SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  98
Télécharger pour lire hors ligne
PROJEK PENANAMAN CILI
MENGGUNAKAN KAEDAH
SISTEM FERTIGASI
Mohd Fadzli Bin Nordin
RANCANGAN PERNIAGAAN
Disediakan Oleh :
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
2
JADUAL KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. Ringkasan Eksekutif 3
2. Pengenalan 4
3. Tujuan Penyediaan 5
4. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat 6
5. Latar Belakang Pemilik 9
6. Rancangan Organisasi / Pengurusan 11
7. Rancangan Pengeluaran / Operasi 12
8. Rancangan Pemasaran 47
9. Rancangan Kewangan 83
10. Jadual Perlaksanaan Projek 94
11. Rumusan 98
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
3
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005.
Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang
pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan
teknologi pertanian.
Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut
cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan
mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang
pertanian.
Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di
kawasan Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah
menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan,
pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000
pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang
dilengkapi dengan sistem fertigasi.
Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan
pinjaman Tabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk
membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam
perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami
berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami
bagi merealisasikan projek ini.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
4
2.0 PENGENALAN
Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami /
melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara
konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi
untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.
Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,
pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan
untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil
pengeluaran dan pendapatan.
Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini
yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang
pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan
dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin
pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif
kepada sistem penanaman konvensional.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
5
3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk
memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai
sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak
syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini.
Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk
Makanan (3F) bagi menampung kos permulaan projek ini.
Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek
fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
6
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT
4.1 Maklumat Syarikat
Nama Syarikat : ABCD Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran : 0123456789
Alamat Perniagaan : 12-B, Tingkat 5, Wisma XXX,
Jalan Sinar Maju 2/21,
51000 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-98765432
No. Faks : 03-45678900
Bidang Perniagaan : Pertanian dan industri asas tani.
Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad
Modal Dibenar : RM 1,000,000
Modal Berbayar : RM 1,000,000
Taraf Syarikat : 100% Bumiputera
Lembaga Pengarah : 1) Ali bin Abu
2) Ahmad bin Abu
3) XXXX
4) YYYY
Setiausaha Syarikat : DEFGH Management Sdn. Bhd.
Alamat Setiausaha :
Juru Audit Syarikat : IJKLM Public Accountant
Alamat Juru Audit :
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
7
4.2 Objektif, Visi Dan Misi
Objektif
 Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan
amalan pertanian yang baik dan sistematik.
 Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.
Visi
Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di
dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani
lain.
Misi
Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada
pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan
menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.
4.3 Strategi Perniagaan
Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih
kompetitif dengan strategi berikut :
 Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor
pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin
peningkatan pengeluarannya.
 Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa
dan kehendak pelanggan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
8
 K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui
internet dan R&D.
4.4 Maklumat Asas Projek
Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah
Sistem Fertigasi
Lokasi : Pontian, Johor
Keluasan Tanah : 5 Ekar
Kapasiti Tanaman : 5,000 Pokok
Struktur : 10 buah Rumah Pelindung Tanaman
Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha : Syarikat ABCD Sdn. Bhd.
Anggaran Kos : RM 275,000
Permulaaan
Anggaran Hasil : 75,000 kg setahun
Pengeluaran
Anggaran Kasar : RM 300,000 setahun
Pendapatan
Tempoh Pulang : 2 Tahun
Balik Modal
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
9
5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK
5.1 Ahli Lembaga Pengarah
1) Ali Bin Abu
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,
pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi .
2) Ahmad Bin Abu
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,
pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
Gambar
Gambar
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
10
3) YYYYYY
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,
pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
4) XXXXX
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan,
pengurusan kewangan dan sumber manusia. Mendapat
pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
Gambar
Gambar
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
11
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat ABCD
Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara
keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat
akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh
selama projek itu berjalan.
Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3
orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi
setiap projek yang dilaksanakan.
Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia
Projek dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah
dirancangkan.
6.1 Carta Organisasi
Pengarah Urusan
Pentadbiran &
Kewangan
Jualan &
Pemasaran
Teknikal &
Operasi
Projek Tanaman
Fertigasi
Lain-Lain Projek
Pertanian
Lembaga Pengarah
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
12
7.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI
7.1 Sistem Fertigasi
Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization”
dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman
berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran
tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production
system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja
seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi
sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada
dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,
Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah
oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang
pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih
dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).
Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang
terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada
bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk
mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh
sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang
disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap
berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
13
Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga
bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada
pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan
pemberian baja tidak berkesan.
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir
dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia
ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika
dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ ,
’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang
boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu
kerikil granit (bukan batu kapur).
Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia
diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara
dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan
cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga
rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin
keberkesanannya.
7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi
Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah
konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah :
1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan
kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
14
2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan
masalah penyakit.
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan
perosak.
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima
nutrient yang secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai/ merumput.
6. Kualiti yang lebih baik.
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.
8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.
9. Kurang penggunaan racun.
10.Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.
11.Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.
7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi
Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya
ialah :
1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah
pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan
+ Kalis Serangga).
2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.
3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.
4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
15
Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional
Perbandingan Fertigasi Tanah
Jenis Tanaman Tanaman jenis sayur
dan buah
Semua jenis tanaman
Struktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perlu
Jaring Kalis Serangga Wajib ada Tidak perlu
Sistem Pengairan Titis dan baja Bebas
Varieti Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenis
Air Air bersih Bebas
Modal Tinggi Rendah
Tapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Elektrik Mesti ada Tidak perlu
Pengetahuan Teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan Tanah Tidak penting Perlu subur
Kos Operasi Rendah kerana sistem
automatik
Tinggi untuk baja,
racun, merumput dsb.
Risiko Penyakit Rendah Tinggi
Risiko Kekeringan Sederhana Tinggi
Keseragaman Pokok Seragam Tidak seragam
7.1.2 Tanaman Cili
Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk
Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan,
tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama
saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.
Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai,
kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung
Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor
dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti
tercatat di Jadual 1.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
16
Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat
pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5
gram).
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
17
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau
telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili
dan sos cili.
Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ ,
sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas
dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.
Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5,
MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam
jadual 4.
7.2 KEPERLUAN OPERASI
7.2.1 Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan
perlu dibangunkan terlebih dahulu.
1) Penyediaan Kawasan
 Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari
tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal
perlu dibuang dan dibersihkan.
 Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan
Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
 Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk
mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila
hujan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
18
 Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan
perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
 Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk
tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.
2) Sumber Air dan Elektrik
 Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah
penting dalam operasi sistem fertigasi ini.
3) Bangunan
Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan
tanaman.
 Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
 Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.
 Pusat pengumpulan hasil ladang.
 Pejabat pengurusan projek.
7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi
Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang
diperlukan untuk menjayakan sistem ini.
a) Rumah Pelindung Tanaman
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
19
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
1. Besi G.I. ½ ”
 Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk
membentuk asas struktur.
 Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur
Rumah Lindungan Tanaman.
 Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang
dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang
struktur utama.
2. Besi G.I. 1”
 Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang
menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ”
tadi.
 Biasanya, panjang adalah 4 kaki.
3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)
 Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat
tiang besi.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
20
4. Klip PVC Hitam
 Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.
5. Plastik UV Lut Sinar
 Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung
pada struktur rumah pelindung tanaman.
6. Jaring Kalis Serangga
 Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang
disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai
penghalang kemasukan serangga perosak .
 Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar
menggantikankan jaring kalis serangga.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
21
b) Sistem Pengairan
Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini
adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat
pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela
masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem
pengairan ini adalah :
1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)
2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4. Penitis (Pen Dripper 6mm)
5. Elbow PVC 1”
6. Socket Valve 1 ½ ”
7. Socket Valve 16mm
8. Ball Valve 1 ½ ”
9. Ball Valve 1”
10.Nripper / Adapter
11.Rubber Gromet Set 16mm
12.Tangki Nutrient 200/600 gelen
13.Pam Air 1.5 HP
14.Timer (Pemasa)
15.PH Meter
16.EC Meter
17.Penapis Air
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
22
c) Bahan Input
Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman
dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai
keperluan bahan input :
1. Benih Tanaman – Cili
2. Tray Semaian ’Plug’
3. Polibeg 14” x 16”
4. Media Semaian
5. Media Tanaman
6. Plastik ’Silver Shine”
7. Baja Fertigasi (set A & B )
8. Racun Serangga
9. Racun Kulat
10.Kayu Penyokong
11.Dawai
12.Batu Simen / Bata
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
23
7.2.3 Tenaga Buruh
Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara
automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi
melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah
seperti berikut :
BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI
1. Penyelia 1 Orang Bertanggunjawab melaksana dan
menyelia kerja-kerja harian dan
jadual tanaman
2. Buruh Am 4 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut
arahan penyelia.
7.3 PERLAKSANAAN
Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,
pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan
sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
24
1) Penyediaan biji benih
2) Semaian Anak Benih
3) Membuat Larutan Stok
4) Penyediaan Beg Tanaman
5) Penanaman
6) Pembajaan
7) Pengurusan Sistem Pengairan
8) Kawalan serangga perosak dan penyakit
9) Penyelenggaraan tanaman
10)Penuaian
11)Pengendalian Lepas Tuai
7.3.1 Penyediaan Biji Benih
Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang
digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan
serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang
dari 90%.
Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan
lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap
yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam
keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
25
7.3.2 Semaian Anak Benih
Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih
tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%
kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan
medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang
diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat
moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.
Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug
polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa
menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan
pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan
mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.
Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau
captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu
plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan
penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan
dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus
terlalu padat.
Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan
diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih
bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari
dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
26
pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok
tumbuh tegap dan tidak kurus.
Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan
larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40
watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan
EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian
sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia
untuk diubah ke beg-beg tanaman.
7.3.3 Membuat Larutan Stok
Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang
diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x
ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.
Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan
daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk
mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya
pemendakan.
Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan
berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan
zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang
mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4,
MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium
molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
27
semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh
dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu
bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang
mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.
7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45
cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan
suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan
coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring
bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja
pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan
satu bantal untuk satu pokok.
Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan
masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat
lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4
lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg-
beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari
aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas
menanam.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
28
7.3.5 Penanaman
Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk
diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini
ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih
awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman
ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam
lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan
pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke
atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai
penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau
melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.
Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan
pengudaraan yang baik.
Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan
ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat
bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa
dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya
menerima titisan larutan baja.
7.3.6 Pembajaan
Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali
sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
29
unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur
dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,
magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium,
molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan
satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik
(unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada
udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu
formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.
Larutan Wyne :
Larutan Cooper :
SET A SET B
1. Kalsium Nitrat
2. Ferum
1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat
SET A SET B
1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Ferum EDTA
5. Mangan Sulfat
6. Kuprum Sulfat
7. Zink Sulfat
8. Asid Borik
9. Natrium Molibdat
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
30
Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut
kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.
Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili
Bagi bancuhan larutan 100 liter air :
BAJA KADAR (GRAM)
SET A
1. Kalsium Nitrat
2. Ferum EDTA
11,300
164
SET B
1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat
11,100
1,750
5,640
15.4
0.78
2.2
30
0.18
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan
Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan
dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh
masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat
umur tanaman.
Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang
pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang,
jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi
coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
31
minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk
tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap
pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem
pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam
galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk
mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi
hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu
lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat
tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan
layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut
penitis dari tiub dan bersihkan.
Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini.
Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa
bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.
Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman
sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan
kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air
bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja
dilakukan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
32
7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit
1) Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan
serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.
Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga
dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan
dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di
bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :
Nama
Perosak
Bahagian
Diserang
Peringkat
Pokok
Diserang
Simptom Kawalan
Kutu Daun
(Aphis spp.)
Daun, bunga
dan buah
muda
Semua
peringkat
Daun menjadi
kerekot,
bunga gugur
dan buah
terbantut.
Sembur dengan
racun chlorphyrifos
atau imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun
permethrin,
cypermethrin atau
dimethoate jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.
Kutu Thrips
(Thrips spp.)
Daun dan
bunga
Semua
peringkat
Daun menjadi
kerekot dan
bunga gugur.
Sembur dengan
racun chlorphyrifos
atau imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun
chlorphyrifos atau
malathion jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
33
Ulat
Pengorek
Buah
(Helionthis
armigera
spp.)
Daun dan
buah
Peringkat
berbuah
Daun dan
buah
berlubang-
lubang
Sembur dengan
racun chlorphyrifos
jika serangan
melebihi tahap 5%
Lalat Buah
(Bactocera)
Buah Peringkat
berbuah
Terdapat
lorong-lorong
kecil di dalam
buah dan
buah gugur.
Sembur dengan
racun chlorphyrifos
apabila pokok mula
berbuah.
Hamama
Merah
(Tetranychus
spp.)
Daun dan
bunga
Pokok
Matang
Daun
berkerekot,
bunga gugur
dan pokok
terbantut.
Sembur dengan
racun amitraz,
dicofol, malathion
atau prothiofos
2) Kawalan Penyakit
Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam
penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena
serangan penyakit.
Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang
bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia
mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit
yang biasa menyerang tanaman cili adalah :
Penyakit Penyebab
Bahagian
Diserang
Cara
Merebak
Simptom
Kawalan
Antraknos
Buah
Colletotrichum
capsici
Buah Biji benih,
angin
Bintik-bintik lekok
dan berpusar,
berwarna
keperangan
terdapat di luar
kulit buah. Lekok-
lekok ini akan
membesar,
Rawatan biji
benih denga
racun kulat
captan atau
thiram.
Musnahkan
pokok yang
diserang.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
34
menjadi
kehitaman dan
akhirnya buah
busuk dan gugur.
Sembur
dengan racun
kulat mancozeb
Bintik Daun Cercospora
capsici
Daun dan
tangkai
daun.
Angin Terdapat bintik-
bintik kecil bulat
berwarna perang
pada daun.
Musnahkan
bahagian yang
kena serang.
Sembur racun
benomyl
Hawar
Pucuk
Choanephora
cucurbitarum
Pucuk Angin Terdapat spora-
spora hitam pada
pucuk yang kena
penyakit. Pucuk
menjadi layu dan
berwarna hitam
Rawatan awal
diperingkat biji
benih.
Musnahkan
pokok yang
diserang.
Reput
Pangkal
Sclerotium
rolfsii
Pangkal
pokok
Tanah Daun layu,
terdapat maisilia
putih dan
skelerotia seperti
biji sawi pada
pangkal pokok.
Pangkal pokok
menjadi hitam
dan mereput.
Cabut, bakar
dan
musnahkan
keseluruhan
pokok yang
kena penyakit.
Lecuh Anak
Benih
Pythium sp.,
Rhizoctonia sp.
Batang
anak benih
Tanah dan
air
Di pangkal anak
benih seakan-
akan lecuh.
Serangan yang
teruk
menyebabkan
anak benih
tumbang.
Rawatan benih
di peringkat
awal.
Elak siraman
berlebihan
Pastikan tapak
semaian
mempunyai
saliran yang
baik.
Layu
Bakteria
Pseudomonas
solanacearum
Daun dan
batang
Tanah, air
dan
sentuhan
akar
Daun layu dan
kuning. Empulur
berwarna perang
kehitaman dan
berair. Jika akar
atau batang
direndam dalam
air, ianya
mengeluarkan
Cabut dan
bakar pokok
berpenyakit.
Tentukan
saliran baik di
kawasan tapak
projek.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
35
cecair jaluran
putih.
Mozek
Daun
Mosaic virus Semua
bahagian
pokok
Biji benih,
kutu daun
sebagai
pembawa
penyakit.
Daun berbintik-
bintik dan
berkerekot. Urat
daun
membengkak .
Pokok bantut dan
kurang berbuah.
Buah menjadi
kecil dan berubah
bentuk.
Cabut dan
bakar pokok
berpenyakit.
Tentukan
saliran baik di
kawasan tapak
projek.
Elak guna biji
benih yang
berpenyakit.
Kawal
serangga
pembawa virus
iaitu kutu daun
dan thrips
dengan
menyembur
racun
chlorpyrifos.
Kawal rumpai
yang menjadi
perumah
serangga
pembawa virus.
7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman
Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan
sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini
dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut
adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
36
GERAK KERJA
HARI /
MASA
AKTIVITI
PERSEDIAAN AWAL
25 Hari
Sebelum
Tanam
 Mengira keperluan baja dan
coco peat.
 Membuat pesanan pembelian
baja mengikut keperluan.
 Membuat pesanan pembelian
coco peat.
 Membuat pesanan pembelian
beg tanaman berwarna putih
bersaiz 45 cm x 15 cm
bertebuk di tepi sahaja.
 Membuat pesanan pembelian
keperluan lain seperti biji
benih, medium semaian peat
moss, dulang semaian ’plug’,
kayu pancang, tali rafia, bilah
buluh, dawai bersalut, hand
sprayer, racun serangga dan
kulat yang biasa digunakan
dan keperluan lain.
PENYEMAIAN BENIH
20 Hari
Sebelum
Tanam
 Menyediakan dulang
semaian.
 Mengisi dulang semaian
dengan medium
percambahan peat moss.
 Melembapkan medium
percambahan.
 Merawat anak benih dengan
racun kulat ’Thiram’.
 Membuat lubang kecil 1 – 2
cm dalam (1 lubang 1 plug).
 Menyemai biji benih (1 biji
dalam 1 lubang).
 Menutup lubang berisi biji
benih.
 Menyembur dulang semaian
berisi biji benih dengan air
bersih menggunakan hand
sprayer.
 Menutup dulang semaian
dengan helaian plastik hitam
untuk memberi haba dan
mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
37
kering.
PENYEDIAAN TAKUNG
PEMBESARAN
19 Hari
Sebelum
Tanam
 Membersihkan takung
pembesaran.
 Mengisi tangki pengumpul
dengan air bersih.
 Memastikan pam kecil
akuarium berfungsi dengan
baik.
 Menetukan alat pengatur
masa pam akuarium boleh
dihidupkan dengan
menjadualkan 4 – 6 kali
sehari (boleh berubah
mengikut keadaan, jenis dan
umur tanaman).
PENIMBANGAN BAJA
18 Hari
Sebelum
Tanam
 Menimbangkan baja
menggunakan formulasi yang
betul.
 Membancuh baja stok.
 Gunakan tong biru (tebus
guna) muatan 100 liter.
PEMBESARAN ANAK
BENIH
16 Hari Hingga
1 Hari
Sebelum
Tanam
 Membuka plastik yang
menutup dulang semaian.
 Memindahkan dulang
semaian ke dalam takung
pembesaran.
 Memasang alat pengatur
masa dan pam akuarium
dihidupkan.
 Melarutkan baja pada bacaan
EC 2.5
 Memerhatikan pertumbuhan
anak pokok.
 Memeriksa sebarang tanda
jangkitan penyakit atau
serangga perosak.
 Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat tanda-
tanda kerosakan.
PENYEDIAAN BEG
TANAMAN
20 Hari Hingga
5 Hari
Sebelum
Tanam
 Membilas coco peat.
 Mengetoskan coco peat.
 Menimbangkan coco peat 2 –
2.5 kg untuk setiap beg (
basah dan telah ditoskan).
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
38
 Mengisi coco peat ke dalam
beg tanaman.
 Mengangkut beg-beg berisi
coco peat ke dalam rumah
tanaman.
 Menyusun beg-beg tanaman
mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi
setiap paip tertier. Jarak
tanaman untuk cili ialah 75
cm dalam baris dan 150 cm
antara baris.
 Mencucuk alat penitis ke
dalam setiap beg.
 Menghidupkan pam dan
memeriksa semua paip
pengagihan termasuk alat
penitis untuk memastikan
tidak ada mana-mana paip
tertier yang bocor atau alat
penitis tersumbat.
 Menghidupkan pam untuk
membasahkan medium
tanaman di dalam beg-beg
tanaman.
PENANAMAN 0 Hari
 Mengangkut dulang-dulang
semaian ke dalam rumah
tanaman.
 Mengorek lubang 4 cm x 4
cm x 4 cm untuk dimasukkan
anak benih.
 Mencabut anak benih dengan
cermat dengan memicit
bahagian bawah plug dahulu
sebelum mencabut anak
benih. Dengan cara ini
ketulan tanah yang dipegang
akar tidak tertinggal di dalam
lubang plug.
 Memasukkan ketulan tanah
bersama akar ke dalam
lubang tanaman yang telah
disediakan.
 Kemaskan lubang bersama
akar anak benih supaya tidak
longgar.
 Mencucuk penitis
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
39
berhampiran dengan pangkal
anak pokok.
 Mencucuk bilah-bilah buluh
hampir kepada anak benih.
 Mengikat anak benih pada
bilah buluh bagi memastikan
pokok tumbuh tegak.
1 Hari Dan 2
Hari Selepas
Tanam
 Memeriksa semua pokok.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti
belalang, cengkerik atau
siput. Jika terjumpa,
musnahkan.
 Memastikan tidak ada pokok
yang tercabut disebabkan
oleh binatang.
 Memastikan tidak ada penitis
yang tercabut atau tidak
dicucukkan berhampiran
pangkal pokok.
 Menghidupkan pam sekali
pada awal pagi.
 Pastikan bahawa medium
tanaman tidak terlalu basah
sehingga air bertakung di
dalam beg-beg tanaman.
Sekiranya ini berlaku, tebuk
beberapa lubang di sisi beg
(bukan di bawah beg
tanaman) menggunakan
pisau kecil untuk mengalirkan
air keluar dengan segera.
Jika air bertakung, pokok
akan mati.
PENYELIAAN SELEPAS
MENANAM
3 Hari Selepas
Tanam
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Mana-mana
pokok yang masih layu atau
mati perlu diganti. Sebaiknya
diganti dengan beg tanaman
yang baru keran ditakuti
pokok yang mati tersebut
telah dihinggapi penyakit.
 Melarutkan baja stok ke
dalam tangki larutan baja.
Bacaan EC ialah 2.5
 Menghidupkan pam,
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
40
memberi baja kali pertama
kepada pokok. Masih
diberikan sekali sehari.
4 Hari Hingga
7 Hari Selepas
Tanam
 Menghidupkan pam pada
awal pagi. Pemberian larutan
baja masih 1 kali sehari.
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
serangan serangga perosak.
 Sekiranya terdapat pokok
yang layu pada awal pagi,
periksa medium tanamannya.
 Sekiranya kering,
kemungkinan alat penitisnya
telah tercabut atau
tersumbat. Jika tersumbat,
cabut alat penitisnya dan cuci
saambil mengetukkannya
pada benda keras agar
bahan-bahan yang menyekat
pengaliran larutan baja akan
terkeluar.
7 Hari Selepas
Tanam
 Menambah kekerapan
pemberian larutan baja
kepada 2 kali sehari, pada
awal pagi dan lewat petang.
 Tetapi sekiranya keadaan
cuaca sepanjang minggu
redup atau berjerebu,
penambahan kekerapan
pemberian baja ini boleh
ditangguhkan.
10 Hari Hingga
35 Hari
Selepas
Tanam
 Membuang tunas air atau
tunas ketiak supaya pokok
kekal mengeluarkan satu
batang utama sahaj sehingga
cabang utama keluar.
PENGURUSAN
PENYAKIT DAN
SERANGGA PEROSAK
7 Hari Dan 17
Hari Selepas
Tanam
 Membuat rawatan
pencegahan penyakit akar
’Pythium’.
 Larutkan racun kulat Previcur
N sebanyak 10 ml atau Foli-
R-Fos sebanyak 13 ml ke
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
41
dalam 10 liter air. Siram 100
ml bancuhan ini ke pangkal
tiap-tiap pokok.
 Pastikan bahawa pam tidak
dihidupkan sebelum rawatan
ini. Larutan baja boleh
diberikan 2 jam selepas
rawatan ini dilakukan.
8 Hari Hingga
180 Hari
Selepas
Tanam
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
serangan penyakit atau
serangga perosak.
 Memeriksa pucuk-pucuk
pokok untuk mengesan
serangan hama dan juga
kutu trips. Lihat di bawah
daun-daun di bahagian
pertengahan ( 2
/3 bahagian
pokok) untuk mengesan
kehadiran afid, dan lalat putih
(white fly). Serangan ulat
pelombong daun jelas
nampak serangannya pada
daun-daun separa tua.
 Memeriksa sistem fertigasi
agar sentiasa berfungsi
dengan baik.
20 Hari
Selepas
Tanam
 Memacak dua batang
panjang, 180 cm kayu (2.5cm
x 2.5cm) atau besi galvani
1.25 cm, di sepanjang baris
paip pembahagi (membentuk
X) bagi mengikat dawai atau
tali penyokong pokok cili.
MENGIKAT POKOK
30 Hari
Selepas
Tanam Hingga
150 Hari
 Mengikat dahan-dahan pokok
cili pada tali atau dawai
penyokong bagi
mengelakkan dahan-dahan
daripada patah disebabkan
berat buah (dilakukan
mengikut keperluan). Ia
dilakukan berterusan apabila
perlu.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
42
25 Hari
Selepas
Tanam Dan
Seminggu
Sekali
 Membilas medium tanaman
dengan air bersih iaitu
dengan memberikan air
tanpa baja kepada semua
pokok mengikut kekerapan
yang sedia ada.
 Ini bertujuan untuk
membersihkan timbunan
garam-garam galian dan
meningkatkan pH medium
tanaman bagi mengelakkan
proses air keluar dari pokok
(deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati.
MEMBILAS MEDIUM
TANAMAN
28 Hari
Selepas
Tanam
 Menambahkan kekerapan
penitis larutan baja kepada 4
kemudian menjadi 5
seterusnya menjadi 6 kali
sehari mengikut
pertumbesaran pokok.
MEMBANTU
PENDEBUNGAAN
25 Hari
Selepas
Tanam Hingga
Tamat Projek
 Bunga-bunga cili mesti
menjalani proses
pendebungaan sebelum
menjadi buah.
 Pendebungaan sendiri sukar
berlaku kerana ketiadaan
agen pendebungaan seperti
seranggan atau angin jika
menggunakan Rumah
Tanaman dengan dinding
kalis seranggan ini.
 Pendebungan berbantu boleh
dilakukan dengan menepuk
perlahan dahan-dahan pokok
cili yang telah berbunga. Ia
dilakukan sekurang-kurannya
sekali bagi setiap 2 hari. Cara
ini terbukti berkesan dapat
meningkatkan pengeluaran
hasil cili.
 Alat penggetar bunga (pollen
vibrator) yang digerakkan
menggunkan bateri juga
boleh digunakan.
 Penggetaran tangkai-tangkai
bunga hanya akan berkesan
sekiranya dilakukan antara
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
43
pukul 10.00 pagi hingga 2.00
petang.
MEMETIK BUAH
55 Hari
Selepas
Tanam Dan
Selang 3 Hari
 Memetik buah cili masak.
 Membuat penggredan buah
cili
 Memasarkan buah cili
MENAMATKAN
TANAMAN
150 Hari
Selepas
Tanam Atau
Apabila Sesuai
 Memetik buah cili yang
masak termasuk juga yang
hijau.
 Mengasingkan yang masak
dengan yang hijau.
 Mencabut semua pokok
bersama akar dan
memusnahkan semuanya.
7.3.10 Penuaian
Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30
– 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah
dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali.
Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung
kepada jenis kultivar yang ditanam.
Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar
ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk
diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah
apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan
bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil
dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
44
7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai
Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan
termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan
pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu
dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.
Penyahhijauan
Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara
mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada
suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %.
Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.
Penggredan
Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz,
tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit
atau perosak.
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan
berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan
ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :
INDEKS
KEMATANGAN
KETERANGAN GAMBARAN
Indeks 1
(Tidak Matang)
Kulit berwarna hijau
muda.
Dipasarkan sebagai
cili hijau
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
45
Indeks 2
(Matang)
Kulit berwarna hijau
tua.
Keadaannya berkilat
Dipasarkan sebagai
cili merah.
Indeks 3
(Cukup Matang)
Kulit kelihatan
berwarna hijau dan
merah ataupun hijau
merah.
Dipasarkan sebagai
cili merah.
Indeks 4
(Cukup Matang)
Kulit berwarna
merah kehitaman
(hampir masak).
Keadaan ini masih
boleh diterima oleh
pasaran pada
peringkat runcit.
Indeks 5
(Cukup Matang)
Kulit cili berwarna
merah sepenuhnya.
Indeks 6
(Cukup Matang)
Kulit cili berwarna
merah kehitaman.
Pembungkusan
Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik
yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara
bagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin
(plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut
filem polivinil klorid adalah sesuai.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
46
Penyimpanan
Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh
menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5
jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º
Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .
7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
47
8.0 RANCANGAN PEMASARAN
Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang
dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang
perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa
semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek
menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara-
perkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :
1) Analisa Pasaran
2) Analisa Pesaing
3) Analisa Persekitaran
4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat)
5) Strategi Pemasaran
6) Pemilihan Strategi
7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan
8.1 ANALISA PASARAN
8.1.1 Takrif Dan Informasi Pemasaran
Definisi : Pemasaran
”Adalah satu daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di
mana ia melibatkan penggunaan hasil-hasil pertanian yang
mendatangkan manfaat kepada semua.”
Definisi : Jualan
”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau urusniaga.”
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
48
8.1.2 Proses Pemasaran
HIMPUNAN SETEMPAT
Kawasan Pengeluaran
HIMPUNAN PUSAT
Kawaan Pengumpulan
PEMPROSESAN / PENGILANGAN
Perubahan Bentuk
PEMBORONGAN
Pasaran Borong
PERUNCITAN
8.1.3 Saluran Pemasaran
PENGELUAR
EJEN / BROKER
PEMBORONG PEMBORONG
PERUNCIT PERUNCIT PERUNCIT
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
49
8.1.4 Penetapan Harga Sistem Hantaran
PENGELUAR
Sayur dihantar kepada
pemborong.
Harga tidak diketahui.
Semua jenis gred
PEMBORONG
Persetujuan hantaran.
Tiada apa-apa bayaran
AKTIVITI JUALAN
Jualan secara tunai.
Pengeluar – menanggung
kerosakan, susun.
Pemborong – ambil upah dan kos
yang terlibat.
PENGELUAR
Pembayaran yang dibuat oleh
pemborong.
8.1.5 Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong
Sasaran : Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.
Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem
pemborongan di mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar
dan pengguna sasaran. Penetapan harga adalah dipengaruhi oleh :
1) Masa
2) Kualiti
3) Kuantiti
4) Permintaan
5) Persaingan
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
50
8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata)
Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut
negeri :
TAHUN
NEGERI 1996
(RM)
1997
(RM)
1998
(RM)
1999
(RM)
2000
(RM)
KEDAH 3.16 2.70 3.58 N/A 3.45
PERAK 1.30 4.32 5.89 N/A 4.41
JOHOR 4.45 4.30 5.32 N/A 3.79
KELANTAN 2.79 2.87 4.80 N/A 4.57
TERENGGANU 2.27 2.53 3.38 N/A 3.14
PERLIS 2.74 2.19 NIL N/A NIL
SELANGOR 2.56 1.70 1.80 N/A 7.50
PAHANG 4.38 3.43 5.10 N/A 3.53
SARAWAK 2.43 3.30 4.11 N/A 5.06
MELAKA 3.40 5.07 5.65 N/A 5.75
P.PINANG 3.53 3.32 4.63 N/A NIL
N.SEMBILAN 2.83 3.36 4.35 N/A 3.46
