . 14 Temu bual dengan Ketua Kampung Lukut Haji Mohd Nor bin Lawang pada 26.2.2013. 15 Ibid. 16 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 11 – 12. 17 Temu bual dengan Tuan Haji Mohd Nor bin Lawang pada 24.2.2013. 18 Norhalim Haji Ibrahim, Terombo : Gambaran Adat Perpatih Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 2. 19 Akhbar KOSMO 10.3.2013. 20 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 13. 21 Temu bual bersama Tuan Haji Mohd Nor bin lawang pada 24.2.2013. 22 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 16. 23 Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad, Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia, 2009 hlm. 232 – 233. 24 Haji Ramli Jamiran, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru 2001 hlm. 15 – 16. 25 Laman Web Rasmi Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning.
  • 30. 30 BIBLIOGRAFI Husain, Amdun. Kamus Pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Ibrahim, Norhalim Haji. Terombo : Gambaran Adat Perpatih. Kuala Lumpur: AFY Communications, 2003. Idris, Yaakub. Laporan Lawatan Ke Kampong Lukut Kota Tinggi. Negeri Sembilan: Jernal Persatuan Sejarah Malaysia, 1987. Jamiran, Haji Ramli. Menelusuri Sejarah Tempatan Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 2001. Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Program Homestay dan Pertumbuhan Ekonomi Luar, Kajian Kes Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur, 2009. Laman Web Komuniti Desa. 30 3, 2010. http://telecentre.my/pdkglukut/index.php/ms/sosioekonomi.html. (melayari pada 26 2, 2013). Lawang, Haji Mohd Nor bin, temu bual oleh Shah Mohd Akmal. Sejarah Asal-usul Kampung Lukut (26 2, 2013). Wikipedia. 5 11, 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Bin_Malim_Kuning (melayari pada 26 2, 2013). Zubri, Mohd Faiz. " Tradisi Turun Temurun." Kosmo, 10 3, 2013.
  • 31. 31 LAMPIRAN Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Lukut. Balai Budaya kampung Lukut yang digunakan untuk pelbagai aktiviti.
  • 32. Rumah penduduk yang didaftarkan oleh kerajaan sebagai Homestay. Bilik tidur yang disediakan di Homestay tersebut. 32
  • 33. Pelajar-pelajar dari Singapura yang melawat atas tiket pelancong. Rumah Tanaman Cendawan di Kampung Lukut. 33
  • 34. Produk IKS yang diusahakan di Kampung Lukut. Kuih Siput yang dihasilkan oleh penduduk kampung Lukut. 34
  • 35. Kampung Lukut yang dikelilingi Gunung Panti. Jeram Sungai Sendayan yang menjadi tarikan pengunjung dari luar mahupun penduduk kampung. 35
  • 36. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2 BORANG TEMUBUAL KERJA KHUSUS SEJARAH KAJIAN : SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR. 36 A) Maklumat Am Nama Penyelidik : Nama Responden : Tarikh Temu Bual : Tempat Temu Bual : No. Kad Pengenalan : Responden B) Soalan Temu Bual 1. Bagaimanakah sejarah awal pembentukan kampung Lukut, Kota Tinggi? 2. Siapakah pengasas Kampung Lukut ini? 3. Bagaimanakah Kampung Lukut mendapat nama? 4. Bilakah Kampung Lukut diterokai? 5. Berapakah keluasan tanah di Kampung Lukut? 6. Apakah etnik yang terdapat di Kampung Lukut? 7. Apakah kawasan asal Kampung Lukut sebelum terbentuknya Kampung Lukut? 8. Apakah adat istiadat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Lukut? 9. Apakah ekonomi yang dijalankan di Kampung Lukut? 10. Apakah bangunan terawal yang dibina di Kampung Lukut? 11. Apakah perubahan yang terdapat di Kampung Lukut? 12. Berapakah bilangan penduduk semasa pembukaan, tahun 70an, tahun 80an dan jumlah terkini? 13. Apakah kemudahan yang terdapat di Kampung Lukut ? 14. Apakah mercu tanda di Kampung Lukut? 15. Apakah perkembangan ekonomi, politik dan sosial di Kampung Lukut? 16. Adakah Kampung ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya? 17. Apakah kawasan tarikan yang terdapat di Kampung Lukut? 18. Bolehkah Tuan menjelaskan mengenai struktur pentadbiran Kampung daripada permulaan sehingga kini? 19. Adakah kampung ini pernah terpilih untuk mengadakan program-program yang dilaksanakan kerajaan? 20. Apakah sumbangan Kampung Lukut kepada negara? ( …………………………. ) Tandatangan Responden
  • 37. 37