Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
KAD BACAAN FARAH.pdf
1. Hari ini hari pertamaku.
Hari pertama ke sekolah.
Senangnya hatiku diantar ayah dan ibu.
Pergi ke sekolah baharu.
Senangnya hatiku bertemu kawan baharu.
Guru baru tentulah ramah.
Esok ayuh ke sekolah.
KAD BACAAN
KAMI MURID BAHARU
2. Nama saya Liyana.
Umur saya tujuh tahun.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1
Ayah saya bernama Mohamad Salleh.
Ibu saya bernama Norazi.
Kami tinggal di Pahang.
Saya sangat sayangkan ibu dan ayah.
KAD BACAAN
DIRI SAYA
KAD BACAAN
KAWAN SAYA
3. Nama kawan baik saya Amanu.
Dia berumur tujuh tahun.
Kami belajar di sekolah yang sama.
Nama sekolah kami ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1
Amanu belajar di kelas Tahun 1 Ibnu Khaldun.
Pada masa lapang, Amanu suka melukis.
Apabila dewasa nanti, dia ingin menjadi pelukis.
Saya sangat sayang akan Amanu.
KAD BACAAN
SEKOLAH SAYA
4. Ini sekolah.
Ini sekolah saya.
Sekolah saya besar dan cantik.
Nama sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak
1.
Sekolah saya terletak di Bandar Tun Razak,Cheras.
Sekolah saya ada kantin,padang dan pusat sumber yang besar.
Saya sayangkan sekolah saya.
5. Ini kelas saya.
Nama kelas saya ialah kelas Tahun 1 Ibnu Khaldun.
Setiap hari saya perlu bangun pagi untuk pergi ke sekolah.
Pada mulanya, saya berasa sedih kerana perlu bangun awal untuk
ke sekolah.
Tetapi lama kelamaan, saya berasa gembira apabila ke sekolah.
Saya suka ke sekolah kerana terdapat banyak mainan dan aktiviti
yang menarik.
Saya juga suka ke sekolah kerana ada kawan - kawan baharu yang
menyeronokkan.
KAD BACAAN
EMOSI SAYA
6. Ini rumah saya.
Saya tinggal bersama ayah, ibu, abang, kakak dan adik.
Kami juga ada seekor kucing bernama Tompok.
Rumah kami terletak di tepi sungai.
Airnya sangat jernih.
Setiap hari saya membantu ibu dan ayah mengemas rumah dan
mengemas dapur.
Halaman rumah saya juga cantik dan bersih.
Saya sayang rumah saya.
KAD BACAAN
RUMAH SAYA
7. Kereta.
Ini kereta.
Ini kereta Zahida.
Kereta Zahida kereta baharu.
Zahida suka kereta baharu.
Zahida selalu cuci kereta.
Zahida cuci kereta di pusat cuci kereta.
Adik suka menaiki kereta Zahida kerana kereta Zahida laju.
KAD BACAAN
KENDERAAN SAYA
8. Amir dan Amira suka melihat pelangi.
Warna pelangi sangat cantik.
Ada tujuh warna pelangi.
Warna pelangi yang sering dilihat ialah merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo, dan ungu.
Pelangi muncul selepas hujan berhenti.
KAD BACAAN
WARNA
9. Saya Reza.
Saya ada cita – cita.
Saya mahu jadi guru.
Saya suka baca buku.
Bapa saya selalu beri saya buku.
KAD BACAAN
CITA – CITA SAYA
10. Kipas.
Ini kipas.
Ini kipas kelas.
Kipas ini warna putih.
Kelas Ali ada lapan biji kipas besar.
Ali memasang kipas apabila masuk ke dalam kelas.
Semua kelas Tahun 1 Delta berasa selesa apabila kipas dipasang.
KAD BACAAN
BENDA MAUJUD