SABAH NIL NIL 2.8 N/A NIL
PURATA 3.16 3.30 4.48 N/A 3.95
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
51
8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata)
Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut
negeri :
TAHUN
NEGERI 1996
(RM)
1997
(RM)
1998
(RM)
1999
(RM)
2000
(RM)
KEDAH 4.16 4.00 5.53 N/A 5.03
PERAK 1.40 5.12 6.56 N/A 5.12
JOHOR 5.31 5.51 6.61 N/A 5.21
KELANTAN 3.28 3.53 4.89 N/A 5.09
TERENGGANU 3.36 3.44 4.76 N/A 4.25
PERLIS 4.65 4.62 NIL N/A NIL
SELANGOR 6.13 5.48 7.92 N/A 6.43
PAHANG 5.62 5.30 7.26 N/A 6.01
SARAWAK 4.29 5.20 5.53 N/A 6.93
MELAKA 5.29 5.21 6.47 N/A 5.59
P.PINANG 4.45 4.49 5.89 N/A 4.86
N.SEMBILAN 4.05 4.85 5.65 N/A 4.99
SABAH 2.56 2.66 2.83 N/A 6.05
WILAYAH 5.04 4.83 6.05 N/A 5.74
PURATA 4.54 4.73 6.13 N/A 5.46
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
52
8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata)
Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut
negeri :
TAHUN
NEGERI 1996
(RM)
1997
(RM)
1998
(RM)
1999
(RM)
2000
(RM)
KEDAH 5.71 6.30 7.82 N/A 7.20
PERAK 1.90 6.59 7.59 N/A 6.78
JOHOR 6.34 6.92 8.67 N/A 6.99
KELANTAN 4.31 4.89 6.07 N/A 6.09
TERENGGANU 4.65 4.92 6.99 N/A 6.19
PERLIS 5.77 5.76 NIL N/A NIL
SELANGOR 7.06 7.41 8.87 N/A 7.55
PAHANG 6.68 6.30 8.83 N/A 8.00
SARAWAK 6.20 7.58 7.39 N/A 8.91
MELAKA 6.51 6.33 7.77 N/A 6.99
P.PINANG 5.54 5.83 7.91 N/A 6.17
N.SEMBILAN 6.03 6.73 8.35 N/A 6.19
SABAH 4.33 6.65 NIL N/A 8.31
WILAYAH 6.84 7.52 8.74 N/A 7.57
PURATA 5.88 6.53 7.92 N/A 7.20
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
53
8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi
Dan Isi Rumah.
TAHAP PENGGUNAAN
TAHUN
INSTITUSI
(MT)
ISI RUMAH
(MT)
KILANG
(MT)
1991 5,282.30 21,684.40 2,037.00
1992 5,431.70 22,248.20 1,963.00
1993 4,252.10 22,826.70 13,215.00
1994 5,203.90 23,420.20 15,197.30
1995 5,984.50 24,029.10 17,476.80
1996 6,882.20 24,653.90 20,098.40
1997 7,914.50 25,294.90 23,113.10
1998 9,101.70 25,952.50 2,658.10
8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran
Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di dunia, namun begitu
negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas
berbanding benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua
Afrika mempunyai kawasan tanaman seluas 204,890 hektar.
Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998
Amerika
Tengah
Afrika Asia Eropah
Amerika
Latin
Amerika
Selatan
Amerika
Utara
119,730 204,890 688,710 145,411 149,350 28,438 29,620
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
54
Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi
bagi pasaran luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering.
Namun yang demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima
pasaran ini termasuklah cili Bangi, cili Kulai, cili merah dan cili api.
Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan
sumber The Chilli Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi
46% pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7,025,360 metrik tan pada
bulan Disember 2002 .
Negara pengeluar utama cili dunia adalah :
NEGARA
PENGELUAR
JUMLAH PENGELUARAN
( 1 MT = 1000 KG)
China 7,025,360
Turkey 1,390,000
Mexico 1,181,924
Nigeria 970,000
Sepanyol 888,400
USA 760,810
Egypt 369,500
Korea 322,341
Indonesia 274,022
Italy 245,800
Netherlands 240,000
Tunisia 210,000
Yugoslovia 209,000
Morocco 203,700
Romania 191,376
Algeria 190,000
Bulgaria 185,000
Japan 165,000
Hungary 140,000
Macedonian 110,676
Greece 110,000
JUMLAH 15,382,909
Sumber : The Chili Pepper Institute, Disember 200
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
55
8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju
Pendekatan utama yang di kenal pasti bagi menjamin daya saing
pasaran cili ialah pasaran domestik dan pasaran eksport . Maka aktiviti
pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan segmen yang
terlibat .
1) Pasaran Domestik
Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna
dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara.
Faktor menggalak seperti promosi, memainkan peranan penting
bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-sayuran , contohnya
dalam pemakanan harian.
”Kempen Makan Sayur-Sayuran” perlulah dilihat kepada
kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara.
Usaha ini akan dapat mengurangkan bil import, seterusnya
mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di samping itu, galakan
perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel, sekolah, pusat
latihan menggunakan sepenuhnya sayur-sayuran tempatan.
Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayur-
sayuran tempatan terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan.
2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara)
Pasaran eksport utama cili Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong
Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
56
diperkenalkan dan hantaran percubaan akan dibuat bagi
memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara
khususnya pasaran baru di negara-negara EU.
Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong
dengan program promosi perlu dilaksanakan secara berkesan.
Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti cili dan berdaun
dikenal pasti sebagai peluang pasaran ke negara-negara
pengimport utama sayur-sayuran Malaysia.
8.1.11 Masalah Pemasaran
a) Harga Tidak Stabil
Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan
mengikut keadaan semasa.
b) Kurang Saluran Pemasaran
Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang
efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang
betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan
pengguna, pemborong dan peruncit.
c) Kurang Maklumat Pasaran
Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil-
hasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat
pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
57
maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan
pasaran semasa.
d) Kurang Prasarana
Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran
pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.
e) Bekalan Tidak Terjamin
Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana
berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.
f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran
Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak
pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan
mengakibatkan pembaziran.
g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu
Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan
pengagihan pemasaran.
h) Sistem Pembungkusan
Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang
tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
58
i) Persaingan
Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili
yang lain.
j) Kurang Pendedahan
Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di
luar negara.
8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah
i) Pendekatan konsep ”Pasaran  Pengeluaran  Pemasaran”
ii) Penyebaran maklumat pasaran
iii) Mempertingkatkan promosi
iv) Penggunaan teknologi terkini
v) Pengwujudan industri hiliran cili
vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran
vii) Perlaksanaan penguatkuasaan
8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan
i) Berkualiti
ii) Jaminan pengeluaran
iii) Pengendalian yang sempurna
iv) Kos pengeluaran yang minima
v) Pembungkusan yang baik
vi) Kecekapan operasi ladang kontrak
vii) Memenuhi citarasa pembeli
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
59
viii)Keberkesanan aktiviti promosi
ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin
x) Berdaya saing
xi) Bijak mencari peluang
8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia
Cili merupakan salah satu sayuran berbuah yang cukup popular di
Malaysia. Berdasarkan jadual eksport import cili Malaysia, kita boleh
merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan agak statik
dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus meningkat
dari tahun 1995 – 2001 itu.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
60
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
61
8.1.13 Pasaran Domestik
Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu
institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan
kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi.
Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008,
2009 dan sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang,
penggunaan cili akan terus meningkat berikut pertambahan bilangan
penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan
permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos
atau cili giling.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
62
Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan
wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan
isi rumah.
8.2 ANALISA PESAING
8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili
Analisis dayasaing dilaksanakan bagi menentukan kedudukan
Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara
pesaing utama iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang
merupakan sumber import negara.
Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah
’Peta Dayasaing’ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari
segi perniagaan, teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi
meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran terbuka ( rujuk
Peta 1).
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
63
Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap :
i) Dominan
ii) Berdaya Maju
iii) Lemah
Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi
angkubah kos pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan
penghasilan (atau lain-lain angkubah yang sesuai) di antara negara-
negara pesaing.
Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba
di pasar borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
64
pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan
angkubah hasil (tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi.
Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing
teknologi bagi tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan
disejukkan.
8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil
Persaingan di pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan
harga cili yang di import (harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan
penghasilan cili se hektar bagi negara-negara pesaing (rujuk Peta 2).
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
65
Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing
teknologi memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha)
berbanding negara-negara pesaing. Indonesia pula berada pada
kedudukan terkebelakang dalam dayasaing teknologi dengan
penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah
China dengan kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan
kadar hasil 14.44 tan/ha.
Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan
lemah kerana harga borong yang tinggi berbanding harga import dari
negara-negara pesaing.
Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling
rendah, diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil
kira dayasaing teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada
pada kedudukan dominan dalam dayasaing teknologi dan lemah.
Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”break-
out-strategies” , dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi
meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan
pemasaran hasil.
Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg.
Harga cili di peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan
harga borong pula adalah RM 4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
66
pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang,
borong dan runcit.
8.3 ANALISA PERSEKITARAN
Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat beberapa
insentif kerajaan di dalam pelaburannya.
1) Insentif Bukan Cukai
2) Insentif Potongan Cukai
3) Insentif Mengikut Projek Naungan
8.3.1 Insentif Bukan Cukai
i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme
Diuruskan oleh Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998.
Pelaburan cili mendapat kemudahan secara langsung atau tidak
langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport
seperti berikut :
a) Kemudahan Pasca Penghantaran
Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta
ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya
RM10 juta.
b) Kemudahan Sebelum Penghantaran
Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000 ataupun 80%
daripada pinjaman asal.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
67
ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes
Skim ini ditubuhkan pada tahun 1977 dan equitinya dipegang oleh
Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk menolong
mempromosikan eksport dan pelaburan.
iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF)
Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dengan pembiayaan
permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri Kecil
dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah
untuk skim berikut :
a) Business Planning And Development Scheme
b) Process Improvement And Product Development Scheme
c) Productivity And Quality Certification Scheme
d) Market Development Scheme
iv) Fund For Food
Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara
Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank
Pertanian Malaysia pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta.
8.3.2 Insentif Potongan Cukai
Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai produk
yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of
Investment Act, 1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh
dibuat secara sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
68
kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan
dan duti juga boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax
Act, 1972” dan “Excise Duty Act, 1976”.
i) Promotion Of Investment Act, 1986
Adalah dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh dipohon
daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan
perkara-perkara yang boleh dipohon adalah :
a) Pioneer Status
b) Invesment Tax Allowance
c) Infrastructure Allowance
d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports
ii) Income Tax Act, 1967
Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN). Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta
ini adalah seperti berikut :
a) Agriculture Allowance
b) Reinvestment Allowance
c) Double Deduction On Research And Development
d) Double Deduction For Training
e) Double Deduction For Insurance Premiums
f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
69
g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses
h) Industrial Building Allowance
i) Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture
Projects
j) Special Tax Treatment For Gift
k) Tax Exemption Of Increased Exports
l) Special Capital Allowances
iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act,
1976
Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Pengecualian cukai boleh dipohoon kepada perkara-perkara
berikut :
a) Sektor Pertanian
b) Aktiviti Penyelidikan
c) Aktiviti Latihan
d) Kawalan Alam Sekitar
8.3.3 Insentif Mengikut Projek Naungan
Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian Pertanian adalah
seperti berikut :
i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM)
ii) Kualiti Dan Standard
iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang
iv) Projek Perdana
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
70
v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan
Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM)
Satu kemudahan yang disediakan khas dengan kemudahan asas
untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana pihak
MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk
menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh
agensi pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian,
Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja
pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai
RM10,000 / hektar, telah dijalankan.
Kualiti Dan Standard
FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan
CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk
pasaran domestik dan antarabangsa. Enakment Dan Peraturan-
Peraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975 adalah berkaitan.
Skim Akreditasi Tanaman Ladang
Skim di bawah Kementerian Pertanian ini menggalakkan golongan
pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan pemeriksaan
perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
71
Projek Perdana
Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara
intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong
oleh badan tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan
bantuan.
Khidmat Nasihat Dan Bimbingan
Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian mempunyai tugas
memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat
pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi
oleh Jabatan Pertanian dan MARDI.
8.4 ANALISA SWOT
8.4.1 Analisis Matrik TOWS
Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat analisis (analysist’s tool)
yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan (W),
peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan
tanaman cili di Malaysia.
Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI
KEKUATAN (S)
1. Mempunyai tanah
subur, iklim sesuai
dan kemudahan
infrastruktur untuk
pengeluaran.
2. Teknologi
pengeluaran dan
pengendalian lepas
tuai yang cekap.
3. Penggunaan dalam
negeri bertambah.
KELEMAHAN (W)
1. Benih import.
2. Kebun kecil dan
berselerak.
3. Kurang pekerja.
4. Kos pengeluaran
yang tinggi.
5. Mudah rosak.
6. Harga tidak stabil.
7. Kurang maklumat
pasaran.
8. Tidak memenuhi
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
72
4. Rantaian pasaran
kukuh.
5. Khidmat sokongan
agensi kerajaan.
kehendak pasaran.
9. Sisa toksik yang
tinggi.
PELUANG (O)
1. Insentif dan galakan
kerajaan bagi
meningkatkan
pengeluaran.
2. Penggantian import.
3. Kesan WTO
peluang eksport
terbuka.
4. Kontrak pasaran
dengan syarikat
multinasional
(contoh: pasaraya
besar Giant,
TESCO dll , Nestle
Stretegi – SO
1. S1/S2, O1/O2 /O3 –
tingkat pengeluaran
bagi memenuhi
permintaan dalam
negeri.
2. S1/S2, O5 – tingkat
pengeluaran untuk
teroka pasaaran
eksport baru dan
bangunkan pasaran
tradisi.
3. S1/S2, O4 – tingkat
kecekapan dan
produktiviti secara
ekstensif bagi
pengeluaran di
tanah rendah.
Strategi – WO
1. W2, O1/O2/O3/O4
– tumpuan
penanaman
ekstensif di tanah
rendah
menggunakan
teknologi
persekitaran
terkawal (seperti
sistem fertigasi)
atau organik bagi
mengurangkan sisa
kimia.
2. W3/W4/W5, O1/O2/
O3/O4 –
pengeluaran secara
berkelompok /
besar-besaran
dengan mekanisasi
persekitaran
terkawal bagi
meningkatkan
kecekapan dan
mengurangkan kos.
3. W1, O1/O2 –
bangunkan
teknologi
pengeluaran biji
benih .
ANCAMAN (T)
1. WTO dan AFTA
membuka peluang
bagi negara lain
mengeksport ke
Malaysia.
2. Kemasukkan cili
harga murah dari
Thailand, Indonesia,
China dan India.
3. Tahap kesedaran
pengguna terhadap
kesan makanan
pedas dan bertoksik
Strategi – ST
1. S3, T1/T2 –
pendidikan dan
promosi pengguna
tentang kelebihan
cili Malaysia.
2. S1/S2, T3 –
wujudkan insentif
galakkan eksport
terutama
kemudahan
pengendalian lepas
tuai dan
pengangkutan.
Strategi – WT
1. W6, T1 – insentif
galakan bagi
menerokai pasaran
eksport baru dan
membangunkan
pasaran tradisi.
2. W5, T2 –
penggunaan cili
import oleh institusi
dan memproses.
3. W4, T2/T2 –
teknologi baru bagi
meningkatkan
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
73
tinggi meningkat. 3. S1/S2, T1/T2 –
teknologi
mengurangkan kos
pengeluaran dan
kos pemasaran.
kecekapan,
produktiviti dan
menurunkan kos
pengeluaran.
Strategi SO
Menggunakan kekuatan dalaman bagi mengambil kesempatan
peluang luaran.
Strategi WO
Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran.
Strategi ST
Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan
kesan ancaman luaran.
Strategi WT
Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman
dan mengelakkan ancaman persekitaran.
8.4.2 Pemilihan Strategi
1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dalam
negeri dan eksport.
2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah persekitaran
terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
74
3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili
dengan pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok
menggunakan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kos
pengeluaran.
4) Membangunkan teknologi pengeluaran biji benih yang toleran
kepada penyakit.
5) Pendidikan dan promosi pengguna tentang kelebihan cili tempatan.
8.5 STRATEGI PEMASARAN
8.5.1 Strategi
Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing
tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :
1) Strategi Produk
Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran
cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat
pemasaran, strategi produk perlu berkualiti, menitikberatkan
kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran
jangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standard
piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negara
seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.
2) Strategi Harga
Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan
produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
75
kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi
menyaingi harga tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di
pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga perlulah
mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk
yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.
3) Strategi Promosi
Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu
dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan
sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatan
hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagi
pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat kepada
memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara
penggunaannya.
4) Strategi Pengedaran
Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan
semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh
itu, kaedah mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi
pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan,
perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada
kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan
pengilangan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
76
8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran
i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perlu
diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem
yang lebih telus seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh
dipraktikkan melalui rangkaian pesaran FAMA seperti penubuhan
Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru yang
telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.
ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan
bagi membolehkan pengguna mendapatkan produk.
iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’
bagi penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya
dikawasan bandar.
iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan
yang dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran
keluaran Malaysia mempunyai standard yang tersendiri.
v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma
disebabkan ciri mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba
di pasaran. Perlindungan yang rapi dan sesuai perlu dipraktikkan
bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dikeluarkan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
77
vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang
menggunakan bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai,
perlu diubah. Trend permintaan pasaran yang memerlukan
pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag dan
bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik.
Cara ini lebih sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan
peratus kerosakan.
vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi
mengelakkan lambakan sayur-sayuran di pasaran yang
menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.
viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta
menawarkan kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang
kargo yang mencukupi bagi pengeksportan barangan segar dan
mudah rosak perlu dikhaskan.
ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi
mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan
pelaburan kepada syarikat luar yang melabur dalam sektor sayur-
sayuran untuk tujuan eksport perlulah diadakan. Di samping itu,
galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepada
syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran
gantian import perlu diperkenalkan.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
78
x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam
bidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan
dan penggredan boleh dilaksanakan melalui cara berikut :
 Mengadakan latihan usahawantani
 Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani
 Mewujudkan dana dan modal pusingan
 Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan
 Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang
seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain.
 Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang
berkesan dengan keperluan input pertanian.
xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara
pengedaran. Pengedaran seperti e-dagang akan menjadi
pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang
mementingkan keselesaan dan gaya hidup.
8.6 PEMILIHAN STRATEGI
i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu
strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah
berpandukan kepada kecekapan pemasaran yang strategik di
mana ia boleh didefinasikan seperti berikut :
Kecekapan Pemasaran :
Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
79
Kecekapan Faktor Dalaman :
Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran
Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan
ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan
berdaya saing dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuan
pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait dengan kos
pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor
penyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada penanaman cili
disebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai tahap kesuburan
yang baik.
iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia
adalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality”
yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain).
iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak
strategik di mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket,
supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih
280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik
dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan
pelabuhan yang efisyen.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
80
v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting
kepada perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan
sebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif akan
dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan perlaksanaan
AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara
persekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia.
vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary”
untuk kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini
adalah senjata terbaik Malaysia untuk mengelakkan komoditi yang
tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkan
harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan
pengguna di Malaysia.
vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat
mengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen
dan kehilangan lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan
(keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkan
rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
81
8.7 FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam rancangan pemasaran
cili adalah :
BIL. ISU / MASALAH PEMANTAUAN
1. Harga yang tidak stabil  Pengeluaran tidak konsisten
 Maklumat pasaran terhad
 Jadual penanaman/pemasaran
lemah
 Cuaca tidak stabil
2. Kurang saluran pasaran  Maklumat terkini lambat
 Prasarana canggih di Malaysia
3. Kurang maklumat
pasaran
 Penyebaran terhad
 Tidak menepati sasaran
4. Kurang prasarana  Tidak menggunakan prasarana
secara berkesan.
 Tidak menggunakan secara
optima.
5. Bekalan tidak terjamin  Mengikut musim dan selera
petani
6. Tidak memenuhi
pasaran
 Masih mengutamakan
pengeluaran daripada pilihan
pasaran.
7. Perlaksanaan peraturan
tertentu
 Perubahan akta dan peraturan
undang-undang.
8. Sistem pembungkusan  Mengikut selera penjual dan
keadaan komoditi
9. Persaingan  Perkara biasa dalam pasaran
10. Kurang pendedahan  Kebanyakan petani buta
maklumat.
11. Kualiti Penyimpanan  Genetik baru / genetik ubahsuai.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
82
ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang
selalunya tidak stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar
dan petani mahu nilai tenaga yang disumbangkan untuk
membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari.
iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang
tidak konsisten kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang
tahun. Oleh itu, faktor tersebut dan faktor-faktor lain seperti di
dalam jadual di atas dapat di atasi dengan melahirkan produk cili
yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang
daripada 6 bulan.
iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan
harga sepanjang tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan.
Untuk melahirkan kualiti penyimpanan yang ini perlulah ada genetik
baru yang boleh ditanam. Genetik ini diperolehi sama ada dari
pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
83
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta
pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman
5,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah
pelindung tanaman (berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di
atas tapak seluas 5 ekar.
9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN
Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos
pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan
yang terlibat adalah :
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
9.1.1 Kos Pembangunan
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan
BIL PERKARA KOS (RM)
1. Meracun rumpai dan tumbuhan
secara kontrak bagi keluasan 5
ekar tanah untuk mematikan
tumbuhan supaya mudah
dibersihkan.
Kadar upah :
RM 500 / ekar x 5 ekar
2,500
2. Pembersihan kawasan secara
kontrak menggunakan jentolak /
JCB untuk keluasan 5 ekar tanah.
5,000
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
84
Kadar upah :
RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja
3. Kerja-kerja merata dan
memadatkan tanah secara kontrak
bagi keluasan 5 ekar tanah.
Kadar upah :
RM 500 / ekar x 5 ekar
2,500
Jumlah Kos 10,000
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana
BIL PERKARA KOS (RM)
1. Jalan Ladang 5,000
2. Perparitan 5,000
3. Pagar Kawasan 5,000
4. Sumber Air 2,500
5. Sumber Elektrik 2,000
6. Bangunan Pejabat Operasi 15,000
7. Rumah Pam Sistem Fertigasi 10,000
8. Stor Peralatan dan Bahan Input 7,500
9. Pusat Pengumpulan Hasil 7,500
Jumlah Kos 60,000
iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan
Untuk memuatkan 5,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak
10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina dengan
keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
85
BIL PERKARA KOS (RM)
1. Besi GI 1” 50,000
2. Besi GI 1 ½ ” 20,000
3. Klip Besi Long Hook 1” 15,000
4. Klip PVC (hitam) 1” 10,000
5. Plastik Politena UV Lut Sinar 5,000
6. Jaring Kalis Serangga 5,000
7. Upah Pemasangan 10,000
Jumlah Kos 115,000
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi
BIL PERKARA KOS (RM)
1. Paip Utama (Polypipe HDPE
35mm)
1,000
2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE
16mm)
2,000
3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 3,500
4. Start Joiner 4/6mm (2 way) 1,500
5. Pen dripper 2,000
6. Off Take Valve 500
7. Rubber Gromet 500
8. Barb End Line 500
9. Digital Timer 500
10. Disc Filter 50mm 1,000
11. Pam Air 1,000
12. Tangki Air 2,700 Liter 1,500
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
86
13. Tangki Air 200 Liter 500
14. Fitting 500
15. pH Meter 500
16. EC Meter 500
17. Penebuk Lubang Efektif 4mm 500
18. Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit) 500
19. Plastik Tutup Bumi (Silvershine)
1.2m x 250m
1,500
20. Upah Pemasangan 5,000
Jumlah Kos 25,000
9.1.2 Anggaran Kos Pembangunan
BIL PERKARA KOS (RM)
1.
Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan
Kawasan
10,000
2.
Pembinaan Infrastruktur Dan
Prasarana
60,000
3.
Pembinaan Struktur Rumah
Pelindung Hujan
115,000
4. Pembinaan Sistem Fertigasi 25,000
Jumlah Kos Pembangunan 210,000
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
87
9.1.3 Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim)
Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran
gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan
setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim.
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh
BIL PERKARA
BAYARAN
BULANAN (RM)
KOS BAGI 4
BULAN (RM)
1. Penyelia
(1 orang)
2,000 8,000
2. Buruh Am
(4 orang)
3,000 16,000
Jumlah Kos 5,0000 24,000
ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain)
BIL PERKARA
BAYARAN
BULANAN (RM)
KOS BAGI 4
BULAN (RM)
1. Sewa tanah (5 ekar)
Kadar : RM 500.00/
ekar / bulan
2,500 10,000
2. Air JBA 500 2,000
3. Elektrik 250 1,000
4. Telefon dan Faksimili 250 1,000
5. Alat Tulis dan
keperluan pejabat
500 2,000
6. Petty Cash 1,000 4,000
Jumlah Kos 5,000 20,000
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
88
9.1.4 Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim)
BIL PERKARA
BULANAN
(RM)
1 MUSIM
(RM)
1. Gaji Pengurusan / kakitangan 5,000 20,000
2. Utiliti Dan Pengendalian 5,000 20,000
Jumlah Kos Pembangunan 10,000 40,000
9.1.5 Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim)
Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja,
benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan
bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan
(musim).
9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim)
BIL PERKARA
KOS BELANJA 1
MUSIM (RM)
1. Benih Cili (5,000 pokok) 500
2. Polybeg 16" x 16" x 0.12mm 2,000
3. Tray Semaian 'Plug' 500
4. Peat Moss 500
5. Cocopeat (Sabut Kelapa) 3,000
6. Sekam Bakar 4,000
7. Baja Fertigasi (Set A & Set B) 12,000
8. Racun Kimia 1,500
9. Lain-lain keperluan 1,000
Jumlah Kos 25,000
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
89
9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan
Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal
kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil,
iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah :
BIL PERKARA KOS (RM)
1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan
Pembersihan Kawasan
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan
Prasarana
iii) Pembinaan Struktur Rumah
Pelindung Hujan 20’ lebar x 100’
panjang (10 buah)
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi
10,000
60,000
115,000
25,000
Jumlah Kos Pembangunan 210,000
2. KOS OPERASI ( 4 BULAN)
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan
ii) Utiliti Dan Pengendalian
20,000
20,000
Jumlah Kos Operasi 40,000
3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN)
i) Benih Cili (5,000 pokok)
ii) Polybeg
iii) Tray Semaian 'Plug'
iv) Peat Moss
v) Cocopeat (Sabut Kelapa)
vi) Sekam Bakar
vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B)
viii)Racun Kimia
ix) Lain-lain keperluan
500
2,000
500
500
3,000
4,000
12,000
1,500
1,000
Jumlah Kos Pengeluaran 25,000
JUMLAH KESELURUHAN
KOS PERMULAAN
275,000
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
90
9.2 HASIL DAN PULANGAN
i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok
yang ditanam x hasil sepokok .
Bilangan Pokok Ditanam = 5,000 pokok
Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok
Jumlah Hasil Semusin = 5 x 5,000
= 25,000 kg
= 25 tan / musim (4 bulan)
Bilangan Musim / Tahun = 3 musim
Jumlah Hasil Setahun = 25,000 kg x 3 musim
= 75,000 kg / tahun
= 75 tan
ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang.
Harga jualan di ladang = RM 4.00 / kg
Jumlah Pendapatan Semusim = RM 4.00 x 25,000 kg
= RM 100,000.00 / musim
Jumlah Pendapatan Setahun = RM 100,000.00 x 3 musim
= RM 300,000.00 / tahun
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
91
9.3 ALIRAN TUNAI
Aliran Tunai Musim 1 :
BULAN
PERKARA
1 2 3 4
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
-
-
-
-
25,000
100,000
Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
210,000
10,000
25,000
-
10,000
-
-
10,000
-
-
10,000
-
Jumlah Perbelanjaan 245,000 10,000 10,000 10,000
Lebihan / Defisit ( 245,000) (255,000) (265,000) (175,000)
Aliran Tunai Musim 2 :
BULAN
PERKARA
5 6 7 8
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
-
-
-
-
25,000
100,000
Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
-
10,000
25,000
-
10,000
-
-
10,000
-
-
10,000
-
Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000
Lebihan / Defisit ( 210,000) (220,000) (230,000) (140,000)
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
92
Aliran Tunai Musim 3 :
BULAN
PERKARA
9 10 11 12
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
-
-
-
-
-
-
25,000
100,000
Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
-
10,000
25,000
-
10,000
-
-
10,000
-
-
10,000
-
Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000
Lebihan / Defisit ( 175,000) (185,000) (195,000) (105,000)
Aliran Tunai Satu Tahun :
PERKARA MUSIM 1 MUSIM 2 MUSIM 3 JUMLAH
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg)
2) Jualan ( RM 4 / kg)
25,000
100,000
25,000
100,000
25,000
100,000
75,000
300,000
Jumlah Pendapatan 100,000 100,000 100,00 300,000
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran
210,000
40,000
25,000
-
40,000
25,000
-
40,000
25,000
210,000
120,000
75,000
Jumlah Perbelanjaan 275,000 75,000 75,000 405,000
Lebihan / Defisit (175,000) 35,000 35,000 ( 105,000)
9.4 DAYA MAJU PROJEK
Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:
1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV
2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR
3) Jangka Masa Pulang Balik Modal
Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini,
kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
93
Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun
TAHUN 1 2 3 4 5
PENDAPATAN KASAR
Pengeluaran (kg) 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000
Jualan @ RM4 / kg 300,000 300,000 300,000 300,000 300,000
PERBELANJAAN
Kos Pembangunan 210,000 - - - -
Kos Pengeluaran 120,000 120,000 120,000 120,000 120,000
Kos Operasi Dan
Penyelenggaraan
75,000 75,000 75,000 75,000 75,000
Jumlah Kos 405,000 195,000 195,000 195,000 195,000
Pendapatan Bersih (105,000) 105,000 105,000 105,000 105,000
Jumlah Pendapatan
Bersih Terkumpul
(105,000) 0 105,000 210,000 315,000
NPV @ 10% =
IRR (%) =
Tempoh Pulang Modal = 2 tahun
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
94
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN
10.1 Kalender Perlaksanaan
BULAN
AKTIVITI LADANG
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1) Pembersihan Kawasan
2) Penyediaan Tapak
3) Penyediaan Semaian
4) Penanaman
5) Pembajaan
6) Kawalan Perosak
7) Kawalan Penyakit
8) Penyelengaraan Tanaman
9) Penuaian
10) Aktiviti Lepas Tuai
11) Jualan Dan Pemasaran
10.2 Jadual Kerja
MINGGU AKTIVITI CATATAN
- 4 Penyediaan Kawasan  Bagi projek yang baru
bermula, kerja-kerja seperti
membina jalan, perparitan,
infrastruktur dan prasarana.
 Bagi pusingan musim
seterusnya, kerja-kerja
membuang sisa polibeg
tanaman, membetulkan
sistem fertigasi dan lain-
lain.
 Memusnahkan rumpai
perumah serangga perosak
dan penyakit dan lain-lain.
- 3 Penyediaan Tapak  Membersihkan bumbung
rumah pelindung tanaman
dari kulat, lumut atau
sebarang kekotoran.
 Membaiki apa-apa
kerosakan pada struktur
rumah pelindung tanaman
dan lain-lain.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
95
- 2 Penyediaan Media Tanaman  Menggaul dan mengisi
media tanaman.
 Menyediakan campuran
media dan lain-lain.
-1 Penyediaan Semaian  Menyemai benih tanaman
dalam tray semaian plug.
 Semburan baja dan
kawalan serangga dan
penyakit.
 Kawalan suhu, haba dan air
pada media semaian.
0 Penanaman  Memindahkan ke ladang.
 Menyusun polibeg ikut
barisan.
1  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
2  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
3  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
96
 Buang sulur air.
 Penyediaan kayu / tali /
dawai penyokong tanaman.
4  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Buang sulur air.
 Penyediaan kayu / tali /
dawai penyokong tanaman.
5  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
6  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
7  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
97
agar tidak tersumbat.
8  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
9  Penyelenggaraan Tanaman
 Pembajaan
 Kawalan Serangga dan Penyakit.
 Mula Menuai Hasil
 Agihan baja melalui sistem
fertigasi.
 Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Mula menuai hasil, selepas
60 hari cili mula masak.
10  Menuai Hasil,
 Lepas Tuai
 Jualan dan Pemasaran
 Memetik cili
 Membersih, membungkus,
menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.
11  Menuai Hasil,
 Lepas Tuai
 Jualan dan Pemasaran
 Memetik cili
 Membersih, membungkus,
menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.
12  Menuai Hasil,
 Lepas Tuai
 Jualan dan Pemasaran
 Memetik cili peringkat akhir
 Membersih, membungkus,
menggred.
 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.
Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi
98
11.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini
mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya
dalam jangka masa panjang.
Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur
kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos
operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini,
namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di
pasaran.
Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan
institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran,
masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini
walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab
peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.
Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan
pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak
kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan
mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa
panjang.

