SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
TEMPAT MENARIK YANG POPULAR DI BALKAN
Tempat Menarik yang popular di Balkan dari pengalaman melancong ke
negara-negara Balkan mengikut ranking lokasi percutian terbaik di Bosnia,
Croatia, Montenegro, Slovenia dan Itali.
Tempat menarik dan popular di Balkan antara tarikan ribuan pelancong melawat negara
Balkan setiap tahun, iaitu negara di bahagian Tenggara Eropah. Banyak lokasi yang
mempunyai pemandangan yang cantik menjadi destinasi menarik di Balkan untuk dilawati.
Balkan atau dikenali semenanjung Balkan terdiri dari 13 negara iaitu Albania, Bosnia dan
Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo (kedaulatan dipertikai), Yugoslavia,
Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki. Tempat menarik di
negara-negara Balkan hasil dari pengalaman sendiri percutian 10 hari mengunjungi 5 negara
Balkan melalui program Sales Incentive Program (SIP) Public Gold Balkan tahun 2019 iaitu
percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke 5 negara Balkan iaitu Bosnia, Croatia,
Montenegro, Slovenia dan Itali.
TEMPAT MENARIK DI NEGARA BALKAN
Tempat menarik di negara-negara Balkan mengikut susunan tempat yang paling menarik di
negara Balkan.
1. TEMPAT MENARIK DI CROATIA BALKAN
Croatia secara rasmi dipanggil Republik Croatia ialah sebuah negara Eropah yang terletak di
persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah dan Balkan. Ibu negara Croatia ialah Zagreb.
Tempat menarik di Croatia ialah :
i. TASIK PLITVICE LAKE CROATIA
Tasik Plitvice Lake adalah tasik paling cantik yang berada dalam Taman Negara Plitvice
Lakes Croatia. Tasik Plitvice Lake memiliki kecantikan tasik air jernih bersih menghijau
dengan kelihatan ikan-ikan terapung berenang dan anak-anak air terjun yang indah. Taman
Negara Plitvice Lakes adalah salah satu taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada
tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes telah ditambah ke senarai Warisan Dunia
UNESCO.
ii. DUBROVNIK OLD TOWN CROATIA
Dubrovnik Old Town atau kota lama Dubrovnik adalah salah satu kota cantik tepi laut
Adriatik yang dipanggil "Pearl of Adriatic" mempunyai kota lama berbenteng tepi laut
Adriatik. Sebalik benteng kota lama terdapat bangunan-bangunan cantik khas abad
pertengahan dengan gabungan benteng, kastil, jalanan dari batu-batu kecil, serta pesisir laut
biru hingga diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Dunia sejak 1979. Dubrovnik adalah kota
persinggahan perdagangan kerajaan asal Turki yaitu Dinasti Usmaniyah yang menyimpan
banyak sejarah di balik tembok-tembok bangunannya hingga menjadi tempat difilemkan
cerita "Game Of Thrones".
Klik video PENGALAMAN HEBAT BERJALAN KOTA LAMA DUBROVNIK
CROATIA
iii. KOTA LAMA SPLIT CROATIA
Tempat menarik di Croatia ialah kota lama Split seperti istana Diocletian yang dibina pada
305 SM oleh Maharaja Rom Diocletian dengan bangunan lama, lorong-lorong sempit, lorong
tersembunyi dan menjadi tapak warisan UNESCO. Disini juga tempat pengambaran filem
Game Of Thrones dan menjadi tarikan utama pelancong. Di luar istana Diocletian terdapat
deretan restoran, taman dan pantai untuk bersantai.
Split adalah bandaraya kedua terbesar di Croatia merupakan bandar yang menarik yang
mempunyai keseimbangan antara tradisi dan kemodenan. Di bandar Split terdapat Istana
Diocletian iaitu Tapak Warisan Dunia Unesco dan salah satu monumen Roman yang paling
mengagumkan di dunia. Diluar istana Diocletian akan dapat melihat atau makan di restoran,
bar, kedai cenderamata, taman di sepanjang pantai yang dipenuhi dengan bot-bot.
iv. ZAGREB CROATIA
Zagreb adalah ibukota di bahagia barat daya Croatia, dibezakan oleh senibina
Austro-Hungary abad ke-19. Di pusat bandarnya iaitu Upper Town adalah tapak Gothic, Ban
Jelacic Square, Zagreb Cathedral dan Gereja St. Markus ke-13, dengan bumbung jubin
berwarna. Berdekatannya adalah Tkalčićeva Street yang mesra pejalan kaki, dipenuhi
kafe-kafe luaran. Lower Town mempunyai dataran utama, Ban Jelačić, ditambah kedai,
muzium dan taman.
v. MASJID ZAGRED
Masjid Zagreb iaitu islamic center zagred terletak di bandar Zagreb, adalah masjid terbesar
