2. Maksud Kata Adjektif
Kata adjektif atau kata sifat
ialah perkataan yang
menerangkan keadaan atau
sifat kata nama atau frasa
nama.
Contoh kata adjektif ialah
baik, murah,rendah, dan
cantik.
3. Jenis – Jenis Kata Adjektif
1. Kata Adjektif Sifatan atau keadaan
2. Kata Adjektif warna
3. Kata Adjektif ukuran
4. Kata Adjektif bentuk
5. Kata Adjektif waktu
6. Kata Adjektif jarak
7. Kata Adjektif cara
8. Kata Adjektif Perasaan
9. Kata Adjektif pancaindera
4. Kata Adjektif Sifatan atau
Keadaan
-Membawa pengertian sifatan atau
keadaan sebagai unsur keterangan
nama.
Contohnya;
Baik, cerdik, berani, pandai
Contoh ayat;
1. Anak guru itu sangat cerdik.
5. Kata Adjektif Warna
-Membawa pengertian warna sebagai
unsur keterangan.
Contohnya;
Merah, putih, ungu, kelabu
Contoh ayat;
1. Gadis itu bertudung merah.
6. Kata Adjektif Ukuran
-Membawa pengertian ukuran sebagai
unsur keterangan.
Contohnya;
Kecil, panjang, rendah,tebal
Contoh ayat;
1. Bilik kecil mudah diurus.
7. Kata Adjektif Bentuk
-Membawa pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan.
Contohnya;
Bulat, lonjong, buncit, leper
Contoh ayat;
1. Perut Ali sangat buncit.
8. Kata Adjektif Waktu
-Membawa pengertian konsep masa
sebagai unsur keterangan
Contohnya;
Baharu, lama, segera, suntuk
Contoh ayat;
1. Jalan lama ke kampung itu telah
dibaiki.
9. Kata Adjektif Jarak
-Membawa pengertian konsep ruang
antara 2 bentuk atau keadaan
sebagai penerang kata nama.
Contohnya;
Jauh, dekat, hampir,rapat
Contoh ayat;
1. Kawan rapat saya belajar di luar
negara.
10. Kata Adjektif Cara
-Membawa pengertian keadaan kelakuan
atau ragam sebagai penerang kata
nama.
Contohnya;
lambat, cepat, gopoh, deras
Contoh ayat;
1. Orang lambat selalu rugi.
11. Kata Adjektif Perasaan
-Membawa pengertian konsep perasaan
sebagai penerang kata nama diikuti
oleh kata sendi nama.
Contohnya;
Rindu, benci, suka, marah
Contoh ayat;
1. Dia amat rindu akan emaknya.
12. Kata Adjektif Pancaindera
-Membawa pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh atau
gabungan kelima-lima indera sebagai
penerang kata nama.
A) Deria rasa
Contohnya;
Manis, sedap, tawar, pahit
Contoh ayat;
1. Minuman itu sungguh manis.
13. Kata Adjektif Pancaindera
B) Deria Pandang
Contohnya;
Cantik, kacak, hodoh, molek
Contoh ayat;
1. Pemuda kacak itu berasal dari Perak.
14. Kata Adjektif Pancaindera
C) Deria Dengar
Contohnya;
Bising, merdu, nyaring, lunak
Contoh ayat;
1. Bunyi bising datang dari bilik
prasekolah itu.
15. Kata Adjektif Pancaindera
D) Deria Bau
Contohnya;
Wangi, harum, busuk , hapak
Contoh ayat;
1. Minyak wangi itu harum baunya.
16. Kata Adjektif Pancaindera
D) Deria Sentuh
Contohnya;
Halus, kasar, licin, keras
Contoh ayat;
1. Papan itu kasar kerana belum
diketam.
17. Kata Adjektif Pancaindera
D) Gabungan Deria
Contohnya;
Bersih (pandang + bau)
Selesa (sentuh + pandang)
Contoh ayat;
1. Rumah kepunyaan Ali itu selesa
benar.
19. KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
2) apabila kata sendi akan
disingkatkan menjadi –kan, lalu
dijadikan imbuhan.
Contoh :
salah : Rindukan ibunya
betul : Rindu akan ibunya
20. KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
3) apabila awalan meN ditiadakan
contoh takutkan (bukan kata kerja
transitif tetapi kata kerja pasif).
Contoh :
betul : Saya menakutkan kanak-
kanak itu.