Contenu connexe

Tendances

Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATRahsia Anggun
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeriaasyiqin
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)Naveen Segaran
 
Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Cik Aisyahfitrah
 
Pemasaran Restoran
Pemasaran  RestoranPemasaran  Restoran
Pemasaran RestoranHome
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanHamsi Ahmad
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasiNu Rul
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 

Tendances (20)

Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Frozenfood
FrozenfoodFrozenfood
Frozenfood
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Koperasi
KoperasiKoperasi
Koperasi
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeri
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
 
Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)Format Rancangan Perniagaan (RP)
Format Rancangan Perniagaan (RP)
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Pemasaran Restoran
Pemasaran  RestoranPemasaran  Restoran
Pemasaran Restoran
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
 
Promosi
PromosiPromosi
Promosi
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 

Similaire à 12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi

Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Siti Sarah
 
Presentation2.pptx
Presentation2.pptxPresentation2.pptx
Presentation2.pptxRitaLau14
 
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Aminah Rahmat
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATummu_aiman95
 
Industri kecil dan sederhana
Industri kecil dan sederhanaIndustri kecil dan sederhana
Industri kecil dan sederhanaAlif Akram
 
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau Negara
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau NegaraPotensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau Negara
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau NegaraNorizan Hassan
 
Kertas kerja 1 ppnj
Kertas kerja 1 ppnjKertas kerja 1 ppnj
Kertas kerja 1 ppnjRidzaludin
 
Semester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationSemester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationNur Aisyah Khor
 
program transformasi ekonomi
program transformasi ekonomiprogram transformasi ekonomi
program transformasi ekonomiYfook Ng
 
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Fort Manhaj (Edwansyah Gumayenda)
 
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAAN
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAANDBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAAN
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAANKamizatul Liyana
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Nur Dalila Zamri
 

Similaire à 12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi (20)

Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)Dzafran enterprise (1)
Dzafran enterprise (1)
 
Rp ikankeli
Rp ikankeliRp ikankeli
Rp ikankeli
 
Presentation2.pptx
Presentation2.pptxPresentation2.pptx
Presentation2.pptx
 
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Profile syarikat
Profile syarikatProfile syarikat
Profile syarikat
 
EKS
EKSEKS
EKS
 
Jahitan
JahitanJahitan
Jahitan
 
Industri kecil dan sederhana
Industri kecil dan sederhanaIndustri kecil dan sederhana
Industri kecil dan sederhana
 
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau Negara
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau NegaraPotensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau Negara
Potensi Pembiayaan Islam dalam Industri Teknologi Hijau Negara
 
Kertas kerja 1 ppnj
Kertas kerja 1 ppnjKertas kerja 1 ppnj
Kertas kerja 1 ppnj
 
Rp cendawan
Rp  cendawanRp  cendawan
Rp cendawan
 
RP Brokoli
RP BrokoliRP Brokoli
RP Brokoli
 
Semester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationSemester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology Corporation
 
Contoh rp
Contoh rpContoh rp
Contoh rp
 
program transformasi ekonomi
program transformasi ekonomiprogram transformasi ekonomi
program transformasi ekonomi
 
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
 
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAAN
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAANDBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAAN
DBF1113 nk03 PENGENALAN PERNIAGAAN
 
Restoran
RestoranRestoran
Restoran
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)
 

Plus de AlFakir Fikri AlTakiri

Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfNotes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfAlFakir Fikri AlTakiri
 
04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-mouldingAlFakir Fikri AlTakiri
 
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d   hartnell college engineering technologyAuto cad workbook2d   hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technologyAlFakir Fikri AlTakiri
 
(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point templateAlFakir Fikri AlTakiri
 
(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point templateAlFakir Fikri AlTakiri
 
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge   english vocabulary in use - pre-int intCambridge   english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge english vocabulary in use - pre-int intAlFakir Fikri AlTakiri
 
Cambridge english vocabulary in use - elem
Cambridge   english vocabulary in use - elemCambridge   english vocabulary in use - elem
Cambridge english vocabulary in use - elemAlFakir Fikri AlTakiri
 

Plus de AlFakir Fikri AlTakiri (20)

Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfNotes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
 
Machine_Drawing.pdf
Machine_Drawing.pdfMachine_Drawing.pdf
Machine_Drawing.pdf
 
04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding
 
10 study successful-calculation
10 study successful-calculation10 study successful-calculation
10 study successful-calculation
 
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d   hartnell college engineering technologyAuto cad workbook2d   hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
 
Auto cad 2020_shortcuts_guide
Auto cad 2020_shortcuts_guideAuto cad 2020_shortcuts_guide
Auto cad 2020_shortcuts_guide
 
Multi view dimensioning rules notes
Multi view dimensioning rules   notesMulti view dimensioning rules   notes
Multi view dimensioning rules notes
 
(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template
 
(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template
 
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge   english vocabulary in use - pre-int intCambridge   english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
 
Cambridge english vocabulary in use - elem
Cambridge   english vocabulary in use - elemCambridge   english vocabulary in use - elem
Cambridge english vocabulary in use - elem
 
Basic english usage_[oxford]
Basic english usage_[oxford]Basic english usage_[oxford]
Basic english usage_[oxford]
 
Robot simulation for_control_design
Robot simulation for_control_designRobot simulation for_control_design
Robot simulation for_control_design
 
Win zip 17 code
Win zip 17 codeWin zip 17 code
Win zip 17 code
 
Rp percetakan
Rp percetakanRp percetakan
Rp percetakan
 
Panduan rancangan kewangan
Panduan rancangan kewanganPanduan rancangan kewangan
Panduan rancangan kewangan
 