di Croatia. Di kawasan masjid terdapat restoran halal dan Sekolah Menengah Islam "Dr.
Ahmed Smajlović" dan pusat kebudayaan beroperasi di dalam masjid. Pembinaannya
bermula pada tahun 1981 dan selesai pada tahun 1987.
2. TEMPAT MENARIK DI NEGARA BOSNIA BALKAN
Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina. Negara ini didiami
oleh tiga kelompok etnik utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Ibu
negara dan bandar terbesar Bosnia ialah Sarajevo.
i. SARAJEVO IBU NEGARA BOSNIA
Sarajevo Bosnia Herzegovina adalah tempat tarikan pelancong, bandar terbaik
dan tempat terbaik untuk dilawati di Bosnia atau Balkan kerana menyimpan
sejarah dan kepelbagaian budaya. Sarajevo adalah Ibu kota terbesar Bosnia dan Herzegovina
memiliki bangunan hebat dari pelbagai budaya dan agama. Sarajevo indah dan dikenali
"Yerusalem Eropah”. Kota Sarajevo terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama seperti
Masjid Gazi Husrez-beg, jambatan Latin, bascarsija Bazaar, Old Town Bazaar, Sarajevo
Sebilj dan banyak lagi tempat yang terkenal di Sarajevo.
ii. MOSTAR BANDAR SEJARAH DAN TERKENAL DUNIA
Mostar Bosnia Herzegovina adalah salah satu tempat paling popular yang
menjadi tarikan pelancong dan tempat paling ramai dikunjungi di Bosnia dan
Herzegovina dengan keindahan alam semula jadi, senibina, tempat paling terkenal Stari
Most sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Bandar Mostar merupakan salah satu bandar
menarik, popular dan indah di Bosnia dan Herzegovina yang menjadi tarikan pelancong
seluruh dunia melalui tempat popular seperti jambatan stari most, Old Bazar, masjid Koski
Mehmed Paša dan Blagaj Tekija.
Mostar penuh dengan seni bina Ottoman klasik, dengan pelbagai restoran tradisional, gerai
pasar, masjid-masjid dan lain-lain bangunan-bangunan bersejarah. Salah satu tempat paling
terkenal di mostar dan juga Bosnia ialah Stari Most atau 'Jambatan Lama'.
iii) BLAGAJ TELIJA MOSTAR
Blagaj Tekija berada di sumber mata air alam di sungai Buna di Blagaj, 12 km dari Mostar
merupakan salah satu dari bangunan peninggalan sejarah semasa pemerintahan Ottoman
paling indah di Bosnia adalah Rumah Dervish (Darwis). Bangunan ini dibangun pada abad
ke-16 dan mempunyai nilai keagamaan dan sejarah khusus bagi Bosnia. Blagaj Monsatery
adalah Biara Blagaj yang terletak di kaki bukit, dengan pemandangan indah kolam dan
contoh seni bina ottoman klasik, dengan bingkai tingkap kayu dan bumbung tergantung.
Biara yang menempatkan restoran dengan meja yang menghadap air memberi
pemandangan indah dan tenang sewaktu makan tengah hari.
iv. MASJID GAZI HUSREV-BEG
Masjid Gazi Husrev-beg iaitu masjid tertua di bandar Sarajevo Bosnia dan Herzegovina yang
dibina pada abad ke-16 merupakan masjid sejarah terbesar di Bosnia Herzegovina dan
merupakan salah satu struktur Uthmaniyyah yang paling terkenal di Balkan. Satu
pengalaman hebat dapat bersembahyang di Masjid Gazi Husrev-beg Sarajevo
3. TEMPAT MENARIK DI NEGARA SLOVENIA BALKAN
i. POSTOJNA CAVE SLOVENIA
Postojna Cave ini terkenal sebagai gua yang terbesar di Eropah. Ia telah terbentuk sejak
berjuta-juta tahun dahulu dan telah diterokai pada awal 1800-an. Postojna Cave atau Gua
Postojna, Slovenia adalah tempat menakjubkan dan unik dengan gua kedua terpanjang di
dunia dan satu-satunya tempat di mana dapat melihat pelbagai bentuk stalagmit paling pelik
dan juga bertemu bayi naga. Gua Postojna Cave boleh dimasuki dengan menaiki keretapi
yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tengah gua. Sepanjang
perjalanan dapat melihat pemandangan menakjubkan dan pelik seperti gunung-gunung,
anak sungai dan ruang bawah tanah yang luas, sebab itulah postojna cave dikenali queen of
underground world. Dalam gua dapat melihat spesis yang menjadi lagenda dikatakan anak
naga, yang menyerupai seperti naga atau dragon. Anak naga ini dikenali human fish
menyerupai naga dan dikatakan boleh hidup 100 tahun dan boleh hidup sehingga 10 tahun
tanpa makanan.
KLIK lihat video GUA POSTOJNA TEMPAT SERAM DAN LUAR BIASA DI
SLOVENIA
ii. PULAU BLED SLOVENIA
Pemandangan indah di Bled Island, Slovenia dengan latarbelakang rumah di puncak bukit
dan gunung bersalji boleh di perolehi dengan menaiki bot lebih kurang 20 minit. Lake bled
sesuai untuk mereka yang suka hiking dan brisk walking atau berjalan kaki di sekeliling tasik.
Anda boleh mandi manda di tepi tasik dan menaiki sampan(plenta) ke tengah-tengah tasik.
Terdapat sebuah pulau di tengah-tengah tasik iaitu Pulau Bled yang boleh dikunjungi
dengan menaiki sampan (plenta).
iii. LJUBLJANA SLOVENIA
Ljubljana merupakan ibu negara dan bandar besar di Slovenia. Ljubljana terkenal dengan
naga/dragon yang dikenali bandar naga. Bandar Ljubljana menjadi pusat budaya,
pendidikan, pusat pentadbiran, dan ekonomi sejak Slovenia merdeka pada tahun 1991 dari
Yugoslavia.
4. TEMPAT MENARIK DI ITALI
i. VENICE ITALI
Venice atau Venezia adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan
mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Venice dikenali
sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya
Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya" juga terkenal dengan nama “kota
romantik”. Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan.
Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan
banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui
terusan-terusan ini. Pengalaman menaiki gondola melalui terusan di Venice akan menjadi
kenangan hebat dalam hidup.
Bangunan-bangunan di bandar ini adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang
dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini
adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan
pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's
Palace.
5. TEMPAT MENARIK DI MONTENEGRO
i. KOTOR MONTENEGRO
Kotor ialah nama bandar yang tidak kotor tapi bersih, cantik, menakjubkan dengan pantai
bersih hingga nampak ikan berenang di pantai yang dikelilingi oleh teluk kotor menghadap
Laut Adriatik. Negara Montenegro bermaksub bukit hitam. Kota lama kotor dikelilingi
tembok tinggi kaya dengan seni bina di zaman Venetian dan digelar juga kota kucing kerana
banyak kucing comel berbulu tebal berkeliaran dan merupakan Tapak Warisan. Hard Rock
Cafe Kotor Montenegro merupakan satu-satunya Hard Rock di Balkan.
Pengalaman Percutian Ke Balkan selama 10 hari di rasakan sekejap berlalu kerana
mengunjungi banyak tempat-tempat menarik yang menjadi lokasi tarikan pelancong yang
meninggalkan jutaan kenangan manis dalam hidup. Jutaan terima kasih kepada Public Gold
Group yang beri peluang percutian mewah percuma setiap tahun kepada dealer Public Gold
berkelayakan sebagai motivasi dalam perniagaan emas Public Gold.
Selain percutian percuma, Public Gold juga beri duit poket untuk makan-makan semasa
bercuti sambil berbincang santai mengenai bisnes Public Gold yang terus berkembang sejak
2008 dengan pelbagai bentuk perniagaan bukan sahaja Pelaburan Emas Public Gold tapi
juga beli belah online PG Mall, barang kemas 916, barang kemas Aurora Italia dan
sebagainya. Perniagaan yang besar akan lebih kukuh akan menghasilkan lebih keyakinan
dan lebih pendapatan aktif dan pasif sepanjang hayat. Pelaburan dan perniagaan emas dan
Perak Public Gold terbaik untuk menjana pendapatan, percutian, aset dan pendapatan pasif
sepanjang hayat yang boleh diwarisi. klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC
GOLD.
"Terima Kasih Public Gold"
Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/jadi-dealer-pg/kelebihan-keuntungan-
menjadi-dealer-public-gold/
dubrovnik
https://www.youtube.com/watch?v=UCOyJIyX2IY&t=478s
postojna
https://www.youtube.com/watch?v=OABbg5YZje8&t=152s
www.wasap.my/60199185593
Tempat menarik dan popular di Balkan, tempat menarik di Balkan, tempat popular di
Balkan, pengalaman melancong ke balkan, destinasi menarik di Balkan, pengalaman
percutian Balkan, destinasi percutian Balkan, lokasi tarikan pelancong di Balkan, destinasi
popular di Balkan, lokasi menarik di Balkan, lokasi percutian terbaik di Balkan, tempat
menarik di Croatia, tempat menarik di Bosnia, tempat menarik di itali, tempat menarik di
Slovenia, tempat menarik di Montenegro, program sales incentive public gold, program sip
balkan, percutian percuma public gold, public gold sip balkan, pelaburan emas public gold,
perniagaan emas public gold, kelebihan menjadi dealer public gold, bisnes public gold,
peluamg perniagaan, perniagaan bersama Public Gold