Format penulisan rp
Format penulisan rpFormat penulisan rp
Format penulisan rp
 
Bantuan kewangan
Bantuan kewanganBantuan kewangan
Bantuan kewangan
 
Sme produk
Sme produkSme produk
Sme produk
 
Panduan pemasaran
Panduan pemasaranPanduan pemasaran
Panduan pemasaran
 

12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi

  • 1. PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI Mohd Fadzli Bin Nordin RANCANGAN PERNIAGAAN Disediakan Oleh :
  • 2. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 2 JADUAL KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1. Ringkasan Eksekutif 3 2. Pengenalan 4 3. Tujuan Penyediaan 5 4. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat 6 5. Latar Belakang Pemilik 9 6. Rancangan Organisasi / Pengurusan 11 7. Rancangan Pengeluaran / Operasi 12 8. Rancangan Pemasaran 47 9. Rancangan Kewangan 83 10. Jadual Perlaksanaan Projek 94 11. Rumusan 98
  • 3. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 3 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Disember 2005. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian. Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang pertanian. Tapak projek ini akan dijalankan di atas tanah seluas 5 ekar di kawasan Pontian, Johor di mana pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak bagi tempoh 5 tahun. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengusahakan tanaman cili merah sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem fertigasi. Dari segi kewangan, pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. memerlukan pinjaman Tabung 3F dari Bank Pertanian sebanyak RM 275,000 untuk membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.
  • 4. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 4 2.0 PENGENALAN Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif. Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan. Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional.
  • 5. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 5 3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak syarikat ABCD Sdn. Bhd. ini. Pinjaman sebanyak RM 275,000 diperlukan dari Tabung Untuk Makanan (3F) bagi menampung kos permulaan projek ini. Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.
  • 6. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 6 4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN / SYARIKAT 4.1 Maklumat Syarikat Nama Syarikat : ABCD Sdn. Bhd. No. Pendaftaran : 0123456789 Alamat Perniagaan : 12-B, Tingkat 5, Wisma XXX, Jalan Sinar Maju 2/21, 51000 Kuala Lumpur No. Telefon : 03-98765432 No. Faks : 03-45678900 Bidang Perniagaan : Pertanian dan industri asas tani. Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad Modal Dibenar : RM 1,000,000 Modal Berbayar : RM 1,000,000 Taraf Syarikat : 100% Bumiputera Lembaga Pengarah : 1) Ali bin Abu 2) Ahmad bin Abu 3) XXXX 4) YYYY Setiausaha Syarikat : DEFGH Management Sdn. Bhd. Alamat Setiausaha : Juru Audit Syarikat : IJKLM Public Accountant Alamat Juru Audit :
  • 7. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 7 4.2 Objektif, Visi Dan Misi Objektif  Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik.  Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh. Visi Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain. Misi Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik. 4.3 Strategi Perniagaan Syarikat ABCD Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut :  Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sektor pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluarannya.  Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.
  • 8. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 8  K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D. 4.4 Maklumat Asas Projek Nama Projek : Penanaman Cili Merah Secara Kaedah Sistem Fertigasi Lokasi : Pontian, Johor Keluasan Tanah : 5 Ekar Kapasiti Tanaman : 5,000 Pokok Struktur : 10 buah Rumah Pelindung Tanaman Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik Nama Pengusaha : Syarikat ABCD Sdn. Bhd. Anggaran Kos : RM 275,000 Permulaaan Anggaran Hasil : 75,000 kg setahun Pengeluaran Anggaran Kasar : RM 300,000 setahun Pendapatan Tempoh Pulang : 2 Tahun Balik Modal
  • 9. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 9 5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 5.1 Ahli Lembaga Pengarah 1) Ali Bin Abu Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi . 2) Ahmad Bin Abu Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Gambar Gambar
  • 10. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 10 3) YYYYYY Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengursan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 4) XXXXX Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan sumber manusia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Gambar Gambar
  • 11. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 11 6.0 RANCANGAN PENGURUSAN Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat ABCD Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat secara keseluruhannya. Manakala bagi pengurusan projek , pihak syarikat akan menggaji kakitangan dan buruh secara kontrak bagi tempoh selama projek itu berjalan. Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh seorang Pengarah Urusan, 3 orang Kerani, 3 orang Pengurus Bahagian dan Pengurus Projek bagi setiap projek yang dilaksanakan. Bagi pengurusan projek, diketuai oleh seorang seorang Penyelia Projek dan 4 orang Buruh Am bagi melaksanakan projek yang telah dirancangkan. 6.1 Carta Organisasi Pengarah Urusan Pentadbiran & Kewangan Jualan & Pemasaran Teknikal & Operasi Projek Tanaman Fertigasi Lain-Lain Projek Pertanian Lembaga Pengarah
  • 12. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 12 7.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI 7.1 Sistem Fertigasi Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini. Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.
  • 13. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 13 Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan. Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ , ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur). Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya. 7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah : 1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
  • 14. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 14 2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah penyakit. 3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak. 4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya. 5. Tiada masalah merumpai/ merumput. 6. Kualiti yang lebih baik. 7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi. 8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik. 9. Kurang penggunaan racun. 10.Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik. 11.Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok. 7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah : 1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan + Kalis Serangga). 2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini. 3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan. 4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.
  • 15. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 15 Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional Perbandingan Fertigasi Tanah Jenis Tanaman Tanaman jenis sayur dan buah Semua jenis tanaman Struktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perlu Jaring Kalis Serangga Wajib ada Tidak perlu Sistem Pengairan Titis dan baja Bebas Varieti Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenis Air Air bersih Bebas Modal Tinggi Rendah Tapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rata Elektrik Mesti ada Tidak perlu Pengetahuan Teknikal Sangat perlu Perlu Keadaan Tanah Tidak penting Perlu subur Kos Operasi Rendah kerana sistem automatik Tinggi untuk baja, racun, merumput dsb. Risiko Penyakit Rendah Tinggi Risiko Kekeringan Sederhana Tinggi Keseragaman Pokok Seragam Tidak seragam 7.1.2 Tanaman Cili Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’. Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di Jadual 1.
  • 16. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 16 Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5 gram).
  • 17. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 17 Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ , sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’. Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5, MC 11, MC 12 dan Kulai. Ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti dalam jadual 4. 7.2 KEPERLUAN OPERASI 7.2.1 Pembangunan Infrastruktur Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu. 1) Penyediaan Kawasan  Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.  Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.  Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.
  • 18. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 18  Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.  Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya. 2) Sumber Air dan Elektrik  Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini. 3) Bangunan Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.  Teduhan tempat meletak tangki nutrient.  Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.  Pusat pengumpulan hasil ladang.  Pejabat pengurusan projek. 7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini. a) Rumah Pelindung Tanaman
  • 19. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 19 Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah : 1. Besi G.I. ½ ”  Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur.  Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman.  Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur utama. 2. Besi G.I. 1”  Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ” tadi.  Biasanya, panjang adalah 4 kaki. 3. Klip Besi ½ ” (Long Hook)  Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat tiang besi.
  • 20. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 20 4. Klip PVC Hitam  Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar. 5. Plastik UV Lut Sinar  Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah pelindung tanaman. 6. Jaring Kalis Serangga  Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak .  Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar menggantikankan jaring kalis serangga.
  • 21. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 21 b) Sistem Pengairan Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah : 1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) 2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) 3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 4. Penitis (Pen Dripper 6mm) 5. Elbow PVC 1” 6. Socket Valve 1 ½ ” 7. Socket Valve 16mm 8. Ball Valve 1 ½ ” 9. Ball Valve 1” 10.Nripper / Adapter 11.Rubber Gromet Set 16mm 12.Tangki Nutrient 200/600 gelen 13.Pam Air 1.5 HP 14.Timer (Pemasa) 15.PH Meter 16.EC Meter 17.Penapis Air
  • 22. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 22 c) Bahan Input Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input : 1. Benih Tanaman – Cili 2. Tray Semaian ’Plug’ 3. Polibeg 14” x 16” 4. Media Semaian 5. Media Tanaman 6. Plastik ’Silver Shine” 7. Baja Fertigasi (set A & B ) 8. Racun Serangga 9. Racun Kulat 10.Kayu Penyokong 11.Dawai 12.Batu Simen / Bata
  • 23. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 23 7.2.3 Tenaga Buruh Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah seperti berikut : BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI 1. Penyelia 1 Orang Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual tanaman 2. Buruh Am 4 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia. 7.3 PERLAKSANAAN Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :
  • 24. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 24 1) Penyediaan biji benih 2) Semaian Anak Benih 3) Membuat Larutan Stok 4) Penyediaan Beg Tanaman 5) Penanaman 6) Pembajaan 7) Pengurusan Sistem Pengairan 8) Kawalan serangga perosak dan penyakit 9) Penyelenggaraan tanaman 10)Penuaian 11)Pengendalian Lepas Tuai 7.3.1 Penyediaan Biji Benih Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang dari 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.
  • 25. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 25 7.3.2 Semaian Anak Benih Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik. Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm. Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat. Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung
  • 26. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 26 pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus. Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman. 7.3.3 Membuat Larutan Stok Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa
  • 27. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 27 semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut. 7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok. Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg- beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.
  • 28. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 28 7.3.5 Penanaman Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X. Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik. Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja. 7.3.6 Pembajaan Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi
  • 29. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 29 unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper. Larutan Wyne : Larutan Cooper : SET A SET B 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum 1. Kalium Nitrat 2. Mono Kalium Fosfat 3. Magnesium Sulfat 4. Mangan Sulfat 5. Kuprum Sulfat 6. Zink Sulfat 7. Asid Borik 8. Natrium Molibdat SET A SET B 1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat 2. Mono Kalium Fosfat 3. Magnesium Sulfat 4. Ferum EDTA 5. Mangan Sulfat 6. Kuprum Sulfat 7. Zink Sulfat 8. Asid Borik 9. Natrium Molibdat
  • 30. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 30 Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman. Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili Bagi bancuhan larutan 100 liter air : BAJA KADAR (GRAM) SET A 1. Kalsium Nitrat 2. Ferum EDTA 11,300 164 SET B 1. Kalium Nitrat 2. Mono Kalium Fosfat 3. Magnesium Sulfat 4. Mangan Sulfat 5. Kuprum Sulfat 6. Zink Sulfat 7. Asid Borik 8. Natrium Molibdat 11,100 1,750 5,640 15.4 0.78 2.2 30 0.18 7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman. Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6
  • 31. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 31 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat. Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan. Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini. Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.
  • 32. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 32 7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit 1) Kawalan Serangga Perosak Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja. Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah : Nama Perosak Bahagian Diserang Peringkat Pokok Diserang Simptom Kawalan Kutu Daun (Aphis spp.) Daun, bunga dan buah muda Semua peringkat Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut. Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid pada peringkat awal selepas menanam. Sembur racun permethrin, cypermethrin atau dimethoate jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari. Kutu Thrips (Thrips spp.) Daun dan bunga Semua peringkat Daun menjadi kerekot dan bunga gugur. Sembur dengan racun chlorphyrifos atau imidachloprid pada peringkat awal selepas menanam. Sembur racun chlorphyrifos atau malathion jika serangan pada pokok berumur lebih 60 hari.
  • 33. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 33 Ulat Pengorek Buah (Helionthis armigera spp.) Daun dan buah Peringkat berbuah Daun dan buah berlubang- lubang Sembur dengan racun chlorphyrifos jika serangan melebihi tahap 5% Lalat Buah (Bactocera) Buah Peringkat berbuah Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah dan buah gugur. Sembur dengan racun chlorphyrifos apabila pokok mula berbuah. Hamama Merah (Tetranychus spp.) Daun dan bunga Pokok Matang Daun berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut. Sembur dengan racun amitraz, dicofol, malathion atau prothiofos 2) Kawalan Penyakit Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan penyakit. Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah : Penyakit Penyebab Bahagian Diserang Cara Merebak Simptom Kawalan Antraknos Buah Colletotrichum capsici Buah Biji benih, angin Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekok- lekok ini akan membesar, Rawatan biji benih denga racun kulat captan atau thiram. Musnahkan pokok yang diserang.
  • 34. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 34 menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur. Sembur dengan racun kulat mancozeb Bintik Daun Cercospora capsici Daun dan tangkai daun. Angin Terdapat bintik- bintik kecil bulat berwarna perang pada daun. Musnahkan bahagian yang kena serang. Sembur racun benomyl Hawar Pucuk Choanephora cucurbitarum Pucuk Angin Terdapat spora- spora hitam pada pucuk yang kena penyakit. Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam Rawatan awal diperingkat biji benih. Musnahkan pokok yang diserang. Reput Pangkal Sclerotium rolfsii Pangkal pokok Tanah Daun layu, terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi pada pangkal pokok. Pangkal pokok menjadi hitam dan mereput. Cabut, bakar dan musnahkan keseluruhan pokok yang kena penyakit. Lecuh Anak Benih Pythium sp., Rhizoctonia sp. Batang anak benih Tanah dan air Di pangkal anak benih seakan- akan lecuh. Serangan yang teruk menyebabkan anak benih tumbang. Rawatan benih di peringkat awal. Elak siraman berlebihan Pastikan tapak semaian mempunyai saliran yang baik. Layu Bakteria Pseudomonas solanacearum Daun dan batang Tanah, air dan sentuhan akar Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang direndam dalam air, ianya mengeluarkan Cabut dan bakar pokok berpenyakit. Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek.
  • 35. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 35 cecair jaluran putih. Mozek Daun Mosaic virus Semua bahagian pokok Biji benih, kutu daun sebagai pembawa penyakit. Daun berbintik- bintik dan berkerekot. Urat daun membengkak . Pokok bantut dan kurang berbuah. Buah menjadi kecil dan berubah bentuk. Cabut dan bakar pokok berpenyakit. Tentukan saliran baik di kawasan tapak projek. Elak guna biji benih yang berpenyakit. Kawal serangga pembawa virus iaitu kutu daun dan thrips dengan menyembur racun chlorpyrifos. Kawal rumpai yang menjadi perumah serangga pembawa virus. 7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :
  • 36. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 36 GERAK KERJA HARI / MASA AKTIVITI PERSEDIAAN AWAL 25 Hari Sebelum Tanam  Mengira keperluan baja dan coco peat.  Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan.  Membuat pesanan pembelian coco peat.  Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja.  Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain. PENYEMAIAN BENIH 20 Hari Sebelum Tanam  Menyediakan dulang semaian.  Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat moss.  Melembapkan medium percambahan.  Merawat anak benih dengan racun kulat ’Thiram’.  Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug).  Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang).  Menutup lubang berisi biji benih.  Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer.  Menutup dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium percambahan supaya tidak
  • 37. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 37 kering. PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN 19 Hari Sebelum Tanam  Membersihkan takung pembesaran.  Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih.  Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik.  Menetukan alat pengatur masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman). PENIMBANGAN BAJA 18 Hari Sebelum Tanam  Menimbangkan baja menggunakan formulasi yang betul.  Membancuh baja stok.  Gunakan tong biru (tebus guna) muatan 100 liter. PEMBESARAN ANAK BENIH 16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam  Membuka plastik yang menutup dulang semaian.  Memindahkan dulang semaian ke dalam takung pembesaran.  Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan.  Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5  Memerhatikan pertumbuhan anak pokok.  Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak.  Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tanda- tanda kerosakan. PENYEDIAAN BEG TANAMAN 20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam  Membilas coco peat.  Mengetoskan coco peat.  Menimbangkan coco peat 2 – 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah ditoskan).
  • 38. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 38  Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman.  Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke dalam rumah tanaman.  Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris.  Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.  Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.  Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman. PENANAMAN 0 Hari  Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman.  Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih.  Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug.  Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.  Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar.  Mencucuk penitis
  • 39. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 39 berhampiran dengan pangkal anak pokok.  Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada anak benih.  Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak. 1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam  Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.  Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang.  Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.  Menghidupkan pam sekali pada awal pagi.  Pastikan bahawa medium tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati. PENYELIAAN SELEPAS MENANAM 3 Hari Selepas Tanam  Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit.  Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5  Menghidupkan pam,
  • 40. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 40 memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari. 4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam  Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.  Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak.  Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya.  Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar. 7 Hari Selepas Tanam  Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang.  Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan. 10 Hari Hingga 35 Hari Selepas Tanam  Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar. PENGURUSAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK 7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam  Membuat rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’.  Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml atau Foli- R-Fos sebanyak 13 ml ke