More Related Content

More from zaidi Emas Public Gold

Pengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekahPengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekahzaidi Emas Public Gold
 
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitikApa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitikzaidi Emas Public Gold
 
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modalPeluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modalzaidi Emas Public Gold
 
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu zaidi Emas Public Gold
 
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupzaidi Emas Public Gold
 
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosiMasa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosizaidi Emas Public Gold
 
Tempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawatiTempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawatizaidi Emas Public Gold
 
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshareBagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slidesharezaidi Emas Public Gold
 

More from zaidi Emas Public Gold (17)

Ramalan emas 2018
Ramalan emas 2018Ramalan emas 2018
Ramalan emas 2018
 
Rahsia pelaburan emas public gold
Rahsia pelaburan emas public goldRahsia pelaburan emas public gold
Rahsia pelaburan emas public gold
 
Destinasi popular di madrid sepanyol
Destinasi popular di madrid sepanyolDestinasi popular di madrid sepanyol
Destinasi popular di madrid sepanyol
 
Panduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrahPanduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrah
 
Mengenai pelaburan emas public gold
Mengenai pelaburan emas public goldMengenai pelaburan emas public gold
Mengenai pelaburan emas public gold
 
Pengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekahPengalaman umrah pertama kali di mekah
Pengalaman umrah pertama kali di mekah
 
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitikApa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
Apa kesan harga emas terhadap konflik geopolitik
 
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modalPeluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
Peluang tambah pendapatan dengan berniaga emas tanpa modal
 
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
Pengalaman tour dan tonton bola sepak real madrid di stadium bernabeu
 
Cara jana pendapatan pasif
Cara jana pendapatan pasifCara jana pendapatan pasif
Cara jana pendapatan pasif
 
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidupCara menangani kenaikan kos sara hidup
Cara menangani kenaikan kos sara hidup
 
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosiMasa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
Masa terbaik beli emas oktober 2016 harga emas jatuh dan promosi
 
Tempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawatiTempat menarik di turki untuk di lawati
Tempat menarik di turki untuk di lawati
 
Kelebihan database oracle
Kelebihan database oracleKelebihan database oracle
Kelebihan database oracle
 
Cara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading websiteCara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading website
 
Cara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading websiteCara cepatkan loading website
Cara cepatkan loading website
 
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshareBagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
Bagaimana melabur tanpa wang atau tanpa modal slideshare
 

Tempat menarik yang popular di balkan

  • 1. TEMPAT MENARIK YANG POPULAR DI BALKAN Tempat Menarik yang popular di Balkan dari pengalaman melancong ke negara-negara Balkan mengikut ranking lokasi percutian terbaik di Bosnia, Croatia, Montenegro, Slovenia dan Itali. Tempat menarik dan popular di Balkan antara tarikan ribuan pelancong melawat negara Balkan setiap tahun, iaitu negara di bahagian Tenggara Eropah. Banyak lokasi yang mempunyai pemandangan yang cantik menjadi destinasi menarik di Balkan untuk dilawati. Balkan atau dikenali semenanjung Balkan terdiri dari 13 negara iaitu Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo (kedaulatan dipertikai), Yugoslavia, Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki. Tempat menarik di negara-negara Balkan hasil dari pengalaman sendiri percutian 10 hari mengunjungi 5 negara Balkan melalui program Sales Incentive Program (SIP) Public Gold Balkan tahun 2019 iaitu percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke 5 negara Balkan iaitu Bosnia, Croatia, Montenegro, Slovenia dan Itali.
  • 2. TEMPAT MENARIK DI NEGARA BALKAN Tempat menarik di negara-negara Balkan mengikut susunan tempat yang paling menarik di negara Balkan. 1. TEMPAT MENARIK DI CROATIA BALKAN Croatia secara rasmi dipanggil Republik Croatia ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah dan Balkan. Ibu negara Croatia ialah Zagreb. Tempat menarik di Croatia ialah : i. TASIK PLITVICE LAKE CROATIA Tasik Plitvice Lake adalah tasik paling cantik yang berada dalam Taman Negara Plitvice Lakes Croatia. Tasik Plitvice Lake memiliki kecantikan tasik air jernih bersih menghijau dengan kelihatan ikan-ikan terapung berenang dan anak-anak air terjun yang indah. Taman Negara Plitvice Lakes adalah salah satu taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes telah ditambah ke senarai Warisan Dunia UNESCO. ii. DUBROVNIK OLD TOWN CROATIA Dubrovnik Old Town atau kota lama Dubrovnik adalah salah satu kota cantik tepi laut Adriatik yang dipanggil "Pearl of Adriatic" mempunyai kota lama berbenteng tepi laut Adriatik. Sebalik benteng kota lama terdapat bangunan-bangunan cantik khas abad pertengahan dengan gabungan benteng, kastil, jalanan dari batu-batu kecil, serta pesisir laut
  • 3. biru hingga diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Dunia sejak 1979. Dubrovnik adalah kota persinggahan perdagangan kerajaan asal Turki yaitu Dinasti Usmaniyah yang menyimpan banyak sejarah di balik tembok-tembok bangunannya hingga menjadi tempat difilemkan cerita "Game Of Thrones". Klik video PENGALAMAN HEBAT BERJALAN KOTA LAMA DUBROVNIK CROATIA iii. KOTA LAMA SPLIT CROATIA Tempat menarik di Croatia ialah kota lama Split seperti istana Diocletian yang dibina pada 305 SM oleh Maharaja Rom Diocletian dengan bangunan lama, lorong-lorong sempit, lorong tersembunyi dan menjadi tapak warisan UNESCO. Disini juga tempat pengambaran filem Game Of Thrones dan menjadi tarikan utama pelancong. Di luar istana Diocletian terdapat deretan restoran, taman dan pantai untuk bersantai. Split adalah bandaraya kedua terbesar di Croatia merupakan bandar yang menarik yang mempunyai keseimbangan antara tradisi dan kemodenan. Di bandar Split terdapat Istana Diocletian iaitu Tapak Warisan Dunia Unesco dan salah satu monumen Roman yang paling mengagumkan di dunia. Diluar istana Diocletian akan dapat melihat atau makan di restoran, bar, kedai cenderamata, taman di sepanjang pantai yang dipenuhi dengan bot-bot. iv. ZAGREB CROATIA