  • 41. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 41 dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok.  Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan. 8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam  Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.  Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan ( 2 /3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua.  Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. 20 Hari Selepas Tanam  Memacak dua batang panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili. MENGIKAT POKOK 30 Hari Selepas Tanam Hingga 150 Hari  Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan berterusan apabila perlu.
  • 42. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 42 25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali  Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada.  Ini bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan pokok mati. MEMBILAS MEDIUM TANAMAN 28 Hari Selepas Tanam  Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok. MEMBANTU PENDEBUNGAAN 25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek  Bunga-bunga cili mesti menjalani proses pendebungaan sebelum menjadi buah.  Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini.  Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.  Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan.  Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara
  • 43. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 43 pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. MEMETIK BUAH 55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari  Memetik buah cili masak.  Membuat penggredan buah cili  Memasarkan buah cili MENAMATKAN TANAMAN 150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai  Memetik buah cili yang masak termasuk juga yang hijau.  Mengasingkan yang masak dengan yang hijau.  Mencabut semua pokok bersama akar dan memusnahkan semuanya. 7.3.10 Penuaian Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam. Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
  • 44. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 44 7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas. Penyahhijauan Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %. Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam. Penggredan Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz, tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit atau perosak. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu : INDEKS KEMATANGAN KETERANGAN GAMBARAN Indeks 1 (Tidak Matang) Kulit berwarna hijau muda. Dipasarkan sebagai cili hijau
  • 45. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 45 Indeks 2 (Matang) Kulit berwarna hijau tua. Keadaannya berkilat Dipasarkan sebagai cili merah. Indeks 3 (Cukup Matang) Kulit kelihatan berwarna hijau dan merah ataupun hijau merah. Dipasarkan sebagai cili merah. Indeks 4 (Cukup Matang) Kulit berwarna merah kehitaman (hampir masak). Keadaan ini masih boleh diterima oleh pasaran pada peringkat runcit. Indeks 5 (Cukup Matang) Kulit cili berwarna merah sepenuhnya. Indeks 6 (Cukup Matang) Kulit cili berwarna merah kehitaman. Pembungkusan Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara bagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin (plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah sesuai.
  • 46. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 46 Penyimpanan Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5 jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % . 7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN
  • 47. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 47 8.0 RANCANGAN PEMASARAN Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara- perkara yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah : 1) Analisa Pasaran 2) Analisa Pesaing 3) Analisa Persekitaran 4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat) 5) Strategi Pemasaran 6) Pemilihan Strategi 7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan 8.1 ANALISA PASARAN 8.1.1 Takrif Dan Informasi Pemasaran Definisi : Pemasaran ”Adalah satu daripada komponen sistem ekonomi keseluruhannya di mana ia melibatkan penggunaan hasil-hasil pertanian yang mendatangkan manfaat kepada semua.” Definisi : Jualan ”Adalah satu proses yang melibatkan aktiviti jualan atau urusniaga.”
  • 48. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 48 8.1.2 Proses Pemasaran HIMPUNAN SETEMPAT Kawasan Pengeluaran HIMPUNAN PUSAT Kawaan Pengumpulan PEMPROSESAN / PENGILANGAN Perubahan Bentuk PEMBORONGAN Pasaran Borong PERUNCITAN 8.1.3 Saluran Pemasaran PENGELUAR EJEN / BROKER PEMBORONG PEMBORONG PERUNCIT PERUNCIT PERUNCIT
  • 49. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 49 8.1.4 Penetapan Harga Sistem Hantaran PENGELUAR Sayur dihantar kepada pemborong. Harga tidak diketahui. Semua jenis gred PEMBORONG Persetujuan hantaran. Tiada apa-apa bayaran AKTIVITI JUALAN Jualan secara tunai. Pengeluar – menanggung kerosakan, susun. Pemborong – ambil upah dan kos yang terlibat. PENGELUAR Pembayaran yang dibuat oleh pemborong. 8.1.5 Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong Sasaran : Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain. Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna sasaran. Penetapan harga adalah dipengaruhi oleh : 1) Masa 2) Kualiti 3) Kuantiti 4) Permintaan 5) Persaingan
  • 50. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 50 8.1.5 Kedudukan Harga Ladang (Purata) Harga ladang (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 1997 (RM) 1998 (RM) 1999 (RM) 2000 (RM) KEDAH 3.16 2.70 3.58 N/A 3.45 PERAK 1.30 4.32 5.89 N/A 4.41 JOHOR 4.45 4.30 5.32 N/A 3.79 KELANTAN 2.79 2.87 4.80 N/A 4.57 TERENGGANU 2.27 2.53 3.38 N/A 3.14 PERLIS 2.74 2.19 NIL N/A NIL SELANGOR 2.56 1.70 1.80 N/A 7.50 PAHANG 4.38 3.43 5.10 N/A 3.53 SARAWAK 2.43 3.30 4.11 N/A 5.06 MELAKA 3.40 5.07 5.65 N/A 5.75 P.PINANG 3.53 3.32 4.63 N/A NIL N.SEMBILAN 2.83 3.36 4.35 N/A 3.46 SABAH NIL NIL 2.8 N/A NIL PURATA 3.16 3.30 4.48 N/A 3.95
  • 51. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 51 8.1.6 Kedudukan Harga Borong (Purata) Harga borong (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 1997 (RM) 1998 (RM) 1999 (RM) 2000 (RM) KEDAH 4.16 4.00 5.53 N/A 5.03 PERAK 1.40 5.12 6.56 N/A 5.12 JOHOR 5.31 5.51 6.61 N/A 5.21 KELANTAN 3.28 3.53 4.89 N/A 5.09 TERENGGANU 3.36 3.44 4.76 N/A 4.25 PERLIS 4.65 4.62 NIL N/A NIL SELANGOR 6.13 5.48 7.92 N/A 6.43 PAHANG 5.62 5.30 7.26 N/A 6.01 SARAWAK 4.29 5.20 5.53 N/A 6.93 MELAKA 5.29 5.21 6.47 N/A 5.59 P.PINANG 4.45 4.49 5.89 N/A 4.86 N.SEMBILAN 4.05 4.85 5.65 N/A 4.99 SABAH 2.56 2.66 2.83 N/A 6.05 WILAYAH 5.04 4.83 6.05 N/A 5.74 PURATA 4.54 4.73 6.13 N/A 5.46
  • 52. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 52 8.1.7 Kedudukan Harga Runcit (Purata) Harga runcit (purata) bagi cili Kulai dari tahun 1996 – 2000 mengikut negeri : TAHUN NEGERI 1996 (RM) 1997 (RM) 1998 (RM) 1999 (RM) 2000 (RM) KEDAH 5.71 6.30 7.82 N/A 7.20 PERAK 1.90 6.59 7.59 N/A 6.78 JOHOR 6.34 6.92 8.67 N/A 6.99 KELANTAN 4.31 4.89 6.07 N/A 6.09 TERENGGANU 4.65 4.92 6.99 N/A 6.19 PERLIS 5.77 5.76 NIL N/A NIL SELANGOR 7.06 7.41 8.87 N/A 7.55 PAHANG 6.68 6.30 8.83 N/A 8.00 SARAWAK 6.20 7.58 7.39 N/A 8.91 MELAKA 6.51 6.33 7.77 N/A 6.99 P.PINANG 5.54 5.83 7.91 N/A 6.17 N.SEMBILAN 6.03 6.73 8.35 N/A 6.19 SABAH 4.33 6.65 NIL N/A 8.31 WILAYAH 6.84 7.52 8.74 N/A 7.57 PURATA 5.88 6.53 7.92 N/A 7.20
  • 53. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 53 8.1.8 Kuantiti Penggunaan Cili (Metrik Tan) Peringkat Kilang, Institusi Dan Isi Rumah. TAHAP PENGGUNAAN TAHUN INSTITUSI (MT) ISI RUMAH (MT) KILANG (MT) 1991 5,282.30 21,684.40 2,037.00 1992 5,431.70 22,248.20 1,963.00 1993 4,252.10 22,826.70 13,215.00 1994 5,203.90 23,420.20 15,197.30 1995 5,984.50 24,029.10 17,476.80 1996 6,882.20 24,653.90 20,098.40 1997 7,914.50 25,294.90 23,113.10 1998 9,101.70 25,952.50 2,658.10 8.1.9 Saiz Dan Bahagian Pasaran Sayur cili dapat tumbuh dikebanyakan negara di dunia, namun begitu negara Asia merupakan kawasan penanaman cili paling luas berbanding benua lain iaitu seluas 688,710 hektar, manakala benua Afrika mempunyai kawasan tanaman seluas 204,890 hektar. Jumlah Keluasan (Hektar) Bagi Tahun 1998 Amerika Tengah Afrika Asia Eropah Amerika Latin Amerika Selatan Amerika Utara 119,730 204,890 688,710 145,411 149,350 28,438 29,620
  • 54. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 54 Keseluruhan pasaran bagi cili didapati banyak kepada cili segar, tetapi bagi pasaran luar, bentuk cili yang dikeluarkan adalah cili kering. Namun yang demikian, terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah cili Bangi, cili Kulai, cili merah dan cili api. Pengeluar utama cili dunia adalah negara China, ia berdasarkan sumber The Chilli Pepper Institute yang mana negara tersebut meliputi 46% pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7,025,360 metrik tan pada bulan Disember 2002 . Negara pengeluar utama cili dunia adalah : NEGARA PENGELUAR JUMLAH PENGELUARAN ( 1 MT = 1000 KG) China 7,025,360 Turkey 1,390,000 Mexico 1,181,924 Nigeria 970,000 Sepanyol 888,400 USA 760,810 Egypt 369,500 Korea 322,341 Indonesia 274,022 Italy 245,800 Netherlands 240,000 Tunisia 210,000 Yugoslovia 209,000 Morocco 203,700 Romania 191,376 Algeria 190,000 Bulgaria 185,000 Japan 165,000 Hungary 140,000 Macedonian 110,676 Greece 110,000 JUMLAH 15,382,909 Sumber : The Chili Pepper Institute, Disember 200
  • 55. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 55 8.1.10 Pendekatan Pemasaran Di Dalam Menjamin Daya Maju Pendekatan utama yang di kenal pasti bagi menjamin daya saing pasaran cili ialah pasaran domestik dan pasaran eksport . Maka aktiviti pemasaran akan dilaksanakan bersesuaian dengan segmen yang terlibat . 1) Pasaran Domestik Pertumbuhan ekonomi, pertambahan penduduk, trend pengguna dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili dalam negara. Faktor menggalak seperti promosi, memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesedaran perlunya sayur-sayuran , contohnya dalam pemakanan harian. ”Kempen Makan Sayur-Sayuran” perlulah dilihat kepada kepentingan sayur-sayuran yang dikeluarkan di dalam negara. Usaha ini akan dapat mengurangkan bil import, seterusnya mengurangkan kadar tukaran wang asing. Di samping itu, galakan perlu diberi kepada institusi-institusi seperti hotel, sekolah, pusat latihan menggunakan sepenuhnya sayur-sayuran tempatan. Insentif juga perlu diberi kepada industri yang menggunakan sayur- sayuran tempatan terutamanya cili bagi tujuan pemprosesan. 2) Pasaran Eksport (Segmen Luar Negara) Pasaran eksport utama cili Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong Kong dan EU, perlulah dikekalkan. Cili varieti baru perlu
  • 56. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 56 diperkenalkan dan hantaran percubaan akan dibuat bagi memungkinkan cili Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara khususnya pasaran baru di negara-negara EU. Pendekatan pemasaran secara ’niche market’ serta disokong dengan program promosi perlu dilaksanakan secara berkesan. Sayur-sayuran organik jenis berbuah, seperti cili dan berdaun dikenal pasti sebagai peluang pasaran ke negara-negara pengimport utama sayur-sayuran Malaysia. 8.1.11 Masalah Pemasaran a) Harga Tidak Stabil Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan mengikut keadaan semasa. b) Kurang Saluran Pemasaran Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan pengguna, pemborong dan peruncit. c) Kurang Maklumat Pasaran Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil- hasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat
  • 57. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 57 maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan pasaran semasa. d) Kurang Prasarana Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya. e) Bekalan Tidak Terjamin Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik. f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan mengakibatkan pembaziran. g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan pengagihan pemasaran. h) Sistem Pembungkusan Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.
  • 58. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 58 i) Persaingan Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili yang lain. j) Kurang Pendedahan Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di luar negara. 8.1.12 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah i) Pendekatan konsep ”Pasaran  Pengeluaran  Pemasaran” ii) Penyebaran maklumat pasaran iii) Mempertingkatkan promosi iv) Penggunaan teknologi terkini v) Pengwujudan industri hiliran cili vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran vii) Perlaksanaan penguatkuasaan 8.1.13 Strategi Pemasaran Yang Berkesan i) Berkualiti ii) Jaminan pengeluaran iii) Pengendalian yang sempurna iv) Kos pengeluaran yang minima v) Pembungkusan yang baik vi) Kecekapan operasi ladang kontrak vii) Memenuhi citarasa pembeli
  • 59. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 59 viii)Keberkesanan aktiviti promosi ix) Rangkaian pemasaran yang terjamin x) Berdaya saing xi) Bijak mencari peluang 8.1.14 Kedudukan Pasaran Eksport Dan Import Cili Malaysia Cili merupakan salah satu sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia. Berdasarkan jadual eksport import cili Malaysia, kita boleh merumuskan bahawa eksport cili berada dalam kedudukan agak statik dari tahun 1995 – 2001. Namun begitu, nilai import terus meningkat dari tahun 1995 – 2001 itu.
  • 60. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 60
  • 61. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 61 8.1.13 Pasaran Domestik Pasaran domestik cili boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu institusi, isi rumah dan kilang. Penggunaan cili pula boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu cili hijau, cili kering, cili merah dan cili padi. Jangkaan penggunaan cili adalah untuk penggunaan cili tahun 2008, 2009 dan sehingga tahun 2010. Jangkaan bagi 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikut pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses cili sos atau cili giling.
  • 62. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 62 Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah. 8.2 ANALISA PESAING 8.2.1 Analisis Dayasaing Tanaman Cili Analisis dayasaing dilaksanakan bagi menentukan kedudukan Malaysia dalam perusahaan tanaman cili berbanding negara-negara pesaing utama iaitu Thailand, Indonesia, China dan India yang merupakan sumber import negara. Dayasaing tanaman cili di Malaysia dapat dinilai menggunakan kaedah ’Peta Dayasaing’ yang memperlihatkan dayasaing tanaman ini dari segi perniagaan, teknologi dan strategi yang perlu diambil bagi meningkatkan atau mengekalkan daya saing di pasaran terbuka ( rujuk Peta 1).
  • 63. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 63 Dayasaing dan teknolgi, masing-masing dibahagikan kepada 3 tahap : i) Dominan ii) Berdaya Maju iii) Lemah Pengkelasan ini berasaskan kepada perbandingan relatif bagi angkubah kos pengeluaran (atau lain-lain angkubah yang sesuai) dan penghasilan (atau lain-lain angkubah yang sesuai) di antara negara- negara pesaing. Angkubah-angkubah kos pengeluaran (RM/tan), harga cili apabila tiba di pasar borong Selayang (RM/tan) , harga import (RM/tan) dan kos
  • 64. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 64 pemasaran (RM/tan) diguna bagi menilai dayasaing perniagaan dan angkubah hasil (tan/ha) diguna bagi menilai dayasaing teknologi. Berikut dibincangkan tahap dayasaing perniagaan dan dayasaing teknologi bagi tanaman cili berasaskan harga import cili segar dan disejukkan. 8.2.2 Dayasaing Tanaman Cili @ Angkubah Harga Import Dan Hasil Persaingan di pasaran tempatan boleh dinilai dengan membandingkan harga cili yang di import (harga borong bagi cili bagi Malaysia) dan penghasilan cili se hektar bagi negara-negara pesaing (rujuk Peta 2).
  • 65. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 65 Malaysia berada pada kedudukan dominan daripada aspek dayasaing teknologi memandangkan penghasilan se hektar tertinggi (19.0 tan/ha) berbanding negara-negara pesaing. Indonesia pula berada pada kedudukan terkebelakang dalam dayasaing teknologi dengan penghasilan terendah iaitu 2.97 tan/ha. Pesaing terhampir pula ialah China dengan kadar penghasilan 18.5 tan/ha dan Thailand dengan kadar hasil 14.44 tan/ha. Bagi dayasaing perniagaan pula, Malaysia berada dalam kedudukan lemah kerana harga borong yang tinggi berbanding harga import dari negara-negara pesaing. Harga import cili segar dan disejuk beku dari Thailand adalah paling rendah, diiukuti oleh China, Indonesia dan India. Dengan mengambil kira dayasaing teknologi dan dayasaing perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan dominan dalam dayasaing teknologi dan lemah. Dalam dayasaing perniagaan, strategi yang perlu diambil ialah ”break- out-strategies” , dengan mempelopori penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran di ladang dan pemasaran hasil. Kos pengeluaran di Malaysia dianggarkan kira-kira RM 0.95 / kg. Harga cili di peringkat ladang dianggarkan pada RM 3.00 / kg dan harga borong pula adalah RM 4.15 / kg. Wujud ketidakcekapan dalam
  • 66. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 66 pemasaran cili dengan margin yang tinggi bagi peringkat ladang, borong dan runcit. 8.3 ANALISA PERSEKITARAN Cili dikategorikan di antara produk pertanian yang mendapat beberapa insentif kerajaan di dalam pelaburannya. 1) Insentif Bukan Cukai 2) Insentif Potongan Cukai 3) Insentif Mengikut Projek Naungan 8.3.1 Insentif Bukan Cukai i) Export Credit Refinancing (ECR) Scheme Diuruskan oleh Export-Import Bank Berhad bermula 01/01/1998. Pelaburan cili mendapat kemudahan secara langsung atau tidak langsung daripada pinjaman jangka pendek untuk tujuan eksport seperti berikut : a) Kemudahan Pasca Penghantaran Boleh memohon pinjaman semula maksimum RM50 juta ataupun 100% daripada jumlah pinjaman dan minimum hanya RM10 juta. b) Kemudahan Sebelum Penghantaran Maksimum pinjaman semula sebanyak RM50,000 ataupun 80% daripada pinjaman asal.
  • 67. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 67 ii) Export Credit Insurance And Guarantee Schemes Skim ini ditubuhkan pada tahun 1977 dan equitinya dipegang oleh Bank Industri Malaysia. Objektifnya adalah untuk menolong mempromosikan eksport dan pelaburan. iii) Industrial Technical Assistance Fund (ITAF) Dana ini ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dengan pembiayaan permulaan RM50 juta untuk memberi geran kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebanyak RM70 juta lagi telah ditambah untuk skim berikut : a) Business Planning And Development Scheme b) Process Improvement And Product Development Scheme c) Productivity And Quality Certification Scheme d) Market Development Scheme iv) Fund For Food Dana ini telah ditubuhkan pada Januari 1993. Bank Negara Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,000 juta dan Bank Pertanian Malaysia pula memperuntukkan sebanyak RM300 juta. 8.3.2 Insentif Potongan Cukai Pelaburan di dalam pengeluaran cili telah digariskan sebagai produk yang boleh diberi potongan cukai di bawah ”The Promotion Of Investment Act, 1986” dan ”Income Tax Act, 1967”. Potongan boleh dibuat secara sepenuhnya ataupun sebahagian sahaja. Tambahan
  • 68. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 68 kepada potongan cukai tersebut, insentif secara potongan cukai jualan dan duti juga boleh diminta di bawah ”Customs Act, 1967”, “Sales Tax Act, 1972” dan “Excise Duty Act, 1976”. i) Promotion Of Investment Act, 1986 Adalah dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Permohonan untuk perkara ini boleh dipohon daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan perkara-perkara yang boleh dipohon adalah : a) Pioneer Status b) Invesment Tax Allowance c) Infrastructure Allowance d) Double Deduction On Expenses For Promotion Of Exports ii) Income Tax Act, 1967 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan permohonan boleh dipohon daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Insentif-insentif yang boleh dipohon di bawah akta ini adalah seperti berikut : a) Agriculture Allowance b) Reinvestment Allowance c) Double Deduction On Research And Development d) Double Deduction For Training e) Double Deduction For Insurance Premiums f) Double Deduction For Promotion Of Local Brand Name
  • 69. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 69 g) Single Deduction On Pre-Operating Expenses h) Industrial Building Allowance i) Deduction For Capital Expenditure On Approved Agriculture Projects j) Special Tax Treatment For Gift k) Tax Exemption Of Increased Exports l) Special Capital Allowances iii) Customs Act, 1967, Sales Tax Act, 1972 dan Excise Duty Act, 1976 Adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pengecualian cukai boleh dipohoon kepada perkara-perkara berikut : a) Sektor Pertanian b) Aktiviti Penyelidikan c) Aktiviti Latihan d) Kawalan Alam Sekitar 8.3.3 Insentif Mengikut Projek Naungan Beberapa insentif di bawah Pekeling Kementerian Pertanian adalah seperti berikut : i) Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM) ii) Kualiti Dan Standard iii) Skim Akreditasi Tanaman Ladang iv) Projek Perdana
  • 70. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 70 v) Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Taman Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan (TKPM) Satu kemudahan yang disediakan khas dengan kemudahan asas untuk pengeluaran jangka pendek secara berterusan di mana pihak MOA Inc. (agensi di bawah Kementeri Pertanian) telah diarahkan untuk menyediakan prasarana kawasan ini. Kerja-kerja secara intergrasi oleh agensi pertanian (Kementerian Pertanian) seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan Saliran dan lain-lain, adalah termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang bernilai RM10,000 / hektar, telah dijalankan. Kualiti Dan Standard FAMA menerusi SIRIM telah melaksanakan satu sistem berasaskan CODEX , menyediakan satu program kawalan gred dan standard untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Enakment Dan Peraturan- Peraturan Pemasaran Sayur-Sayuran, 1975 adalah berkaitan. Skim Akreditasi Tanaman Ladang Skim di bawah Kementerian Pertanian ini menggalakkan golongan pengeluar untuk menyertainya. Beberapa kriteria dan pemeriksaan perlu dilalui untuk mendapatkan sijil ini.
  • 71. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 71 Projek Perdana Projek di bawah satu agensi Kementerian Pertanian membuat secara intergrasi di mana urusan berkaitan pemasaran dan tanaman disokong oleh badan tersebut. Projek digalakkan dikalangan ahli-ahlinya dengan bantuan. Khidmat Nasihat Dan Bimbingan Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian mempunyai tugas memberi nasihat di dalam bidang masing-masing seperti khidmat pemasaran dan motivasi oleh FAMA, khidmat tanaman dan subsidi oleh Jabatan Pertanian dan MARDI. 8.4 ANALISA SWOT 8.4.1 Analisis Matrik TOWS Matrik TOWS (rujuk Peta 3) adalah satu alat analisis (analysist’s tool) yang digunakan bagi memaparkan kekuatan (S), kelemahan (W), peluang (O) dan ancaman (T) bagi sesuatu projek, seperti perusahaan tanaman cili di Malaysia. Peta 3 : MATRIK TOWS BAGI TANAMAN CILI KEKUATAN (S) 1. Mempunyai tanah subur, iklim sesuai dan kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran. 2. Teknologi pengeluaran dan pengendalian lepas tuai yang cekap. 3. Penggunaan dalam negeri bertambah. KELEMAHAN (W) 1. Benih import. 2. Kebun kecil dan berselerak. 3. Kurang pekerja. 4. Kos pengeluaran yang tinggi. 5. Mudah rosak. 6. Harga tidak stabil. 7. Kurang maklumat pasaran. 8. Tidak memenuhi