  • 4. Zagreb adalah ibukota di bahagia barat daya Croatia, dibezakan oleh senibina Austro-Hungary abad ke-19. Di pusat bandarnya iaitu Upper Town adalah tapak Gothic, Ban Jelacic Square, Zagreb Cathedral dan Gereja St. Markus ke-13, dengan bumbung jubin berwarna. Berdekatannya adalah Tkalčićeva Street yang mesra pejalan kaki, dipenuhi kafe-kafe luaran. Lower Town mempunyai dataran utama, Ban Jelačić, ditambah kedai, muzium dan taman. v. MASJID ZAGRED Masjid Zagreb iaitu islamic center zagred terletak di bandar Zagreb, adalah masjid terbesar di Croatia. Di kawasan masjid terdapat restoran halal dan Sekolah Menengah Islam "Dr. Ahmed Smajlović" dan pusat kebudayaan beroperasi di dalam masjid. Pembinaannya bermula pada tahun 1981 dan selesai pada tahun 1987. 2. TEMPAT MENARIK DI NEGARA BOSNIA BALKAN Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Ibu negara dan bandar terbesar Bosnia ialah Sarajevo. i. SARAJEVO IBU NEGARA BOSNIA Sarajevo Bosnia Herzegovina adalah tempat tarikan pelancong, bandar terbaik dan tempat terbaik untuk dilawati di Bosnia atau Balkan kerana menyimpan
  • 5. sejarah dan kepelbagaian budaya. Sarajevo adalah Ibu kota terbesar Bosnia dan Herzegovina memiliki bangunan hebat dari pelbagai budaya dan agama. Sarajevo indah dan dikenali "Yerusalem Eropah”. Kota Sarajevo terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama seperti Masjid Gazi Husrez-beg, jambatan Latin, bascarsija Bazaar, Old Town Bazaar, Sarajevo Sebilj dan banyak lagi tempat yang terkenal di Sarajevo. ii. MOSTAR BANDAR SEJARAH DAN TERKENAL DUNIA Mostar Bosnia Herzegovina adalah salah satu tempat paling popular yang menjadi tarikan pelancong dan tempat paling ramai dikunjungi di Bosnia dan Herzegovina dengan keindahan alam semula jadi, senibina, tempat paling terkenal Stari Most sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Bandar Mostar merupakan salah satu bandar menarik, popular dan indah di Bosnia dan Herzegovina yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia melalui tempat popular seperti jambatan stari most, Old Bazar, masjid Koski Mehmed Paša dan Blagaj Tekija. Mostar penuh dengan seni bina Ottoman klasik, dengan pelbagai restoran tradisional, gerai pasar, masjid-masjid dan lain-lain bangunan-bangunan bersejarah. Salah satu tempat paling terkenal di mostar dan juga Bosnia ialah Stari Most atau 'Jambatan Lama'. iii) BLAGAJ TELIJA MOSTAR Blagaj Tekija berada di sumber mata air alam di sungai Buna di Blagaj, 12 km dari Mostar merupakan salah satu dari bangunan peninggalan sejarah semasa pemerintahan Ottoman paling indah di Bosnia adalah Rumah Dervish (Darwis). Bangunan ini dibangun pada abad
  • 6. ke-16 dan mempunyai nilai keagamaan dan sejarah khusus bagi Bosnia. Blagaj Monsatery adalah Biara Blagaj yang terletak di kaki bukit, dengan pemandangan indah kolam dan contoh seni bina ottoman klasik, dengan bingkai tingkap kayu dan bumbung tergantung. Biara yang menempatkan restoran dengan meja yang menghadap air memberi pemandangan indah dan tenang sewaktu makan tengah hari. iv. MASJID GAZI HUSREV-BEG Masjid Gazi Husrev-beg iaitu masjid tertua di bandar Sarajevo Bosnia dan Herzegovina yang dibina pada abad ke-16 merupakan masjid sejarah terbesar di Bosnia Herzegovina dan merupakan salah satu struktur Uthmaniyyah yang paling terkenal di Balkan. Satu pengalaman hebat dapat bersembahyang di Masjid Gazi Husrev-beg Sarajevo 3. TEMPAT MENARIK DI NEGARA SLOVENIA BALKAN i. POSTOJNA CAVE SLOVENIA Postojna Cave ini terkenal sebagai gua yang terbesar di Eropah. Ia telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun dahulu dan telah diterokai pada awal 1800-an. Postojna Cave atau Gua Postojna, Slovenia adalah tempat menakjubkan dan unik dengan gua kedua terpanjang di dunia dan satu-satunya tempat di mana dapat melihat pelbagai bentuk stalagmit paling pelik dan juga bertemu bayi naga. Gua Postojna Cave boleh dimasuki dengan menaiki keretapi yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tengah gua. Sepanjang
  • 7. perjalanan dapat melihat pemandangan menakjubkan dan pelik seperti gunung-gunung, anak sungai dan ruang bawah tanah yang luas, sebab itulah postojna cave dikenali queen of underground world. Dalam gua dapat melihat spesis yang menjadi lagenda dikatakan anak naga, yang menyerupai seperti naga atau dragon. Anak naga ini dikenali human fish menyerupai naga dan dikatakan boleh hidup 100 tahun dan boleh hidup sehingga 10 tahun tanpa makanan. KLIK lihat video GUA POSTOJNA TEMPAT SERAM DAN LUAR BIASA DI SLOVENIA ii. PULAU BLED SLOVENIA Pemandangan indah di Bled Island, Slovenia dengan latarbelakang rumah di puncak bukit dan gunung bersalji boleh di perolehi dengan menaiki bot lebih kurang 20 minit. Lake bled sesuai untuk mereka yang suka hiking dan brisk walking atau berjalan kaki di sekeliling tasik. Anda boleh mandi manda di tepi tasik dan menaiki sampan(plenta) ke tengah-tengah tasik. Terdapat sebuah pulau di tengah-tengah tasik iaitu Pulau Bled yang boleh dikunjungi dengan menaiki sampan (plenta). iii. LJUBLJANA SLOVENIA Ljubljana merupakan ibu negara dan bandar besar di Slovenia. Ljubljana terkenal dengan naga/dragon yang dikenali bandar naga. Bandar Ljubljana menjadi pusat budaya, pendidikan, pusat pentadbiran, dan ekonomi sejak Slovenia merdeka pada tahun 1991 dari Yugoslavia.
  • 8. 4. TEMPAT MENARIK DI ITALI i. VENICE ITALI Venice atau Venezia adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya" juga terkenal dengan nama “kota romantik”. Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini. Pengalaman menaiki gondola melalui terusan di Venice akan menjadi kenangan hebat dalam hidup. Bangunan-bangunan di bandar ini adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace. 5. TEMPAT MENARIK DI MONTENEGRO i. KOTOR MONTENEGRO
  • 9. Kotor ialah nama bandar yang tidak kotor tapi bersih, cantik, menakjubkan dengan pantai bersih hingga nampak ikan berenang di pantai yang dikelilingi oleh teluk kotor menghadap Laut Adriatik. Negara Montenegro bermaksub bukit hitam. Kota lama kotor dikelilingi tembok tinggi kaya dengan seni bina di zaman Venetian dan digelar juga kota kucing kerana banyak kucing comel berbulu tebal berkeliaran dan merupakan Tapak Warisan. Hard Rock Cafe Kotor Montenegro merupakan satu-satunya Hard Rock di Balkan. Pengalaman Percutian Ke Balkan selama 10 hari di rasakan sekejap berlalu kerana mengunjungi banyak tempat-tempat menarik yang menjadi lokasi tarikan pelancong yang meninggalkan jutaan kenangan manis dalam hidup. Jutaan terima kasih kepada Public Gold Group yang beri peluang percutian mewah percuma setiap tahun kepada dealer Public Gold berkelayakan sebagai motivasi dalam perniagaan emas Public Gold. Selain percutian percuma, Public Gold juga beri duit poket untuk makan-makan semasa bercuti sambil berbincang santai mengenai bisnes Public Gold yang terus berkembang sejak 2008 dengan pelbagai bentuk perniagaan bukan sahaja Pelaburan Emas Public Gold tapi juga beli belah online PG Mall, barang kemas 916, barang kemas Aurora Italia dan sebagainya. Perniagaan yang besar akan lebih kukuh akan menghasilkan lebih keyakinan dan lebih pendapatan aktif dan pasif sepanjang hayat. Pelaburan dan perniagaan emas dan Perak Public Gold terbaik untuk menjana pendapatan, percutian, aset dan pendapatan pasif sepanjang hayat yang boleh diwarisi. klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. "Terima Kasih Public Gold"
  • 10. Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/jadi-dealer-pg/kelebihan-keuntungan- menjadi-dealer-public-gold/ dubrovnik https://www.youtube.com/watch?v=UCOyJIyX2IY&t=478s postojna https://www.youtube.com/watch?v=OABbg5YZje8&t=152s www.wasap.my/60199185593 Tempat menarik dan popular di Balkan, tempat menarik di Balkan, tempat popular di Balkan, pengalaman melancong ke balkan, destinasi menarik di Balkan, pengalaman percutian Balkan, destinasi percutian Balkan, lokasi tarikan pelancong di Balkan, destinasi popular di Balkan, lokasi menarik di Balkan, lokasi percutian terbaik di Balkan, tempat menarik di Croatia, tempat menarik di Bosnia, tempat menarik di itali, tempat menarik di Slovenia, tempat menarik di Montenegro, program sales incentive public gold, program sip balkan, percutian percuma public gold, public gold sip balkan, pelaburan emas public gold, perniagaan emas public gold, kelebihan menjadi dealer public gold, bisnes public gold, peluamg perniagaan, perniagaan bersama Public Gold