  • 72. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 72 4. Rantaian pasaran kukuh. 5. Khidmat sokongan agensi kerajaan. kehendak pasaran. 9. Sisa toksik yang tinggi. PELUANG (O) 1. Insentif dan galakan kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran. 2. Penggantian import. 3. Kesan WTO peluang eksport terbuka. 4. Kontrak pasaran dengan syarikat multinasional (contoh: pasaraya besar Giant, TESCO dll , Nestle Stretegi – SO 1. S1/S2, O1/O2 /O3 – tingkat pengeluaran bagi memenuhi permintaan dalam negeri. 2. S1/S2, O5 – tingkat pengeluaran untuk teroka pasaaran eksport baru dan bangunkan pasaran tradisi. 3. S1/S2, O4 – tingkat kecekapan dan produktiviti secara ekstensif bagi pengeluaran di tanah rendah. Strategi – WO 1. W2, O1/O2/O3/O4 – tumpuan penanaman ekstensif di tanah rendah menggunakan teknologi persekitaran terkawal (seperti sistem fertigasi) atau organik bagi mengurangkan sisa kimia. 2. W3/W4/W5, O1/O2/ O3/O4 – pengeluaran secara berkelompok / besar-besaran dengan mekanisasi persekitaran terkawal bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos. 3. W1, O1/O2 – bangunkan teknologi pengeluaran biji benih . ANCAMAN (T) 1. WTO dan AFTA membuka peluang bagi negara lain mengeksport ke Malaysia. 2. Kemasukkan cili harga murah dari Thailand, Indonesia, China dan India. 3. Tahap kesedaran pengguna terhadap kesan makanan pedas dan bertoksik Strategi – ST 1. S3, T1/T2 – pendidikan dan promosi pengguna tentang kelebihan cili Malaysia. 2. S1/S2, T3 – wujudkan insentif galakkan eksport terutama kemudahan pengendalian lepas tuai dan pengangkutan. Strategi – WT 1. W6, T1 – insentif galakan bagi menerokai pasaran eksport baru dan membangunkan pasaran tradisi. 2. W5, T2 – penggunaan cili import oleh institusi dan memproses. 3. W4, T2/T2 – teknologi baru bagi meningkatkan
  • 73. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 73 tinggi meningkat. 3. S1/S2, T1/T2 – teknologi mengurangkan kos pengeluaran dan kos pemasaran. kecekapan, produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran. Strategi SO Menggunakan kekuatan dalaman bagi mengambil kesempatan peluang luaran. Strategi WO Bertujuan memperbaiki kelemahan dengan mengambil peluang luaran. Strategi ST Menggunakan kekuatan industri bagi mengelakkan / mengurangkan kesan ancaman luaran. Strategi WT Adalah taktik bertahan bertujuan mengurangkan kelemahan dalaman dan mengelakkan ancaman persekitaran. 8.4.2 Pemilihan Strategi 1) Meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport. 2) Tumpuan pengeluaran cili di tanah rendah di bawah persekitaran terkawal bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia.
  • 74. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 74 3) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran tanaman cili dengan pengeluaran yang dilaksanakan secara berkelompok menggunakan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kos pengeluaran. 4) Membangunkan teknologi pengeluaran biji benih yang toleran kepada penyakit. 5) Pendidikan dan promosi pengguna tentang kelebihan cili tempatan. 8.5 STRATEGI PEMASARAN 8.5.1 Strategi Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaing tanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport : 1) Strategi Produk Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran, strategi produk perlu berkualiti, menitikberatkan kepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaran jangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standard piawaian bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA. 2) Strategi Harga Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,
  • 75. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 75 kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga tersebut, kita terpaksa menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk yang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik. 3) Strategi Promosi Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu dilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagi pasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat kepada memperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan cara penggunaannya. 4) Strategi Pengedaran Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan, perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan pengilangan.
  • 76. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 76 8.5.5 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perlu diperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian pesaran FAMA seperti penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru yang telah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8. ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi membolehkan pengguna mendapatkan produk. iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’ bagi penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar. iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelan yang dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayuran keluaran Malaysia mempunyai standard yang tersendiri. v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu terma disebabkan ciri mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tiba di pasaran. Perlindungan yang rapi dan sesuai perlu dipraktikkan bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dikeluarkan.
  • 77. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 77 vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarang menggunakan bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai, perlu diubah. Trend permintaan pasaran yang memerlukan pembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag dan bakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik. Cara ini lebih sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkan peratus kerosakan. vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagi mengelakkan lambakan sayur-sayuran di pasaran yang menjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan. viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen serta menawarkan kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruang kargo yang mencukupi bagi pengeksportan barangan segar dan mudah rosak perlu dikhaskan. ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagi mengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakan pelaburan kepada syarikat luar yang melabur dalam sektor sayur- sayuran untuk tujuan eksport perlulah diadakan. Di samping itu, galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayuran gantian import perlu diperkenalkan.
  • 78. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 78 x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh dilaksanakan melalui cara berikut :  Mengadakan latihan usahawantani  Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani  Mewujudkan dana dan modal pusingan  Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan  Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain.  Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan dengan keperluan input pertanian. xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan cara pengedaran. Pengedaran seperti e-dagang akan menjadi pendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan keselesaan dan gaya hidup. 8.6 PEMILIHAN STRATEGI i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu strategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti berikut : Kecekapan Pemasaran : Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman
  • 79. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 79 Kecekapan Faktor Dalaman : Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait dengan kos pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktor penyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada penanaman cili disebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang baik. iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysia adalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality” yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain). iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baik dengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna dan pelabuhan yang efisyen.
  • 80. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 80 v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat penting kepada perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif akan dikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan perlaksanaan AFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negara persekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia. vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary” untuk kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif ini adalah senjata terbaik Malaysia untuk mengelakkan komoditi yang tidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkan harga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani dan pengguna di Malaysia. vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapat mengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyen dan kehilangan lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan (keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkan rantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.
  • 81. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 81 8.7 FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN i) Isu dan masalah yang mempengaruhi dalam rancangan pemasaran cili adalah : BIL. ISU / MASALAH PEMANTAUAN 1. Harga yang tidak stabil  Pengeluaran tidak konsisten  Maklumat pasaran terhad  Jadual penanaman/pemasaran lemah  Cuaca tidak stabil 2. Kurang saluran pasaran  Maklumat terkini lambat  Prasarana canggih di Malaysia 3. Kurang maklumat pasaran  Penyebaran terhad  Tidak menepati sasaran 4. Kurang prasarana  Tidak menggunakan prasarana secara berkesan.  Tidak menggunakan secara optima. 5. Bekalan tidak terjamin  Mengikut musim dan selera petani 6. Tidak memenuhi pasaran  Masih mengutamakan pengeluaran daripada pilihan pasaran. 7. Perlaksanaan peraturan tertentu  Perubahan akta dan peraturan undang-undang. 8. Sistem pembungkusan  Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi 9. Persaingan  Perkara biasa dalam pasaran 10. Kurang pendedahan  Kebanyakan petani buta maklumat. 11. Kualiti Penyimpanan  Genetik baru / genetik ubahsuai.
  • 82. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 82 ii) Pengguna dan petani selalu merungut tentang faktor harga yang selalunya tidak stabil. Pengguna mahu nilai ringgit yang dibayar dan petani mahu nilai tenaga yang disumbangkan untuk membangunkan industri cili dan titik perseimbangan perlu dicari. iii) Faktor utama kepada harga tersebut adalah pengeluaran yang tidak konsisten kerana faktor cuaca yang tidak kondusif sepanjang tahun. Oleh itu, faktor tersebut dan faktor-faktor lain seperti di dalam jadual di atas dapat di atasi dengan melahirkan produk cili yang boleh disimpan selepas tuai dengan tempoh tidak kurang daripada 6 bulan. iv) Dengan penyimpanan 6 bulan ke atas, produk cili dapat distabilkan harga sepanjang tahun dan pelan pemasaran dapat dijadualkan. Untuk melahirkan kualiti penyimpanan yang ini perlulah ada genetik baru yang boleh ditanam. Genetik ini diperolehi sama ada dari pengubahsuaian genetik atau dari penemuan baru.
  • 83. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 83 9.0 RANCANGAN KEWANGAN Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 5,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di dalam 10 unit rumah pelindung tanaman (berukuran 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang) di atas tapak seluas 5 ekar. 9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah : 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran 9.1.1 Kos Pembangunan i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan BIL PERKARA KOS (RM) 1. Meracun rumpai dan tumbuhan secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah untuk mematikan tumbuhan supaya mudah dibersihkan. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar 2,500 2. Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan jentolak / JCB untuk keluasan 5 ekar tanah. 5,000
  • 84. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 84 Kadar upah : RM 1,000 / 5 ekar x 5 hari kerja 3. Kerja-kerja merata dan memadatkan tanah secara kontrak bagi keluasan 5 ekar tanah. Kadar upah : RM 500 / ekar x 5 ekar 2,500 Jumlah Kos 10,000 ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana BIL PERKARA KOS (RM) 1. Jalan Ladang 5,000 2. Perparitan 5,000 3. Pagar Kawasan 5,000 4. Sumber Air 2,500 5. Sumber Elektrik 2,000 6. Bangunan Pejabat Operasi 15,000 7. Rumah Pam Sistem Fertigasi 10,000 8. Stor Peralatan dan Bahan Input 7,500 9. Pusat Pengumpulan Hasil 7,500 Jumlah Kos 60,000 iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan Untuk memuatkan 5,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak 10 buah rumah pelindung tanaman yang perlu dibina dengan keluasan strukturnya adalah 20 kaki lebar dan 100 kaki panjang.
  • 85. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 85 BIL PERKARA KOS (RM) 1. Besi GI 1” 50,000 2. Besi GI 1 ½ ” 20,000 3. Klip Besi Long Hook 1” 15,000 4. Klip PVC (hitam) 1” 10,000 5. Plastik Politena UV Lut Sinar 5,000 6. Jaring Kalis Serangga 5,000 7. Upah Pemasangan 10,000 Jumlah Kos 115,000 iv) Pembinaan Sistem Fertigasi BIL PERKARA KOS (RM) 1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm) 1,000 2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm) 2,000 3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 3,500 4. Start Joiner 4/6mm (2 way) 1,500 5. Pen dripper 2,000 6. Off Take Valve 500 7. Rubber Gromet 500 8. Barb End Line 500 9. Digital Timer 500 10. Disc Filter 50mm 1,000 11. Pam Air 1,000 12. Tangki Air 2,700 Liter 1,500
  • 86. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 86 13. Tangki Air 200 Liter 500 14. Fitting 500 15. pH Meter 500 16. EC Meter 500 17. Penebuk Lubang Efektif 4mm 500 18. Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit) 500 19. Plastik Tutup Bumi (Silvershine) 1.2m x 250m 1,500 20. Upah Pemasangan 5,000 Jumlah Kos 25,000 9.1.2 Anggaran Kos Pembangunan BIL PERKARA KOS (RM) 1. Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan 10,000 2. Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana 60,000 3. Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan 115,000 4. Pembinaan Sistem Fertigasi 25,000 Jumlah Kos Pembangunan 210,000
  • 87. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 87 9.1.3 Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan atau 1 musim. i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh BIL PERKARA BAYARAN BULANAN (RM) KOS BAGI 4 BULAN (RM) 1. Penyelia (1 orang) 2,000 8,000 2. Buruh Am (4 orang) 3,000 16,000 Jumlah Kos 5,0000 24,000 ii) Utiliti Dan Pengendalian (api, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain) BIL PERKARA BAYARAN BULANAN (RM) KOS BAGI 4 BULAN (RM) 1. Sewa tanah (5 ekar) Kadar : RM 500.00/ ekar / bulan 2,500 10,000 2. Air JBA 500 2,000 3. Elektrik 250 1,000 4. Telefon dan Faksimili 250 1,000 5. Alat Tulis dan keperluan pejabat 500 2,000 6. Petty Cash 1,000 4,000 Jumlah Kos 5,000 20,000
  • 88. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 88 9.1.4 Anggaran Kos Operasi ( 4 Bulan @ 1 Musim) BIL PERKARA BULANAN (RM) 1 MUSIM (RM) 1. Gaji Pengurusan / kakitangan 5,000 20,000 2. Utiliti Dan Pengendalian 5,000 20,000 Jumlah Kos Pembangunan 10,000 40,000 9.1.5 Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim) Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja, benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan (musim). 9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim) BIL PERKARA KOS BELANJA 1 MUSIM (RM) 1. Benih Cili (5,000 pokok) 500 2. Polybeg 16" x 16" x 0.12mm 2,000 3. Tray Semaian 'Plug' 500 4. Peat Moss 500 5. Cocopeat (Sabut Kelapa) 3,000 6. Sekam Bakar 4,000 7. Baja Fertigasi (Set A & Set B) 12,000 8. Racun Kimia 1,500 9. Lain-lain keperluan 1,000 Jumlah Kos 25,000
  • 89. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 89 9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah : BIL PERKARA KOS (RM) 1. KOS PEMBANGUNAN i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana iii) Pembinaan Struktur Rumah Pelindung Hujan 20’ lebar x 100’ panjang (10 buah) iv) Pembinaan Sistem Fertigasi 10,000 60,000 115,000 25,000 Jumlah Kos Pembangunan 210,000 2. KOS OPERASI ( 4 BULAN) i) Gaji Pengurusan / Kakitangan ii) Utiliti Dan Pengendalian 20,000 20,000 Jumlah Kos Operasi 40,000 3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN) i) Benih Cili (5,000 pokok) ii) Polybeg iii) Tray Semaian 'Plug' iv) Peat Moss v) Cocopeat (Sabut Kelapa) vi) Sekam Bakar vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B) viii)Racun Kimia ix) Lain-lain keperluan 500 2,000 500 500 3,000 4,000 12,000 1,500 1,000 Jumlah Kos Pengeluaran 25,000 JUMLAH KESELURUHAN KOS PERMULAAN 275,000
  • 90. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 90 9.2 HASIL DAN PULANGAN i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok yang ditanam x hasil sepokok . Bilangan Pokok Ditanam = 5,000 pokok Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok Jumlah Hasil Semusin = 5 x 5,000 = 25,000 kg = 25 tan / musim (4 bulan) Bilangan Musim / Tahun = 3 musim Jumlah Hasil Setahun = 25,000 kg x 3 musim = 75,000 kg / tahun = 75 tan ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang. Harga jualan di ladang = RM 4.00 / kg Jumlah Pendapatan Semusim = RM 4.00 x 25,000 kg = RM 100,000.00 / musim Jumlah Pendapatan Setahun = RM 100,000.00 x 3 musim = RM 300,000.00 / tahun
  • 91. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 91 9.3 ALIRAN TUNAI Aliran Tunai Musim 1 : BULAN PERKARA 1 2 3 4 PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - - - - 25,000 100,000 Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000 PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran 210,000 10,000 25,000 - 10,000 - - 10,000 - - 10,000 - Jumlah Perbelanjaan 245,000 10,000 10,000 10,000 Lebihan / Defisit ( 245,000) (255,000) (265,000) (175,000) Aliran Tunai Musim 2 : BULAN PERKARA 5 6 7 8 PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - - - - 25,000 100,000 Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000 PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran - 10,000 25,000 - 10,000 - - 10,000 - - 10,000 - Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000 Lebihan / Defisit ( 210,000) (220,000) (230,000) (140,000)
  • 92. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 92 Aliran Tunai Musim 3 : BULAN PERKARA 9 10 11 12 PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) - - - - - - 25,000 100,000 Jumlah Pendapatan 0 0 0 RM 100,000 PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran - 10,000 25,000 - 10,000 - - 10,000 - - 10,000 - Jumlah Perbelanjaan 35,000 10,000 10,000 10,000 Lebihan / Defisit ( 175,000) (185,000) (195,000) (105,000) Aliran Tunai Satu Tahun : PERKARA MUSIM 1 MUSIM 2 MUSIM 3 JUMLAH PENDAPATAN 1) Hasil Pengeluaran (kg) 2) Jualan ( RM 4 / kg) 25,000 100,000 25,000 100,000 25,000 100,000 75,000 300,000 Jumlah Pendapatan 100,000 100,000 100,00 300,000 PERBELANJAAN 1) Kos Pembangunan 2) Kos Operasi 3) Kos Pengeluaran 210,000 40,000 25,000 - 40,000 25,000 - 40,000 25,000 210,000 120,000 75,000 Jumlah Perbelanjaan 275,000 75,000 75,000 405,000 Lebihan / Defisit (175,000) 35,000 35,000 ( 105,000) 9.4 DAYA MAJU PROJEK Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk: 1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV 2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR 3) Jangka Masa Pulang Balik Modal Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini, kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.
  • 93. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 93 Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun TAHUN 1 2 3 4 5 PENDAPATAN KASAR Pengeluaran (kg) 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000 Jualan @ RM4 / kg 300,000 300,000 300,000 300,000 300,000 PERBELANJAAN Kos Pembangunan 210,000 - - - - Kos Pengeluaran 120,000 120,000 120,000 120,000 120,000 Kos Operasi Dan Penyelenggaraan 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000 Jumlah Kos 405,000 195,000 195,000 195,000 195,000 Pendapatan Bersih (105,000) 105,000 105,000 105,000 105,000 Jumlah Pendapatan Bersih Terkumpul (105,000) 0 105,000 210,000 315,000 NPV @ 10% = IRR (%) = Tempoh Pulang Modal = 2 tahun
  • 94. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 94 10.0 JADUAL PERLAKSANAAN 10.1 Kalender Perlaksanaan BULAN AKTIVITI LADANG 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1) Pembersihan Kawasan 2) Penyediaan Tapak 3) Penyediaan Semaian 4) Penanaman 5) Pembajaan 6) Kawalan Perosak 7) Kawalan Penyakit 8) Penyelengaraan Tanaman 9) Penuaian 10) Aktiviti Lepas Tuai 11) Jualan Dan Pemasaran 10.2 Jadual Kerja MINGGU AKTIVITI CATATAN - 4 Penyediaan Kawasan  Bagi projek yang baru bermula, kerja-kerja seperti membina jalan, perparitan, infrastruktur dan prasarana.  Bagi pusingan musim seterusnya, kerja-kerja membuang sisa polibeg tanaman, membetulkan sistem fertigasi dan lain- lain.  Memusnahkan rumpai perumah serangga perosak dan penyakit dan lain-lain. - 3 Penyediaan Tapak  Membersihkan bumbung rumah pelindung tanaman dari kulat, lumut atau sebarang kekotoran.  Membaiki apa-apa kerosakan pada struktur rumah pelindung tanaman dan lain-lain.
  • 95. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 95 - 2 Penyediaan Media Tanaman  Menggaul dan mengisi media tanaman.  Menyediakan campuran media dan lain-lain. -1 Penyediaan Semaian  Menyemai benih tanaman dalam tray semaian plug.  Semburan baja dan kawalan serangga dan penyakit.  Kawalan suhu, haba dan air pada media semaian. 0 Penanaman  Memindahkan ke ladang.  Menyusun polibeg ikut barisan. 1  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. 2  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. 3  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.
  • 96. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 96  Buang sulur air.  Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman. 4  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.  Buang sulur air.  Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman. 5  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. 6  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. 7  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan
  • 97. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 97 agar tidak tersumbat. 8  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. 9  Penyelenggaraan Tanaman  Pembajaan  Kawalan Serangga dan Penyakit.  Mula Menuai Hasil  Agihan baja melalui sistem fertigasi.  Pemeriksaan rutin setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit.  Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.  Mula menuai hasil, selepas 60 hari cili mula masak. 10  Menuai Hasil,  Lepas Tuai  Jualan dan Pemasaran  Memetik cili  Membersih, membungkus, menggred.  Pengedaran kepada pemborong.  Jualan terus. 11  Menuai Hasil,  Lepas Tuai  Jualan dan Pemasaran  Memetik cili  Membersih, membungkus, menggred.  Pengedaran kepada pemborong.  Jualan terus. 12  Menuai Hasil,  Lepas Tuai  Jualan dan Pemasaran  Memetik cili peringkat akhir  Membersih, membungkus, menggred.  Pengedaran kepada pemborong.  Jualan terus.
  • 98. Rancangan Perniagaan : Tanaman Cili Fertigasi 98 11.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa panjang. Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di pasaran. Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia. Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.